| Malaysiakini |
| Muda Mohd Noor | May 12, 09 1:23pm |
| Majlis sambutan ulang tahun penubuhan Umno kali ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara malam tadi dilihat 'agak muram' ekoran keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Sri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah. Sebelum ini, Menteri Besar BN, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir telah menyandang jawatan tersebut selama kira-kira dua bulan. Dr Zambery juga tidak hadir dan difahamkan beliau bergegas ke Ipoh sebaik sahaja keputusan mahkamah tersebut diumumkan. Walaupun, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin veteran hadir tetapi suasana di dalam dewan merdeka yang menjadi tempat jamuan, tidak menampakkan kemeriahannya. Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap merasmikan sambutan tersebut ada yang tertanya-tanya mengenai ketiadaan Abdullah di majlis tersebut. "Dulu Dr Mahathir tidak datang, kini Datuk Seri Abdullah pula. Kalau macam ini bila Umno hendak bersatu," kata seorang penyokong Umno yang lengkap berpakaian Melayu. 'Bukan penghujung jalan' Dalam ucapannya, Najib turut menyentuh tentang keputusan mahkamah berhubung kemelut politik di Perak. Katanya, sebelum ini mahkamah telah mengharamkan Umno tetapi bangkit dan membina Umno yang baru. "Kita menang dua kes mahkamah, kita kalah satu. Ia bukan penghujung jalan. "Saya dan rakan-rakan dalam MT akan fikir semula apa jalan terbaik kepada Umno dan BN. Kita tidak akan patah semangat," tambahnya. Dalam ucapannya, Najib banyak menyentuh mengenai konsep 1 Malaysia yang diperkenalkannya itu. Perdana menteri berkata, 1 Malaysia berpaksi kepada perlembagaan dan rukun negara dan realiti kepada masyarakat majmuk negara. "Datuk Onn (Jaafar) telah cuba membuka pintu Umno kepada kaum-kaum lain tetapi tidak berjaya. 'Solat hajat' "Tunku Abdul Rahman telah menubuhkan Perikatan berdasarkan kebersamaan, ayahanda saya Tun Razak (Hussein) membesarkan lagi Perikatan kepada BN. "Tun Dr Mahathir pula membuat lontaran dengan konsep Bangsa Malaysia dan Tun Abdullah dengan visi nasional," katanya. Di majlis tersebut Najib menyampaikan anugerah Melayu terbilang kepada tokoh perniagaan, Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhari. Sebelum itu, perdana menteri dan ahli Umno lain menghadiri majlis solat hajat dan bacaan Yasin. Beberapa pemimpin komponen BN iaitu Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, turut hadir di majlis tersebut. |
Tuesday, May 12, 2009
Sambutan ulang tahun Umno 'muram'
0 comments Labels: malaysiakini, UMNO haprak
Hishamuddin Jangan Main Api Di Terengganu!
msomelayu
[kemas kini] SAH Dr Ramzi telah ditangkap polis. Beliau katanya ditangkap di Jertih jam 8:30 pagi tadi. Beliau kini dibawa ke IPK Terengganu. Reporter sedang mengerumuni IPK untuk mendapat penjelasan lanjut.
ADA maklumat mengatakan Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (Dr Ramzi) telah ditangkap polis pagi ini. Sama-sama kita tunggu pengumuman daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM). HARI ini 12 Mei, tanggal yang disebut-sebut Umno Terengganu akan disusun semula. Katanya kedudukan Ahmad Said sebagai Timbalan Pengerusi Umno Terengganu akan berubah. Pengerusinya, Hishamuddin Hussein ada nama lain untuk diganti di tempat Mat Said. Siapa?
Khabar ini rasanya tidak berapa benar dan tidak logik. Hishamuddin baru saja diumumkan oleh Najib Razak sebagai pengerusi Umno Terengganu dengan Mat Said sebagai timbalan. Apakah Hishamuddin sedia mengkhianati pilihan Najib?
Bukan itu saja menukar dan mengenepikan Mat Said ia bermakna mengenepikan restu istana kepada Mat Said. Khabarnya juga motif penyusunan semula itu untuk memenggalkan jawatan Mat Said sebagai MB Terengganu?
Justeru tidak mungkin Hishamuddin akan menambahkan pening kepala Najib. Isu di Perak belum habis dan melanda kembali kini, nak mula dengan Terengganu pulak? Kalau begitu rosak jahanam semua Umno Malaysia ini. Makanya tidak mungkin ada penyusunan semula Umno Terengganu kini.
Hishamuddin katanya telah membuat penyelidikan dan kajian mengenai kelemahan dan kekuatan Umno Terengganu. Katanya dia telah turun ke Terengganu untuk mengenal pasti masalah dalam menyelesaikan kemelut yang ditimbulkan itu. Sebelum beliau memberi taklimat kepada pihak istana Terengganu beliau sudah turun awal-awal ke negeri penyu menangis itu.
Timbul sedikit keanihan kenapa Hishamuddin seolah melindungi pemergiannya lebih awal ke Terengganu dalam rangka mencari kesimpulan bagi menenangkan ombak politik Umno Terengganu itu. Dalam kenyataan kepada media beliau seolah memaklumkan kepada istana dulu sebelum hendak berbuat sesuaatu ke atas Umno Terengganu! Manakala pemergian ke Terengganu itu juga diminta supaya disembunyikan.
Apakah yang silap di sini dan apakah Hishmuddin ada agenda lain di Terengganu. Beliau memang ke Terengganu tetapi bukan menemui akal umbi tetapi menemui buah hati! Apakah maksud buah hati itu pulak? Apakah Idris Jusoh buah hatinya?
Biarlah, Hishamuddin dan orang politik memang ada berbagai agendanya sendiri. Agenda itu pula kekadang terlalu confidential. Misalnya dua orang wakil rakyat dari Kelantan ada kekasih masing-masing yang sedang menuntut di Universiti Malaya. Hujung minggu mereka akan ke Kuala Lumpur, beri tahu isteri dan anak buah kononnya ada mesyuarat parti atau agensi tertentu. Walhal mereka berfoya-foya dengan buah hati masing-masing.
Hujung minggu mereka akan ke UM ambil buah hati untuk makan-makan dan sebagai-sebagainya. Nama kekasih kedua-dua wakil rakyat berkenaan sudah pun dalam tangan saya. Hanya tunggu hari untuk disahkan dan 'dikebekkan' dalam blog ini.
Berbalik kepada cerita Umno Terengganu tadi, kalaulah benar hari ini Hishamudin akan umumkan perstruktruan semula Umno Terengganu melibatkan Mat Said ia adalah satu tindakan kurang bijak. Apa lagi kalau 10 orang Adun yang menjadi penganggu kepada Mat Said itu diambil kira ia akan menjadikan Umno Terengganu makin celaru.
Sebaiknya Hishamddin usah bermain api di Terengganu. Beliau harus tinggalkan politik Umno Terengganu kepada orang Terengganu. Orang Terengganu lebih mengetahui segalanya. Mereka akan mengetahui ikan apa ada di bawah lautan hanya dengan melihat kepada pecahan ombak apabila ikan itu sesekali menyedut udara di atas muka laut.
Hishamuddin kalau nak pergi ke Terengganu untuk bersuka ria dan berkelah pergilah tidak ada siapa nak marah.
Kemelut yang berlaku sudah semakin jelas. Yang terbungkus sudah mula 'terkebek'. Apabila polis sudah nak tangkap orang bernama Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, maka jelas siapa di sebalik penyebaran SMS tempoh hari. Orang ini pula adalah bekas Setiausaha Politik, Idris Jusoh. Apakah Idris tidak terlibat dalam soal ini?
Mungkin SMS itu dirangka demikian rupa. Disuruh buat dan dihantar ke dalam telefon sendiri kemudian buat report polis. Matlamatnya ialah untuk tidak mahu hadir siang dewan. Tujuan tidak mahu hadir sidang dewan supaya dewan kelihatan kosong dan yang ada Mat Said dengan speaker saja. Dengan cara itu dunia akan melihat Mat Said dipulau oleh Umno sendiri.
Maka betul dan benarlah kata Rahman Bakar, kemelut politik di Terengganu untuk menjatuhkan Mat Said ada grand design.
Kalaulah itu strategi kumpulan 10, itu silap. Mereka terlupa mengenai kehebatan Mat Said yang boleh berkawan dengan orang Pas. Semua Adun Pas di dewan katanya menyokong Mat Said. Pembelian dua ekor kambing Harun Taib oleh Mat Said adalah signal jelas bagaimana Mat Said rapat dengan orang Pas sampai boleh masuk ke dalam gok (kandang) kambing beor orang Pas.
Beginilah hidup. Selalu berlaku, walaupun perancangan manusia bijak tetapi bijak lagi perancangan Allah azajawa. Inilah kelemahan manusia tidak menyedari mereka berada di bawah kekuasan Tuhan. Kalau niat tidak betul maka semua perbuatan menjadi ‘belok belekar’.
Kepada Hismamuddin beliau harus selidiki dulu soal SMS itu. Beliau Menteri Dalam Negeri yang jaga polis. Kerah polis serek segera Ahmad Ramzi, soal dan siasat dia habis-habisan jangan bersikap double standard pula. Buka dan kobek apa yang ada dalam Umno Terengganu sebenarnya. Lepas itu barulah Hishamuddin buat keputusan. [wm.kl.11:00 am 12/05/09]
0 comments Labels: msomelayu, terengganu, UMNO haprak
Monday, May 11, 2009
Koleksi Video - ADUN BN mencarut dalam DUN Perak.
Lancau - ADUN Shaarani Mohamad
OK - dulu Adnan Yaacob, pastu Bung Mokhtar, sekarang ni Mat ni pulak!!! bodoh punya wakil rakyat!!! memalukan melayu!!!!hampeh!!!!
4 comments Labels: koleksi video, pemimpin haprak, Perak, rosak akhlak
PM minta rakyat Perak bertenang, jangan terlalu teruja...
| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | May 11, 09 6:35pm |
| Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Perak supaya bertenang dan tidak terlalu teruja dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah. "Kita akan selesai segala masalah," kata Najib ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tersebut. Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan. Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian. Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. "Kita akan merayu terhadap keputusan itu dan kita harap mendapat tarikh awal untuk melakukannya. Saya tidak boleh mengulas banyak kerana perkara ini masih dalam bidangkuasa mahkamah. Mungkin rayu esok "Jadi, saya mahu katakana bahawa kita mempunyai kes yang kuat, kedudukan yang kuat dan kita akan merayu terhadap keputusan itu," tambahya. Ditanya sama ada pilihanraya mengejut patut diadakan, Najib menjawab: "Saya tidak dapat mengulas perkara itu kerana ianya bergantung kepada kebijaksanaan Sultan Perak." Ditanya sama ada beliau akan menghadap Sultan Perak, perdana menteri berkata: "Saya boleh jumpa baginda pada bila-bila masa. "Tetapi tidak mengapa, ia di bawah bidang kuasa baginda". Ditanya sama ada pilihanraya mengejut tindakan terbaik menyelesaikan kemelut Perak, Najib berkata: "Saya tidak mengulas banyak, langkah pertama kita adalah merayu terhadap keputusan itu." Mengenai tarikh untuk membuat rayuan tersebut, Najib berkata: "Kita akan dapatkan tarikhnya (untuk merayu) secepat mungkin. Kemungkinan esok." |
0 comments Labels: Altantuya, malaysiakini, najib razak, Perak
Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari
Oleh ZANARIAH ABDUL MUTALIB
KUALA LUMPUR: Selepas 96 hari, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat diisytiharkan sebagai Menteri Besar sah, tetapi keputusan hari ini belum memberi petanda jelas sama ada krisis politik Perak yang memasuki bulan ketiga akan menemui jalan penyelesaian.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan keputusan itu kira-kira pukul 3.45 petang tadi.
Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) yang mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan SUK Perak.
Ratusan penyokong Nizar berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta sejak tengah hari tadi dengan kawalan keselamatan ketat.
ALASAN MAHKAMAH
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan.
Selain itu tiada sebarang usul undi tidak percaya dibawa terhadap Nizar yang menyebabkan beliau hilang kepercayaan majoriti pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"
"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini Menteri Besar boleh disingkirkan," katanya.
Mahkamah juga menolak permohonan peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham untuk menangguhkan keputusan pengesahan kedudukan Nizar sebagai MB Perak tetapi mereka boleh mengemukakan rayuan.
Dalam kertas penghakiman yang dibacakan lebih satu jam bermula pukul 2.30 petang itu, Abdul Aziz berkata, satu-satunya cara untuk melucutkan jawatan Nizar sebagai Menteri Besar adalah melalui keputusan undi tidak percaya dalam sidang DUN.
Beliau berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) membawa 31 ADUN termasuk tiga wakil rakyat Bebas menghadap Sultan Perak telah menyebabkan bukti yang menunjukkan Nizar kehilangan undi majoriti itu datang daripada pelbagai sumber.
Abdul Aziz berkata, seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.
Pemecatan Menteri Besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.
Katanya, walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan Menteri Besar, seorang Menteri Besar sebaik dilantik hanya bertanggungjawab kepada anggota DUN yang dipilih dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.
Beliau juga menolak hujah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan Menteri Besar boleh memohon untuk membubarkan DUN iaitu apabila tempoh penggal Dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.
Beliau juga tidak bersetuju dengan hujah Abdul Gani dan Dr Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.
Abdul Aziz berkata, mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.
"Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," katanya.
REAKSI NIZAR
Dalam reaksi segera, Nizar berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kuala Kangsar, dijangka esok pagi bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini.
Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh Zambry selaku Menteri Besar sejak Februari lalu akan dikaji semula kecuali keputusan untuk mengadakan sidang DUN pada 7 Mei lalu yang berakhir dengan kekecohan.
"Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah," katanya.
Nizar juga memberitahu mesyuarat Exco akan diadakan segera.
"Kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac lalu," katanya.
Nizar telah kehilangan jawatan tersebut 6 Februari berikutan krisis politik Perak.
PERMOHONAN
Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.
Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.
Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga ADUN daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong BN.
Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.
Sultan Azlan berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar baru pada 6 Februari.
Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.
Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.
Zambry juga diwakili oleh Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.
0 comments Labels: MB perak, mstar online
Koleksi Video - Krisis memalukan dalam DUN Perak.
DUN Perak kecoh!!! cipta sejarah lagi!!!
OK - macam budak-budak!!!
0 comments Labels: koleksi video, krisis negara, Perak
18 Buah Negara Menghina Perdana Menteri, Tidak Ada Apa-apa Tindakan – Dato’ Mustafa Ali
| Written by SM Noor |
| Monday, 11 May 2009 22:04 |
| Menurutnya, Dato’ Seri Najib Razak menyatakan kononnya pilihanraya kecil itu banyak membelanjakan wang namun tidak banyak membawa faedah. Hakikatnya, kata beliau, perlaksanaan pilihanraya sebenarnya dapat menggerakkan ekonomi apabila wang dibelanjakan bagi mengongkosi perjalanan kempen. Selain itu beliau berkata, ada pihak-pihak yang mendakwa, Presiden UMNO itu, tidak mahu bertanding dalam pilihanraya tersebut kerana tidak sanggup lagi mendengar nama Altantuya, wanita Mongolia yang mati dibunuh, dikaitkan dengan beliau.(Video Klip Didalam) “Tetapi ada orang beritahu, sebenarnya Najib tidak mahu bertanding pilihanraya (DUN Penanti) kerana tidak mahu lagi mendengar Altantuya disebut-sebut, “berapa kali pilihanraya (kecil berlaku) tidak kena mengena pun, (PRK) Bukit Gantang (dan PRK) Bukit Selambau (Najib) tak turun pun, tapi ‘Altantuya’ turun juga,”katanya dalam majlis penerangan Isu DUN Perak di Masjid Rusila, Sabtu lalu. Katanya, sekiranya PRK DUN Penanti tidak diadakan, nama Altantuya tidak akan disebut dan beliau dapat melupakan sekejap tentang isu Altantuya. Dato’ Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, akhbar dalam 18 buah negara didunia menyiarkan laporan peristiwa Altantuya dan mengaitkannya dengan Perdana Menteri Malaysia. Katanya dari segi kaedah hubungan diplomatik antarabangsa, negara kita sepatutnya memanggil duta-duta negara asing dan meminta penjelasan tentang perkara tersebut. “Dari segi kaedah hubungan antarabangsa, kalau negara kita tidak puas hati, bahawa suratkhabar dalam sesebuah negara itu mencemar nama baik (negara) kita. apa lagi Perdana Menteri, Malaysia boleh panggil duta, (mana-mana) negara yang menyiarkan, “(dan meminta penjelasan) pasal apa (negara) kamu duk cerita (melaporkan) bab (tentang) Perdana Menteri kami dengan Altantuya, ini boleh boleh menjejaskan hubungan diplomatik,”katanya sebagaimana tindakan yang diambil ke atas Denmark ketika menyiarkan ‘karikatur’ menghina RasuluLlah SAW Tetapi, katanya, ketika 18 buah negera menghina Perdana Menteri Malaysia, Duta Malaysia diluar negara tidak melakukan apa-apa dan kerajaan Malaysia juga tidak memanggil Duta negara tersebut. Ia berlaku demikian kerana, katanya, sekiranya diambil tindakan tertentu dan apabila siasatan dijalankan, dibimbangi ia akan menemui kebenaran yang lebih ‘parah’. Lihat Video Klip |
0 comments Labels: Altantuya, buletin online, najib razak
Polis cabul sidang Dun Perak , Sivakumar masih Speaker
| Debra Chong Sat | May 09, 09 | 5:00:15 am MYT | |
| SEMAKIN banyak pihak menimbangkan kesahihan perlucutan V Sivakumar daripada jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan pengundian pengganti beliau, R Ganesan, bekas Adun Sungkai, dan juga dua lagi usul. Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah. "Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hafarizam dan Shafee. Saya tak nampai bagaimana it boleh menjadi sah," jelas Malik Imtaz kepada Malaysian Insider. Prosidur diragui Dia mendapati terlalu banyak persoalan berhubung prosidur di dalam ruang dewan, mengakibatkan kesahihannya diragui. "Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker. "Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker. Versi bercanggah Kata Imtaz, dia mendengar versi yang bercanggah-canggah mengenai peristiwa 7 Mei, termasuk dakwaan kononnya pada satu ketika Sivakumar tidak berada di dalam kamar dewan sewaktu persidangan berlangsung. Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan. "Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen. Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap. Polis bukan agen parti politik "Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu. Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang. "Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah. "Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan-� ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan." Beliau juga mempersoalkan: "Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?" Bila sidang bermula? "Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz. Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon. Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja. Terus buntu "Inilah antara perkara yang menyebabkan saya merasa ragu tentang kesahan usul yang diluluskan," kata peguam yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa. "Akhirnya, terdapat kebuntuan di sini," katanya, dan menambah sekiranya Perdana Menteri Najib Razak "ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut." Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, "semuanya begitu jelas dan terpampang." Katanya, dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan". Cara salah pilih Speaker "Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar," jelas ahli akademik itu. Beliau memerhatikan bahawa urutan peristiwa dari 5 Februari sehingga semalam - dari perbuatan melompat parti yang dilakukan wakil rakyat yang dipilih sehinggalah kepada keputusan mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar untuk menggantung kehadiran Adun BN - membuatkan kesahihan usul cukup meragukan menurut pandangannya. Seperti juga Malik Imtiaz, Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perakmembubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku. Undang-undang tak boleh selesai masalah "Bagi kita, cara perundangan tidak akan dapat menyelesaikannya kerana setiap peguam mempunyai pendapat berbeza," katanya. "Secara peribadi, saya rasa terdapat hujah yang memihak kepada kedua-dua pihak. Satu daripadanya bilakah persidangan itu sebenarnya bermula? Satu lagi apakah Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul yang hendak dibentangkan?" "Tapi kini Pakatan Rakyat adalah pihak minoriti dan BN mempunyai majoriti stabil dengan 28 campur tiga bebas," jelasnya. Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan. "Saya tak fakir dalam demokrasi, untuk kembali semula kepada rakyat setelah baru sahaja mengadakan pilihan raya umum merupakan satu masalah," katanya. ---- Tulisan dari The Malaysian Insider ini diterjemah oleh Shirzad Lifeboat _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, krisis negara, Perak