+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 17, 2008

Peruntukkan RM6.4 juta bantu baiki atap rumah rakyat miskin, Ahmad Said

Mstar Online

16-04-2008 03:02:27 PM

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu telah meluluskan peruntukan sertamerta berjumlah RM6.4 juta bagi membantu keluarga miskin di negeri ini membaik pulih bumbung-bumbung rumah mereka tahun ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata bantuan tersebut adalah bagi menggantikan bumbung-bumbung atap zink atau nipah yang telah rosak kepada atap asbestos.

"Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diberikan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi tujuan itu.

"Sebagai permulaan setiap penduduk miskin akan diberikan 50 keping atap asbestos. Bantuan ini akan disalurkan dalam tempoh seminggu dua lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Beliau berkata bantuan tersebut akan disalurkan kepada kesemua 32 kawasan DUN menerusi wakil-wakil rakyat manakala di kawasan yang diwakili pembangkang, ianya akan diserahkan kepada pegawai penyelaras DUN.

Ahmad berkata sebelum ini, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada rakyat miskin di negeri ini bagi tujuan membaik pulih pelbagai kerosakan terhadap rumah penduduk terbabit.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri juga akan mewartakan enam kawasan di Pulau Redang sebagai santuari penyu dalam usaha untuk memelihara spesies itu yang diancam kepupusan.

Katanya kawasan-kawasan itu yang meliputi 1 batu nautika dari tempat masing-masing, adalah di antara Tanjung Tokong Guntung dan Tanjung Tokong Siang.

"Sebelum ini, kita pernah mewartakan kawasan-kawasan di Pulau Redang ini sebagai santuari penyu tetapi melibatkan kawasan pantai.

Tetapi kini, ianya melibatkan laut kerana kawasankawasan ini menjadi tempat habitat penyu mencari makan dan sebagainya," kata beliau.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan negeri juga telah meluluskan pelaburan berjumlah hampir setengah bilion bagi projek lombong arang besi di Teluk Kalong, Kemaman.

Beliau berkata projek fasa pertama itu akan melibatkan kawasan seluas 140 hektar, yang dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada kirakira 1,000 rakyat tempatan.
BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |