+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, April 13, 2008

Maklumkan kepada keluarga selepas peluk Islam: Nik Aziz

Mstar Online

12-04-2008 06:32:38 PM

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan individu yang ingin memeluk agama Islam supaya memaklumkan perkara itu kepada keluarga selepas mereka berbuat demikian.

Mursyidul Am PAS itu berkata jika dimaklumkan sebelum memeluk Islam, mereka mungkin dihalang daripada berbuat demikian walaupun pada hakikatnya hasrat seseorang untuk memeluk Islam tidak akan dapat dihalang jika keinginan itu datang daripada hati dan bukan dipengaruhi mana-mana pihak.

Pemakluman wajar dibuat atas dasar menjaga hubungan silaturrahim dengan anggota keluarga dan menjaga keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, katanya.

"Jadi sekiranya memberitahu itu boleh menyebabkan keinginan memeluk Islam terhalang, itu tidak betul," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Muhibbah Mesra Kaum di sini, Sabtu.

Kira-kira 300 orang hadir pada majlis itu yang turut dihadiri masyarakat Cina, India dan Siam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin mensyaratkan mereka yang ingin memeluk Agama Islam mengisytiharkannya bagi mengelak masalah di kemudian hari.

Abdullah berkata tindakan memeluk Islam secara senyap-senyap seperti yang diamalkan sebelum ini mengudang banyak masalah sehingga berlaku ketegangan kaum.

Mengenai penubuhan Majlis Silaturrahim Antara Agama (IRGC), beliau berkata perkara itu dibolehkan dengan syarat tidak ke arah penyamaan agama.

"Kalau untuk membincangkan perkara-perkara bagi mengelak salah sangka ianya dibolehkan dan ini peluang terbaik untuk menyampaikan perkara mengenai Islam," katanya. BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |