+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, April 13, 2008

Tiada Agenda Peribadi Selepas 14 April – Anwar

Buletin Online





Ditulis oleh SM Noor & Wan Kay
Saturday, 12 April 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita/dsaihospital0.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Kuala Terengganu – Agenda dan kepentingan peribadi, seperti bila dan dimana bertanding, bukan menjadi keutamaan selepas 14 April depan. Demikian dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam sidang media yang diadakan selepas menziarahi Presiden PAS dan tazkirah di Ma’ahad Tahfidz Wal Tarbiah,Tok Jiring dekat sini semalam

Beliau berkata beliau datang segera ke Kuala Terengganu dalam tempoh yang singkat setelah mendengar Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dirawat di hospital Sultanah Nur Zahirah kerana keuzuran.

Beliau datang menziarahi Dato’ Seri Abdul Hadi sebagai seorang sahabat, pemimpin dan mewakili kawan-kawan serta keluarga.

The image “http://buletinonline.net/images/berita/dsaihospital1.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Beliau mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana Dato’ Seri Abdul Hadi telah kembali dan hampir pulih, memerlukan waktu untuk cergas seperti sediakala serta perlu banyak berehat.

Disamping itu beliau sempat berbual dengan Dato’ Seri Abdul Hadi mengenai perkembangan terakhir senario politik tanah air.

Justeru, kata beliau, Dato’ Seri Abd Hadi meminta beliau terus berusaha memantapkan Pakatan Rakyat (Pakatan) kerjasama diantara PAS, PKR dan DAP.

Beliau berkata pimpinan Pakatan bersetuju memastikan kerjasama tersebut benar-benar berkesan sementara diperingkat bawah memerlukan sedikit masa.

Beliau berpuashati dengan pendirian dan sikap Presiden PAS dalam menjayakan program bersama Pakatan selama ini.

Beliau menegaskan soal agenda peribadi seperti soal-soal bila dan dimana bertanding, bukan menjadi keutamaan kepada beliau

Beliau berkata demikian sebagai respon apabila ditanya apakah agenda beliau selepas 14 April ini.

”Agenda utama kita, nak tentukan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan dapat melaksanakan program dengan baik lebih berkesan.
”isu (good)‘governance’, isu penanggungjawaban, bersih dari rasuah dan peka terhadap tuntutan rakyat,” kata Anwar.

Justeru kata beliau agenda Melayu Islam, kebajikan dan keadilan untuk semua tetap menjadi agenda Pakatan dan InsyaAllah akan dapat laksanakan.

”Kita menghadapi sedikit masalah kerana media yang dikuasai oleh UMNO/BN belum selesai kempen pilihanraya,
”kita terpaksa tangani ini dengan bijak, dan saya puashati dengan pimpinan kerajaan-kerajaan negeri.
”sikap mereka cukup baik bahkan (mereka) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan,” kata Anwar.

The image “http://buletinonline.net/images/berita/dsaimtt1.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Namun kata beliau, kerajaan persekutuan tidak begitu boleh diharapkan kerana menurut beliau UMNO sedang dalam gelombang dan persaingan sengit sekarang.

”Apa-apa keputusan yang akan dibuat, kita buat secara muafakat, bersama rakan-rakan pimpinan PAS, PKR dan DAP,

“soal apa yang akan berlaku, kita ada waktu untuk berunding dan berbincang bagi meastikan perjalanan Pakatan mantap,” jelas Anwar.

Beliau berkata beliau telah menegaskan perkara tersebut kepada semua pimpinan Pakatan dan menyatakan perkara tersebut kepada Dato’ Seri Abdul Hadi didalam kesempatan waktu lawatannya pada petang semalam.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata prospek dan usaha bagi Pakatan untuk menguasai Malaysia sedang berjalan dengan baik.

“Kalau pilihanraya umum yang lalu bersih dan adil, guna dakwat hitam, tidak ada penipuan, undi pos itu bebas, kita dah menang,” kata Anwar.

The image “http://buletinonline.net/images/berita/dsaihospital0.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Justeru beliau meminta kawan-kawan dalam komponen BN dan UMNO tunduk kepada kehendak rakyat dan bersama-sama bergabung didalam Pakatan Rakyat.

”Jadi soal dia lompat tak timbul dia hanya menghormati keputusan rakyat,” kata Anwar.

Oleh yang demikian, beliau berkata Pakatan memerlukan sedikit masa dan tidak akan bertindak secara ‘gopoh’ didalam usaha menguasai Malaysia.

”Banyak kerja yang perlu kita uruskan dan sekarang ini kita hanya tengok sandiwara dan drama,
“perebutan kuasa dan pergeseran UMNO, itu drama yang menarik sekarang,” kata Anwar.

Turut hadir adalah Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Hj Abu Bakar Abdullah, Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, YB Dato’ Tengku Hassan Omar, ADUN Ladang, Dr Abd Manaf serta pimpinan PKR dan PAS negeri Terengganu.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |