+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, May 13, 2008

Karpal Singh ungkit tindakan Rosol, 22 YB


Berita Harian

TINDAKAN ahli Parlimen pembangkang terus membahaskan isu mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu, terutama pindaan Perlembagaan pada 1987 bagi mengehadkan kuasa Raja ditegur Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) masih berkeras dengan pendiriannya Sultan tidak mempunyai hak campur tangan keputusan yang dibuat pentadbiran kerajaan negeri dan tegas beliau berhak mempersoalkannya.

Beliau yang kini disiasat polis berikutan kenyataannya terhadap tindakan Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury, menegaskan beliau tidak mencabar kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama dan Adat Istiadat Melayu.

"Apa yang saya suarakan adalah Sultan Perak tidak ada hak mengarahkan Menteri Besar Perak menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry. Selain itu, saya hanya mahu tahu siapa sediakan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

"Saya tidak menerima apa-apa jawapan, sebaliknya beberapa pertuduhan dilemparkan kepada saya, termasuk mengatakan saya derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam.

Tindakan Karpal dibantah Razali Ibrahim (BN-Muar) yang merujuk Peraturan Mesyuarat 36(7) dan (8) kerana isu yang dibangkitkan perlu dibahaskan sebagai usul berasingan, lebih-lebih lagi kerana ada laporan polis dibuat terhadap beliau.Timbalan Speaker menegur Karpal supaya mematuhi Peraturan Mesyuarat dan jangan membangkitkan isu berkaitan sifat Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Karpal berkata setakat ini sudah ada 20 laporan polis dibuat terhadapnya dan beliau tidak risau walaupun 2,000 laporan dibuat kerana berpendapat tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Antara yang buat laporan termasuk Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Apa kredibiliti beliau untuk buat laporan polis, namanya sendiri baru-baru ini terbabit dalam skandal klip video V K Lingam.

"Kalau perbuatan saya salah, kenapa tiada tindakan terhadap Datuk Rosol Wahid dan 22 Ahli Dewan Undangan Negeri di Terengganu yang membantah tindakan Sultan Terengganu kerana enggan memberi perkenan melantik Menteri Besar pilihan Barisan Nasional (BN).

"Begitu juga di Perlis. Kenapa ada pilih kasih. Umno yang mulakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |