+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, May 13, 2008

Beras: Fomca syor empat tindakan

Malaysiakini

May 13, 08 12:48pm

Bekalan beras yang mencukupi dan harga yang berpatutan haruslah berada dalam satu mekanisme bersepadu bagi memastikan krisis makanan ruji negara ini tidak menjadi semakin parah, kata Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Mengulas pengumuman perdana menteri malam tadi, setiausaha agung gabungan itu Muhammad Sha'ani Abdullah berkata langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan "tidak akan membawa perubahan yang memanfaatkan pengguna" tanpa mekanisme bersepadu.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan langkah-langkah berikut selepas satu mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi semalam:

bullet buttonMengekalkan beras Super Tempatan 15 peratus sebagai beras yang dikawal harga antara RM1.65/kg hingga RM1.80/kg mengikut zon;

bullet buttonMengapungkan harga beras import termasuk beras Putih Thai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak;

bullet buttonMembenarkan pemindahan padi di antara negeri-negeri secara berperingkat;

bullet buttonMenaikkan Harga Minimum Terjamin (GMP) daripada RM650 satu tan metrik kepada RM750/tan metrik.

Selain langkah-langkah ini, dalam kenyataannya lewat malam tadi, Fomca mencadangkan empat tindakan tambahan seperti berikut:

bullet buttonMemastikan bekalan yang mecukupi pada gred dan harga yang berpatutan dengan menentukan struktur harga yang menetapkan margin keuntungan yang sama rata bagi pelbagai gred, menggalakkan pengeluar menghasilkan gred-gred mengikut permintaan pasaran.

bullet buttonMenentukan kuantiti gred-gred yang dikeluar dan dipasarkan menepati keperluan golongan pengguna yang memerlukan melalui kajian pasaran dari segi keperluan dan taburan keperluan supaya tiada golongan pengguna terpinggir.

bullet buttonMenguruskan satu mekanisme penentuan harga di peringkat runcit kerana kuasa-kuasa pasaran dalam keadaan pasaran berkrisis tidak dapat menentukan tahap harga runcit yang berpatutan supaya peningkatan harga yang keterlaluan akan mempengaruhi permintaan penanam padi tempatan untuk kenaikan harga padi yang tiada hubung kait.

bullet buttonMelaksanakan peraturan-peraturan kawal selia padi dan beras serta penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu berhubung bekalan beras terhadap kegiatan penyeludupan dan penahanan bekalan dari aliran pasaran untuk tujuan memanipulasi harga.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |