+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, May 18, 2008

Misteri RM 3 Bilion (3,000,000,000.00) Duit Royalti Serta Kaitannya Semakin Menarik

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Saturday, 17 May 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/kemanaroyalti.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Misteri RM 3 bilion duit royalti Terengganu yang masih menjadi rahsia, akan terdedah dan diketahui umum tidak lama lagi.

Ini berikutan kenyataan Menteri Besar, Dato’ Mad Said hari ini, bahawa beliau sudah bertemu tarikh untuk bertemu dengan Pedana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Sebahagian dari misteri duit royalti telah pun terdedah dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berakhir pada minggu lalu

Dalam Sidang DUN Terengganu tersebut, Exco Infrastrur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan) menjawab soalan bertulis ADUN Wakaf Mempelam YB Mohd Abdul Wahid Endut mengenai kos pembinaan Taman tamadun Islam.

Yahya memberitahu bahawa kos asal TTI ialah RM 249 juta manakala kos sebenar pembangunan TTI meningkat RM 10 juta kepada RM 259 juta.

Yahya berkata, pemaju projek itu adalah Taman Tamadun Sdn. Bhd. yang menawarkan pakej kerja kepada 64 subkontraktor.

Menurut Yahya, 36 atau 56.25 peratus adalah subkontraktor tempatan manakala 28 atau 43.75 peratus adalah subkontraktor luar.


Pendedahan angka berjuta-juta yang dibelanjakan dalam pembinaan projek-projek mega di Terengganu dan kaitan yang dapat dibuat dengan projek-projek tersebut, semakin hari semakin menarik.

TTI adalah salah satu daripada projek yang dibiayai oleh Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau duit ehsan/ duit royalti minyak Terengganu

Setelah pendedahan yang ‘terburai’ berkaitan dengan pengendali Monsoon Cup, T-Best Event Sdn Bhd yang majoriti sahamnya bukan milik kerajaan Terengganu, kini satu lagi kaitan menarik di temui berkaitan TTI.

Yahya memberitahu pemaju projek TTI adalah dimajukan oleh Taman Tamadun Sdn Bhd dan ia adalah suatu info baru bagi rakyat Terengganu yang selama ini diberitahu TTI dimajukan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).

Dari carian umum internet, kaitan yang ditemui adalah amat menarik dimana alamat Taman Tamadun Sdn Bhd adalah di No.1, Jalan Putra Permai 1 A, Taman Equine, Seri Kembangan 43300 Selangor.

Pastinya pejabat syarikat Taman Tamadun Sdn Bhd itu berdekatan dengan pejabat T-Best Event yang beralamat di 16-1, Jalan Putra Permai 1B, Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor.

Taman Equine adalah Bandar yang dimajukan oleh Equine Capital, syarikat kepunyaan Patrick Lim.

Ini bermakna ketiga-tiga syarikat yang berkaitan dengan projek mega Monsoon Cup dan TTI adalah berpusat di Taman Equine, Seri Kembangan.

Oleh yang demikian, terlalu amat munasabah kalau rakyat Terengganu mengesyakki bahawa RM 3 bilion duit royalti yang masih misteri itu ada kaitan dengan Patrick Lim.

Sehubungan dengan itu, timbul pula persoalan, berapa banyakkah lagi dari RM 3 bilion duit royalti itu berbaki ? Atau sebenarnya telah habis dibelanjakan ??

Kalau kita perhatikan segala projek Mega yang dilaksanakan dari 2004 hingga sekarang serta pengakuan Menteri Besar bahawa pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) adalah dibiayai dengan DKKP, maka kemungkinan besar duit royalti RM 3 bilion yang menjadi misteri itu tidak berbaki lagi.

Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi juga pernah menyatakan bahawa wang ehsan/ DKKP/ duit royalti memberikan banyak kebaikan kepada rakyat Terengganu tanpa perincian seolah-olah duit tersebut telah habis dibelanjakan.
Memang ada logiknya, memang duit royalti tersebut tinggal hanya sedikit sahaja, sekiranya tidak habis semuanya dibelanjakan oleh kerajaan pusat dengan kerjasama Idris Jusoh.

Dibawah disenaraikan projek mega yang telah dilaksanakan sejak tahun 2004 dengan kos-kos yang telah didedahkan ;

Bil

Projek

Kos (RM – juta)

1.

Kompleks Sukan Negeri Terengganu

544

2.

LPT2

1,800

3.

Menaiktaraf Terminal LTSM

130

4.

Menaiktaraf Landasan Terbang LTSM

530

5.

Monsoon Cup

360

6.

Taman Tamadun Islam

259

7.

Benteng Pemecah Ombak (Brakwater)

509

JUMLAH

4,132

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |