penarekbeca
Saya tak kisah kalau orang nak lawan DAP. Jangankan DAP, parti apa pun hampa nak lawan ikut suka hampalah. Tetapi, saya geli geleman melihat percubaan yang hina dan bangang untuk mengelirukan orang ramai.
Utusan Malaysia menyiarkan berita yang diberi tajuk "Teresa kurang sopan pakai skirt di masjid". Tetapi di dalam berita tidak pula ditulis Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pakai skirt di masjid. Yang ditulis adalah seperti berikut:
"...tidak berpakaian sopan ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini"Walaupun dah melihat gambarnya, saya bertanya kepada kawan-kawan yang pergi malam itu. Mereka kata, majlis bersama Teresa itu diadakan di perkarangan masjid dan bukannya di dalam masjid.
"memakai skirt dan tidak menutup aurat semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru".
Saya tak suka tengok wanita-wanita Islam pakai skirt (kalau depa kata pakai skirt hak demokratik depa, tak suka tengok juga hak demokratik saya). Kalau bukan Islam, ikut suka depalah. Laporan pula menghebohkan pakai skirt di masjid. Adakah Utusan Malaysia perlu diberitahu, perkarangan masjid bukan masjidlah bodoh!
0 comments:
Post a Comment