| Harakahdaily Azamin Amin Fri | Apr 11, 08 | 11:15:03 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) - Biarpun ditohmah dengan pelbagai gelaran dan negeri menjadi 'ancaman' dan 'serangan' Umno, Barisan Nasional (BN) dan media arus perdana namun Menteri Besar Perak Ir Mohamad Nizar Jamaluddin tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti sedia kala di samping bertemu masyarakat sekaligus menangkis dakwaan yang tidak tepat selama ini. Dalam gambar tersebut Nizar kelihatan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Setiawan yang juga Pengerusi DAP Ngeh Koo Ham melawat keluarga mangsa letupan kilang tepung Malayan Flour Mills di Manjung pada 18 Mac lalu. Gambar-gambar ini boleh dilayari di blalang.com. - mks. |
Sunday, April 13, 2008
Gambar MB Perak yang 'digelapkan' media
0 comments Labels: Harakahdaily, MB perak
PKR: Rundingan lompat parti 'lancar'
| Malaysiakini |
| Muda Mohd Noor | Apr 10, 08 11:38am |
| Rundingan PKR dengan ahli-ahli parlimen BN "berjalan lancar" dan perkembangan lompat parti itu akan diumumkan "bila tiba masanya", kata seorang pemimpin kanan parti pembangkang itu. "Ia (sambutan) di luar jangkaan kita. "Kita hanya memerlukan 30 lagi ahli parlimen, tetapi sambutannya memberangsangkan sekarang, 30 kerusi itu jumlah minimum yang kita boleh dapat," kata naib presiden PKR Azmin Ali. "Kita tidak menawarkan wang kepada ahli parlimen tersebut tetapi perjuangan untuk membela rakyat dan negara." Ahli parlimen Gombak itu berkata, wakil-wakil BN yang bakal menyertai PKR itu bertanggungjawab terhadap pengundi di kawasan mereka. "Umno tidak lagi relevan kepada orang Melayu dan tindakan wakil rakyat tersebut untuk menjamin survival dan ketuanan Melayu," katanya lagi. Menurutnya, PKR tidak mengejar masa untuk membawa masuk ahli-ahli parlimen itu kepada parti pembangkang. "Apa maknanya mereka terus berada dalam Umno kerana parti itu telah kalah dan tidak lagi diterima rakyat," tambahnya. PKR juga, kata Azmin, akan menfailkan petisyen untuk membuktikan penyelewengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam mengendalikan pilihanraya umum 8 Mac. Beliau mendakwa, pihaknya mempunyai banyak bukti bahawa SPR melakukan penyelewengan dalam pilihanraya umum lalu. "Kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah melalui penipuan SPR," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Brickfields hari ini. Tambah Azmin lagi, PKR akan meneruskan tekanan untuk memaksa pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya melepaskan jawatan. Katanya, PKR telah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) baru-baru ini. "Anwar akan menyampaikan ucapan perdana yang pertama selepas pilihanraya umum lalu. PKR juga mengundang pemimpin PAS dan DAP untuk majlis tersebut," katanya. 'Gelita 14' disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999. Sambutan ini pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong PKR. Perhimpunan "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" kali ini berbeza, menurut seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR Badrul Hisham Shaharin. |
0 comments Labels: malaysiakini, Pakatan Rakyat
Pencemaran babi: Sistem tertutup dan moden adalah penyelesaian
Siasah daily
Friday, April 11, 2008
KUALA LUMPUR, 12 April: Kerajaan Selangor dipuji kerana berani menyelesaikan isu penternakan babi di negeri itu secara yang terbuka. Ini kerana sistem penternakan secara berpusat, tertutup dan moden adalah penyelesaian terbaik, kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad.
"Umno dan BN selama ini sedar masalah ini tetapi mereka penakut, play to the galary (ikut kehendak pihak terlibat) dan terikat dengan rasuah. Sebab itu ladang-ladang ternakan babi haram dan tidak terkawal ada di merata-rata tempat dan mencemarkan sungai dan pantai kita," kata beliau kepada Siasah.
Dzulkifli mengulas serangan media Umno terhadap cadangan kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan sistem ternakan babi secara moden yang tidak akan mencemarkan alam sekitar bagi menyelesaikan persoalan penternakan babi haram di negeri ini.
Kerajaan Selangor meluluskan cadangan kerajaan negeri sebelum ini untuk melaksanakan sistem penternakan babi secara moden yang dianggarkan bakal menelan belanja RM100 juta. Bagaimanapun segala perbelanjaan itu akan ditanggung oleh pelabur dan penternak babi yang terlibat.
"Sistem ini adalah jawapan kepada segala persoalan pencemaran dan bantahan penduduk terhadap kekotoran sungai dan pantai akibat najis babi di negeri ini sebagaimana dilaporkan oleh media Umno berkenaan," kata Dr Dzulkifli.
Dalam pada itu, katanya lagi, apa yang perlu dibuat oleh kerajaan Selangor sekarang adalah memastikan tempat penternakan moden ini biar sesuai dan mempunyai buffer zon (kawasan perantara) yang sesuai antara ladang dengan penempatan mereka.
Selepas dilaksanakan, beliau berkata, sistem penguatkuasaan pula mestilah cekap dan jangan sesekali terhalang oleh amalan rasuah yang membarah dalam kerajaan sebelum ini.
"Sistem best practise mestilah diamalkan dalam konteks ini," katanya.
"Orang memelihara anjing untuk menyalak pencuri. Tetapi jika pencuri itu adalah tuannya sendiri, sudah tentu anjing itu tidak menyalak," katanya lagi sebagai analogi yang nampak kasar tetapi itulah realitinya.
Sebab itulah, kata beliau, isu ini tidak selesai di Melaka dan Negeri Sembilan sebelum ini kerana mereka terikat dengan rasuah dan takut dengan sentimen tentang babi yang menjadi isu sensitif di kalangan orang Melayu.
Menurutnya, Islam jelas sekali memberikan hak untuk orang bukan Islam.
"Hak orang Cina untuk makan dan berniaga dengannya. Kita tidak boleh nafi hak mereka dan sebagai kerajaan ia mestilah dijaga. Kerajaan pula perlu memastikan hak penduduk iaitu melalui penempatan yang sesuai dan pastikan ia tidak tercemar. Saya rasa itu yang hendak dibuat oleh kerajaan Selangor melalui sistem moden ini. Lagipun, semua kosnya ditanggung oleh pelabur dan penternak itu sendiri bukan kerajaan," kata beliau.
Teknologi Jerman secara tertutup
Sementara itu, seorang penulis dalam laman web Tranungkite.net berkata, projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini.
Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya.
Penulis ini mengetahui perkara ini kerana sistem ini ditawarkan oleh satu syarikat yang dimilki oleh seorang kawannya kepada kerajaan negeri Selangor sebelum ini.
0 comments Labels: penjelasan isu, selangor, siasahdaily
Perlu kuasai Pusat untuk laksana hukum hudud, kata Dr Haron Din
| Harakahdaily Dato' Dr Haron Din Thu | Apr 10, 08 | 10:35:04 am MYT | |
| Soalan | Apakah apabila PAS menjadi pemerintah sesebuah negeri, undang-undang hudud Islam menjadi keutamaan? Wajib disegerakankah atau pun bukan keutamaan. Jika bukan, apa pula keutamaan PAS dalam pemerintahannya. Mohon Dato' perjelaskan. - Ubaidah Salim, Sepang
Kerajaan Pusat dibentuk selepas parti politik memenangi majoriti kerusi-kerusi Parlimen. Demikian juga di negeri-negeri, mana-mana parti yang dapat membentuk majoriti mudah, maka merekalah yang membentuk kerajaan. Kuasa tertinggi adalah Kerajaan Pusat, mengikut kehendak Perlembagaan, kerajaan negeri perlu patuh dan tertakluk dengan kuasa Kerajaan Pusat. Kerajaan negeri tidak boleh membuat undang-undang sendiri yang bercanggah dengan Kerajaan Pusat. Oleh kerana itu, persoalan hudud adalah termasuk dalam peruntukan undang-undang yang dibolehkan oleh Kerajaan Pusat atau tidak. Buat sementara ini Kerajaan Pusat tidak meluluskan undang-undang berkait hudud dilaksanakan di peringkat negeri. Ini bererti bahawa undang-undang hudud perlu patuh kepada Parlembagaan Malaysia, maka dengan sendirinya, jika PAS tidak menguasai Kerajaan Pusat atau Perlembagaan yang ada belum diubah, ia tidak dapat dilaksanakan. Jika sekiranya negeri mahu melaksanakan undang-undang hudud, ia mesti mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan. Dengan pemahaman yang mudah, kerajaan-kerajaan negeri PAS, belum diizinkan untuk melaksanakan undang-undang hudud. Kita perlu bersabar sehingga Kerajaan Pusat dikuasai oleh PAS sehingga Perlembagaan Persekutuan dapat diubah, maka barulah ia menjadi keutamaan. Untuk sekarang ini kita mengambil panduan daripada al-Quran, tentang apakah keutamaan PAS dalam soal pemerintahan. Ia mesti berpegang kepada dasar PAS, ia termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 7 (1) yang menyebut bahawa, "Adapun hukum yang tertinggi sekali pada pegangan PAS adalah Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya." Merujuk kepada al-Quran, Allah memberi keutamaan, panduan kepada pemerintah Islam yang perlu melakukannya apabila berkuasa sebagaimana firman Allah (mahfumnya): "Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah al-Hajj, ayat 41) Kesimpulannya, keutamaan yang perlu disegerakan; pertama, memperkukuh hubungan dengan Allah menerusi menanam aqidatuttauhid yang sebenar, membasmi kesyirikan kepada Allah, menyebarkan ilmu Islam bagi memahamkan manusia umum akan Islam yang sebenar, mengajak mereka mengamalkan ajaran Islam, menghidupkan institusi agama agar ianya benar-benar berfungsi seperti yang sepatutnya. Kedua, memberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, khususnya kepada golongan bawahan, fakir miskin agar mereka terbela menerusi pemberian zakat. Sebagainya perintah Rasulullah s.a.w. (mafhumnya) "Ambillah harta daripada golongan berada dan bahagikannya kepada golongan kurang berada." Itulah yang dilambangkan dengan zakat. Sekiranya semua zakat yang wajib atas umat Islam yang berada (kaya) di sesebuah negeri (khususnya di Selangor), dikumpul dengan cara yang berkesan dan sempurna, serta diagihkan kepada golongan yang miskin dengan cara yang betul, maka bayangkanlah apa yang akan berlaku. Ketiga, makruf ditegakkan. Makruf ialah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT. Apa sahaja yang diperintah, hendaklah dicari jalan bagaimana mahu melaksanakannya sehingga syiar Islam tertegak dan kebaikan Islam terserlah, serta nilai-nilai murni menjadi amalan masyarakat. Keempat, mencegah kemungkaran. Mengikut aturcara yang sesuai dan langkah-langkah pencegahan yang efektif lagi berwibawa, menuju penghapusan nilai-nilai negatif yang tidak disukai wujud dalam masyarakat. Kelima, berserahlah kepada Allah SWT untuk menentukan yang sebaiknya dalam perlaksanaan semua urusan yang dilaksanakan menurut perintah-Nya. Wallau'alam. - lanh |
0 comments Labels: Harakahdaily, penjelasan isu
Tiada maaf bagimu, Tun Salleh
| Apr 10, 08 7:02pm |
| Kerajaan tidak akan meminta maaf kepada mantan ketua hakim negara Tun Salleh Abas yang dipecat pada 1988 - kes utama sebagai lambang penghakisan kewibawaan dan kebebasan badan kehakiman Malaysia. "Sebenarnya apa yang penting, ialah kita ada satu cara yang dapat memulihkan kedudukan (Tun) Salleh Abas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini. "Saya tidak nampak apa yang perlu kita minta maaf dalam hal ini. Tetapi biarlah kita putuskan nanti apabila kertas cadangan dibentangkan," tambahnya, lapor agensi berita Bernama. Mengulas reformasi sistem kehakiman, Abdullah dilaporkan berkata kabinet telah membincangkan perkara itu. "Dan mengikut kajian dan persediaan pada waktu ini, saya ingat boleh dikemukakan dalam masa yang tidak jauh. "Apa yang kita buat saya telah mengatakan dalam manifesto pilihan raya dulu supaya sistem kehakiman ini dirobah, dibuat apa-apa perubahan yang wajar. "Ia menjadi sesuatu yang kita hendak laksanakan, cuma tidak dapat dilaksanakan dalam empat tahun sebelum pilihan raya ini sebab banyak perkara yang perlu diberi perhatian dulu," katanya. Walaupun perinciannya belum diputuskan, lapor laman web The Star Online, perdana menteri akan membuat pengumuman "lebih awal daripada yang dijangkakan" untuk memulihkan keyakinan ramai terhadap badan itu yang tercemar imejnya sejak 20 tahun lepas. "Perdana menteri sendiri, timbalannya dan anggota-anggota jemaah menteri telah menyatakan mereka semua komited untuk reformasi kehakiman. "Perdana menteri sendiri akan mengumumkan langkah reformasi itu dan prinsip-prinsip di sebalik langkah tersebut. Saya fikir pengumuman itu akan dibuat lebih awal daripada yang dijangkakan," beliau dipetik sebagai berkata kepada media selepas mesyuarat pasca-kabinet di pejabatnya. Langkah-langkah tersebut, menurut laporan itu lagi, termasuklah suruhanjaya pelantikan dan kenaikan pangkat hakim yang lebih telus. "Ada banyak lagi. Perdana menteri akan menjelaskan perinciannya ketika pengumuman nanti," katanya. |
0 comments Labels: badan kehakiman, malaysiakini
Maklumkan kepada keluarga selepas peluk Islam: Nik Aziz
Mstar Online
12-04-2008 06:32:38 PM
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan individu yang ingin memeluk agama Islam supaya memaklumkan perkara itu kepada keluarga selepas mereka berbuat demikian.
Mursyidul Am PAS itu berkata jika dimaklumkan sebelum memeluk Islam, mereka mungkin dihalang daripada berbuat demikian walaupun pada hakikatnya hasrat seseorang untuk memeluk Islam tidak akan dapat dihalang jika keinginan itu datang daripada hati dan bukan dipengaruhi mana-mana pihak.
Pemakluman wajar dibuat atas dasar menjaga hubungan silaturrahim dengan anggota keluarga dan menjaga keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, katanya.
"Jadi sekiranya memberitahu itu boleh menyebabkan keinginan memeluk Islam terhalang, itu tidak betul," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Muhibbah Mesra Kaum di sini, Sabtu.
Kira-kira 300 orang hadir pada majlis itu yang turut dihadiri masyarakat Cina, India dan Siam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin mensyaratkan mereka yang ingin memeluk Agama Islam mengisytiharkannya bagi mengelak masalah di kemudian hari.
Abdullah berkata tindakan memeluk Islam secara senyap-senyap seperti yang diamalkan sebelum ini mengudang banyak masalah sehingga berlaku ketegangan kaum.
Mengenai penubuhan Majlis Silaturrahim Antara Agama (IRGC), beliau berkata perkara itu dibolehkan dengan syarat tidak ke arah penyamaan agama.
"Kalau untuk membincangkan perkara-perkara bagi mengelak salah sangka ianya dibolehkan dan ini peluang terbaik untuk menyampaikan perkara mengenai Islam," katanya. BERNAMA
0 comments Labels: mstar online, TGNA
Bila babi dipolitikkan!
| | | | |
| Ditulis oleh Arifudin Ishak | |
| Thursday, 10 April 2008 | |
| Dalam tempoh sebulan selepas pilihan raya umum berakhir, arena politik tempatan semakin hangat dan riuh-rendah dengan pelbagai isu dan kontroversi! Barisan Nasional (BN) dilanda badai dengan isu krisis dalaman kesemua sayap partinya, manakala Pakatan Rakyat gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas cuba mencuri perhatian dengan kelantangan pemimpin-pemimpin parti berkenaan. Kini, isu yang terhangat ialah apabila kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas di Selangor meluluskan perlaksanaan projek ternakan babi berkelompok berskala besar. Projek yang menelan kos bernilai RM100 juta itu akan dibangunkan di Sepang yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan hingga setahun. Sebaik sahaja Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinannnya meluluskan perlaksaan projek terbabit, ia megundang reaksi banyak pihak. Ramai yang melenting serta tidak senang duduk terutamanya pemimpin parti BN mengenai tindakan kerajaan negeri berkenaan yang dianggap terburu-buru serta tidak peka dengan sensitiviti rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini. Mereka menyifatkan tindakan meluluskan projek ternakan babi itu adalah satu keputusan yang membabi buta! Bantahan turut disuarakan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa). Antara bantahan yang lantang disuarakan ialah mengenai isu pencemaran alam sekitar. Persoalannya adakah kita akan disajikan semula dengan slot ulangan episod sedih dan sadis yang membawa korban tinggi akibat wabak penyakit virus Japanese Encephalitis (JE), di Sungai Nipah dan Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan pada tahun 1999? Adakah pisang akan berbuah dua kali? Menurut Abdul Khalid, beliau tetap mempertahankan keputusan melaksanakan projek ternakan kontroversi itu kerana baginya ia sekadar meneruskan projek yang telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan negeri sebelum ini iaitu di bawah payung BN. Abdul Khalid turut menjelaskan bahawa projek itu wajar diteruskan memandangkan kawasan tersebut sememangnya telah menjadi tapak utama ladang ternakan babi di Selangor. Difahamkan juga projek itu mematuhi piawaian kualiti yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta kerajaan negeri. Justeru projek ternakan babi itu tidak akan mencemarkan alam sekitar kerana semua bahan buangan akan diguna semula dalam bentuk bio gas untuk menjana elektrik dan air bagi pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Jadi, kalau sungguh bagai dikata dan projek ini lancar seperti dirancang apa yang perlu dikecohkan? Kadang-kala kita jangan takut hendak menongkah arus! Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri pernah ‘popular’ dengan isu penyapunya yang menerima kecaman hebat dari pelbagai pihak. Jangan lupa, ada nasi ada keraknya! Bagi penulis, usah jadi seperti anjing menyalak bukit. Kerajaan negeri Selangor sendiri pasti sudah bersedia dengan ‘skema jawapan’ terhadap semua persoalan yang dibangkitkan. Bukankah duduk semeja dan bermusyawarah (berbincang) itu lebih baik dan molek. Kata orang cari guru tempat belajar, jangan menyesal kemudian! Penulis difahamkan projek kontroversi ini bakal menggunakan teknologi Jerman secara moden dan tertutup. Ini bermakna semua sisa buangan yang tercerna akan dikitar semula untuk pengeluaran gas metana. Lebih hebat, kawasan ternakan tertutup ini akan dilengkapi dengan sistem penghawa dingin yang canggih. Seharusnya kita anjakkan sedikit paksi pemikiran kita agar tidak terlalu konservatif. Jika projek ‘mega’ ini diteruskan, ia akan dilaksanakan secara berkelompok. Ini bermakna semua ladang-ladang babi yang sedia ada di negeri Selangor akan ditutup dan dipindahkan ke satu tempat yang dikawal selia secara terpeinci dan moden. Malah pada masa yang sama kerajaan negeri berjanji tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembukaan ladang babi yang baru. Tidakkah langkah ini dilihat lebih baik dari membiarkan lebih banyak ladang babi dibina di beberapa tempat di seluruh negeri Selangor? Jadi secara logiknya, masalah pencemaran yang menghantui penduduk-penduduk yang berada di kawasan ternakan babi selama ini akan dapat ditangani dengan segera dan efisyen. Memindahkan kesemua ladang babi sedia ada ke satu ‘perkampungan’ babi yang dikhususkan untuk menternak, menyembelih dan memproses babi umpama menyediakan ‘one stop centre’ untuk pasaran dalam negara. Kos pembinaan ladang tersebut juga bukan ditanggung oleh kerajaan negeri sebaliknya ditanggung oleh pemilik ladang yang menyertai projek kelompok tersebut. Lihatlah isu ini dengan waras dan telus. Jangan kita politikkan sesetengah pembaharuan positif yang cuba dilakukan untuk kesejahteraan rakyat. Kerajaan Selangor juga pasti sudah mengkaji tindakan ini agar tidak meninggalkan kesan buruk kepada orang ramai khususnya penduduk di sekitar Sepang. Penulis percaya, Menteri Besarnya sendiri sudah berfikir panjang sebelum beliau dan barisan exconya membuat percaturan ‘berani mati’ apabila meneruskan projek ternakan babi bernilai jutaan ringgit ini. Jika tidak, ia umpama menjerat leher sendiri dan sudah pasti mandat yang diamanahkan rakyat hanya bertahan selama sepenggal! |
0 comments Labels: buletin online, penjelasan isu, UMNO haprak
Presiden PAS beransur pulih
Siasahdaily
KUALA TERENGGANU, 10 April: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Zahirah (HSNZ) di sini pagi tadi telah menghubungi sendiri Setiausaha Agung PAS untuk memaklumkan beliau sihat selepas diserang angin ahmar yang ringan sahaja dan boleh berjalan seperti biasa.
Beliau dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas menunaikan solat subuh di rumahnya di Rusila pagi Khamis 9 April.
Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir, Presiden PAS itu menghubungi sendiri Datuk Kamarudin Jaffar di pejabat agung PAS di hadapannya kira-kira jam 9.30 pagi dan bercakap sendiri dengan Kamarudin.
"Oleh itu, tidak perlu bimbang, dia sihat dan akan bertugas seperti biasa selepas berehat beberapa hari," katanya.
0 comments Labels: PAS, siasahdaily, TGHA
