+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 22, 2008

Mazlan: Tiada rundingan kongsi kuasa

Malaysiakini

Jul 22, 08 11:36am

Walaupun PAS tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu, tetapi tidak benar sama sekali, ada rundingan ke arah 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional, kata ahli jawatankuasa PAS pusat, Mazlan Aliman.

Sehubungan itu, beliau yang juga ketua penerangan PAS Johor dukacaita dengan pemberitaan media mengenai isu muzakaran PAS-Umno yang 'seolah-olah ada agenda memecahbelahkan perpaduan di kalangan pimpinan tertinggi PAS'.

Menurutnya, isu tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 8 Jun lalu dan mesyuarat khas pada 25 Jun, kedua-duanya di pejabat agung PAS di ibunegara.

Dalam mesyuarat tersebut, katanya, keputusan yang dicapai ialah:

round button type 180708 PAS kekal dan mendepani Pakatan Rakyat.

round button type 180708 PAS proaktif dalam Pakatan Rakyat bagi memperjuangkan Islam.

round button type 180708PAS mesti proaktif di peringkat negeri yang menjadi kerajaan.

round button type 180708 Kelab Penyokong PAS perlu dipertingkatkan.

PAS, katanya, tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno, demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu.

Bagaimanapun, tegasnya, adalah tidak benar sama sekali, ada rundingan yang mempunyai kecenderungan 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional.

"Bahkan dokongan PAS menerusi mandat rakyat dalam pilihanraya umum lalu, untuk memperkukuhkan persefahaman dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tidak pernah berubah," tegasnya dalam satu kenyataan.

"Selaku ketua penerangan badan perhubungan PAS Johor, saya ingin memaklumkan keputusan mesyuarat PAS negeri Johor pada 20 Julai lalu, mempertegaskan komitmen yang sama.

"Bahkan konvensyen PAS Johor pada 3 Ogos ini yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang pasti menjadi medan perwakilan untuk membahaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekaligus menolak sebarang rundingan politik dengan Umno.

"Saya menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa pimpinan PAS mesti bersatu untuk mengelak perpecahan daripada permainan golongan oportunis.

"Umno mesti selamatkan rumahtangga mereka dulu sebelum sibuk mencampuri urusan PAS!" tambahnya.

Read More...

Kerajaan pusat, negeri wajar guna kereta nasional - Najib

Mstar Online

22-07-2008 12:46:06 AM

LUMUT: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kabinet akan membincangkan kewajaran pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu.

"Dasar kita selama ini semua kementerian kerajaan pusat dan kerajaan negeri dikehendaki menggunakan kereta nasional," katanya ketika diminta mengulas pembelian kenderaan itu oleh kerajaan negeri Terengganu bagi menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 Executive bertujuan menjimatkan perbelanjaan tahunan.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM) di Pangkalan TLDM di sini hari ini.

Beliau berkata dasar yang diamalkan sebelum ini mengkehendaki kementerian dan kerajaan negeri menggunakan kereta nasional.

"Saya guna kereta nasional dan Perdana Menteri pun gunakan kereta nasional," katanya.

Semalam, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata pembelian kenderaan itu tidak menggunakan wang royalti minyak dan ia sudah lama dirancang bagi menggantikan kenderaan rasmi yang telah berusia empat tahun.

Ahmad berkata kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut ekoran kos penyenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi kerana mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.

Sementara itu, Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata syarikat-syarikat industri pertahanan negara digalakkan bergabung bagi menjadikan mereka lebih kukuh dalam industri berkenaan.

Katanya, gabungan dan kerjasama telah menyaksikan pengeluaran pesawat kawalan jauh (UAV) taktikal buatan Malaysia apabila Composites Technology Research Malaysia (CTRM), System Consultancy Services (SCS) dan Ikramatik System melalui Konsortium UST Sdn Bhd (UST) berjaya menghasilkannya.

Beliau berkata UAV buatan Malaysia itu akan digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak lama lagi dan pesawat itu juga akan dieksport ke negara serantau dan pasaran antarabangsa.

Mengenai MIPM, Najib berkata ia adalah mekanisme bagi mengajak bersama syarikat swasta yang terlibat dengan industri pertahanan untuk membincangkan langkah dan kaedah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan industri pertahanan negara mampan dan berdaya maju.

MIPM dianggotai oleh 130 buah syarikat. BERNAMA

Read More...

Bazaar Warisan - RM18.4 Juta Yang Menyedihkan

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor & Wan Kay
Tuesday, 22 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita8/bazaarwarisanpunoh1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu – Bazaar Warisan, satu projek tinggalan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh kini menjadi tanggungan (liabiliti) kepada Menteri Besar Dato’ Ahmad Said.

Projek ‘hebat’ Idris yang sering mengimpikan segalanya mencapai kelas dunia, sebenarnya amat meleset, kurang sambutan orang ramai dan rendah kualiti pembinaannya.

‘Kenapa Tak Percaya’? Ungkapan komersial yang mungkin terpacul dari mulut seseorang apabila melihat sebuah Kompleks Perniagaan biasa yang berharga RM18.4 juta, amat menyedihkan!

Bazaar Warisan yang asalnya adalah tempat letak kereta terletak di kaki Bukit Puteri, di persisir Sungai Terengganu berhadapan dengan Pasar Besar Kedai Payang.

The image “http://buletinonline.net/images/berita8/bazaarwarisanpunoh.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Belum pun sampai setahun, bangunan yang dilihat indah pada pandangan zahir itu mempunya kemasan (finishing) yang sangat teruk.

Buletin Online amat mengejutkan terdapat di beberapa bahagian bazaar tersebut yang rosak teruk seperti penghadang tangga yang tumbang dan tiang hampir putus.

Hanya beberapa buah kedai sahaja menjalankan perniagaan dari kira-kira 70 buah premis menjadikan suasana Bazaar Warisan bertambah muram.

Kerajaan membina Bazaar Warisan dalam perancangan menggantikan Pasar Besar Kedai Payang sebagai pusat utama jualan pelbagai barang atau produk kraf keluaran Terengganu.

Namun setelah lebih enam bulan dibuka, pengunjung tidak masuk menjenguk walaupun ia dikatakan indah dan hebat!

Seorang peniaga songket, Encik Kamal Misal, 40, berkata para peniaga telah menerima arahan dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) agar memulakan operasi premis perniagaan masing-masing pada 15 Mei 2008 lalu.

Katanya, para peniaga sebelum ini keberatan untuk memulakan perniagaan di kompleks tersebut kerana beberapa kemudahan asas belum diselesaikan termasuk perkara yang berkaitan faktor keselamatan.

“Kompleks ini telah dibuka tetapi masih ada beberapa bahagian yang belum sempurna dan ada yang rosak,” ujarnya.

Selain itu, katanya kos sewaan premis di bazaar tersebut agak tinggi dan sangat membebankan para peniaga di sini.

Seorang peniaga kraf, Norizan Abdul Rahman, 40, mengeluh kerana kekurangan pengunjung meski pun telah menjalankan perniagaan sejak sebulan lalu.

“Sudah lebih sebulan saya buka kedai ini tetapi tiada pelanggan yang datang, mungkin orang ramai fikir kompleks ini belum dibuka lagi,” ujarnya.The image “http://buletinonline.net/images/berita8/img_3204.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Menurutnya, dengan kos sewaan yang tinggi para peniaga mungkin tidak mampu bertahan lama.

Buletin Online meninjau pendapat beberapa pengunjung dari luar negeri Terengganu dan bertanyakan mereka mengapa masih meilih Pasar Payang dan tidak ke Bazaar Warisan.

“Nampak mewah, tentu barang-barang dijual mahal,” kata salah seorang dari mereka.

Seorang pengunjung, Hasbullah Mamat, 40, terkejut melihat beberapa kerosakkan terutama di bahagian tangga kompleks berkenaan.

Katanya, pihak kontraktor wajar dipertanggungjawabkan kerana kompleks tersebut baru digunakan beberapa bulan lalu.

“Saya terkejut melihat kerosakkan ditangga dan tiang yang rosak. Apa punca minta pihak berwajib segera menyiasat dan mengambil tindakan,” ujarnya kepada Harakah, semalam.

Encik Mohd Zabri Muda, 39, menggesa kerajaan negeri segera melakukan tindakan memulihkan imej pengurusan terutama pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Katanya, tidak wajar sebuah kompleks yang baru siap dibina tetapi telah berlaku kerosakkan yang amat mengecewakan rakyat.

“Apakah pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan itu membina bangunan tidak mengikut ‘spesifikasi’ atau berlaku menyelewengan,” soalnya.

The image “http://buletinonline.net/images/berita8/img_3208.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Justeru itu, kata Mohd Zabri apakah bangunan kompleks yang setinggi empat tingkat itu mempunyai sijil CF bagi menjamin keselamatan peniaga dan pngunjungnya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani mempersoalkan keselamatan pengunjung dan peniaga premis di bazaar tersebut.

Katanya, jika bangunan yang baru siap pun sudah berlaku kerosakkan pada bahagian-bahagian tertentu mungkin akan berlaku juga di tempat lain.

“Kami (Pemuda) cukup bimbang dengan keselamatan rakyat dan mahukan pihak kerajaan segera bertindak sebelum berlaku kejadian tidak diingini yang boleh mengancam nyawa,” tegasnya.

Menurutnya, beberapa kes yang melibatkan projek ‘segera’ termasuk yang menggunakan wang dana khas royalti tidak selamat.

Buletin Online dimaklumkan, sewaan lot-lot premis di tingkat bawah mencecah RM1500.00 sebulan mengikut saiz ruang yang disediakan pihak MBKT.

Buletin Online juga pernah menyiarkan, menurut seorang peniaga yang memohon untuk menyewa ruang premis Bazaar Warisan, hampir 90 peratus pemilik premis itu kini adalah terdiri daripada ‘orang kuat’ bekas seorang Exco Kerajaan Negeri.

Read More...

Muzakarah: Karpal minta penjelasan PAS

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Bernama
Selasa, 22 Julai 2008

PENGERUSI DAP Karpal Singh meminta PAS memberi penjelasan kepada parti lain di bawah Pakatan Rakyat berhubung tindakannya mengadakan muzakarah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno baru-baru ini.

Beliau berkata DAP langsung tidak dimaklumkan mengenai pertemuan itu dan hanya mengetahuinya melalui media.

Karpal Singh berkata PAS sepatutnya memaklumkan kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai muzakarah itu kerana ia membabitkan isu yang sangat penting.

"Saya berpendapat tindakan itu (tidak maklumkan tentang muzakarah dengan Umno) tidak betul kerana kita dalam Pakatan Rakyat perlu tahu apa yang masing-masing lakukan terutama sekali bila ia melibatkan isu fundamental," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Karpal Singh berkata PAS tidak sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno lebih-lebih lagi parti itu pernah mendakwa diketepikan semasa menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar awal 70-an.

"Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga pernah berkata bahawa PAS tidak sepatutnya dipatuk oleh ular yang sama dalam lubang yang sama tetapi saya hairan kenapa beliau menukar fikiran. Saya rasa sudah tiba masanya mereka (PAS) memberi penjelasan kenapa kami diketepikan.

"Sepatutnya tidak timbul keraguan antara parti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat dan setiap tindakan yang dibuat perlulah secara terbuka," katanya.

Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang hari ini mengakui pimpinan tertinggi parti itu telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri baru-baru ini bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan orang Melayu.

Kenyataan Abdul Hadi itu dikeluarkan sebagai mengulas kenyataan Abdullah yang disiarkan oleh akhbar hari ini yang mendedahkan bahawa muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali.

Dalam pertemuan itu, Umno diketuai sendiri oleh Abdullah, manakala PAS dipercayai diwakili Abdul Hadi. Nik Abdul Aziz tidak hadir pada pertemuan itu.

Read More...

Bila Ketua Polis Negara menggunakan Peguam Pembunuh Altantuya?

Tranungkite

Dilulus terbit pada Tuesday, July 22 @ 15:00:00 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Oleh Reformis Muda


 Tidak dinafikan mana mana individu bebas menggunakan mana mana peguam dalam kes mereka, malah Karpal Singh juga pernah digunakan dalam kes pemimpin Kerajaan, Namun bila ia melibatkan "Conflict of Interest" Kepentingan dalam kes yang sedang berjalan tidakkah ia menimbulkan keraguan? Musa Hassan pernah disebut dalam akuan bersumpah Bala Subramaniam berjumpa dengan Najib dengan lafaz "Be cool" dari Najib untuk Razak Baginda. manakala Peguam Kamarul Hisham masih lagi terlibat dalam perbicaraan Altantuya manakala sekarang Musa Hassan menggunakannya dalam kes Saman terhadap Anwar. jadi apa komplot mereka? tidak adakah peguam lain untuk dibawa kes ke Mahkamah?

sedangkan ia hanya saman kes sivil bukan kes jenayah untuk menggunakan peguam yang handal, malah Musa Hassan tidak nyatakan tuntutannya tetapi penekanan Musa Hassan dalam Samannya terhadap Anwar adalah perintah Injuksi iaitu satu perintah dimana menghalang dari Anwar atau Media menyiarkan tuduhan Anwar kerana kononnya ia Fitnah. mengapa Musa Hassan terdesak untuk menghalang pendedahan Anwar. Anwar bukan cakap kosong kerana ia beserta Dokumen asal. jadi ini satu tindakan terdesak Musa Hassan kerana Anwar punyai bukti kukuh. itu sebabnya ia tidak nyatakan jumlah tuntutan tetapi mahu menghalang pendedahan oleh Anwar. mungkin kerana Musa hassan malu untuk hanya membuat perintah Injuksi lalu diselitkan dengan Saman Malu. jangan berselindunglah Musa Hassan. kami semua tahu kerja jahat yang telah kamu lakukan.

Apa Jaminan Kes Altantuya tidak ada komplot antara Peguam Kamarul Hisham peguam peletup Altantuya dengan Musa Hassan sebagai orang yang bertanggung jawab dalam kes tersebut. malah dia disebut dalam akuan bersumpah berjumpa dengan Najib Tun Razak antara nama disebut orang yang terlibat bersama isterinya Rosmah Mansur dalam akuan bersumpah Raja Petra. malah saya ingat Raja Petra kini punyai sebakul bukti dari kes keterlibatan Musa Hassan dalam kes Goh Ceng Poh bapa kepada segala penjenayah dan kongsi gelap sehinggalah bukti dokumen keterlibatan Musa Hassan dalam kes rekacipta bukti dalam kes liwat Anwar pada tahun 1998. saya ingat dalam waktu terdekat ini juga Musa Hassan akan mengambil tindakan yang sama terhadap Raja Petra.

Kini pertembungan (Raja Petra & Anwar) dan (Musa Hassan & Gani Patail) ke peringkat babak terakhir, siapa agaknya akan dimusnahkah. antara EVIL dan ANgel.saya minta seluruh penyokong pembangkang tidak duduk diam dalam keadaan begini,diminta semua buat salinan dan sebarkan segala artikel dan dokumen berkenaan Musa Hassan dalam siri pendedahannya dari tahun 2006 kepada khalayak awam. malah setiap balai Polis juga mesti dihantar salinan dokumen salah laku Musa Hassan agar sokongan bawahan Polis beralih kepada perubahan yang dinantikan Rakyat. antara Dokumen yang perlu diedarkan termasuk siri pendedahan dari Datuk Ramli Yusuf keterlibatan Musa Hassan dan kongsi Gelap serta kisah reka bukti iaitu komplot antara Musa Hassan dan Gani Patail. ini adalah masa yang tepat kerana perhatian umum kini sedang tertumpu kepada Kes Musa Hassan dan Gani Patail. ayuh kembalikan edaran risalah seperti yang dilakukan di Era Refomasi!!

Lawan Tetap Lawan

Reformis Muda

Read More...

Bertolak dari isu Anwar, akuan berumpah tumpuan esok menjurus kes Altantuya

Mstar Online

22-07-2008 02:04:45 PM

PETALING JAYA: Selepas 'berehat' sebulan, Mahkamah Tinggi Shah Alam dijadual bersidang esok semula esok untuk mendengar lima hujahan dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu (gambar).

Perbicaraan ditangguhkan 23 Jun lalu setelah Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah menutup prosiding pada peringkat kes pendakwaan yang masuk hari ke-124.

Pada 23 Jun lalu, Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin ketika menetapkan tarikh setelah dipersetujui kedua-dua belah pihak menjelaskan bahawa mahkamah akan mendengar kesemua hujahan tersebut secara berterusan sehingga proses itu selesai.

Empat daripada hujahan ialah pecahan kepada prosiding induk perbicaraan kes bunuh Altantuya.

Hujahan pertama dan kedua melibatkan dua prosiding mencabar kebolehpercayaan keterangan dua saksi iaitu saksi pendakwaan ketiga, DSP Mohd. Yusri Hasan Basri dan saksi ketujuh, Lans Koperal Rohaniza Roslan.

Ia melibatkan kenyataan Rohaniza kepada polis pada 16 November 2007 di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur dan mengenai percanggahan empat bahagian keterangan Mohd. Yusri di mahkamah dengan kenyataan beramaran ketika siasatan.

Dalam pada itu, hujahan ketiga dan keempat pula menyentuh prosiding perbicaraan dalam perbicaraan berhubung keterangan Cif Inspektor Koh Fei Cheow tentang perlakuan Cif Inspektor Azilah Hadri menunjukkan tempat kejadian kepada polis dan perlakuan Koperal Sirul Azhar Umar menunjukkan barang-barang peribadi milik Altantuya di rumahnya.

Hujahan kelima pula menyentuh mengenai prosiding induk, perbicaraan kes bunuh Altantuya di peringkat akhir kes pendakwaan.

Berdasarkan laporan media bulan lalu, Tun Abdul Majid menyenaraikan seramai 144 orang saksi yang ditawarkan untuk diteliti sekiranya pihak pembelaan berminat dan seandainya mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan kelak.

Yang menarik sepanjang 124 hari perbicaraan, nota keterangan prosiding telah menjangkaui 4,000 muka surat, kata Hakim Mohd. Zaki yang sering dilihat menggunakan secara maksimum kedua belah tangannya untuk menulis nota tersebut.

Azilah, 32, dan Sirul Azhar, 36, didakwa membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Abdul Razak Baginda, 48, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia pula didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul membunuh Altantuya.

Tertuduh itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara pukul 9.45 dan 10.05 pagi pada 18 Oktober 2006.

Read More...

Gagal kes mahkamah, kerajaan Pahang akan 'disita'?

Harakahdaily

Basiron Abdul Wahab

Tue | Jul 22, 08 | 6:53:51 am MYT

TEMERLOH, 22 Julai (Hrkh) - Naib Ketua Pemuda PAS Pahang, Mohd Fadly Ramli berkata, kerajaan Umno Pahang serta Terengganu dan Perlis adalah antara kerajaan negeri yang bergegar selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

Menurutnya, kerajaan Umno di Perlis, Terengganu bergegar apabila berlaku krisis pertukaran menteri besar manakala kerajaan Pahang bergegar dengan krisis dalaman Umno yang membawa kepada peletakan setiausaha Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato' Ahmad Tajudin Sulaiman.

ImageSelain itu, kata Fadly kerajaan Pahang juga digegarkan dengan isu perbicaraan kes saman membabit kerajaan Negeri dengan sebuah Syarikat Pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd.

Menurut Fadly, Mahkamah Tinggi Kuantan telah mengeluarkan perakuan perintah untuk amaun penghakiman terhadap kerajaan Pahang pada 7 Mac 2008 yang lalu berdasarkan peghakiman di Mahkamah sama bertarikh 25 Mei 2007 telah dihakimkan kepada defendan (kerajaan negeri dan pengarah perhutanan Pahang) supaya membayar kepada Plantif (Seruan Gemilang Makmur Sdn BHd) sebanyak RM37,127,471.60 dengan faedah 8 peratus setahun mulai 31 Dicember 2000.

Jelas Fadly, Plantif telah berjaya di dalam samannya di Mahkamah Tinggi Kuantan dan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya terhadap defendan dan kini sedang menunggu keputusan muktamad daripada Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah tertinggi di negara ini.

Fadly yang juga merupakan seorang peguam bagi Plantif berkata, pihak plantif dijangka akan memfailkan saman untuk menyita kerajaan negeri Pahang jika gagal membayar amaun yang telah diputuskan itu.

Katanya jika kerajaan negeri Pahang disita ia adalah kes yang pertama di dunia apabila kerajaan disita atas perintah mahkamah.

"Saya telah berbincang dengan beberapa peguam mengenai kes berkenaan (untuk menyita kerajaan Pahang), dan ada peguam berpendapat ia boleh dilakukan manakala ada juga peguam berpendapat tidak boleh.

"ini adalah kes pertama di dunia yang membabit kerajaan disita atas perintah mahkamah," katanya ketika berceramah pada 'Program Bersamamu' anjuran Dewan Pemuda PAS Temerloh dekar sini baru-baru ini.

Dalam ucapan sama Fadly berkata, Umno sudah berada di penghujung kuasa apabila melakukan pelbagai perkara yang mendukacitakan sama ada dari segi politik mahu perundangan.

Dari segi perundangan umpamanya, kuasa yang ada telah disalahguna untuk melindungi pemimpin parti itu dimana jika membabit pemimpin Umno tidak meneruskan pendakwaan seperti di dalam kes membabitkan Ahli Parlimen Rompin yang mencabul seorang wanita beberapa bulan lalu.

Katanya, kes berkenaan tidak diteruskan atas alasan wanita berkenaan telah menarik balik balik laporannya sedangkan di dalam perundangan tiada istilah kes ditarik balik.

Menurutnya di dalam undang-undang ada seksyen tertentu di mana perempuan berkenaan boleh didakwa kerana membuat laporan palsu terhadap ahli parlimen Rompin.

"Kenapa mereka tidak mendakwa perempuan berkenaan di bawah seksyen berkenaan,"soalnya. - mks. _

Read More...

Pemuda PAS bantah konsert Inul

Malaysiakini

Jul 22, 08 2:52pm

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah sekeras-kerasnya konsert Inul Darastista yang terkenal dengan 'aksi goyang pinggulnya' yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil Ahad ini.

"Tindakan membenarkan konsert berkenaan adalah satu penghinaan kepada rakyat kerana sebelum ini, konsert berkenaan telah dibatalkan selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru enggan mengeluarkan permit," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen.

inul daratistaBerikutan itu, beliau berkata, pihaknya akan menghantar memorandum bantahan kepada DBKL dan Kementerian Wilayah memandangkan konsert Inul (foto) tersebut akan berlangsung dalam kawasan pentadbiran DBKL.

"Seharusnya pihak kerajaan peka terhadap kehendak rakyat dan tidak melayani artis ini yang sehingga kini masih ditolak oleh Ulama-ulama Indonesia yang mengganggap aksi goyang pinggulnya sebagai aksi erotik dan berbaur lucah.

"Sebelum ini artis ini juga pernah mengadakan konsert di Stadium Merdeka. Walaupun dibantah oleh Pemuda Wilayah tapi pihak DBKL berdegil.

"Semasa konsert berkenaan berlangsung, Inul tetap mempersembahkan aksi goyang pinggul walaupun beliau berjanji tidak melakukannya," kata Herman dalam satu kenyataan hari ini.

Rakyat tempatan tolak

Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS Wilayah juga ingin mengingatkan semua pihak terhadap aksi tunjuk punggung oleh penyanyi kumpulam Caburator Dung yang dibelasah oleh penonton di Stadium Kelana Jaya sempena Himpunan Protes awal bulan ini.

"Suasana menjadi panas bilamana penganjur gagal mengawal aksi penyanyi berkenaan dan akhirnya diselesaikan dengan cara yang negatif oleh penonton.

"Situasi yang sama tidak mustahil akan berlaku lantaran kuatnya bantahan yang ditujukan terhadap Inul akhir-akhir ini," katanya.

Menurutnya, walaupun apa jua alasan yang diberikan, Pemuda PAS Wilayah mengingatkan bahawa rakyat tempatan menolak konsert ini.

"Rata-rata penonton yang hadir di siri konsert beliau sebelum ini adalah dari kalangan warga Indonesia yang kempunan melihat aksi beliau di tanahair sendiri.

"Jika konsert ini berlaku, maka negara ini akan 'dilacurkan' kedaulatannya bagi melampiaskan keinginannya warga Indonesia yang tidak tercapai di tanahair mereka," tegas Herman.

Oleh itu, katanya, Pemuda PAS Wilayah berharap
agar kerajaan mengambil serius perkara ini bagi menjaga imej negara sebagai anggota Persidangan Negara Islam (OIC).

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |