+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, July 2, 2008

Ilham buat Anwar: Jelaskan dimana anda pada 26 Jun 2008

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Mohd Sayuti Omar
Rabu, 02 Julai 2008

MALAM ini kalau tidak ada aral merintang Anwar Ibrahim akan berucap di stadium Melawati Shah Alam untuk menjelaskan isu yang membelenggu dirinya dan diri orang ramai kini berhubung dakwaan huduh Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa penasihat PKR itu telah meliwatnya di sebuah kondominum pada 26 Jun lalu.

Dakwaan Saiful menerusi laporan polis pada 28 Jun itu sungguh berat dan mengejutkan rakyat terutamanya penyokong Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Rata-rata dakwaan itu dianggap fitnah berniat jahat untuk menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri.

Kata Anwar laporan polis itu rekan semata-mata dan fitnah yang hendak membunuh kerier politiknya.

Semoga Anwar tabah dan bersikap berani kerana benar dan takut kerana salah. Yakin dan percayalah rakyat akan bersama mendokong kebenaran dan menentang sampai ke tulang hitam setiap kemungkaran!
Bagi rakyat yang yakin akan berlaku perubahan pada 16 September depan apabila ada 30 ahli MP BN lompat menyertai Pakatan Rakyat benar-benar kecewa, hampa dan kesal dengan apa yang belaku itu.

Kejadian itu tak ubah nasib pelari pecutan yang sudah hendak sampai ke penyudahnya tiba-tiba ditembak dari jarak dekat!

Bagi orang ramai perbuatan Saiful itu bukan saja membunuh kerier Anwar dan sekaligus cuba menyekat Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, tetapi turut membunuh impian dan harapan rakyat.

Bagi mereka yang bergelumang bersama dengan Anwar, memperjuangkan politik baru, menegakkan keadilan, menghapuskan neporimse, kroinisme benar-benar kecewa dan hampa.

Orang tidak boleh menerima sama sekali dakwaan berkenaan.

Betapa lagi kalau selepas ini Anwar ditangkap dan dikurungkan dalam penjara sekali lagi, orang ramai akan merasakan seolah perjungan mereka selam 10 tahun untuk membebaskan Anwar sia-sia sahaja.

Kini dakwaan itu dilihat dan berwajah sebagai konspirasi. Memang ada tanda-tanda bahawa ia suatu konspirasi pihak tertinggi sekali lagi.

Kalau dulu konspiratornya mendapat perlindungan bekas PM Mahathir Mohamad, kini konspirator dikatakan dilindungi oleh Mohd Najib Razak.

Ada munasabahnya persepsi demikian kerana Najiblah sekarang dilihat orang yang sedia menunggu untuk mengambil alih tempat Abdullah.

Najib melihat orang yang mengancam dan bakal mengecewaknanya ialah Anwar. Maka adalah tepat kalau beliau bertindak mengekang Anwar mara menrampas kerusi emasnya.

Pun begitu Najib menafikannya. Tetapi seperti mana kata Abdullah Ahmad Badawi orang yang kena tuduh akan menafikan bahawa dia tidak terlibat.

Penafian Najib itu tidak mudah diterima sebaliknya penafian itu menyebabkan orang makin beranggapan Najib adalah pemain utama di sebalik konspirasi kali ini.

Dan maklumat liar mengatakan bahawa ada satu rundingan atas kapal kepunyaan seorang korporat antara Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin dan Sanusi Junid mengenai usaha untuk memastikan Najib tetap menjadi PM mungkin ada kaitan dengan tuduhan konspirasi memalukan Anwar kali kedua ini. (Maklumat ini masih dalam siasatan).

Seperti dikatakan sebelum ini Anwar tidak perlu takut dan gabra dengan apa yang berlaku kali ini. Kejadian pertama memberi pengalamannya kepadanya.

Sekiranya beliau tidak bersalah, untuk apa beliau takut. Sebaliknya beliau kena berani dan bersiap sedia melawan sesiapa saja atas kebenaran.

Kebenaran akan disokong

Kerana malam ini Anwar akan berucap menjelaskan tuduhan dan dakwaan itu maka elok kalau beliau memberi keyakinan kepada umum bahawa tuduhan itu benar-benar satu konspirasi terjahat sekali.

Anwar harus berdiri tegas dan penuh confiden.

Dari akal saya yang ceteknya, mudah bagi Anwar menjelaskan isu yang timbul kini. Anwar kena memberi satu bukti sahaja yang beliau tidak terlibat dengan dakwaan itu.

Seperti mana yang dilaporkan Saiful Bukhari bahawa beliau diliwati oleh majikannya pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Bukit Damansara.

Anwar perlu patahkan fakta-fakta dalam laporan berkenaan

Pertama ialah siapakah majikan Saiful Buhari itu. Beliau tidak menyebut nama majikannya dan ini menimbulkan kekeliruan. Mungkin beliau mempunyai dua majikan atau tiga majikan selain Anwar.

Kedua Anwar perlu jelas kepada umum malam ini di mana beliau berada di sepanjang hari 26 Jun lalu. Beliau kena bentangkan diarinya kepada umum malam ini.

Saya yakin sekiranya beliau dapat mengingat di mana beliau berada pada hari itu secara automatik kekeliruan atas tuduhan itu akan selesai.

Tarikh itu penting kerana Saiful menyebut sekali sahaja tarikh dalam laporan berkenaan iaitu pada 26 Jun.

Sekiranya Anwar boleh mematahkan fakta laporan ini, maka rakyat akan menerima sepenuh hati bahawa dakwaan Saiful itu satu fitnah besar dan mungkin beliau layak untuk di hukum penjara atau ditimbus hidup-hidup dalam telaga buta!

Semoga Anwar tabah dan bersikap berani kerana benar dan takut kerana salah. Yakin dan percayalah rakyat akan bersama mendokong kebenaran dan menentang sampai ke tulang hitam setiap kemungkaran!

*Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |