+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 29, 2008

Tiada bukti Saiful diliwat: PKR tunggu reaksi polis

Siasahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunggu reaksi dari kerajaan khasnya polis berikutan laporan perubatan mengesahkan tidak ada sebarang kejadian liwat berlaku ke atas Mohd. Saiful Bukhari bin Azlan ketika dia membuat laporan polis 28 Jun lalu.

Pengarah Strategik PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, laporan dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) mengesahkan tidak ada sebarang kejadian sodomi berlaku ke atas Saiful.

"Kami juga mendapat pengesahan secara mulut dari Hospital kerajaan yang membuat pemeriksaan kedua selepas Pusrawi, bahawa pemeriksaan mereka juga mendapat hasil yang sama iaitu tidak ada tanda-tanda sodomi berlaku ke atas Saiful," kata Saifudin kepada Siasah.

Menurut laporan pemeriksaan itu, Pusrawi mengesahkan, tidak ada tanda-tanda kejadian sodomi berlaku ke atas Saiful iaitu "tiada pendarahan aktif, tiada parut, tiada luka dan tiada nanah." selepas pemeriksaan dibuat ke atas bahagian sulit Saiful.

Pemeriksaan itu dilakukan oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid terhadap Saiful pada 28 Jun sebelum Saiful membuat laporan polis. (lihat laporan bertulis di bawah)

Untuk mengesahkan pemeriksaan itu, Saiful diminta membuat pemeriksaan yang sama di hospital kerajaan.

Ekoran itu, Saiful membuat pemeriksaan di hospital kerajaan dan membuat laporan polis sejurus selepas itu.

Sehingga kini, pihak hospital kerajaan berkenaan tidak memberikan sebarang laporan bertulis kepada Anwar.

"Kami kini menunggu apa reaksi dari kerajaan berkaitan dengan laporan Pusrawi ini," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang kepada Siasah.

Semalam, Malysia Today melaporkan, Dr Mohamad Osman pernah ditahan tiga hari oleh polis selepas itu dan kini sedang bersembunyi bersama keluarganya.

4 comments:

Unknown said...

tak pasti jika medical repot tu boleh dipercayai atau tak sebab banyak jugak kesangsian mengenainya.tambahan lagi tulisan yang memang susah nak faham.di tambah lagi dengan simbol "o" yang tidak dapat dijelaskan secara terperinci oleh pakar yang sah akan maksudnya.

adakah ini satu helah ataupun kebenaran?.

pihal hospital juga masih belum mengeluarkan kenyataan mereka.

Unknown said...

Laopran perubatan yang dikeluarkan oleh RPK masih belum dapat dibuktikan kesahihannya, kerana pengesahan yang dibuat bleum disahkan oleh pihak hospital itu sendiri, bahkan untuk hospital yang satu lagi hanyalah pengesahan secra bermulut. Mungkin Saifudin sendiri yang mereka kenyaataan mereka sendiri menjelaskan DSAI tidak bersalah di dalam kes tersebut.

Sesiapa juga boleh mendapat pengesahan secara bermulut, saya pun boleh berbuat demikian.

Unknown said...

lebih baik kita tunggu saja kenyataan dari pihak hospital itu sendiri.
Sekarang ni dah banyak sangat spekulasi, pening nak percaya mana satu.
Ramai orang tibe-tiba mempunyai kebolehan untuk mentafsirkan tulisan, terutama sekali tulisan doktor yang sememangnya terbelit-belit sampai susah nak baca.

Unknown said...

Kesahihan medical report Saiful banyak yang mencurigakan. Seperti yang diketahui antaranya ialah penggunaan simbol "o" yang masih tidak dapat penjelasan yang sebenar maksudnya. Saya yakin pengesahan mulut oleh hospital pusrawi hanyalah permainan untuk mengelirukan orang ramai. Ada baiknya jika kita tunggu pengesahan bertulis dari hospital berkenaan dan HKL.

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |