| Malaysiakini |
| Apr 10, 08 12:33pm |
| Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital awal pagi ini selepas mengadu berasa tidak selesa menjelang subuh. Menurut setiausaha agung PAS, Abdul Hadi kini sedang menerima rawatan daripada pakar-pakar perubatan di hospital Kuala Terengganu dan para doktor menasihatkan beliau berehat. Agensi berita Bernama pula melaporkan, ahli parlimen Marang itu diserang angin ahmar ringan kira-kira pukul 5 pagi tadi, ketika bangun untuk bersahur bagi berpuasa sunat sebelum memberitahu anggota keluarga masalahnya itu. Menurut anak sulungnya, Muhammad Khalil, bapanya sedang berehat dan meminta para penyokong tidak risau dengan keadaan kesihatannya. Abdul Hadi dimasukkan ke hospital jam 7.30 pagi tadi. Beberapa orang kenamaan yang menziarahi Abdul Hadi termasuklah menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mustafa Ali. Petang ini, Abdul Hadi diletakkan bawah pengawasan doktor selama 24 jam untuk memastikan kesihatannya cepat pulih. Abdul Hadi - yang ditemui Bernama di wadnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) - berkata, doktor masih belum membenarkannya pulang untuk membolehkan pengawasan dilakukan terhadap kesihatannya. "Tak ada apa-apa... OK sahaja setakat ini, tengoklah sendiri," beliau dipetik sebagai berkata. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang itu - juga ketua pembangkang di negeri itu - yang duduk di atas katil wad dillaporkan ceria ditemani isterinya Toh Puan Zainab Awang dan Muhammad Khalil, selain beberapa lagi anggota keluarga. |
Sunday, April 13, 2008
Presiden PAS diserang angin ahmar
0 comments Labels: malaysiakini, PAS, TGHA
Presiden PAS terima rawatan di Hospital Kuala Terengganu
| Harakahdaily Dato' Kamaruddin Jaffar Thu | Apr 10, 08 | 10:24:57 am MYT | |
| Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Terengganu awal pagi ini ekoran aduan mengalami keadaan kesihatan yang tidak selesa sejak sebelum Subuh tadi. Beliau sendiri baru sahaja menghubungi Pejabat Agung PAS dan menyatakan yang keadaannya tidak membimbangkan. Semua ahli dan para penyokong PAS serta seluruh rakyat Malaysia diharapkan agar bersabar dan sama-sama mendoakan agar Tuan Guru segera pulih. Setiausaha Agung PAS |
0 comments Labels: Harakahdaily, PAS, TGHA
Thursday, April 10, 2008
Kontraktor 60% rakyat Terengganu – Mad Said sindir Idris
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh SM Noor | |
| Thursday, 10 April 2008 | |
| Beliau berkata syarat baru itu, berkuatkuasa sertamerta adalah langkah kerajaan negeri untuk memberi lebih banyak peluang kerja kepada rakyat Terengganu dan diharap dapat mengurangkan kadar kemiskinan. "Ini kerana, kita dapati banyak projek yang dikeluarkan selama ini tidak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. "Apa yang kita lihat sekarang, di tapaktapak projek pada masa kini, kebanyakan pekerjanya merupakan warga Indonesia, Bangladesh, India, Thailand dan Vietnam walaupun yang mendapat kontrak itu adalah rakyat tempatan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman. Mengulas lanjut, Mad Said berkata pada masa ini, ramai rakyat tempatan gagal mendapat pekerjaan walaupun sebelum ini, pembangunan rancak dilaksanakan di Terengganu. Beliau berkata keadaan itu menyebabkan rakyat negeri itu terpaksa berhijrah ke luar termasuk ke Kuala Lumpur dan Singapura untuk mencari rezeki. "Kerja banyak (di Terengganu)... tetapi anak tempatan tak dapat peluang. Perkara ini perlu diperbetulkan," katanya. Bagi memastikan syarat itu dipatuhi, Mad Said kata kerajaan negeri cadang menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada JKR, Bahagian Sumber Manusia kerajaan Negeri, JKKK serta beberapa badan untuk memantau dari semasa ke semasa. Beliau berkata kerajaan negeri akan menarik balik projek yang diberikan jika kontraktor terbabit gagal mematuhi syarat yang ditetapkan itu. - sumber Bernama |
0 comments Labels: buletin online, MB tganu, terengganu
Kembalikan integriti dan kebebasan badan kehakiman: Raja Nazrin.
Mstar online
09-04-2008 05:12:13 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS
PUTRAJAYA: Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah mencadangkan agar sistem pelantikan dan
kenaikan pangkat dalam bidang kehakiman dikaji semula dengan memperkenalkan makanisma yang lebih telus dan adil.
Sambil menegaskan bahawa satu pembaharuan menyeluruh perlu dilaksanakan bagi memulihkan reputasi badan itu yang telah terjejas teruk sejak 20 tahun lalu itu, beliau menyokong supaya ditubuhkan Suruhanjaya Kehakiman untuk membuat perakuan kepada Perdana Menteri sebelum beliau berbincang dengan Persidangan Raja-Raja.
Tanpa pembaharuan yang menyeluruh itu, katanya, institusi itu akan kekal dalam keadaan yang lemah sementara ketidakadilan akan berterusan.
Suasana hari ini, kata beliau, sangat sesuai untuk dilakukan perubahan menyeluruh dengan langkah pertama mengembalikan kuasa kehakiman kepada badan kehakiman itu sendiri.
"Dalam tempoh 20 tahun lalu kebebasan dan intigriti institusi kehakiman telah terhakis dengan teruknya. Ini menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap institusi itu malah ada pihak yang terus bertindak membelakangkan undang-undang.
"Ini adalah satu titik hitam terhadap kehormatan dan reputasi kita yang jika tidak diperbaiki boleh membinasakan negara," katanya ketika berucap di Persidangan Hakim-hakim di sini Rabu.
Menurut Raja Nazrin apa yang menyebabkan kelemahan institusi kehakiman negara ebih menyedihkan ialah hakikat bahawa ia pernah satu masa dahulu sangat dihormati dan penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Malaysia, kerap menjadi rujukan di kalangan negara-negara Komanwel.
Beliau menegaskan bahawa satu ciri paling penting dalam pembaharuan sistem kehakiman negara ialah memastikan hanya mereka yang mempunyai tahap intigriti dan intelek yang tinggi sahaja dilantik menjadi hakim.
Dari segi Perlembagaan, kata beliau, badan kehakiman perlu dikembalikan kepada kedudukannya yang betul sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga 20 tahun lalu lalu.
"Jika ini tidak dilakukan, pengasingan kuasa yang menjadi asas demokrasi Malaysia akan kekal lemah," tegas beliau.
Ketua Hakim Negara Datuk Abdul Hamid Mohamad ketika merasmikan persidangan itu juga menyambut baik cadangan penubuhan Suruhanjaya Kehakiman sebagai satu langkah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan itu.
Sambil menegaskan bahawa sebarang keputusan melibatkan penubuhan suruhanjaya itu adalah satu perkara dasar, Abdul Hamid bagaimanapun berkata: "Jika badan eksekutif percaya dengan cara itu ia akan dapat mengenalpasti calon yang sesuai dan boleh menghapuskan tanggapan negatif terhadap badan kehakiman, kenapa tidak?"
Katanya, badan eksekutif dan badan kehakiman perlu memastikan tokoh yang benar-benar sesuai dilantik sebagai anggota suhanjaya atau sebarang jawatankuasa yang akan dipertanggungjawabkan dalam melantik hakim dan pengawai kanak kehakiman.
Mereka, katanya, perlu terdiri daripada kalangan orang yang berintigriti, berpengetahuan, tidak rasuah, adil dan tidak mempunyai agenda tersendiri.
"Mereka juga tidak boleh membenarkan diri mereka menjadi saluran untuk melobi bagi jawatan hakim," tambahnya.
0 comments Labels: badan kehakiman, mstar online
PM diminta bercuti, Najib pemangku
| Malaysiakini |
| Muda Mohd Noor | Apr 9, 08 2:52pm |
| Sebahagian besar ketua bahagian Umno di Johor mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil cuti daripada menjalankan tugas perdana menteri dan presiden parti bagi meredakan kemarahan ahli Umno ekoran kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac. Manakala Barisan Nasional (BN) Johor pula kehilangan satu kerusi parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). "Ini langkah terbaik untuk menyelamatkan Umno daripada terus menjadi tidak menentu seperti sekarang ini kerana semakin banyak Abdullah bercakap, semakin banyak kekeliruan yang timbul," kata seorang ketua bahagian yang turut menghadiri perjumpaan tersebut. |
0 comments Labels: malaysiakini, Pak Lah undur
Pandikar Amin Mulia Speaker Dewan Rakyat
Utusan Online
09/04/2008 7:57pm
KOTA KINABALU 9 April – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan menjadi Speaker Dewan Rakyat yang baru menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Ahli politik veteran Sabah itu ketika dihubungi hari ini memberitahu, pemilihannya dimaklumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
``Pemilihan ini suatu penghormatan kepada saya dan kepercayaan memikul tanggungjawab ini adalah satu cabaran besar yang akan dipikul sebaik mungkin,'' katanya yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1999 hingga 2002. – Utusan.
0 comments Labels: parlimen, utusan
Badan Eksekutif Tidak Boleh Campur Tangan Keputusan Hakim, Kata Ketua Hakim Negara
PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) -- Anggota badan eksekutif tidak boleh campur tangan atau kelihatan campur tangan dalam keputusan hakim, kata Ketua Hakim Negara Datuk Abdul Hamid Mohamad hari Rabu.
Sebaliknya, kata beliau, badan perundangan, eksekutif dan kehakiman, perlu menghormati bidang kuasa satu sama lain serta mengamalkan doktrin pemisahan kuasa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Bidang kuasa satu sama lain perlu dihormati," kata beliau ketika berucap merasmikan Persidangan Hakim di sini.
Abdul Hamid berkata hakim pula perlu memiliki kekuatan secukupnya bagi menolak sebarang cubaan untuk mengganggu-gugat kebebasan mereka.
"Apabila orang ramai yakin bahawa anggota badan eksekutif tidak campur tangan dalam keputsuan yang dibuat oleh hakim, maka separuh daripada peperangan sudah dimenangi," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim agar reformasi dilakukan terhadap bidang kehakiman di negara ini bagi memulihara institusi itu dalam kerangka pemisahan kuasa kerana sesebuah Kerajaan Berperlembagaan tidak mempunyai erti jika tidak mempunyai unsur menegur dan mengimbangi.
"Secara peribadi, saya amat keberatan untuk menggunakan perkataan 'reformasi' yang hebat bunyinya itu kerana bimbang ia akan berkesudahan seperti kata pepatah Melayu 'indah khabar dari rupa'.
Oleh itu, saya tidak akan menggunakannya. Saya lebih suka memberi tumpuan terhadap sesuatu punca khusus dan cuba mencari penyelesaiannya," kata beliau.
Abdul Hamid berkata badan kehakiman berada di landasan yang betul dalam usaha memulihkan persepsi negatif terhadapnya apabila orang ramai mempunyai keyakinan bahawa hakim mempunyai kebebasan, tidak rasuah, tekun, adil dan tidak mempunyai sebarang kepentingan tersembunyi.
"Kita tidak boleh menafikan bahawa orang ramai kini mempunyai persepsi negatif terhadap badan kehakiman. Jelas sekali, ini bukan hasil daripada apa yang telah berlaku beberapa bulan lepas, tetapi himpunan daripada apa yang telah berlaku atau dianggap berlaku sejak dua dekad lepas, bermula daripada pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan dua bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.
"Setelah begitu teruk dipolitikkan, kini, kesan sepenuhnya sudah dirasai dan kita pula yang terpaksa memikul beban untuk cuba memulihkan persepsi negatif itu," kata beliau.
Abdul Hamid berkata persepsi negatif orang ramai terhadap badan kehakiman bukan berpunca daripada faktor dalaman badan itu semata-mata, tetapi juga faktor luaran, yang perlu ditangani.
Mengenai pemilihan mereka yang akan dilantik sebagai hakim, beliau berkata kriteria yang perlu diambil kira termasuklah integriti, pengetahuan, kebersihan daripada rasuah, tekun, adil, berpekerti baik dan mampu bekerja.
"Pelantikan sebagai hakim bukan suatu anugerah, bukan separa persaraan, bukan satu penyelesaian bagi sesuatu masalah di tempat lain. Ia bererti bekerja keras, bekerja keras secara jujur," kata beliau sambil mengungkapkan pepatah Melayu,"Kalau tanam pokok pisang kelat, jangan harap akan dapat pisang emas".
Abdul Hamid berkata peguam, yang merupakan pihak yang terlibat dalam sesuatu kes mahkamah, petugas media dan orang ramai juga mempunyai peranan yang perlu dilaksanakan.
"Setiap orang perlu jujur apabila berurusan dengan mahkamah. Akhbar perlu melaporkan secara adil dan tepat sesuatu penghakiman mahkamah," katanya.
"Ada anggota masyarakat, yang hanya mementingkan kepentingan diri semata-mata. Bagi mereka, mahkamah bertindak betul sekiranya membuat keputusan yang menyebelahi mereka dan bertindak salah apabila membuat keputusan sebaliknya, tanpa mengambil kira undang-undang dan bukti yang dikemukakan kepada mahkamah," kata Abdul Hamid.
Beliau berkata apabila seseorang hakim membuat keputusan yang tidak menyebelahi mereka, orang ramai akan mengecam secara bertulis hakim berkenaan dengan menuduh beliau mengamalkan rasuah dan bersikap berat sebelah.
"Selalunya, hakim tidak memberi respons. Kadangkala, saya terfikir sama ada hakim, yang dituntut supaya memastikan setiap orang yang hadir di hadapan mereka dilayan secara adil dan diberi hak untuk didengari, turut diberi hak yang serupa. Adakah mereka (hakim) sendiri bukan anggota masyarakat?," kata beliau.
Abdul Hamid, yang akan bersara pada 17 Oktober ini, memulakan ucapan beliau dengan berkata itu adalah kali pertama dan terakhir bagi beliau berucap pada persidangan seperti itu dan menegaskan bahawa walaupun beliau hanya berpeluang menjadi hakim hanya sehari, beliau berazam untuk melakukan secara jujur apa yang beliau yakini adalah betul.
"Oleh kerana ini adalah satu-satunya persidangan yang saya pengerusikan, dengan sedapat mungkin, saya ingin memberi tumpuan terhadap pentadbiran keadilan, bukan terhadap urusan pentadbiran semata-mata," kata beliau.
"Saya yakin, persidangan Majlis Hakim-Hakim ini diwajibkan oleh undang-undang supaya diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi membincangkan isu perundangan semasa dan isu berkaitan pentadbiran keadilan, bukan tentang saiz jerumbai serta pakaian seragam pemandu, walaupun saya tidak kata ia tidak boleh atau tidak sepatutnya ditimbulkan atau dibincang," kata beliau.
Abdul Hamid berkata beliau juga melihat wujudnya semakin banyak perbuatan menulis penghakiman secara "memotong dan menampal", mungkin hasil daripada teknologi moden yang wujud sekarang.
"Petikan diambil dan dimuatkan ke dalam tulisan penghakiman, tanpa mengambil kira fakta dan nisbah sesuatu kes. Akibatnya, undang-undang menjadi semakin panjang, hingga ada kalanya membelakangi peruntukan statut.
"Ada kalanya, seluruh kepala surat sesuatu firma guaman serta nama semua rakan kongsi, pembantu dan nombor telefon firma itu disiar semula dalam penghakiman berkenaan. Tak tahulah untuk apa," kata beliau.
Beliau juga menyentuh tentang arbitrasi (khidmat penimbang tara,) yang katanya merupakan perkara yang menjadi suatu kemestian dan perniagaan besar di banyak negara sekarang.
Arbitrasi diperkenalkan dengan tujuan untuk mempercepatkan penyelesaian sesuatu pertikaian dengan kos yang tidak begitu tinggi dan pengendalian kes arbitrasi dengan cekap boleh membantu menonjolkan imej Malaysia dan badan kehakiman di negara ini di arena antarabangsa, katanya.
Beliau berkata Singapura dan Hong Kong telah mencipta nama dalam bidang ini dan menjadi pusat arbitrasi yang digemari ramai.
"Tak ada sebab Malaysia tidak boleh berbuat begitu," kata beliau.
-- BERNAMA
0 comments Labels: badan kehakiman, bernama
Hakim sokong mohon maaf pada Salleh
| Malaysiakini |
| Apr 9, 08 12:09pm |
| Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad hari ini menyokong cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim supaya kerajaan memohon maaf kepada Tun Salleh Abas dan lima hakim Mahkamah Agung yang dipecat pada tahun 1988. Beliau yang sebelum ini enggan mengulas cadangan Zaid akhirnya menyatakan pendirian beliau itu hari ini. Tulis sendiri penghakiman Salleh, yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Hakim Negara pada 1984 dan telah mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi, dipecat atas dakwaan salah aku selepas perbicaraan tribunal pada Ogos 1988.
Beliau menganggapnya sebagai perbuatan salahlaku dan mungkin menggalakkan rasuah. Tubuh suruhanjaya "Saya telah banyak kali diminta memberikan pandangan saya berhubung cadangan itu. Biar saya katakan di sini. Saya berpendirian yang ia merupakan keputusan dasar yang perlu dibuat oleh Badan Eksekutif. |
0 comments Labels: badan kehakiman, malaysiakini