+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, June 14, 2008

PAS cadang laksana Siasah Syariah di negeri pembangkang

Mstar Online

14-06-2008 01:55:35 PM

KOTA BAHARU: Pemuda PAS Pusat kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani berkata untuk itu, satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

"Kita akui bukan mudah untuk melaksanakannya kerana di beberapa negeri pembangkang seperti Pulau Pinang dan Perak, PAS hanya mempunyai suara yang terhad. Bagaimanapun, kita akan cuba sedaya upaya dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan ke-49 di sini, hari ini.

Azman Shapawi berkata satu seminar untuk membincangkan perkara ini dalam kalangan anggota Pemuda PAS seluruh negara akan diadakan pada Ogos ini.

Jelasnya, seminar itu antara lain akan membincangkan kaedah paling sesuai digunakan di negeri-negeri berbeza.

"Misalnya di Kelantan PAS menguasai negeri manakala di negeri-negeri pembangkang lain yang bukan diketuai PAS, pelaksanaannya akan disesuaikan dengan undang-undang negeri di samping mengambil kira majoriti masyarakat setempat," katanya.

Beliau berkata antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam Siasah Syariah ialah berkaitan dengan pengharaman tempat perjudian, mengehadkan premis penjualan arak, dan etika pakaian di pejabat.

Jelasnya, walaupun ada di kalangan pembangkang terutama DAP masih tidak sepakat berkaitan pelaksanaan undang-undang sebegini, beliau percaya masih ada ruang untuk pelaksanaannya memandangkan tidak semua pemimpin parti itu mengambil pendekatan yang sama.

"Kalau kita lihat pemimpin DAP di Pulau Pinang amat terbuka dan bertoleransi, termasuk menaikkan elaun guru KAFA," katanya.

Beliau yakin perkara itu tidak akan menjejaskan hubungan baik di antara parti pembangkang kerana masing-masing faham dalam keadaan sekarang, setiap parti tidak boleh bergerak sendiri.

"PAS tak boleh bergerak sendiri, DAP pun tak boleh bergerak sendiri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor pun tak dapat bergerak sendiri, jadi masing-masing perlu menyokong dan bertolak ansur di antara satu sama lain," katanya. BERNAMA

Read More...

Perhimpunan di Istana Negara, 6 ditahan

Malaysiakini

Abdul Rahim sabri | Jun 14, 08 11:06am

Enam orang, termasuk tiga ahli Parlimen PKR ditahan, dipercayai kerana mempertikaikan tindakan polis melarang sekumpulan 70 orang penyokong Hindraf berhimpun di depan Istana Negara.

Kumpulan itu termasuk 48 kanak-kanak yang membawa ‘teddy bear' untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Hari Bapa hari ini.

Ia merupakan tindakan simbolik bagi mencerminkan anak-anak kepada tahanan ISA yang tidak dapat menyambutnya bersama bapa masing-masing yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting.

Antara yang ditahan di Kamunting ialah lima pemimpin Hindraf itu - M Manohan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar.

Mereka ditahan pada 13 Disember tahun lalu, selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Seorang daripada mereka, Manoharan bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu atas tiket DAP dan menang kerusi negeri Kota Alam Shah.

palace arrested mp 140608Beliau memperolehi 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.

Sementara itu, tiga ahli parlimen PKR yang ditahan itu ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang), Sivarasa Rasiah (Subang) dan PKR S Manikavasagam (Kapar).

Sivarasa adalah naib presiden PKR. Zuraidah adalah ketua Wanita PKR, manakala Manikavasagam pula adalah anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR.

Tiga orang lagi ialah N Surendran (penasihat undang-undang Hindraf); Salmah Ismail (setiausaha Zuraida) dan Loude Mary (aktvis Hindraf).

kira-kira 70 anggota polis termasuk 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), berkawal di luar Istana Negara.

Sivarasa ditahan pada kira-kira jam 10.25 pagi manakala Zuraida pula ditahan lima minit kemudiannya. Keenam-enam mereka kemudiannya dibawa dengan kenderaan polis ke balai polis Brickfields.

Pada kira-kira jam 10.40 pagi, kumpulan tersebut tiba dengan menaiki bas yang berhenti kira-kira 100 meter dari istana.

palace teddy bear 140608 bearsMereka kemudian berjalan beramai-ramai menuju ke Istana Negara, termasuk kira-kira 30 orang dewasa yang memakai lencana Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf).

Mereka turun melaungkan 'Daulat Tuanku' dan 'bebaskan tahanan ISA.

Berunding dengan polis

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan menghampir istana oleh anggota polis yang mengawal kawasan tersebut.

Kemudian, Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu tiba dan berunding dengan pegawai polis di situ. Turut berada di situ ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman dan Ketua Polis Brickfield, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

palace teddy bear 140608 kids policeSejurus selepas itu, Muhammad membenarkan kanak-kanak tersebut bergerak menuju ke pintu utama istana untuk menyerahkan 'teddy bear'.

Difahamkan, usaha untuk menghubungi pihak istana untuk menghantar wakil menerima hadiah dari kanak-kanak tersebut, tidak berjaya.

Ekoran itu, mereka mengambil keputusan untuk menyerahkan 'teddy bear' dan sedulang pisang kepada Ronnie sebagai mewakili kerajaan Selangor.

Mereka kemudiannya meminta kerajaan negeri mengatur untuk menyerahkan 'teddy bear' tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan tersebut kemudiannya bersurai pada kira-kira jam 11.30 pagi. Perhimpunan pagi ini berjalan secara aman.

Manakala tiga ahli Parlimen PKR dan tiga lagi yang ditahan itu, dibebaskan kemudiannya dengan jaminan sendiri, dan dilihat keluar dari balai polis Brickfields pada kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Sementara itu, Wan Abdul Bari kemudiannya memberitahu wartawan, mereka ditahan kerana didakwa menghalang anggota polis menjalankan tugas mereka.

Read More...

PM cuba memperbodohkan rakyat dengan cadangan pelik

Harakahdaily

Saidah Hairan

Sat | Jun 14, 08 | 5:09:19 pm MYT
Oleh Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar pelik dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum lalu

Beliau mempersoalkan apakah PM masih tidak faham atau sengaja `buat-buat tidak faham' dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan Persekutuan.

Cadangan PM itu jelas cuba memperbodohkan rakyat khususnya bagi mereka yang tidak faham dengan Perlembagaan kerajaan negeri dan Persekutuan.

"Abdullah sudah tentu faham untuk menurunkan harga minyak, gas, tol dan sebagainya merupakan kuasa kerajaan Pusat. Kenapa pula beliau hendak mencabar lima buah negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan minyak terlebih dahulu," tegasnya.

Mahfuz merupakan ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan, jika PM mahu lima kerajaan negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga minyak apakah beliau bersedia memberikan hak atau kuasa kepada kerajaan Pakatan Rakyat memungut cukai pendapatan.

Katanya, jika kerajaan negeri boleh turunkan harga minyak itu bermakna kerajaan itu mempunyai hak untuk memungut cukai pendapatan.

Menurut beliau, hujah PM hanya mahu mempengaruhi orang kampung seolah-olah PAS hanya pandai berjanji sedangkan jika diteliti janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak jika dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Jika Abdullah mahu kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janji menurunkan harga minyak katanya, PM perlu letak jawatan dan beri peluang kepada PAS untuk memerintah.

"Insya-Allah PAS bukan saja boleh menurunkan harga minyak bahkan mampu menjana pertambahan pendapatan kepada negara dalam suasana berlakunya kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa," tegasnya.

Sehubungan itu beliau menggesa rakyat supaya tidak boleh membiarkan diri mereka terus diperbodohkan oleh kerajaan BN khususnya PM dan Timbalannya berhubung isu kenaikan harga minyak.

Ini kerana katanya, alasan yang dicadangkan oleh PM seperti membayar gaji kakitangan awam dua kali sebulan tidak boleh diterima dan jelas tidak masuk akal.

Tambah beliau, rakyat perlu bersatu melakukan satu tuntutan yang kuat bagi memastikan harga minyak petrol dan diesel diturunkan segera.

"Membayar gaji sebulan dua kali merupakan satu kaedah yang melucukan. Saya minta PM tunjukkan kaedah gaji yang dibayar dua kali sebulan boleh mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat," soalnya.

Merujuk dua cadangan PM lima kerajaan Pakatan Rakyat perlu mendahului menurunkan harga minyak dan pembayaran gaji dua kali sebulan katanya, "Apakah PM memberi cadangan tersebut selepas bermimpi atau bangun daripada tidur." _

Read More...

Data Bukti Kerajaan Selesa Dengan Kenaikan Harga Minyak Mentah

Kickdefella

Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi

• Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.
• Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 1.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.
(Data di atas diperolehi dari sumber Pembedaharaan Negara dan boleh di lihat umum di http://www.treasury.gov.my/view.php?ch=24&pg=183&ac=1443&fname=attachment&dbIndex=0).

Kenaikan pendapatan kerajaan ini adalah berkait rapat dengan keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat Petroleum terutamanya Petronas yang mengaut keuntungan terus daripada kenaikan harga pasaran minyak mentah dunia.

Bagaimanapun, Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara akibat daripada kenaikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Data Bank Negara menafikan hakikat yang cuba diutarakan oleh kerajaan bagi menaikan harga bahan bakar untuk kenderaan di Malaysia.

(Data Bank Negara boleh di lihat di http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2007/11/pdf/6.3.pdf)

(Walaupun data berakhir pada tahun 2006, tetapi kita boleh bayangkan trend di antara kenaikan harga minyak dan peningkatan perolehan kerajaan apabila pasaran minyak mentah dunia terus melonjak pada tahun 2007 dan 2008.)

Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar, subsidi bahan makanan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B sedangkan mulai 2006 desas-desus dalam kerajaan untuk menamatkan pemberian subsidi bahan bakar mula timbul.

Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.

Kerajaan membiarkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak mentah dunia sebaliknya kerajaan menikmati perolehan yang amat positif dari kenaikan itu.

Sebalikanya data-data dari kerajaan jelas menunjukkan kerajaan sebenarnya mampu dengan selesa menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel dengan meningkatkan subsidi setanding dengan peratusan kanaikan perolehan kerajaan.

Sebaliknya, kerajaan bertindak menaikan harga minyak. Rakyat dijanjikan dengan menanggung sendiri beban kenaikan harga minyak, kerajaan akan mempertingkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk menerusi pembiayaan projek-projek yang mampu meringankan beban rakyat. Malangnya, walaupun terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak, rakyat tidak pula dapat menikmati janji-janji kerajaan itu. Projek-projek kerajaan yang diumumkan sering dibatalkan dan pembayar cukai dipaksa pula membayar ganti rugi akibat pembatalan kontrak-kontrak oleh kerajaan.

Apa yang jelas lagi bersuluh, beban rakyat bukanlah disebabkan kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kebebalan dan sikap tidak bijak Kerajaan yang diterajui oleh Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Read More...

Kecewa demo tidak jadi di KLCC

Malaysiakini

Siti Nurul Zahra Hamdan | Jun 13, 08 7:32pm

Penantian orang ramai di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) untuk menyertai demonstrasi membantah kenaikan harga minyak ibarat "menunggu buah yang tidak gugur".

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 klcc backgruond 2Mulai selepas solat Jumaat pukul 2 petang, lebih 100 orang menunggu sehingga hampir dua jam kemudian ketibaan kumpulan 2,000 penyokong Pakatan Rakyat yang dijadual berarak dari masjid Kampung Baru (foto kanan).

Bagaimanapun polis yang mengadakan sekatan di simpang Jalan Raja Abdullah dengan Jalan Sultan Ismail menyebabkan kumpulan penunjuk perasaan ini beralih ke arah Kompleks Pertama.

Mulai pukul 2.15 petang, pengawal keselamatan Suria KLCC memasang pagar besi di depan pintu masuk utama bangunan itu sebagai langkah berjaga-jaga berdepan dengan serbuan kumpulan pembantah kenaikan mendadak harga minyak yang diumumkan minggu lepas.

Kira-kira 50 orang berlegar-legar menunggu di situ dan mula menyulitkan pengunjung keluar-masuk pusat membeli-belah terkemuka itu.

Jalan masuk kenderaan di depan pintu utama turut ditutup.

Lebih kurang 30 anggota polis berpakaian seragam kelihatan di kaki bangunan Maxis, di sebelah Menara Berkembar Kuala Lumpur, dan jalan masuk ke KLCC dari arah Ampang bagi mengawal sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Seorang daripada kumpulan pegawai polis mengarahkan orang ramai yang berkumpul supaya bersurai kerana kumpulan 2,000 orang telah beralih arah dan tidak akan sampai di situ seperti dijadualkan.

"Sila beri kerjasama untuk bersurai. Kamu dah lama tunggu dan mereka tidak akan ke sini," katanya kepada mereka selepas hampir sejam menunggu.

Beberapa individu, termasuk pelancong, kelihatan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku di situ.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 fru leaving klccKurang 10 anggota polis berpakaian biasa berjaket kuning berdiri tidak jauh dari pintu masuk Suria KLCC, berdekatan perhentian bas. Mereka kelihatan berbincang sesama sendiri.

Empat buah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan meninggalkan kawasan (foto atas) tempat letak kenderaan KLCC menuju ke arah Jalan Sultan Ismail menjelang jam 3 petang setelah menunggu sejak pagi.

Walaupun keadaan di depan pintu KLCC itu terkawal, kelihatan dua trak polis yang membawa kurang 20 anggota berhenti di lorong masuk kenderaan, bersebelahan jalan masuk kenderaan di depan pintu utama kompleks membeli-belah.

Bagaimanapun tiada sebarang demonstrasi dan kejadian tidak diingini berlaku di situ sehingga jam 3.45 petang.

Read More...

Perhimpunan Lancar ! Polis pun rasai Keperitan !!


edyesdotcom












Alhamdulillah, perhimpunan berjalan lancar.

Mengikut aturcara asal, sepatutnya dari masjid Kg. Baru terus menuju ke KLCC melalui Jalan Raja Abdullah, tetapi dihalang oleh satu batalion polis dan FRU.

Setelah rundingan untuk melepasi jalan tersebut gagal, pihak penganjur yang diketuai oleh YB Salahuddin telah meneruskan perarakan Plan B.

Para peserta demo mula berarak ke arah Jalan Tunku Abdul Rahman dengan membelah laluan sepanjang pasar chowkit. Sorakan Hidup Rakyat gamat berkumandang sepanjang perarakan aman tersebut. Pihak FRU cuba untuk menghalang Plan B namun tidak kesampaian kerana tidak sempat.

Dapat saya lihat di sini, pihak polis dan FRU seperti tidak begitu serius mengawal Keadaan. Mungkin kerana perhimpunan itu berjalan dengan aman dan begitu lancar sekali, dan mungkin juga kerana pihak polis dan FRU juga tidak berpuas hati gamaknya kenaikkan harga minyak ini. Oleh itu, mereka melepaskan sahaja perarakan yang sepanjang beberapa kilometer itu.
>
Perarakkan diteruskan menyusur jalan TAR dan sorakkan lebih gemuruh berkumandang menyambut kehadiran Naib Presiden PAS iaitu Hj Mohd Sabu serta rakan pemimpin lain seperti Khairil Faizi Dan Dr. Hatta. Ketua AMK Keadilan turut bersama.
>
Apabila sampai di Sogo, semua para demonstrator diarahkan duduk di tengah-tengah simpang empat bagi menunjukkan tanda protes kenaikkan harga minyak. Ianya diikuti dengan ucapan2 setiap para pemimpin.
>
Mengambil masa hampir satu jam, perarakkan diteruskan lagi menuju ke pejabat PAS pusat di Jalan Raja Laut. YB Salahuddin memberikan ucapan mengenai perhimpunan besar-besaran pada 5 Julai.
>
Perhimpunan aman hari ini adalah amaran yang pertama terhadap kerajaan baghal paklah. Selepas hari ini hingga detik 5 Julai, seluruh negara akan diwar-uarkan perhimpunan satu juta pada 5 Julai nanti. Roadshow secara besar-besaran ke seluruh pelusuk tanahair.
>
Pada mereka yang terlepas peluang berhimpun ini, jangan lupa bahwa sekali lagi kita berjanji untuk perhimpunan satu juta pada 5hb Julai 2008. Sama-sama kita catat sejarah Cemerlang Gemilang Terbilang dan paklah temberang...
>
EDYES

Read More...

Jelaskan cara kira harga minyak naik

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Friday, 13 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/uht.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

KUALA TERENGGANU – Apa yang berlaku ini membuktikan dengan jelas kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) menangani masalah global berhubung kenaikan harga minyak dan diesel, kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib.

Menurutnya, tindakan kerajaan menaikkan kadar harga yang begitu tinggi bagi kedua-dua bahan api itu adalah secara tergesa-gesa seolah-olah kewangan kerajaan sedang berada dalam keadaan genting.

“Kenaikan harga petrol dan diesel yang begitu tinggi ini sangat membebankan rakyat keseluruhannya dan Kerajaan Pusat seperti tidak mempunyai perancangan bagi mengatasi masalah kewangan negara ketika ini,” katanya.

Sinar Harian kelmarin menyiarkan desakan Pas supaya diadakan persidangan khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak yang ternyata membebankan rakyat adalah perlu dan bertepatan dengan kehendak semasa.

Walaupun menyedari kenaikan harga minyak di peringkat global berada pada tahap tinggi tetapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kerajaan menaikkan harga petrol melebihi 30 peratus lebih-lebih lagi negara ini ialah negara pengeluar minyak yang penting.

Menurut Harun, tindakan drastik kerajaan menaikkan harga minyak pada kadar yang sangat tinggi ini terpaksa diambil walaupun tindakan tersebut akan mengundang dan menimbulkan kemarahan rakyat.

Katanya, hal ini bukan sahaja golongan rakyat berpendapatan rendah akan merasai beban kesan kenaikan harga bahan api ini, malah golongan berpendapatan tinggi pun akan turut terjejas sama ekoran kenaikan harga yang terlalu tinggi ini.

“Kerajaan sepatutnya melakukan pendekatan yang lebih berhemah bagi menjaga kebajikan rakyat sekali gus mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung rakyat nanti.

“Kerajaan perlu memberi kenyataan yang lebih komprehensif untuk memperjelaskan sebabnya harga minyak terbabit naik dan ini perlu dilakukan dengan menunjukkan cara pengiraan yang berkaitan untuk memberi keyakinan kepada rakyat,” katanya.

Read More...

Perarakan aman bantah isu minyak

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jun 13, 08 6:57pm

Perarakan membantah kenaikan harga minyak bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat di masjid Kampung Baru dengan teriakan "Turun-turun, turun minyak", "Turun-turun, turun BN", "Turun-turun, turun Pak Lah" dan "Rakyat-rakyat, rakyat bangkit".

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 30Kemudian kumpulan lebih 1,000 penyokong pembangkang bergerak menuju ke pintu keluar masjid menuju ke simpang empat Jalan Raja Abdullah-Jalan Raja Alang.

Sekumpulan 20 anggota polis berada di sepanjang jalan di situ, hanya memerhati orang ramai bergerak keluar dari kawasan masjid.

Bagaimanapun, setibanya di simpang tersebut, kira-kira 30 orang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah membentuk benteng halangan bagi menyekat orang ramai masuk ke Jalan Raja Abdullah untuk ke Jalan Sultan Ismail dan seterusnya menuju ke KLCC.

Ketika itu bilangan mereka menyertai perarakan tersebut telah mencecah kira-kira 2,000. Mengetuai perarakan tersebut ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 klcc background 3Bagi mengelak bertembung dengan anggota FRU di situ, mereka meneruskan perarakan melalui Jalan Raja Alang, menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di kawasan Chow Kit.

Kira-kira 20 anggota polis turut mengikuti mereka bagi memantau keadaan. Manakala di Chow Kit pula kelihatan kira-kira 10 anggota polis ditempatkan di situ.

Bawa kain rentang

Seorang anggota polis kelihatan memberhentikan lalulintas ketika perarakan itu hendak membelok masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Perarakan itu terhenti seketika di situ, menyebabkan lalulintas menjadi sesak dan kenderaan merangkak perlahan-lahan di belakang mereka, sambil membunyikan hon masing-masing.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 28Peserta perarakan membawa pelbagai kain rentang mengutuk kenaikan harga minyak. Satu daripada kain rentang tersebut berbunyi "Najib kata: Minyak tak akan naik selepas pilihanraya. Mereka tipu rakyat, Dollah kata petrol naik 78 sen, diesel naik RM1'.

Mereka menyusuri jalan TAR dan kemudian sampai di persimpangan tetapi tidak membelok ke Jalan Sultan Ismail yang menuju ke KLCC.

Bagaimanapun, mereka meneruskan perarakan menuju ke bangunan Kompleks Pertama, bersebelahan Sogo.

Setibanya di situ pada kira-kira jam 2.37 petang, lebih 500 orang daripada mereka duduk di tengah-tengah jalan di simpang empat lampu isyarat Jalan TAR-Jalan Dang Wangi.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 15Manakala yang lain berdiri mengelilingi mereka yang duduk di tengah-tengah simpang tersebut.

Ketika itu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berucap kepada orang ramai. Selain Salahuddin, wakil rakyat Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin, timbalan ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi, naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib presiden PAS Mohamad Sabu.

Bersurai jam 3.20 petang

Kesemua pemimpin Pakatan ini berada di tengah-tengah kumpulan yang duduk di simpang tersebut.

Ucapan mereka disambut dengan tepukan gemuruh serta laungan "Turun-turun, turun minyak", "Turun-turun, turun BN", "Turun-turun, turun Pak Lah" dan "Rakyat-rakyat, rakyat bangkit".

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 motorcycle troopSalahuddin kemudiannya bangun, diikuti pemimpin-pemimpin lain melalui jalan kecil antara bangunan Kompleks Pertama dan bangunan Sogo, menuju masuk ke Jalan Raja Laut.

Lebih kurang 1,000 mengikuti Salahuddin dan barisan pemimpin Pakatan menuju ke bangunan ibu pejabat PAS yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ.

Manakala anggota Unit Amal PAS membantu mengawal lalulintas dalam perjalanan mereka kira-kira 15 minit untuk sampai ke ibu pejabat PAS.

Salahuddin sekali lagi berucap kepada orang ramai, meminta mereka supaya hadir menyertai satu lagi bantahan besar-besaran di ibu negara pada 5 Julai depan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes).

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 31Beliau kemudiannya meminta orang ramai supaya bersurai secara aman dari situ pada kira-kira jam 3.20 petang.

Walaupun mereka bersurai tetapi kira-kira 30 anggota FRU masih kelihatan memantau keadaan di depan pejabat pembangkang itu.

Mereka bersurai kira-kira 20 minit kemudian.

Tiada sebarang tangkapan atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perarakan tersebut. Semuanya berjalan secara aman.

Polis juga tidak menggunakan gas pemedih mata atau meriam air untuk menyuraikan mereka.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |