+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, July 5, 2008

Bekas Timbalan Menteri Akan Sertai Pas? Siapa?

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Saturday, 05 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita7/bendera.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Blog MSO yang dirakam oleh KL Pos telah memaparkan berita yang menimbulkan tandatanya? MSO mengatakan bahawa seorang Bekas Timbalan Menteri akan menyertai PAS.
MSO menyatakan kedudukan dan keyakinan PAS untuk muncul sebagai parti alternatif menggantikan UMNO semakin teguh lagi apabila seorang tokoh UMNO akan menyertai parti itu tidak lama lagi.

Tokoh berkenaan seorang bekas ahli jemaah menteri di era Mahathir Mohamad dikatakan akan membuat pengumuman rasmi pada minggu depan di hadapan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Tokoh berkenaan yang mendiamkan diri ekoran krisis pemecatan Anwar Ibrahim melanda pada tahun 1989 dikatakan memilih PAS kerana yakin dengan PAS.

Sebelum ini beliau beberapa kali dipujuk agar menyertai PKR namun tidak berhasil.

Penyertaan ke dalam PAS menunjukkan tokoh berasal dari negeri di Pantai Timur itu yakin dengan Pas dewasa ini
Persoalannya siapakah tokoh itu?

Apabila mSO menyebut Pantai Timur, tidak terfikir sama sekali dalam kepala bahawa ianya mungkin tokoh dari Pahang.

Tidak juga nampak tokoh-tokoh bekas UMNO Kelantan, kerana sekiranya tokoh kelantan pasti MSO menyebitkan akan bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz.

Sehingga tika itu, hanya ada beberapa nama sahaja dalam ingatan yang pernah menjadi Timbalan Menteri pada era Mahathir yang berasal dari Terengganu adalah, Datuk Manan dan Datuk Tengku Mahmud.

Datuk Manan memang berasal dari Kuala Terengganu, kalu tak silap pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu mewakili Semangat 46.

Namun Datuk Manan awal-awal lagi telah terkeluar dari senarai tokoh yang akan menyertai PAS itu kerana beliau pernah menjadi Menteri penuh, iaitu Menteri Pertanian.

Datuk Tengku Mahmud Mansor memanglah orang lama dalam politik di Terengganu dan lama juga berkhidmat sebagai Timbalan Menteri kerajaan Pusat.

Walaupun mungkin tidak mustahil beliau boleh menyertai PAS, tapi amat sukar untuk seseorang yang berfikiran waras akan mempercayai bahawa Datuk Tengku Mahmud akan menyertai PAS !

Carian terus dibuat dan akhirnya berjumpalah dengan sebuah artikel yang diluar kotak pemikiran, kerana selama ini tidak ada dalam memori ini bahawa tokoh itu adalah orang Terengganu.

Sebaliknya ia terlalu dekat dengan politik negeri Terengganu kerana ayahnya adalah bekas Menteri Besar Terengganu.

Catatan sebaris ayat sahaja dari sebuah laman ensikelopedia percuma internet akhirnya memberikan jawapan yang paling hampir!

“Suhaimi was born as the son of former Menteri Besar of Terenganu, Dato' Perdana Menteri Di Raja Dato' Seri Setia Raja Kamaruddin Idris.”

http://buletinonline.net/images/berita7/suhaimipas.jpg Iya, Dato’ Suhaimi Kamarudin, bekas Timbalan Menteri Pelajaran dan juga bekas Timbalan Menteri Pertanian zaman Mahathir.

Beliau adalah tokoh Belia 4B paling lama yang menjadi Presiden Kedua pertubuhan itu sejak tahun 1968 sehingga 1991.

Sejarah beliau dalam UMNO agak dramatic juga di mana beliau hanya kalah 10 undi sahaja kepada Penasihat Parti Keadilan

Rakyat (PKR) dato Seri Anwar Ibrahim dalam pertandingan sengit merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam tahun 1982.
Kemudian apabila YBM Tengku Razaleigh Hamzah bertempur dan kalah dengan Mahathir 1987, Dato’ Suhaimi telah bersama-sama Tengku Razaleigh dalam Semangat 46.

Apabila hayat Semangat 46 tamat tujuh tahun kemudiannya, juga bersama-sama Ku Li, Dato’ Suhaimi menyertai semula UMNO.
Namun namanya sudah dilupakan dalam zaman pemuda UMNO ‘hip-hop’ ala ‘Khairy’ sekarang,

Sekiranya benar Dato’ Suhaimi adalah tokoh tersebut yang dimaksudkan oleh MSO, AlhamduliLlah, segala puji bagi Allah!

Read More...

Debat Anwar-Shabery diteruskan

Malaysiakini

Jul 5, 08 8:57am

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berharap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan forum debat mereka pada 15 Julai ini dengan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pendapat dan pandangan beliau mengenai isu minyak.

Katanya, debat adalah platform yang lebih bertamadun untuk menyuarakan pandangan pada masa kini berbanding platform jalanan.

anwar ibrahim 290408Oleh itu, tambahnya, Anwar harus mengambil kesempatan daripada kesediaan beliau untuk berdebat mengenai isu minyak supaya rakyat dapat menilai perkara itu.

"Ini peluang bagi dia untuk menyatakan pendapat dia. Saya ada pendapat yang mewakili kerajaan.

"Mari bersemuka, biar rakyat mengadili," katanya semasa menghadiri Mesyuarat Menteri Penerangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (COMINAC) kali ketujuh di Isla Magarita (Venezuela) semalam.

ahmad shabery cheekMenurut laporan Bernama, Ahmad Shabery berkata Anwar tidak perlu menggunakan platform jalanan seperti mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan pandangan mengenai isu minyak itu.

"Perhimpunan tidak perlu, hendak mengumpul rakyat. Ini kaedah lama Anwar, dia kena ingat dia bukan lagi pemimpin pelajar," katanya.

Mengenai janji Anwar untuk menurunkan harga minyak jika Pakatan Rakyat memerintah, Ahmad Shabery menyifatkan kenyataan itu sebagai "kata-kata kosong" yang bertujuan memancing sokongan rakyat.

Protes harga minyak

Beliau berkata janji Anwar mungkin boleh menyebabkan negara tunduk kepada kuasa asing kerana terpaksa berhutang.

"Apakah sekali lagi kita hendak meletakkan negara kita kepada cengkaman IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) yang pernah Anwar cuba guna kaedah itu semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu. Saya harap rakyat tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar," katanya.

Beliau berkata untuk menjadi pemimpin negara, terdapat saluran yang boleh digunakan oleh pemimpin untuk menyuarakan pandangan iaitu melalui pilihan raya, Parlimen dan juga media. "

Kalau hendak jadi pemimpin kena menyuarakan pandangan dengan lebih bertamadun. Bukan ajak orang ke jalan raya," katanya.

Satu perhimpunan Protes Sejuta Rakyat dijadualkan berlangsung Ahad esok di Stadium Kelana Jaya untuk membantah kenaikan harga minyak.

Ahmad Shabery meminta rakyat agar tidak diperalatkan oleh Anwar yang kini tersepit dengan "masalah peribadi" dengan menyertai perhimpunan itu.

"Baru-baru ini sibuk kata keselamatan terancam, hingga masuk Kedutaan Turki, kenapa sekarang hendak mengajak orang kepada keadaan yang boleh mengancam kehidupan rakyat, langkah dan tindakan yang boleh ancam kestabilan dan keselamatan negara," katanya.

Ahmad Shabery berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sekiranya didapati perhimpunan yang dirancang itu bersifat mengganggu ketenteraman awam.

Read More...

Khairy: Konspirasi jatuhkan Najib gagal

Mstar Online
04-07-2008 11:05:06 PM

POKOK SENA: Tindakan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam menarik balik tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak setelah mendakwa Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam akuan bersumpahnya membuktikan konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin Umno itu gagal.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pengakuan tersebut jelas merupakan satu perkara yang direka cipta oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan agenda politik.

"Jelas, pihak tertentu yang mereka cipta perkara ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti Pakatan Rakyat kerana mereka ada kepentingan dalam hal ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Khairy berkata, situasi itu juga menunjukkan akuan bersumpah seolaholah tiada nilai kebenaran dan berharap masyarakat tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara tersebut.

"Yang ada kebenaran hanyalah siasatan polis dan tindakan mahkamah, sebab itulah lepas ni kalau ada lagi, jangan terima atau percaya pengakuan bersumpah itu bulatbulat," katanya.

Dalam akuan bersumpah bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam yang turut dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, memberikan beberapa butiran yang didakwanya menunjukkan hubungan awal antara Altantuya dan Najib.

Penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh salah seorang tertuduh dalam kes itu, Abdul Razak Baginda mengedarkan kepada media salinan Akuan Bersumpahnya pada sidang akhbar bersama Anwar di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya semalam.

Bagaimanapun hari ini, Balasubramaniam menerusi M. Arulampalam, seorang peguam yang menemaninya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini, menarik balik semua tuduhan dalam akuan bersumpah itu dan menyatakan bahawa ia tidak tepat dan tidak benar serta dibuat dalam keadaan tertekan.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, beliau akan mengumumkan keputusan sama ada untuk bertanding atau tidak jawatan Ketua Pemuda Umno pada bulan depan.

"Lepas saya pusing satu negara, baru saya akan umumkan," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. BERNAMA

Read More...

Polis siasat kedua akuan berkanun Bala

Malaysiakini

Jul 4, 08 2:56pm

Polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam walaupun beliau menarik balik tuduhan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyiasat akuan bersumpah yang dibuat oleh Balasubramaniam pada 1 Julai lalu dan begitu juga terhadap akuan bersumpah yang bertarikh hari ini.

"Polis akan siasat kedua-duanya. Yang semalam kita siasat dan yang ditarik (balik) hari ini juga kita siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Balasubramaniam, yang juga saksi dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, semalam mengedarkan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai yang mengandungi beberapa butiran yang didakwanya menunjukkan hubungan awal antara Altantuya dan Najib.

Bagaimanapun dalam akuan bersumpahnya bertarikh hari ini, Balasubramaniam menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpahnya sebelum ini.

Ismail berkata polis akan tetap menyiasat akuan bersumpah pertama Balasubramaniam kerana beliau (Balasubramaniam) mungkin mempunyai niat yang terselindung.

"Mungkin ada niat untuk mengaburi mata orang ramai, jadi kita kena siasat keseluruhannya," katanya.

Najib dalam sidang akhbar semalam, sekali lagi menegaskan yang beliau tidak pernah mengenali Altantuya dan menyifatkan tuduhan mengaitkan beliau dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh itu sebagai "pembohongan dahsyat".

Najib menegaskan cubaan terbaru itu untuk mengaitkan beliau dengan jenayah itu adalah "rekaan semata-mata, berniat jahat dan berunsur fitnah untuk mencemarkan imejnya."

Read More...

Bekas timbalan menteri Umno umum sertai PAS minggu depan?

KLpos

Cetak E-mail
Oleh msomelayu.blogspot.com
Jumaat, 04 Julai 2008

KEDUDUKAN dan keyakinan Pas untuk muncul sebagai parti alternatif menggantikan Umno semakin teguh lagi apabila seorang tokoh Umno akan menyertai parti itu tidak lama lagi.

Tokoh berkenaan seorang bekas ahli jemaah menteri di era Mahathir Mohamad dikatakan akan membuat pengumuman rasmi pada minggu depan di hadapan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Tokoh berkenaan yang mendiamkan diri ekoran krisis pemecatan Anwar Ibrahim melanda pada tahun 1998 dikatakan memilih Pas kerana yakin dengan Pas.

Sebelum ini beliau beberapa kali dipujuk agar menyertai PKR namun tidak berhasil.

Penyertaan ke dalam Pas menunjukkan tokoh berasal dari negeri di Pantai Timur itu yakin dengan Pas dewasa ini.

Read More...

Kembali Kepada Islam Yang Sebenar - Presiden PAS

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
Friday, 04 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/tghadi.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Kenyatan Media Presiden PAS

Berhubung dengan pelbagai fitnah yang tersebar dengan meluas dalam negara kita kebelakangan ini, bagi pihak PAS saya suka menyeru agar semua kita kembali berpaut kepada ajaran Islam yang sebenar.

Kita menegaskan bahawa fitnah adalah lebih merbahaya dari membunuh oleh kerana itu kita tidak boleh menyibarkan sebarang fitnah sewenang-wenangnya. Sesungguhnya Islam meletakkan garispanduan dalam semua perkara tapi malangnya kita sendiri memilih untuk menjauhkan diri daripada ajaran Islam.

Islam dengan jelas mengajar dan menetapkan hukuman yang berkait dengan memfitnah termasuk fitnah zina dan liwat. Seseorang tidak boleh menuduh seseorang yang lain dengan dosa itu melainkan mengemukakan empat orang saksi. Sekiranya tidak ada empat orang saksi maka orang yang menuduh hendaklah dijatuhkan hukuman hudud dan menjadi fasik, dan beliau tidak boleh menjadi saksi lagi.

Di dalam Islam seorang yang dituduh tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan kesalahnnya ataupun orang itu mengaku sendiri dengan rela diri tanpa paksaan yang ia telah melakukan kesalahan tersebut.

Kita mengharapkan masyarakat Islam supaya memelihara akhlak yang diajar oleh Islam ini dan menunjukkan contoh yang terbaik kepada semua pihak. Apa yang mendukacitakan gejala ini berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin Melayu yang mengaku beragama Islam. Oleh itu saya menyeru supaya sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan sedemikian rupa hendaklah bertaubat kepada Allah swtr kerana dosa itu termasuk di dalam kategori dosa besar yang diberi amaran keras oleh Allah swt di dalam al Quran dan oleh Nabi kita Muhammad saw dan diperingatkan oleh para ulamak disepanjang zaman.

Saya menyeru ahli-ahli PAS supaya kembali kepada pegangan kita yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS dan menunjukkan contoh yang terbaik kepada semua pihak disaat yang serba mencabar dan meruncing ini.

Read More...

Koleksi Video - Najib gelabah ke???

Saiful Bukhari Mohon Biasiswa Atau Mengadu Diliwat ?



Hari tu Najib cakap Si Saiful ni datang nak mintak biasiswa......Then, semalam Najib cakap, si Saiful ni nak mengadu diliwat Anwar.....Alamak!!! Ni apahal Datuk???fakta biar konsisten....kalau nak menipu pun biarle ingat skrip.....jangan pakai tala je......sorila Datuk....wa memang tak percaya tuduhan baru tu....wa konpius...sebab apa Si Saiful tu nak bgtau kat Datuk???apsal tak kat Pak Lah terus????lagi glamer apa???hampeh!!!!!

Read More...

Artikel Tentang Rosmah Yang Menjadi Kemarahan ?

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Thursday, 03 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita7/rosmah.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk N. Parameswaran berkata akhbar Singapura perlu lebih berhati-hati atau berhemat dalam melayani dakwaan atau sindiran yang jelas mahu mencemarkan peribadi dan maruah personaliti penting Malaysia.

Belia berkata mereka merupakan tokoh yang menentukan kekukuhan hubungan antara Malaysia dan Singapura, dengan merujuk kepada laporan berita yang diterbitkan dalam tabloid Singapura,'Today', Jumaat lepas yang mencerca peribadi Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan itu bertajuk "Under fire - the "First Lady-in-waiting" dan ditulis oleh wartawan Jessinta Tan, memetik seorang yang bernama A. L. Tan dari Kuala Lumpur dan Agnes Teh dari Pulau Pinang.

Tan dan Teh dipetik dalam laporan itu sebagai memaparkan Rosmah adalah seorang yang berkeperibadian tidak baik.
Parameswaran berkata Rosmah bukan orang biasa dan "cubaan untuk mewujudkan pendapat awam terhadapnya berdasarkan sumber seperti disebut di atas pastinya merupakan tindakan yang nakal dan tidak wajar."

Parameswaran berkata sejak beliau ditugaskan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura pada 2003, beliau telah bertemu dan berinteraksi dengan Najib, yang sering diiringi Rosmah dan kadang kala oleh anak mereka, dalam 15 lawatan ke republik itu, sama ada secara rasmi atau peribadi.

Tidak pernah beliau mendapati Rosmah bersikap seperti digambarkan dalam artikel itu, katanya dan menurutnya isteri Najib itu sentiasa bersikap mesra terhadap pegawainya dan beliau sendiri, dan sentiasa mengambil berat kebajikan mereka.

Parameswaran juga berkata dalam semua lawatan mereka ke Singapura, Najib mahupun Rosmah tidak pernah menyusahkan Suruhanjaya Tinggi dalam program lawatan peribadi mereka.

"Saya akan berasa amat sedih jika saya mendapat tahu bahawa pada tahun depan Datuk Seri Najib tidak akan menghadiri Dialog Shangri-La (acara tahunan yang diadakan di sini anjuran International Institute for Strategic Studies yang berpejabat di United Kingdom) yang telah beliau hadiri lima kali sejak ia diadakan, atau saya mendapat tahu bahawa keluarga Najib memutuskan untuk bercuti di tempat lain," katanya.

Berikut disiarkan artikel berkenaan untuk tatapan ruangan Wanita@Nisa ini untuk diambil pengiktibaran
The image “http://buletinonline.net/images/berita7/online_sg_article_on_rosmah_mansor_20080701.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |