| Harakahdaily Mohd Rashidi Hassan Fri | Aug 01, 08 | 4:54:25 pm MYT | |
| Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali ke Permatang Pauh. Permatang Pauh adalah kerusi tradisi milik Anwar dan keluarganya yang diwakili selama lebih 25 tahun mulai 1982 sehingga 2008. Anwar menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama 16 tahun mulai 1982 sehingga 1999. Kerusi tersebut yang terpaksa dilepaskannya akibat dipecat, didakwa dan dimalukan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) ketika itu. Kerusi tersebut terus diwakili isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999 hingga semalam (31 Julai 2008). Kerusi Permatang Pauh tidak dikosongkan hanya semata-mata untuk menunjukkan kasih sayang seorang isteri kepada suami. Ke mana sahaja Wan Azizah pergi dan memegang jawatan sama ada Ahli Parlimen atau Presiden parti, rakyat tetap beranggapan atau mempunyai persepsi bahawa beliau adalah proksi Anwar. Memang pun! Kerusi parlimen Permatang Pauh sememangnya kerusi milik Anwar. Wan Azizah menggantikannya seketika, sementara Anwar disekat undang-undang untuk bertanding dalam pilihan raya. Juga sebagai presiden parti, rakyat tetap beranggapan bahawa Anwar adalah presiden sebenarnya, Wan Azizah hanya sebagai nominee. Sebab itu Anwar digelar Ketua Umum KeADILan atau de facto leader. Parti KeADILan Rakyat, yang sebelum ini dikenali sebagai Parti KeADILan Nasional ditubuhkan kerana Anwar Ibrahim. Untuk memperjuangkan keadilan, cetusan daripada kezaliman melampau yang ditimpakan BN ke atas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1998. Dan, Wan Azizah dipilih sebagai presiden parti kerana beliau adalah isteri kepada Anwar, Anwar sebenarnya yang menjadi ikon reformasi politik dalam negara. Kesediaan Wan Azizah melepaskan jawatan sudah lama. Selama 16 tahun Anwar dalam Umno dan kerajaan (1982 - 1998) Wan Azizah tidak mencampuri urusan politik. Beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Dalam tempoh sepuluh tahun, seorang suri rumah yang tidak mencampuri urusan politik, terpaksa mengetuai parti politik, terbabit dalam perancangan politik bagi menggantikan suami yang terpenjara selama enam tahun (1998 - 2004) dan empat tahun dihalang untuk bertanding. Tugas Wan Azizah selama sepuluh tahun ini bukannya mudah, mengambil alih peranan Anwar bukannya mudah, justeru keputusannya berundur sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, harus dihormati. Laluan mudah untuk Anwar ke Parlimen Sebelum ini memang ada pertimbangan untuk Anwar bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan Gombak kerana penyandangnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali sedia memberi laluan. Manakala kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang diwakili peguam Zulkifli Noordin yang menghadapi petisyen pilihan raya, sedang menunggu keputusan mahkamah dna dijangka diputuskan 11 Ogos depan. Jika mengikut trend sokongan rakyat, walaupun mungkin boleh wujud manipulasi BN bagi Bandar Tun Razak, Gombak atau Kulim-Bandar Baharu, Anwar dijangka tidak akan melalui jalan yang sukar untuk memenanginya. Bagaimanapun, jalan terbaik untuk Anwar ialah kembali ke kerusi tradisi yang diwakili beliau dan keluarga sejak 25 tahun yang lalu. Anwar mula mewakili Permatang Pauh pada tahun 1982 menewaskan calon PAS, Zabidi Ali (14,352 majoriti), 1986 menewaskan Mohamad Sabu (10,479 majoriti), 1990 mengalahkan Mahfuz Omar (16,150) dan 1995 menewaskan calon DAP, Abdul Rahman Manap dengan 23,515 majoriti. Pada tahun 1999, Wan Azizah menang dengan majoriti 9077 menewaskan bekas Setiausaha Politik Anwar, Dato' Dr Ibrahim Saad, dikatakan kerana undi simpati terhadap Anwar. Pada 2004 kerusi Permatang Pauh dikekalkan dengan majoriti yang kecil (590 undi) dengan menewaskan bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Pirdaus Ismail. 2008 menyaksikan Wan Azizah mengekalkan kerusinya dengan majoriti lebih besar iaitu 13,388. Banyak sumber-sumber dalam Umno sendiri yang mengakui bahawa orang-orang Umno tetap mengundi Wan Azizah kerana Anwar, sebagai penolakan terhadap keputusan pucuk kepimpinan Umno yang memecat Anwar. Ketika Anwar dipecat (1998), beliau bukan sahaja TPM dan Menteri Kewangan. Anwar ketika itu juga adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh. Justeru dengan sokongan padu rakyat dari kalangan pelbagai kaum, beserta dengan penyokong tegar Anwar dalam Umno, Anwar dijangka akan memenangi kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil nanti dengan mudah, serta pertambahan majoriti lebih besar. Anwar adalah masalah besar bagi Umno/BN Masalahnya bagi Umno/BN mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan politik yang amat besar dan sukar jika Anwar kembali ke Parlimen. Umno/BN sedar, jika Anwar menang kerusi Permatang Pauh, Anwar akan menggantikan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Mereka juga amat menyedari apabila Anwar bertanding pilihan raya, masuk ke Parlimen, bukan semata-mata hendak menjadi Ketua Pembangkang. Hasratnya jelas, iaitu, berusaha mengambil alih kerajaan Pusat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6! Sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat, Anwar sudah mengumumkan bahawa tarikh 16 September 2008 adalah 'deadline' utama pembentukan kerajaan baru. Mungkin akibat daripada pelbagai tekanan politik, khususnya isu tuduhan liwat terhadap Anwar, 'deadline' tersebut akan teranjak sedikit. Barangkali ketika pengumuman yang dibuat Anwar tiga bulan lalu, pemimpin Umno/BN kurang gusar, kerana Anwar bukan Ahli Parlimen, untuk menjadi PM, Anwar harus menjadi wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya. Dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh nanti, beliau bukan setakat Ahli Parlimen atau Ketua Pembangkang sahaja, malah jalan ke Putrajaya sudah terbuka luas di hadapan beliau. Jika di luar Parlimen agak sukar bagi Anwar untuk berjumpa, berunding serta bermuqabalah dengan mana-mana wakil rakyat BN yang berminat untuk berhijrah menyertai Pakatan Rakyat. Maka, sebaik sahaja Anwar menjejakkan kali ke Parlimen sebagai Ahli Dewan Rakyat dan duduk di kerusi Ketua Pembangkang di Parlimen, rakan-rakan yang berada di blok kerajaan, akan menjadi seumpama 'cacing kepanasan.' Tidak boleh dibayangkan ketika itu wajah-wajah seperti Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak akan berubah 'merah padam' macam 'cacing kepanasan'. Oleh itu usaha-usaha untuk menyekat Anwar dijangka akan berterusan. Walaupun ada jaminan daripada PM Abdullah, tidak akan wujud sebarang konspirasi untuk 'mengenakan' Anwar, rakyat masih sukar mempercayainya. Isu yang besar di sebalik usaha untuk menyekat Anwar kembali ke Parlimen adalah, bagaimana BN hendak mengekalkan kuasanya dalam sebulan dua ini. Justeru tidak mustahil dalam keadaan yang tertekan sedemikian rupa, tindakan luar jangka bagi menyelamatkan kepentingan politik kelompok tertentu, boleh mengatasi jaminan keselamatan dan keadilan terhadap Anwar. Faktor teras mengapa Anwar dipercayai rakyat Menjadi masalah yang besar kepada BN juga ialah, apa sahaja yang tindakan yang diambil terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat sudah tidak dipercayai rakyat. Bukan sahaja BN. Rakyat juga sukar untuk mempercayai polis dan kehakiman. Persepsi ini seolah-olahnya sudah sebati dengan rakyat. Hakikat sebenarnya, BN, Umno dan Abdullah Badawi sedang menghadapi krisis kepercayaan rakyat, bukan setakat dari penyokong Pakatan Rakyat sahaja, malah dari parti komponen BN sendiri. Sehingga kini, selepas Dr Mahathir (yang sebelum ini turut dipertikaikan rakyat), belum ada mana-mana pemimpin Umno yang mendapat sokongan dari rakyat berbilang kaum. Seburuk-buruk zaman Dr Mahathir, BN hanya hilang dua negeri, tetapi zaman Abdullah kini, BN tewas enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Abdullah, BN dan Umno sedang mengalami krisis kepercayaan daripada pelbagai kaum sama ada Melayu, Cina, India, Sikh, Melanau, Iban, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Sebab itu wujud fenomena baru pasca PRU ke 12, iaitu rakyat dari kalangan pelbagai kaum, sudah meletakkan keyakinan dan kepercayaan ini kepada Anwar Ibrahim. Faktor terasnya ialah kepercayaan terhadap Anwar. Rakyat yang menolak BN, yakin bahawa Anwar adalah faktor perpaduan, penyatuan (unifying factor) bagi rakyat pelbagai kaum, yang dilihat tidak stabil dan berkecamuk di negara ini. Pengiktirafan atau recognition seumpama ini sukar diperolehi mana-mana pemimpin. Pemimpin tersebut harus mempunyai karisma dan diyakini rakyat. Faktor utama kepada kesimbangan politik dalam negara ialah perpaduan kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik dalam negara. Kunci atau key kepada perpaduan kaum, buat masa ini hanya pada Anwar, lain-lain pemimpin politik bukan tidak berkarisma, tetapi tidak sampai ke tahap sebagaimana Anwar. Key unity factor ini boleh dilihat dengan jelas apabila ramai pemimpin BN, sama ada dari Umno, MCA, MIC, Gerakan, PBB, SUPP, SAPP, PBS, UPKO dan sebagainya, selesa berunding dan berbicara dengan Anwar. Jaminan transaksi kuasa yang aman dan stabil Anwar Ibrahim memberikan komitmen yang jelas bahawa beliau akan berusaha membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Anwar sudah meletakkan sasarannya. Tetapi memberi jaminan bahawa beliau tidak akan gelojoh, kerana tidak mahu dilabel sebagai 'street-fighter' atau pemimpin demonstrasi jalanan, yang dianggap boleh mencetuskan elemen ganas. Pada Anwar, sebarang transaksi kuasa harus berjalan dengan lancar atau 'smooth transfer', kerana Anwar mahu Malaysia mencatatkan transformasi kerajaan dengan sejarahnya yang tersendiri, tanpa sebarang kekecohan atau pertumpahan darah, 'no arrest, no assassination.' Anwar tidak mahu memalit sejarah negara sama seperti kejatuhan Ferdinand Marcos di Filipina yang tumbang akibat pembunuhan Benigno Aquino. Anwar juga tidak mahu kerajaan BN jatuh sebagaimana jatuhnya Presiden Suharto di Indonesia, selepas ramai mahasiswa terkorban semasa mendesak dilakukan demokrasi dalam negara. Peralihan kuasa akan dibuat dengan jaminan keadilan dan kestabilan dengan membawa harapan baru kepada rakyat Malaysia. Harapan ini melampaui batasan parti dan bangsa. Jika BN mengamalkan dasar, Umno selesaikan masalah kaum Melayu, MCA uruskan masalah kaum Cina dan MIC atasi masalah kaum India, tetapi tidak Pakatan Rakyat. Anwar sudah memberi jaminan bahawa beliau adalah orang Melayu/ Islam yang tetap akan mempertahankan kepentingan bangsa dan agamanya sendiri. Malah lebih baik daripada itu Anwar berkata, "saya adalah orang Melayu, tetapi masalah kaum Cina, India dan sebagainya adalah masalah saya juga, yang saya akan sedaya upaya selesaikan." Justeru politik pasca baru ini, merentasi sempadan bangsa dan agama adalah sistem politik alaf baru yang sedang ditunggu-tunggu rakyat sekarang. Apa yang penting, semua pihak harus memberikan kerjasama sebaiknya, menjayakan hasrat pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat, dengan jaminan keadilan, kesaksamaan dan kestabilan. _
|
Friday, August 1, 2008
Permatang Pauh tiket Anwar ke Putrajaya
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily, PRK
Pilihan raya kecil hujung Ogos atau awal September?
Mstar Online
31-07-2008 06:50:29 PM
Oleh G. MANIMARAN
BILA pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh? Ia bakal menjadi pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.
Selepas sembilan tahun menjadi wakil rakyat bagi menggantikan suaminya Datuk Seri
Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah
Wan Ismail mengosongkan kerusi itu demi suaminya.
Anwar telah menjadi wakil rakyat kerusi itu sejak 1982 sehingga 1999. Anwar menyertai Umno pada 1982. Pada 1998 beliau dipecat daripada kerajaan dan Umno.
Tiada pilihan raya kecil diadakan ketika itu, sebaliknya pengundi kawasan berkenaan memberi sokongan kepada Dr. Wan Azizah dalam pilihan raya tahun berikutnya dan disusuli 2004 dan 2008.
Undang-undang memerlukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan wujud.
Berdasarkan kenyataan Dr. Wan Azizah beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen berkuat kuasa hari ini.
Justeru, bila pilihan raya akan diadakan?
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu mStar Online bahawa "saya telah mengetahui secara informal" mengenai kekosongan tetapi masih menunggu makluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat.
Sehingga dihubungi petang tadi, beliau belum menerima makluman secara rasmi.
Kata beliau, SPR akan menentukan tarikh sesuai mengadakan pilihan raya kecil sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kekosongan secara rasmi.
Jelas beliau, pihaknya akan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan itu.
Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil akan diadakan meskipun kerusi itu dikosongkan atas 'kehendak sendiri', Abdul Rashid memberitahu, bagi pihaknya cara kekosongan itu wujud tidak penting.
"Yang penting apabila ada kekosongan, kekosongan itu akan diisi (dengan diadakan pilihan raya kecil)," katanya.
Suruhanjaya itu akan mengambil kira pelbagai aspek sebagai pertimbangan apabila menentukan tarikh pilihan raya.
Ini termasuklah soal logistik dan sumber tenaga kerja untuk menguruskan pilihan raya.
"Perkara ini juga akan dibincangkan dengan Pengarah Pilihan Raya (Pulau Pinang), siapa pengurus pilihan raya.
"Ini di antara aspek yang perlu diteliti dalam menentukan tarikh yang sesuai," katanya.
Mengambil kira tempoh 60 hari daripada sekarang, Ramadan dijangka bermula 1 September.
Lazimnya pilihan raya kecil diadakan selepas dua hingga tiga minggu apabila sesuatu kekosongan wujud dengan diambil kira tempoh pengeluaran notis pilihan raya, tempoh minimum untuk penamaan calon dan tempoh minimum untuk berkempen.
Oleh itu pilihan raya kecil diadakan pada minggu terakhir Ogos? Ini perlu untuk mengelakkan kempen dan hari pengundian pada bulan puasa!
Ketika ditanya sama ada bulan Ramadan akan diambil kira dan pilihan raya akan dipercepatkan, Abdul Rahsid memberitahu:
"Bulan berpuasa tidak menjadi halangan. Kita pernah mengadakan pilihan raya pada bulan Ramadan sebelum ini."
Apakah kemungkinan pilihan raya kecil boleh jatuh awal September?
0 comments Labels: mstar online, PRK
Ezam ‘ nak sambut ' Anwar di Permatang Pauh
Agenda daily
Oleh: ROSLAN BIAN
Bekas Ketua Pemuda PKR itu berkata, beliau tidak pernah takut berdepan Anwar kerana ianya bukan soal kalah menang tetapi soal maruah dan tanggungjawabnya menjelaskan kepada rakyat siapakah Anwar sebenarnya. “Saya bersedia berada di barisan hadapan ketika kempen pilihan raya nanti. Seperti ditegaskan sebelum ini, saya tidak gentar bertarung dengan Anwar termasuk di Permatang Pauh,” katanya kepada Agendadaily, lewat Khamis malam. Beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti UMNO serta Barisan Nasional (BN) menentukan siapa akan bertanding menentang penasihat PKR itu kelak. Sebelum ini, Ezam sudah menyatakan kesediaanya bertarung dengan Anwar dalam pilihan raya kecil sama ada di Parlimen Bandar Tun Razak ataupun Kulim Bandar Baharu. Berikutan pengumuman Anwar untuk bertanding, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar UMNO meletakkan Mohamad Ezam sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh menentang Anwar kelak. Menurut Ezam, beliau tidak akan lari daripada tanggungjawab bagi menjelaskan kepada rakyat negara ini mengenai tindak tanduk Anwar yang dianggapkan sudah mengkhianati politik serta orang Melayu di negara ini. Malah katanya, Anwar turut mengkhianati dirinya sendiri. “Sama ada jadi calon atau tidak, saya mempunyai tugas untuk membetulkan semula kesilapan kerana memberi perspektif yang salah mengenai kerajaan sekarang kepada orang ramai selama 10 tahun bersama PKR,” ujarnya. Ezam berkata, beliau akan bangkit dengan isu politik serta peribadi Anwar kerana selama ini, banyak yang diketahui mengenai bekas bossnya itu- 31/7/2008.
Ezam Mohd Nor nak jadikan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh gelanggang terbaik mendedahkan apa yang didakwannya bagaimana bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkhianati politik negara serta orang Melayu selama ini.
0 comments Labels: agenda daily, DSAI, Ezam
Najib: BN sukar gugat Anwar
| Malaysiakini |
| Aug 1, 08 11:54am |
| Datuk Seri Najib Razak mengakui BN sukar menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon PKR di kerusi parlimen tersebut. "Kita kena realistik, ia adalah kawasan yang sukar. Kita akan berusaha sebaiknya," kata timbalan perdana menteri hari ini. "Sebenarnya, tuduhan dibuat oleh pegawai khas beliau sendiri, bukan oleh kerajaan. Dan ada cara-cara untuk menyelesaikan tanpa membawa perkara ini kepada rakyat. "Tetapi dia tidak pilih cara-cara tersebut. Beliau pilih untuk bawa perkara ini kepada rakyat, khususnya pada pengundi di Permatang Pauh. Tetapi kita terima perkara ini. Kita akan hadapi," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran program khusus ke Universiti al-Azhar di Kuala Lumpur. Pembantu penasihat PKR itu Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat dalam satu laporan polis 28 Jun lalu. Kertas siasatan polis kini sudah disiapkan dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara sebelum memutuskan sama ada wujud kes prima facie untuk mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu. Desas-desus Anwar ditahan dan kemudian dibawa ke mahkamah semakin hangat diperkatakan. Najib menambah, BN bagaimanapun tidak gentar menghadapi pilihanraya kecil itu kerana kerajaan pimpinan parti itu masih menguasai parlimen. "Kerajaan tidak takut. Kita ada majoriti yang cukup (dalam parlimen). Tetapi Anwar memutuskan membawa kepada rakyat," katanya. Mengulas kemungkinan BN meletakkan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai calon untuk merampas kerusi itu, Najib berkara pemilihan calon masih belum dibincangkan. "Kita tidak bincang soal calon lagi. Soal calon kita kena ikut proses (melibatkan) perbincangan di peringkat perhubungan (negeri) dan bahagian. Akhirnya pucuk pimpinan akan buat keputusan yang sewajarnya," katanya. Mohamad Ezam, bekas ketua Pemuda PKR, pernah menawarkan diri bertanding atas tiket BN untuk menentang Anwar di Bandar Tun Razak dan Kulim-Bandar Baharu. "Ia proses. Kita tidak perlu bagi tahu bila (akan) dibincang. Yang penting, perbincangan dibuat," katanya. Mengulas sama ada karier politik Anwar akan tamat jika tidak dapat mempertahankan kubu kuatnya itu, Najib berkata: "Kita tidak tahu. Beliau sudah buat kira-kira. Beliau rasa itu peluang terbaiknya. Kita letakkan pada rakyat untuk memutuskannya." Anwar semalam mengumumkan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya pada sebelah pagi. Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN. Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal apabila Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu. Sementara itu perdana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, BN akan cuba merampas kembali kerusi parlimen itu. BN tidak akan memberi kemenangan percuma kepada Anwar, katanya lagi selepas mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Al-Mutadee Billah di Putrajaya hari ini. |
0 comments Labels: DSAI, malaysiakini, najib razak
Umno usah ajak PAS, sedia serah kuasa kepada Pakatan Rakyat
| Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh Fri | Aug 01, 08 | 1:01:29 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Umno-BN disarankan agar bersiap sedia untuk menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat ini. Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar juga turut mengingatkan agar Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menggunakan kesempatan yang ada untuk menunaikan amanah dalam ruang waktu yang masih ada. "Jagalah kerajaan yang tidak berapa hari sahaja lagi masih ada kerana ia akan berubah tidak lama lagi, sekali gus Umno akan kehilangan kuasa tersebut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menegaskan bahawa pihak Umno tidak perlu membuang masa memberi tawaran mahupun pelawaan untuk berkongsi kuasa dengan dengan PAS. "Sebaliknya kami menawarkan ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk sama-sama membina Malaysia Baru demi kepentingan rakyat pada masa akan datang," ujarnya. Mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam, Mahfuz berharap keputusan Mesyuarat bersama Jawatankuasa Kerja Pusat dan Majlis Syura Ulama telah merungkai segala kekaburan semua pihak khususnya ahli dan para pengundi. "Jelas PAS tidak mempunyai sebarang niat untuk mengkhianati perjuangan rakyat yang telah memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kepimpinan negara," katanya. Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Mohd Daud Iraqi pula meminta para ahli bertenang serta meneliti pendirian yang telah ditetapkan oleh pimpinan parti selepas mesyuarat yang diadakan semalam. "Kita harap segala kecelaruan yang timbul sebelum ini tidak lagi timbul selepas ini," ujarnya lagi. Tegasnya, kepimpinan parti telah sepakat membuat ketetapan bahawa segala keputusan yang dibuat hendaklah dipatuhi oleh semua pihak. - mns_
|
0 comments Labels: Harakahdaily, Pakatan Rakyat, PAS
Siasatan kes Anwar adil: PM
Berita Harian
PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Abdul Aziz Zainal (kiri) dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (kanan) selepas Istiadat Meletak Kalungan Bunga sempena sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara, semalam. - Foto Rosdan Wahid |
Abdullah ulangi tiada konspirasi, laporan polis tidak akan diambil mudah
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memastikan semua siasatan berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit dengan perbuatan meliwat, dibuat secara profesional serta adil, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Sambil mengulangi bahawa tidak wujud sebarang konspirasi, Perdana Menteri berkata, laporan polis yang dibuat bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak akan diambil mudah.
"Lelaki itu merayu meminta keadilan. Adakah kita lebih prihatin (terhadap Anwar) berbanding lelaki itu. Dia perlukan keadilan; itulah rintihannya dan kita tidak boleh mengabaikan hakikat ini," katanya dalam temu bual dengan The Associated Press (AP) di sini, semalam.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata siasatan kes liwat membabitkan Anwar sudah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Anwar sebelum ini mendakwa tuduhan liwat yang dilemparkan terhadapnya tidak berasas dan ia konspirasi untuk menyekat karier politiknya serta menghalangnya daripada bertanding dalam pilihan raya.
Pada 1998, Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat pemandu keluarganya dan terbabit dalam salah guna kuasa bagi menutup perbuatannya itu.
Beliau dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat pada 2004. Bagaimanapun, dakwaan atas kesalahan rasuah tidak melayakkan beliau untuk bertanding pada pilihan raya umum Mac lalu.
Larangan itu berakhir April lalu dan semalam, Anwar mengumumkan akan bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh berikutan penyandangnya, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri beliau, meletak jawatan bagi memberi laluan kepadanya.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau percaya Anwar sedang cuba merasuah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), supaya menyertai PKR bagi membolehkan pembangkang menubuhkan Kerajaan Pusat.
"Jika wang ditawarkan, pada saya ini adalah amalan rasuah yang amat buruk," katanya. - AP
0 comments Labels: Berita Harian, DSAI, konspirasi, Pak Lah undur
PAS dan PKR setuju Azmin Ali ganti Azizah
01-08-2008 01:52:17 PM
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali kini disebut-sebut di kalangan anggota Parlimen Pakatan Rakyat untuk mengetuai gabungan ketiga-tiga parti iaitu PKR, Pas dan DAP di Parlimen nanti.
Beliau dijangka mengambil alih peranan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang apabila Parlimen bersidang 18 Ogos nanti setelah Presiden PKR itu meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh semalam.
Sebagai ketua whip Pakatan Rakyat, Mohamed Azmin dilihat sebagai calon yang paling sesuai mengisi kekosongan tempat itu ekoran peletakan jawatan Dr Wan Azizah semalam bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Salahuddin Ayub berkata ia terserah kepada PKR untuk menentukan calon yang akan menjadi Ketua Pembangkang sebelum pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh diadakan.
Bagaimanapun, katanya Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak adalah orang yang paling layak memangku jawatan Ketua Pembangkang memandangkan beliau seorang pemimpin kanan dalam PKR.
"Biasa diadakan perbincangan antara ketiga-tiga parti. Tetapi bagi saya sebagai ahli Parlimen, saya menghormati konvensyen... bermakna terus memberi kepada PKR untuk diputuskan," katanya yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian.
Ketua Penerangan PKR Tian Chua pula berpendapat perkara itu tidak perlu dibesar-besarkan.
Beliau yang juga anggota Parlimen Batu bagaimanapun tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai siapa yang layak memangku jawatan Ketua Pembangkang di persidangan Dewan Rakyat tidak lama lagi.
"Kita (PKR) mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengisi kekosongan itu (ketua pembangkang). Buat masa sekarang kita tiada cadangan lagi untuk itu (memilih pemangku jawatan)," katanya.
Anggota Parlimen Jelutong dari DAP, Ooi Chuan Aun berkata tidak timbul perebutan kuasa bagi jawatan ketua pembangkang kerana wujud persetujudan dan persefahaman di kalangan ketiga-tiga parti dalam gabungan itu.
"Seperti biasa peralihan kuasa mestilah kepada orang yang paling kanan iaitu Azmin untuk memangku jawatan Ketua Pembangkang sebelum diserahkan kepada Datuk Seri Anwar selepas dia menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh itu nanti. Dia (Azmin) dilihat calon yang paling sesuai buat masa ini," katanya. BERNAMA0 comments Labels: DSWA, mstar online, parlimen
Pusrawi boleh dikenakan tindakan kerana kecuaian
--------------------------------- Kementerian Kesihatan tetap berpegang kepada laporan hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan – bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Hospital Pusrawi boleh dikenakan tindakan iaitu denda sehingga RM300,000 dan pengurusannya juga boleh dikenakan hukuman penjara jika siasatan mendapati terdapat kecuaian yang mengakibatkan kebocoran maklumat`laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad berkata hukuman itu boleh dikenakan mengikut Akta Kemudahan Perubatan Swasta 1998.
Selain itu, doktor yang terlibat dengan insiden itu juga boleh dikenakan tindakan disiplin oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) kerana mengeluarkan laporan kepada umum yang melanggar etika profesionalisme sorang pengamal perubatan.
"Selepas dia (Pusrawi dan polis) buat siasatan kita akan dapat tahulah apa yang telah terjadi.
Boleh dikenakan tindakan terhadap kedua-dua (Pusrawi dan doktor). Macam-macam boleh dikenakan termasuk tindakan disipilin kerana ia melibatkan etika dan profesionalisme seorang pengamal perubatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan menghadiri sesi dialog bersama kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu Khamis.
Katanya siasatan dalaman sedang dilakukan oleh polis dan Hospital Pusrawi untuk mengetahui bagaimana laporan perubatan ke atas Mohd Saiful boleh tersebar.
Bernama melaporkan beliau berkata kementerian setakat ini masih belum menerima sebarang laporan hasil siasatan kes itu.
Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi Dr Kamaruddin Ahmad, dalam sidang akhbar yang diadakan semalam, menafikan doktor pakar dari hospital itu melakukan pemeriksaan berkaitan liwat ke atas bekas pembantu peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.
Dr Abdul Latif berkata beliau kesal dengan insiden itu kerana ia menjejaskan kredibiliti Hospital Pusrawi sendiri memandang rekod pesakit adalah sulit dan maklumatnya tidak boleh dibawa keluar masuk atau disebarkan sembarangan.
Katanya kementerian akan memastikan perkara itu tidak berulang di hospital lain di negara ini.- 31/7/2008
Laporan HKL dipertahan...ikut etika
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican berkata, pemeriksaan sepenuhnya yang dijalankan pada 28 Jun lalu oleh pengamal perubatan HKL dibuat prosedur operasi yang standard berlandaskan kepada etika perubatan, kerahsiaan dan profesionalisme.
"Maklumat terperinci mengenai pemeriksaan tidak pernah dan tidak akan diberikan kepada mana-mana individu atau agensi yang tidak layak. Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berkaitan hasil pemeriksaan kesihatan itu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Selasa.
Kenyataan beliau dikeluarkan sebagai reaksi kepada penyebaran rekod pemeriksaan kesihatan oleh seorang doktor Hospital Pusrawi terhadap Saiful oleh beberapa laman web dan blog yang dikatakan sebagai bukti tidak berlakunya kejadian liwat.
Hari Isnin, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad dalam kenyataannya menyifatkan, berita yang mendakwa ada laporan perubatan tiada kesan liwat ke atas Saiful berniat jahat bagi memberi gambaran tidak berlakunya perbuatan liwat.
“Laporan ini mempunyai unsur mala fide . Apa juga bentuk laporan sama ada kesan calar ada atau tidak, tiada siapa boleh buat kesimpulan liwat tidak berlaku selagi perkara berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah,” katanya.
Menurut Dr. Ismail, pihak Kementerian Kesihatan sedang menyiasat kesahihan rekod pemeriksaan kesihatan yang tersebar luas itu.
"Kita akan menyiasat sama ada institusi itu mempunyai protokol dan tatacara pengeluaran rekod perubatan. Dalam apa juga keadaan, rekod perubatan adalah rahsia dan tidak harus dihebahkan dan kerahsiaannya merangkumi sistem penyimpanan dan tatacara keselamatan dokumen maklumat berkenaan," katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa Majlis Perubatan Malaysia (MPM) memandang serius penyebaran rekod perubatan pesakit di laman web oleh pihak berkenaan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan jika terbukti ia dilakukan pengamal perubatan yang berdaftar.
Pengamal perubatan, katanya, mempunyai tanggungjawab etika, moral dan perundangan untuk menjaga kerahsiaan pesakitnya dan tidak boleh membocorkan sebarang maklumat yang diperolehi melalui interaksi profesional dengan pesakit tanpa keizinan.
"Hubungan doktor-pesakit adalah satu hubungan yang mulia dan kerahsiaan adalah rukun amalan perubatan yang baik.
"Pesakit akan memberi semua maklumat peribadi dan sulit kepada pengamal dengan penuh harapan dan kepercayaan yang maklumat yang disampaikan akan dimanfaatkan dengan balasan pekhidmatan rawatan yang bersesuaian di samping menjaga kerahsiaannya," katanya.
Dr. Mohd Ismail berkata, pengamal perubatan yang disabit melanggar tataetika kerahsiaan sebagaimana termaktub dalam Akta Perubatan 1971 boleh dihukum dengan celaan, digantung pendaftaran atau dipotong nama daripada buku daftar pengamal perubatan, bergantung kepada keberatan kesalahan.
Sementara itu Bernama melpaorkan, Hospital Pusrawi, hospital yang dikaitkan dengan rekod perubatan itu, dalam tindakan segeranya telah menubuhkan badan siasatan sendiri untuk menentukan kesahihan dokumen itu.
Pengurus Besarnya, Wan Mahmood Wan Yaacob berkata, hospital itu tidak pernah mengeluarkan rekod perubatan Mohd Saiful Bukhari tetapi tidak menolak kemungkinan ia dilakukan individu yang tidak bertanggungjawab di hospital itu.
"Secara rasmi memang kita tidak boleh mengeluarkan rekod perubatan pesakit. Hanya antara pesakit dan doktor sahaja yang boleh mengetahui maklumat perubatan itu," katanya.
Bagaimanapun, beliau mengesahkan Mohd Saiful Bukhari memang telah menjalani pemeriksaan di hospital itu tetapi enggan menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara itu.
Wan Mahmood berkata, badan siasatan itu yang
Hasil siasatan dalaman ini akan diserahkan kepada polis, katanya. – 29/7/2008
2 comments Labels: agenda daily, DSAI, konspirasi, sepol bodo