| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Nov 5, 08 10:59am |
| Menteri besar Terengganu memanjangkan lagi teka-teki masalah kelewatan pembukaan pasar raya besar Giant di Kerteh selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini. Datuk Ahmad Said tidak menghuraikan dengan jelas isu tersebut, malah menggesa media mendapatkan maklum balas daripada pegawai tinggi GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd sebelum beliau sendiri memberikan ulasan lanjut. Malaysiakini minggu lepas mendedahkan Giant gagal beroperasi di Mesra Mall lebih sebulan akibat gagal mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), didakwa akibat campur tangan Ahmad. Sumber-sumber pasar raya itu dan MPK memberitahu, ia bercadang membuka premis barunya itu di Jalan Kemaman-Dungun sejak 24 September tetapi gagal mendapat lesen. Sumber di pihak berkuasa tempatan itu berkata, masalah lesen Giant itu "berkaitan dengan Datuk Ahmad", yang juga wakil rakyat Kijal. Usaha Malaysiakini banyak kali sejak Selasa minggu lepas gagal mendapatkan reaksi menteri besar berkenaan. Bercakap kepada akhbar Sinar Harian selepas pulang dari luar negara Khamis lepas, Ahmad dilaporkan bersedia memberi penjelasan mengenai perkara itu ketika bertemu media selepas mesyuarat mingguan exco tadi. Dalam sidang media hari ini, difahamkan Ahmad menyatakan Giant "tidak boleh buka dulu, baru buat permohonan." Beliau juga mengakui pernah berunding dengan pegawai tinggi pasar raya besar sebelum ini. Sumber di Giant sebelumnya bagaimanapun mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk menjalankan operasinya termasuk mendapat pengiktirafan keselamatan daripada jabatan bomba dan mengikuti garis panduan pengubahsuaian bangunan MPK. Mesra Mall, yang dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd di atas tanah seluas 12 hektar dan diurus oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah dirasmikan oleh exco pembangunan luar bandar, usahawan dan koperasi Datuk Mohamed Awang Tera pada 10 Oktober lepas. Difahamkan Giant merupakan penyewa utama kompleks membeli-belah yang diberikan jolokan "mutiara timur anda." Menurut pelan lantai Mesra Mall, Giant ditempatkan di penghujung kanan dan kiri bahagian depan kompleks itu. |
Wednesday, November 5, 2008
Masalah Giant-MB T'ganu kekal misteri
0 comments Labels: malaysiakini, mat said, terengganu
Hentikan tindakan politik keterlaluan - Sultan Azlan
KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahu rakyat menghentikan segera tindakan politik keterlaluan berhubung kedudukan dan kebesaran Rajaraja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaumkaum lain.
Baginda bertitah kebajikan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan dan keamanan negara serta kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan semata-mata disebabkan oleh perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.
"Jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.
"Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang Melayu," titah baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini selepas dipersembahkan satu memorandum oleh Gabungan Melayu Perak.
Memorandum berkenaan mengandungi hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-raja Melayu pada bulan lepas berhubung perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sultan Azlan bertitah sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh Raja-raja serta bidang kuasa Raja Pemerintah merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak, perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-raja.
Menurut baginda, Raja-raja memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.
"Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan," titah baginda.
Hampir 2,000 wakil dari pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan seni dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur yang diketuai pengerusi gabungan itu Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke istana bagi menyerahkan memorandum itu. BERNAMA
0 comments Labels: mstar online, Sultan
Norman: Tidak mahu cerai, Abby-Memey sama-sama penting
Oleh WAHIDA ASRANI
NORMAN-ABBY BERSEMUKA... Urutan rangkuman enam gambar detik Abby berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan kemudian bertemu dengan suaminya, Norman Hakim di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin. (Ikut jam) Abby menitiskan air mata ketika menemui wartawan, kemudian meninggalkan kawasan mahkamah dengan dokuman, menemui Norman di lokasi penggambaran, menyerahkan dokumen, pasangan Abby-Norman berjalan untuk mengadakan perbincangan 45 minit dan kedua-dua mereka berdepan dengan wartawan.
PETALING JAYA: Meskipun didesak oleh isterinya, Abby Abadi untuk bercerai, aktor Norman Hakim yang cukup sinonim dengan watak Inspektor Haris dalam drama bersiri Gerak Khas, tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan mahligai yang dibina lebih enam tahun lalu.
Bagaimanapun setelah berkali-kali soalan tentang hubungannya bersama pelakon baru Memey diajukan, Norman memberitahu mStar Online hari ini, pelakon muda berusia 20 tahun itu dan Abby, yang juga pelakon dan bekas penyanyi, adalah dua insan yang 'istimewa' baginya.
Minggu lalu, Norman dan Memey ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor di pejabat Norman di Ukay Perdana.
Kelmarin pula Abby mengunjungi Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk memfailkan tuntutan bercerai tetapi tidak kesampaian kerana dokumen yang dikemukakan tidak lengkap termasuk tiada butiran lengkap mengenai Norman.
ABBY TETAP MAHU CERAI - DI SEGMEN BERITA
"Saya tidak mahu menafikan atau pun mengesahkan apa-apa. Cuma apa yang boleh saya katakan di sini, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam hidup saya.
"Abby adalah seorang isteri yang sudah banyak berkorban untuk saya... dialah yang sentiasa memberi semangat untuk saya terus bertahan di dalam karier dan kehidupan sayasehingga kini, tetapi saya tidak nafikan pada masa yang sama, Memey pula sentiasa memberi inspirasi di dalam apa yang saya lakukan.
"Saya tidak mahu menidakkan atau mengesahkan apa-apa di sini. Saya takut, jika saya terus menafikan tetapi andai kata Allah sudah tentukan saya bertemu jodoh dengan Memey, masyarakat akan terus berkata saya bersandiwara pula.
"Saya masih menyayangi Abby sepenuh hati saya. Dia adalah ibu dan isteri yang terbaik.
"Tetapi dengan kuasa Allah, andai benarlah Memey ditakdirkan jodoh saya, saya tidak akan menolak untuk jadikan dia isteri kedua saya, tetapi saya tidak akan ceraikan Abby, kerana saya tetap sayangkan dia sampai bila-bila," kata Norman.
Dalam nada tegas, aktor berusia 32 tahun itu berkata, dia akan terus berusaha agar kekeruhan rumahtangganya itu dapat diselesaikan segera, tetapi bukan berakhir dengan jalan perceraian.
"Saya tidak akan serahkan lagi dokumen perceraian yang diberi olehnya tempoh hari.Seboleh mungkin, saya ingin ia berakhir dengan cara yang baik. Saya kenal Abby... dia memang nampak 'keras' di luar, tetapi hatinya cukup lembut.
"Saya tahu dia masih inginkan saya dalam hidupnya, termasuklah demi anak-anak juga. "Saya ada menghantar SMS kepadanya malam tadi dan saya beritahu dia 'hanya maut yang akan pisahkan kita', tetapi tiada respon daripada dia.
"Saya tidak kisah untuk berjumpa dengan pakar kaunseling. Malah, saya harap pihak media juga boleh menjadi platform untuk kami berbaik. Saya tidak mahu lagi masalah rumahtangga saya menjadi satu 'pementasan' pula.
"Insya-Allah, satu masa nanti, saya harap saya dapat membawa Abby dan Memey sekali untuk bersemuka terus dengan wartawan," kata bapa kepada tiga cahayamata iaitu Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.
Kata Norman, dia menganggap 'serangan' Abby yang turut disertai pihak media di set lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas Isnin lalu adalah satu petanda bahawa perceraian yang diminta itu sebenarnya tidak 'direstui' oleh Allah.
"Saya bersyukur sebenarnya dia datang ke sana dengan membawa wartawan dan pada masa yang sama dokumen perceraian pula tidak lengkap.
"Ini sekali gus menunjukkan macam-macam benda yang menghalang kami dari bercerai.
"Saya faham perasaannya. Pada hari itu, bukan sengaja saya ingin pertahankan Memey, tetapi saya mahu semua orang faham, saya ingin jaga hati Abby dan Memey juga kerana saya rasa saya bertanggungjawab atas apa yang terjadi ini. Bukan bermaksud melebihkan mana-mana pihak.
"Saya ingin dia dan saya sendiri sama-sama membaiki kelemahan diri. Saya sedar, saya mungkin bukan suami yang baik dan saya akan berusaha untuk perbaikinya. Saya tidak mahu keadaan bertambah buruk," kata Norman.
Ujarnya lagi, dia memang tidak pulang ke rumah sejak kes khalwat itu untuk mengelak pertengkaran dengan Abby. Namun, jelas Norman, bila keadaan kembali tenang, dia berharap dapat bersemuka dengan Abby secara baik.
"Ketika ini saya tinggal di rumah saudara-mara.. kadang-kadang di Bangsar dan adakalanya di Kuala Lumpur. Buat masa ini, saya mahu keadaan reda dulu dan mungkin selepas itu saya harap kami boleh selesaikan dengan baik.
"Tak guna untuk berdepan sekarang kerana saya yakin pertengkaran pasti akan berlaku," kata Norman.
0 comments Labels: artis, mstar online
MB kekalkan isteri Najib di Unisel biar Pemuda bantah
| Malaysiakini |
| Abdul Rahim Sabri | Nov 5, 08 9:13pm |
| Kira-kira 20 orang termasuk tiga pemimpin muda Pakatan Rakyat menghantar surat bantahan kepada menteri besar Selangor agar menggugurkan isteri timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak daripada canselor Universiti Industri Selangor (Unisel). Kumpulan itu menaikkan kain rentang "Rosmah Out" dan "Unisel gedung ilmu, bukan gedung beli-belah. Rosmah boleh blah" sewaktu menyerahkan surat itu kepada setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di bangunan SUK, Shah Alam jam 3 petang. Dalam surat bantahan itu, mereka mendakwa Rosmah Mansor "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu." Selain Khairul Anuar, yang juga ketua AMK Selangor, dan Lau, surat itu ditandatangani oleh ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mukhyi. Universiti milik penuh kerajaan negeri itu melantik isteri Najib sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006. Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar. Khairul Anuar pula berkata Pakatan Rakyat mempunyai tokoh-tokoh intelektual yang mampu mengetuai Unisel seperti timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy. Mohd Sany menyifatkan pelantikan Rosmah oleh menteri besar waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo "satu kesilapan" kerana ia didasarkan pada penilaian bahawa Rosmah isteri timbalan perdana menteri. Menurut Bernama, ia masih mengekalkan keputusan lembaga pengarah Unisel yang melantik isteri Najib sebagai canselor institusi pengajian tinggi berkenaan. Menteri besar itu menambah, beliau akan mengumumkan jika ada sebarang perubahan mengenai pelantikan itu. |
1 comments Labels: malaysiakini, najib razak, rosmah
Eurocopter: Najib mula berpesta
| Abdul Aziz Mustafa Wed | Nov 05, 08 | 2:24:47 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Datuk Azmi Khalid bahawa tidak ada penyelewengan dari segi prosedur pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 bernilai RM1.604 bilion digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berpesta membidas pembangkang hari ini. Beliau, yang menjadi Menteri Pertahanan ketika pembelian itu diputuskan, mendakwa tuduhan pembangkang bahawa kerajaan berbelanja besar bagi pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 bernilai RM1.604 bilion ternyata meleset dan tidak berasas berdasarkan penilaian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Najib tidak pula mengulas laporan bahawa keputusan PAC yang diumumkan oleh Azmi itu tidak sebulat suara. Beberapa anggota jawatankuasa itu berpendapat urusniaga untuk membeli Eurocopter EC725 Cougar bagi menggantikan helikopter Nuri yang berusia 42 tahun tidak dijalankan dengan sepatutnya. Mereka memandang berat hakikat bahawa urusniaga itu hanya dibuat untuk Eurocopter. "Tidak ada penender yang dipanggil untuk mengemukakan klarifikasi tender pada dokumen tender," Malaysian Insider memetik salah seorang anggota PAC. Semalam, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengecam Azmi kerana kenyataannya yang mendakwa tidak ada penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian Eurocopter itu. "Keputusan yang dibuat bukan berdasarkan pandangan semua ahli PAC, ia sangat tidak adil dan tidak demokrasi apabila Azmi mendakwa keputusan tersebut adalah keputusan bersama. "Saya juga diberitahu bahawa tiada sebarang undian dibuat sebelum keputusan itu dibuat," katanya. Lim menyifatkan Azmi sebagai mendakwa sebagai boneka kepada beberapa kementerian tertentu dalam membuat keputusan berhubung siasatan jawatankuasa tersebut terhadap isu pembelian Eurocopter EC-725 itu. Katanya, keputusan yang yang diumukan Azmi semalam yang mendapati tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur pembelian tersebut akan menyebabkan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap PAC. "Bagaimana beliau mendakwa tiada penyelewengan dalam prosedur urusan tender sedangkan tiada penilaian fizikal dan pandu uji dibuat terhadap helikopter berkenaan... itulah penyelewengan prosedur," katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Lim juga menggesa supaya Azmi menyerahkan laporan lengkap siasatan tersebut kepada Parlimen untuk dibahaskan sama ada untuk menerima atau menolak keputusan yang dibuat. Beliau meminta Azmi bertindak sebagai pengerusi PAC yang telus tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk kepentingan tertentu. "Saya bukan minta dia undur, saya hanya mahu dia berindak sebagai pengerusi yang betul kerana pencapaiaannya kini sebagai pengerusi amat mendukacitakan," katanya. Lim mengingatkan Azmi supaya tidak mempunyai 'pemikiran ala menteri' yang akan mempengaruhi keputusannya yang boleh mewujudkan keraguan orang ramai. Kontroversi pembelian Eurocopter yang pertama kali dibangkitkan oleh blogger Syed Azidi Bukhari semakin hangat selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut. Pengerusi syarikat itu, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini." Malaysia telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter sedangkan Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion._ |
0 comments Labels: Harakahdaily, najib razak, penyelewengan
Pakej rangsang ekonomi RM7b diumum
| Malaysiakini |
| Nov 4, 08 5:01pm |
| Kerajaan hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion dalam usaha mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi
Menurut Najib lagi, bagi langkah untuk menggalakkan aktiviti sektor swasta, langkah-langkah liberalisasi berikut akan diambil:
Pertama:
|
1 comments Labels: ekonomi, malaysiakini
Dari Brickfield: 500 Juta Duit KWSP Untuk Siapa?
oleh Isham Tukartiub
HARI INI telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neo liberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neo liberal ini sedang nazak. Secara bengong hanya Najib Razak sahaja yang cuba menafikannya dan berkata bahawa Malaysia ‘terselamat’.
Dasar Ekonomi Bengong (DEB - editor) Najib Razak ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai. Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi bengong Najib Razak.
Langkah akhir Najib – dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan Najib Razak telah menanda tangani perjanjian untuk membeli Eurocopter. Helikopter ini berharga 2 bilion ringgit. Negara Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia ditipu 1 bilion ringgit?
Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib Razak. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti ialah kita semua kerana yang membeli helikopter ini ialah keajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu ialah kita semua.
Cara ‘menipu’ ini samalah seperti cara membeli jet pejuang Sukhoi dan kapal selam dari Peranchis. Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual/beli.
Ini kerana Razak Baginda penasihat politik Najib Razak sedang ditahan dalam penjara kerana di tuduh terlibat membunuh Altantuya. Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurokopter ini.
Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter ?
Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi Menteri Keewangan Najib Razak telah ‘mengsongklap 5 billion ringgit’ duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja.
Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang sama dalam dana KWSP. Duit KWSP ini bertujuan untuk digunakan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.
Menurut dasar ekonomi bengong Najib Razak duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn. Bhd. Tujuan penyaluran duit KWSP ini ialah untuk menaikkan harga nilai saham-saham syarikat-syarikat yang dianggap ‘nilai jatuh’.
Persolaan timbul - nilai saham ini rendah ialah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlungkup juga.
Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit maka nilai saham ini akan naik. Bila nilai saham ini naik maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham kerana ekonomi sedang gawat. Bila saham banyak terjual maka nilai saham ini kan jatuh kembali.
Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di Bursa Saham Kuala Lumpur. Duit 5 bilion ringgit ini akan di cekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara. Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. Duit ini adalah duit kita semua dijudikan di bursa saham oleh Najib Razak.
Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petrolium telah jatuh. Ketika menulis ini harga satu tong minyak mentah ialah USD62 dolar. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut Petronas memerlukan USD60 dolar. Ertinya dalam satu ting kita hanya untung USD2 dolar. Jika harga minyak jatuh lagi maka tidak berbaloii untuk mengeluarkan minyak.
Lihat pula harga kelapa sawit. Harganya juga telah jatuh. Pada ketika ini harga satu tan minyak kelapa sawit kurang lebih 1,500 ringgit. Perbelanjaan untuk mendapat satu tan minyak sawit dianggarkan antara 1,200 ke 1,700 ringgit. Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan - lebih mahal dari pendapatan.
Justeru, kerana menyedari semua ini Pakatan Rakyat telah meminta agar Balanjawan 2009 di ulang kaji kembali. Belanjawan 2009 yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi 100 dolar satu tong. Dan harga kelapa sawit yang hampir 3000 ringgit satu tan.
Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil bahan bakar minyak petrolium dan minyak sawit. Jika harga dua bahan ekspot kita ini jatuh ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib diulang-kaji.
Najib Razak yang menjalankan dasar ekonomi bengong telah menolak permintaan Pakatan Rakyat di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Najib Razak ialah ‘mengsongklap duit KWSP.’
Selama lebih dari 30 tahun sistem eknonomi kapitalis neo liberal telah dijalankan. Neo liberal bermakna – apa yang boleh dijual, dijual – apa yang boleh dibeli, dibeli. Sistem kapitalis ini telah mengenepikan peranan daulah.
Kerajaan tidak dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, leterik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi. Menurut falsafah neo liberal jika kerajaan campur tangan maka sistem kapitalis akan cacat.
Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut sama mengamalkan sistem kapitalis neo liberal. Hasilnya – sistem api leterik dijual pada kroni, sistem agihan air dijual pada kroni, membuat jalan raya dijual pada kroni, hospital dijual pada kroni. Siapa kroni ini? Mereka adalah anak beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation.
Untuk menipu rakyat maka gerombolan United Malays National Organisation telah mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Bila ada kritikan muncul maka gerombolan ini akan berselindung dibawah Perlembagaan Hak Keistemewaan Orang Melayu.
Jika kritikan datang dari yang bukan Melayu maka mereka akan mengatakan bahawa orang bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keintemewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam dengan tindakan undang-undang.
Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak yang selepas melakukan rompakan akan berselindung di Masjid atau di Kuil atau di Gereja. Ini taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.
Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan bukan Melayu. Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu agama apa, kamu bangsa apa atau kamu sembayang dimana. Apabila ekonomi kuncup maka kita dari kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, petani dan nelayan akan dipukul hebat. Kita akan hilang pekerjaan dan mata pencarian.
Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neo liberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup maka semua ekonomi neo libeal juga akan menguncup sama.
Justeru Pakatan Rakyat wajib mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara dari bencana kemelesatan ekonomi. Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak wajib diganti secepat mungkin. Malah Najib Razak sendirikan wajib di humbankan ke dalam tong sampah sejarah
Langkah awal ialah konsep ‘Kembali Ke Bumi’. Petanian wajib di jadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menanam tanaman untuk dimakan.
Jika ekonomi meleset orang ramai ada makanan. Ekspot bukan tujuan utama kerana pasaran dunia untuk membeli makanan juga sedang menguncup. Jika kita dapat mengekspot makanan maka ini adalah bonus.
Tujuan Kembali Ke Bumi ini bertujuan untuk membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah di porak perandakan oleh dasar kapitalis neo liberal.
Tidak dapat tidak penstrukturan baru ekonomi nanti tidak akan berpandukan keuntungan maksima – apa boleh jual jual – apa boleh beli beli. Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah pengaruh kaum pemodal dengan politik.
Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara adalah dasar neo liberal. Dasar ini sedang terbogel dan terbukti gagal. Dasar kapitalis neo liberal ini wajib ditingalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasakan kekutaan kaum pekerja, buruh dan tani.
******************* Untuk menipu rakyat maka gerombolan United Malays National Organisation telah mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Bila ada kritikan muncul maka gerombolan ini akan berselindung dibawah Perlembagaan Hak Keistemewaan Orang Melayu.
1 comments Labels: minda rakyat, penyelewengan, suara keadilan
Eye on Malaysia: Tiada maklumat atau rugi?
0 comments Labels: Harakahdaily, untung rugi
