| Malaysiakini |
| Sep 25, 08 2:59pm |
| Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan jam 10 pagi esok, dipercayai untuk membincangkan penangguhan pemilihan parti, yang dijadual Disember ini, ke tahun depan. Najib semalam membatalkan secara mengejut lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula hari ini, untuk menghadiri sidang ke-63 perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. |
Thursday, September 25, 2008
Mesyuarat tergempar MT esok
0 comments Labels: malaysiakini, UMNO haprak
Murugiah jawab Syed Hamid: 'Ini urusan saya'
KLANG: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah hari ini mempertahankan tindakannya berhubung isu makanan bagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam yang meminta beliau supaya tidak campur tangan dalam urusan kementeriannya, Murugiah berkata, beliau terkejut mendengar komen sedemikian daripada seorang menteri yang senior.
Kata Murugiah, beliau hanya melakukan tugasnya iaitu menerima aduan dan menyelesaikan masalah.
“Kenyataannya (Syed Hamid) yang meminta saya tidak campur tangan dalam urusan orang ramai adalah seperti meminta saya dan 270 kakitangan di Biro Pengaduan Awam supaya tutup kedai.
“Biro menerima kira-kira 180 aduan tentang setiap kementerian daripada Januari hingga Ogos dan bagaimana saya boleh lakukan tugas saya jika saya tidak boleh ‘campur tangan’ dalam kementerian lain,” soal beliau.
“Biro Pengaduan Awam berada di atas semua kementerian lain apabila tiba hal mengendalikan aduan,” katanya selepas melawat SJK (T) Batu Ampat di Jalan Kota Raya, di sini hari ini.
Syed Hamid semalam berkata, Murugiah tidak sepatutnya mencampuri urusan kementerian lain.
Katanya, tindakan Murugiah bercakap bagi pihak Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung aduan yang beliau tidak dihidangkan makanan yang sesuai ketika ditahan di bawah ISA adalah seperti menjadi "jurucakap kepada pembangkang."
Murugiah berkata, Syed Hamid sepatutnya bercakap terus berhubung hal itu kepadanya dan bukan memberi komen kepada terbuka.
“Saya cuba melakukan sesuatu yang baik untuk orang ramai, melayan setiap orang dengan adil tanpa mengira sama ada aduan itu daripada kerajaan, pembangkang atau orang awam.
“Sebagai menteri yang baru, saya akan selalu menerima dengan hati terbuka jika beliau (Syed Hamid) mahu membimbing saya atau menunjukkan saya cara terbaik dalam menjalankan tugas saya,” katanya.
Ini adalah kali kedua Syed Hamid meminta rakan-rakan sekerjanya dalam Barisan Nasional (BN) supaya tidak campur tangan dalam urusan kementeriannya.
Awal bulan lalu, beliau mengkritik pemimpin-pemimpin BN yang mempertikaikan keputusannya menahan tiga orang awam di bawah ISA termasuk Teresa.
0 comments Labels: mstar online, pemimpin haprak
Murugiah, jangan campuri hal orang lain - Syed Hamid
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah yang seolah-olah menjadi jurucakap pembangkang dan mencampuri urusan kementerian lain adalah tidak betul.
"Apa yang beliau lakukan adalah tidak betul, saya harap beliau tahu apa tugas beliau.
"Jangan masuk campur hal orang lain... itu bukan kerja dia (Murugiah).
"Kalau ada apa-apa sila bawa (kemukakan) kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dengan kakitangan Jabatan Imigresen dan anak yatim di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Murugiah pada Isnin lepas yang mengarahkan pegawai Biro Pengaduan Awam (BPA) mendapatkan maklumat terperinci mengenai menu dan peruntukan makanan bagi seseorang tahanan dalam lokap dalam sehari.
Sebelum itu, Murugiah mengadakan pertemuan dengan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok berhubung dakwaan Exco itu yang hanya diberikan dua biji telur rebus, timun dan kuah semasa ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). BPA terletak di bawah tanggungjawab Murugiah.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Noraini Ahmad berkata, isu makanan ketika ditahan di bawah ISA yang dibangkitkan oleh Teresa bertujuan untuk menyalahkan kerajaan dan meraih simpati masyarakat.
Ketua Puteri Umno itu berkata, sebenarnya perkara remeh itu tidak perlu dibangkitkan dan Teresa perlu insaf di samping berhenti memainkan isu berkenaan.
Katanya, kekuatan dan kesejahteraan serta perpaduan antara kaum adalah perkara yang lebih penting yang perlu dipelihara, daripada membuat kenyataan sedemikian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Anugerah Sri Cemerlang Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati, Kuala Lumpur. BERNAMA
0 comments Labels: mstar online, pemimpin haprak
Penurunan harga minyak gagal tangani inflasi - Pakar ekonomi
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 10 sen yang diumumkan pada hari ini, dilihat tidak mampu membantu menangani inflasi, dan juga meningkatkan kuasa membeli di kalangan pengguna.
Para ahli ekonomi dan penganalisis tempatan bersetuju bahawa harga itu sepatutnya diturunkan sekurang-kurangnya 30 sen kerana tindakan itu mampu mengurangkan peningkatan inflasi.
Ahli ekonomi tempatan, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, penurunan harga minyak sebanyak 10 sen tidak banyak membantu kerana jumlah itu adalah terlalu kecil dan tidak menggambarkan kedudukan semasa harga minyak dunia.
Beliau berkata, rakyat telah menaruh harapan yang tinggi bahawa kerajaan akan menurunkan harganya kepada satu paras 'munasabah', seiring dengan aliran penyusutan harga minyak dunia yang kini berada di sekitar bawah AS$110 (RM374) setong sejak hampir dua bulan.
Jelas beliau, kerajaan perlu lebih telus dalam mengemukakan mekanisme penurunan harga minyak yang dibuat supaya rakyat faham jumlah harga sebenar minyak, harga pasaran dan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.
''Tetapi saya berpendapat penurunan sebanyak 10 sen masih terlalu kecil berbanding dengan kenaikan yang dibuat pada pertengahan tahun ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pengumuman terbaru berkuatkuasa mulai tengah malam ini, akan menyaksikan orang ramai membayar RM2.45 dan RM2.40, masing-masing untuk seliter petrol dan diesel.
Pada awal Jun lalu, kerajaan mengumumkan harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter dan ia merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sebelum itu.
Harga diesel pula turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.
Bagaimanapun, pada 23 Ogos lalu, kerajaan menurunkan semula harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter, manakala harga runcit diesel sebanyak lapan sen daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter.
Sementara itu, Ketua Program Siswazah Pengurusan Persekitaran dan Pakar Pengangkutan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor pula berpendapat, kerajaan sepatutnya mengekalkan harga minyak iaitu RM1.92 seliter, harga sebelum kenaikan sebanyak 78 sen sebelum ini.
''Harga ini (RM1.92 seliter) lebih logik memandangkan harga minyak dunia terus merosot disebabkan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat,'' ujarnya.
Ditanya tentang kesan penurunan minyak terhadap inflasi, Abd. Rahim berkata: ''Saya percaya jika harga minyak diturunkan lebih banyak, mungkin masalah inflasi dan kenaikan harga barang dapat ditangani.''
Penasihat Ekonomi AmInvestment Bank Group, Mustafa Mohd. Nor berpendapat, penurunan harga minyak petrol yang dibuat kerajaan tidak akan memberi kesan kepada keadaan inflasi semasa selagi harga makanan tidak diturunkan.
'' Indeks Harga Pengguna (IHP) bukan hanya ditentukan oleh peningkatan atau penurunan harga petrol tetapi ia turut melibatkan harga makanan semasa.
''Selagi harga makanan tidak menunjukkan penurunan, kadar inflasi semasa mungkin tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara walaupun harga petrol diturunkan dengan kadar 10 sen,'' katanya.
Ketua Pakar Ekonomi, RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng berkata, langkah kerajaan itu dianggap sesuatu yang positif pada keadaan semasa yang sering dihidangkan dengan berita-berita negatif.
''Langkah itu dilihat dapat mengurangkan sedikit beban rakyat dan ia adalah seperti dijangkakan ia merupakan hadiah Hari Raya kerajaan kepada rakyat.
''Saya berharap harga minyak petrol akan dapat terus diturunkan ekoran harga pasaran minyak mentah global yang sedang mengalami aliran menurun untuk terus meringankan beban rakyat,'' jelasnya.
0 comments Labels: ekonomi, harga minyak, inflasi, utusan
2 tren LRT langgar, perkhidmatan pulih hari ini
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja memindahkan kedua-dua tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang berlanggar berhampiran Stesen LRT Bukit Jalil di sini sudah selesai malam tadi, dan perkhidmatan itu akan beroperasi seperti biasa esok.
Malam tadi, Pengurus besar komunikasi korporat Rangkaian Pengangkutan Intergrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) Ebi Azly Adullah berkata, perkhidmatan tren LRT Star aliran Ampang antara Sentul Timur dan Sri Petaling akan bermula seperti biasa pada pukul 6.30 pagi ini.
Dalam insiden pukul 6.30 petang semalam, dua tren berlanggar kira-kira 200 meter (m) dari Stesen Bukit Jalil, mengakibatkan empat penumpang mengalami cedera ringan, manakala 300 lagi terselamat.
Ebi yang ditemui pemberita ketika mengiringi Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat melawat antara penumpang yang sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras di sini berkata, pihaknya akan menampung semua kos perubatan kesemua penumpang yang terlibat dalam kejadian itu.
Sementara itu Ong berkata, beliau mahukan supaya laporan penuh daripada polis, pihak LRT Star, dan RapidKL berhubung insiden itu disiapkan secepat mungkin untuk diteliti pihaknya.
"Saya mahukan laporan terperinci. Jabatan kereta api di bawah kementerian Pengangkutan mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen pengendali perkhimatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat perubatan itu malam tadi.
Terdahulu beliau melawat kawasan kejadian.Ong berkata, Kementerian Pengangkutan turut mempersoalkan aspek mengenai kekerapan penyelenggaraan perkhidmatan tren itu bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik.
Katanya, daripada empat penumpang yang mengalami kecederaan ringan yang dihantar ke pusat perubatan itu, hanya seorang wanita, Ko Thin Lau, 34, masih dirawat, dan keadannya stabil.
Dalam pada itu, salah seorang mangsa yang terperangkap dan tercedera dalam insiden pelanggaran tersebut merupakan sepupu Ong.
Ah See Mean, 21, seorang kerani akaun di sebuah firma di Jalan Petaling menggunakan tren tersebut dari stesen Plaza Rakyat untuk pulang ke rumahnya di Salak Selatan.
Beliau berkata, ketika kejadian tren yang dinaikinya berhenti tidak jauh dari stesen LRT Bukit Jalil kerana ketika itu terdapat sebuah lagi tren sedang menurunkan penumpang di stesen tersebut.
"Ketika LRT yang saya naiki baru sahaja hendak bergerak, tiba-tiba sebuah tren lain merempuh dari arah belakang menyebabkan kebanyakan penumpang tercampak.
"Saya yang ketika itu berdiri di koc paling hadapan sempat berpaut pada tiang besi di dalam tren namun kaki kiri saya terseliuh," katanya kepada pemberita selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pesakit luar.
Katanya, beliau bersama penumpang yang lain terperangkap di dalam tren dalam keadaan lampu dan pendingin hawa tidak berfungsi sebelum dibantu keluar oleh pekerja LRT yang berada di dalam LRT. BERNAMA
0 comments Labels: isu pengguna, mstar online, perkhidmatan awam
2 tren LRT langgar, perkhidmatan pulih hari ini
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja memindahkan kedua-dua tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang berlanggar berhampiran Stesen LRT Bukit Jalil di sini sudah selesai malam tadi, dan perkhidmatan itu akan beroperasi seperti biasa esok.
Malam tadi, Pengurus besar komunikasi korporat Rangkaian Pengangkutan Intergrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) Ebi Azly Adullah berkata, perkhidmatan tren LRT Star aliran Ampang antara Sentul Timur dan Sri Petaling akan bermula seperti biasa pada pukul 6.30 pagi ini.
Dalam insiden pukul 6.30 petang semalam, dua tren berlanggar kira-kira 200 meter (m) dari Stesen Bukit Jalil, mengakibatkan empat penumpang mengalami cedera ringan, manakala 300 lagi terselamat.
Ebi yang ditemui pemberita ketika mengiringi Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat melawat antara penumpang yang sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras di sini berkata, pihaknya akan menampung semua kos perubatan kesemua penumpang yang terlibat dalam kejadian itu.
Sementara itu Ong berkata, beliau mahukan supaya laporan penuh daripada polis, pihak LRT Star, dan RapidKL berhubung insiden itu disiapkan secepat mungkin untuk diteliti pihaknya.
"Saya mahukan laporan terperinci. Jabatan kereta api di bawah kementerian Pengangkutan mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen pengendali perkhimatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat perubatan itu malam tadi.
Terdahulu beliau melawat kawasan kejadian.Ong berkata, Kementerian Pengangkutan turut mempersoalkan aspek mengenai kekerapan penyelenggaraan perkhidmatan tren itu bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik.
Katanya, daripada empat penumpang yang mengalami kecederaan ringan yang dihantar ke pusat perubatan itu, hanya seorang wanita, Ko Thin Lau, 34, masih dirawat, dan keadannya stabil.
Dalam pada itu, salah seorang mangsa yang terperangkap dan tercedera dalam insiden pelanggaran tersebut merupakan sepupu Ong.
Ah See Mean, 21, seorang kerani akaun di sebuah firma di Jalan Petaling menggunakan tren tersebut dari stesen Plaza Rakyat untuk pulang ke rumahnya di Salak Selatan.
Beliau berkata, ketika kejadian tren yang dinaikinya berhenti tidak jauh dari stesen LRT Bukit Jalil kerana ketika itu terdapat sebuah lagi tren sedang menurunkan penumpang di stesen tersebut.
"Ketika LRT yang saya naiki baru sahaja hendak bergerak, tiba-tiba sebuah tren lain merempuh dari arah belakang menyebabkan kebanyakan penumpang tercampak.
"Saya yang ketika itu berdiri di koc paling hadapan sempat berpaut pada tiang besi di dalam tren namun kaki kiri saya terseliuh," katanya kepada pemberita selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pesakit luar.
Katanya, beliau bersama penumpang yang lain terperangkap di dalam tren dalam keadaan lampu dan pendingin hawa tidak berfungsi sebelum dibantu keluar oleh pekerja LRT yang berada di dalam LRT. BERNAMA
0 comments Labels: isu pengguna, mstar online, perkhidmatan awam
PKR: Penurunan harga minyak bermotif politik
| Malaysiakini |
| Sep 25, 08 6:38pm |
| PKR menyifatkan pengumuman kerajaan menurunkan harga runcit minyak sebanyak 10 sen semalam sebagai satu keputusan yang didasari motif politik semata. "Tindakan kerajaan Barisan Nasional ini gagal untuk mengambil kira aspek mekanisme pasaran dan kepentingan rakyat," kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua. Sebaliknya, kata Tian, ia merugikan peruncit minyak dan pengeluar produk bahan bakar tersebut. "Keputusan kerajaan untuk menarik balik subsidi minyak hingga menyebabkan kenaikan harga secara mendadak sebanyak 41 peratus pada 4 Jun lalu, jelas meninggalkan impak yang besar ke atas pasaran tempatan. "Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kesan kenaikan mendadak harga minyak menyebabkan kadar inlasi mencecah 8.5 peratus, merupakan yang tertinggi dalam tempoh 28 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau mendakwa, seluruh lapisan masyarakat dan industri terkejut serta terjejas oleh keputusan kerajaan yang didakwanya dibuat secara terburu-buru. 'Keadaan ekonomi tenat' "Walaupun kerajaan cuba memulihkan keadaan ekonomi dengan menurunkan harga minyak sebanyak dua kali, namun keadaan ekonomi yang tenat kini tidak lagi dapat dipulihkan dengan sekadar menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen sahaja. "Selain itu, keputusan kerajaan juga gagal memaparkan mekanisme kerajaan yang telus dan konsisten dalam proses menentukan kadar harga minyak. "Kenaikan dan penurunan harga minyak yang tergesa-gesa dan tidak didasari kepentingan rakyat, mengesahkan pendapat umum bahawa pentadbiran sekarang tidak berupaya berhadapan dengan isu minyak serta ekonomi global. "Pada awal tahun ini, kita menyaksikan ketika harga minyak dunia berada pada AS$100 setong, harga minyak dalam negara adalah RM1.92; manakala harga minyak dalam negara berada pada harga RM2.70 seliter semasa harga minyak dunia mencecah AS$104 setong," katanya. Bagaimanapun, tegas Tian, hari ini ketika harga minyak dunia jatuh kepada AS$104 setong, kerajaan cuma menurunkan 10 sen dan harga minyak tetap melebihi harga asal sebelum kenaikan pada Jun lalu. "Sesungguhnya, keputusan kerajaan menurunkan harga minyak kali ini adalah satu lagi keputusan politik berupa gula-gula yang ingin menambat hati rakyat, tetapi tidak didasari kepentingan ekonomi negara dan rakyat. "Malah Majlis Ekonomi yang ditubuhkan pada awal bulan Ogos juga sekadar komestik yang tidak mempunyai kuasa sebenar untuk mempengaruhi ataupun menyertai proses pembuat keputusan kerajaan berkenaan dasar-dasar ekonomi yang penting," katanya. |
0 comments Labels: harga minyak, malaysiakini, PKR
Kini Anwar Guna Alasan Perlembagaan
A Kadir Jasin
TANGGAL 24 September Anwar Ibrahim hadir sekali lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk perbicaraan tuduhan liwat ke atasnya.
Dia hadir sebagai Ketua Pembangkang walaupun beberapa “deadline” yang diuar-uarkan sebagai saat beliau merampas kuasa daripada Abdullah Ahmad Badawi datang dan berlalu.
Anwar masih menanti. Abdullah terus menjadi Perdana Menteri. Rakyat jelata tambah muak dan benci.
Anwar menyalahkan kehambaran 16 September ke atas keengganan Perdana Menteri bertemu dia untuk “membincangkan peralihan kuasa.”
Abdullah berkata tidak perlu berjumpa kerana Anwar berdusta mengenai Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan menderhaka.
Tetapi Abdullah seolah-olah percaya pula apabila tergesa-gesa menghantar 49 MP BN ke Taiwan kononnya untuk belajar mengenai pertanian.
Kemudian dikhabarkan pula yang Anwar akan guna saluran Istana untuk memaksa sidang Parlimen diadakan supaya undi tidak percaya terhadap Abdullah boleh dikemukakan.
Semua tarikh yang diuar-uarkan itu berlalu, usaha Anwar menemui jalan buntu, Abdullah tetap orang nombor satu walaupun dikatakan kurang menentu, ekonomi negara tambah celaru dan rakyat jelata makin keliru.
Namun semua ini tidak menghalang Abdullah untuk terus mendakwa jadual peralihan kuasa berjalan seperti biasa, segala-galanya terselia dan rata-rata pembesar Umno dan BN menyokongnya.
Anwar pun begitu juga. Dia terus mendakwa sudah ada cukup MP BN di dalam poketnya dan sekadar menunggu masa sahaja.
Lantas, sebaik sahaja keluar dari mahkamah Anwar mempertahankan kegagalannya menjatuhkan Abdullah dan berkata dia ada cukup sokongan untuk merampas kuasa.
Untuk itu, Anwar menyeru agar kita semua bersabar kerana menyingkirkan BN yang sudah setengah abad berkuasa adalah tugas yang sukar dan memerlukan masa.
Sejuk rasa hati mendengar Anwar meminta rakyat jelata bersabar. Bukan apa, yang sebelum ini tergesa-gesa hendak rampas kuasa bukan rakyat jelata tetapi dia.
Sekarang Anwar memberitahu kita dia harus teliti kerana undang-undang negara wajib dihormati.
Katanya: "Saya merayu kepada warganegara Malaysia, khasnya yang mahu perubahan, agar memahami keadaan dan bersabar sedikit lagi kerana kita tidak mahu melanggar Perlembagaan, peraturan dan aturan.”
Abdullah berkata Anwar berdusta. Anwar membalas kalau tidak percaya silalah cuba. Panggil sidang Parlimen dan dia akan tunjukkan buktinya melalui undi tidak percaya.
(Saya terbaca sebuah jenaka dalam bahasa Inggeris yang berbunyi “the only time politicians tell the truth is when they call each other liars”. Dalam bahasa Melayu, satu-satunya waktu orang politik bercakap benar adalah ketika mereka memanggil satu sama lain pendusta.)
Abdullah, Anwar dan semua warganegara tidaklah perlu tunggu terlalu lama. Pada 13 Oktober ini Parlimen akan bersidang semula.
Anwar boleh menguji hasratnya merampas kuasa. Itu pun kalau Abdullah tidak sekali lagi menghantar MPnya untuk melawat ke luar negara.
Sementara itu, tidak ada siapa pun boleh menghalang kita membuat teori, telahan dan tekaan siapa bercakap benar, siapa berdusta dan siapa yang sebenarnya tenggelam punca.
Kita boleh mulakan dengan membuat tekaan mengapa Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak membatalkan kunjungan Amerika Syarikat selain alasan kesibukan di Kementerian Kewangan.
Khabar yang dibawa oleh angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, terjadi lagi rundingan dan tawar menawar antara Mohd Najib dan Abdullah mengenai isu peralihan kuasa.
Dengan ini semua, pasti tambah meriahlah Hari Raya kita.
0 comments Labels: bloggers united, DSAI, perlembagaan