+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, June 5, 2008

"Jangan berdemonstrasi" Abdullah

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Bernama
Khamis, 05 Jun 2008

PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap rakyat Malaysia jangan berdemonstrasi untuk melepaskan kemarahan mereka berikutan dengan kenaikan harga minyak.

Beliau berkata sungguhpun harga minyak dan barangan sudah naik di negara ini, ia masih lagi yang terendah di Asia.

"Saya harap rakyat Malaysia tidak akan berdemonstrasi kerana apa yang kita buat sekarang ini adalah keputusan sebaik-baiknya dalam keadaan susah.

"Dan di samping itu juga, apa yang telah kita tentukan merupakan harga yang terendah di pasaran Asia," kata Abdullah selepas mengumumkan Pakej Penstrukturan Subsidi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya jika rakyat Malaysia akan berdemonstrasi ekoran kenaikan harga minyak dan diesel mulai esok.

Ditanya siapakah yang dipersalahkan dengan kenaikan harga minyak dalam pasaran antarabangsa, dengan memaksa banyak negara menghadapi keadaan yang tidak aman dan stabil, Abdullah berkata banyak pihak yang persalahkan untuk kekurangan minyak dunia.

"Ramai yang dipersalahkan kerana menyebabkan kekurangan minyak. Kita tidak dapat sebanyak yang kita selalu peroleh. Masalah ini di mana saja yang menyebabkan kekurangan," tambah beliau.

Bagaimanapun, Abdullah berkata beliau berasa lega bahawa isu ini ditangani di peringkat dunia sebelum ia tidak dapat dikawal yang boleh menyebabkan keadaan tidak aman.

"Saya gembira bahawa di peringkat ekonomi dunia, terdapat beberapa tindakan yang diambil untuk menangani krisis ini," kata beliau.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |