+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, June 4, 2008

Singaporeans: We spend more on other things

The Star Online

By GLADYS TAY

JOHOR BARU: Singaporeans are said to spend six times more on food, entertainment and shopping compared with what they pay for petrol.

A Singaporean who only wanted to be known as Tang, said although he would frequent the petrol station for cheaper petrol, he also comes in for shopping and entertainment that cost about RM200 to RM300 per trip.

“I come here every weekend to buy groceries as they are cheaper here,” said the 32-year-old salesman.

Tang said although he gets to fill in about RM50-RM80 of petrol each time before he returns to Singapore, he spent much more than that for other activities that benefited the businesses here.

Desmond Foo, 47, leaves the island republic for Johor Baru and Kulai, about four times weekly for work and leisure.

“On weekdays, I come in for work but I also take my family here for food and entertainment during weekends,” said the father of three.

He explained that he spent at least RM250 per trip depending on the length of stay and his expenditure would be much more if hotel lodging was required.

Foo said the petrol ban would certainly cause a lot of inconvenience to him, as he had to visit his factory in Kulai regularly.

“I come in for work about three times a week and Kulai is one of the areas where petrol sale is banned for foreign registered cars,” he said.

He added that while the Malaysian Government had the right to prohibit Singaporeans from enjoying the subsidised petrol, it would be good if foreigners were allowed to fill in petrol at market prices.

Foo said it was not the question of getting the cheaper petrol but a matter of convenience.

Hashim Sani from Bedok, Singapore said he had been driving into Johor Baru almost every week for the past seven years.

“I come here with my family and we will shop for groceries here,” said the 39-year-old technician adding that he also had his hair cut and car washed here, as it was cheaper.

The three are examples of the tens of millions who enter Malaysia from Singapore on a frequent basis.

Last year alone, about 22 million Singaporeans entered the country via the Second Link and the Causeway.

Read More...

Malaysia ajak dunia gantung pasaran hadapan minyak

Berita Harian

Oleh Azman Zakaria dan Sazarina Shahrim


CERIA: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah diiringi Abdullah dan Mohamed Jawhar (tengah) ketika menghadiri majlis perasmian Rundingan Meja Bulat ke-22 Asia Pasifik, di ibu negara, semalam.

KUALA LUMPUR: Malaysia mengajak komuniti antarabangsa mengkaji kemungkinan menggantung urus niaga minyak dalam pasaran hadapan bagi menangani kenaikan mendadak harga bahan api itu yang turut melonjakkan harga komoditi lain, termasuk makanan.

Ketika mengemukakan saranan itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, komuniti antarabangsa perlu mengambil langkah berani yang belum pernah dilakukan itu untuk mengelak bidaan spekulatif yang menyebabkan kenaikan melampau harga minyak.

Perdana Menteri memberi contoh Jepun ketika ini sudah pun menggantung urus niaga beras dalam pasaran hadapan serta menawarkan untuk menjual beras daripada stok penimbalnya pada harga lebih rendah."Kita harus mengkaji langkah sedemikian bagi kemungkinan melaksanakannya untuk pasaran minyak, iaitu penyumbang penting yang melonjakkan harga komoditi lain.

"Semua langkah ini tentunya memerlukan rundingan dan perjanjian pada peringkat antarabangsa," katanya dalam ucaptama pada Rundingan Meja Bulat ke-22 Asia Pasifik, di sini semalam.

Turut hadir, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia, Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan serta Pengerusi Isis-Asean, Prof Dr Carolina Hernandez.

Lebih 200 peserta termasuk dari Amerika Syarikat, Jepun, China, India, Taiwan dan negara Asean, menghadiri program anjuran Isis Malaysia dan Isis-Asean itu.

Abdullah berkata, kenaikan mendadak harga bahan makanan, minyak dan komoditi memerlukan maklum balas global kerana usaha peringkat serantau dan nasional biasanya terhad.

Katanya, beban kenaikan harga yang kini sebahagian besarnya ditanggung negara membangun dan miskin, dengan mudah boleh melimpah kepada masyarakat maju.

Malah, katanya, protes, demonstrasi dan rusuhan makanan sudah berlaku di banyak negara membangun termasuk di rantau ini, tetapi tahap kebimbangan serupa tidak berlaku di kalangan negara maju kecuali berkaitan kenaikan harga minyak.

"Sudah berlaku nelayan menghalang laluan di pelabuhan Sepanyol dan Perancis, manakala pemandu trak yang marah meletakkan kenderaan di sepanjang jalan di Britain," katanya.

Perdana Menteri berkata, Asean + 3 (China, Jepun dan Korea Selatan) juga boleh memainkan peranan kerana Simpanan Jaminan Makanan Asean kini tidak mempunyai stok mencukupi bagi menstabilkan secara berkesan harga dan bekalan beras di kalangan negara ahli.

"Simpanan ini mesti ditingkatkan untuk membolehkan ia berfungsi secara berkesan seperti terkandung dalam Perjanjian 1979.

"Langkah juga perlu diambil untuk menggerakkan Simpanan Beras Kecemasan Asia Timur yang kini masih pada peringkat projek perintis. Ia harus menjadi skim simpanan beras berdaya maju yang mendapat komitmen penuh daripada semua negara peserta," katanya.

Beliau berkata, peningkatan mendadak harga bahan makanan, minyak dan komoditi menimbulkan masalah besar, terutama kepada yang miskin, kadar inflasi semakin tinggi di kebanyakan negara dan pendapatan sebenar sudah berkurangan.

Katanya, harga beras iaitu makanan ruji penduduk Asia meningkat 76 peratus dalam tempoh lima bulan sejak Disember tahun lalu hingga April tahun ini, manakala harga keseluruhan makanan meningkat 83 peratus sejak tiga tahun lalu dan harga minyak meningkat empat kali ganda sejak enam tahun lalu.

Abdullah juga berkata, ada keperluan mendesak untuk memberi tumpuan kepada keselamatan kemanusiaan, terutama terhadap aspek yang lebih mendesak dengan mengadakan secara lebih berkesan mobilisasi, penyelarasan dan penyampaian bantuan antarabangsa.

Katanya, komuniti antarabangsa tidak mempunyai pilihan kecuali mengakui keselamatan kemanusiaan mesti diberi keutamaan dengan keadaan sosioekonomi adalah aspek penting dalam jaminan keselamatan itu.

Beliau turut menyarankan negara Asia Pasifik supaya mengambil pendekatan yang betul untuk meningkatkan secara dramatik suasana keselamatan rantau itu.

"Kita boleh melangkah jauh meniti jalan ke arah keamanan dan kestabilan jika ada hasrat untuk berunding daripada mengugut, untuk berbincang daripada konfrontasi, menyesuaikan daripada menyulitkan keadaan.

"Kita juga boleh maju lebih jauh untuk mencapai kestabilan jika terus memperkukuhkan rangka kerjasama di rantau ini," katanya.

Beliau berkata, Malaysia dan lima negara anggota Asean lain sudah membuat ratifikasi Piagam Asean dan meminta negara anggota yang belum berbuat demikian supaya melaksanakannya agar piagam berkenaan boleh dikuatkuasakan.

"Biarlah saya katakan piagam itu tidak memasukkan semua yang dimahukan Malaysia. Saya tidak jangka ada negara mendapat semua yang mereka mahukan. Mungkin ada juga negara yang perlu menerima perkara yang mereka tidak berapa kehendaki. Yang kita mahukan ialah tolak ansur," katanya.

Perdana Menteri berkata, piagam itu tidak harus ditolak semata-mata kerana perasaan tidak senang terhadap beberapa peruntukannya atau kerana ada cadangan peruntukan yang tidak diterima.

Katanya, piagam itu perlu dilihat secara keseluruhan dan bukan hanya berkaitan hak asasi manusia, demokrasi atau semata-mata pembangunan ekonomi dan kerjasama keselamatan.

Read More...

Penganalisis politik ramal Anwar akan masuk Umno

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Utusan
Rabu, 04 Jun 2008

KL: Seorang penganalisis politik meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan menyertai semula UMNO berikutan parti itu adalah satu-satunya wadah bagi membolehkan beliau mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Pengarah Institut Pengajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, tanda-tanda jelas perkara itu akan berlaku ialah dengan permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk menyertai UMNO baru-baru ini.

Katanya, kemasukan bekas orang kuat Anwar itu tidak boleh dilihat sebagai 'Kuda Trojan' seperti disangka banyak pihak sebaliknya beliau adalah 'landasan kereta api' bagi membuka laluan untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu kembali kepada UMNO.

Kejutan''Saya tidak pasti sama ada ramalan ini akan menjadi kenyataan atau tidak tetapi semua orang tahu bahawa banyak kejutan sering berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Pembangunan Negara Bangsa dan Negara Etnik di Malaysia pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-22 di sini hari ini.

Menurut Shamsul Amri, bukti bahawa Anwar masih berminat untuk kembali kepada UMNO jelas apabila beliau sehingga kini tidak pernah membuat permohonan menjadi ahli PKR walaupun beliau adalah Penasihat parti itu.

Katanya, Anwar juga akan memilih UMNO kerana merasakan bahawa beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri selama '25 minit' sekiranya dapat memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai pakatan pembangkang.

''Perkara ini boleh berlaku kerana pakatan terbabit sebenarnya tidak kukuh dan terdapat kemungkinan Pas akan keluar dan bergerak bersendirian.

''Kita juga harus ingat bahawa yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk menolak pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan apa yang berlaku di Terengganu membuktikan kemungkinan ini tidak boleh diabaikan," ujarnya.

Tambah beliau, Anwar dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapat sokongan di kalangan ahli-ahli UMNO kerana beliau dilihat mempunyai pengaruh di peringkat antarabangsa.

''Sebelum ini terdapat jangkaan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi sokongan terhadap beliau semakin berkurangan kerana dilihat terlalu banyak bersikap mendiamkan diri membabitkan isu-isu berkaitan perubahan kepimpinan negara," katanya.

Read More...

Peristiwa Orang Asli bertemu MB Nizar

Al Husseyn

Tuesday, June 3, 2008

Mereka sangat gembira kerana dapat bersemuka dengan seorang Menteri Besar yang selama ini tidak pernah mereka mimpikan.Cik Tijah kelihatan berdiri disebelah kanan.

Satu majlis perjumpaan antara Menteri Besar Perak dengan sekumpulan masyarakat Orang Asli yang menamakan kumpulan mereka sebagai “Jaringan Perkampungan Orang Asli,” mewakili seluruh masyarakat Orang Asli negeri Perak telah diadakan di sebuah dewan bertempat di pejabat SUK pada 2 Mei lepas.

Kumpulan tersebut yang datang dari 30 perkampungan persekitaran ,mendakwa selama ini mereka hanya diwakili oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk menyampaikan aduan permasalahan yang mereka hadapi dan gagal mendapat pembelaan yang sewajarnya dari “kerajaan yang lama.”

Melalui seorang penyampai bernama Cik Tijah , kumpulan tersebut nampak berjaya menarik perhatian semua yang hadir, untuk turut memahami permasalahan yang dialami oleh sekelumpuk masyarakat yang terus terpinggir oleh arus kemajuan yang kendalikan oleh kerajaan Umno / BN selama lebih 51 tahun negara merdeka.


Segala rintihan dan aduan mereka dipersembahkan dengan tayangan ‘slide video’ dan diselang selikan dengan penyampaian dari beberapa wakil tertentu secara bergilir yang tampil ke hadapan untuk menceritakan secara khusus permasalahan yang dialami oleh perkampungan masing-masing.

Mereka amat gembira kerana selama ini, kata mereka, “ Inilah kali pertama kami dapat layanan dan kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar.Kerajaan yang baru ini bagus tak macam yang lama tu!”

Antara rungutan yang mereka sampaikan ialah sikap yang tidak mengambil kira segala pandangan dari mereka. Segala agenda yang melibatkan masyarakat Orang Asli sepatutnya mendapat persetujuan dari mereka dan berilah mereka hak sendiri untuk menentukan hal kehidupan mereka.

Mereka menuntut pengiktirafan hak keatas tanah adat mereka yang diwarisi sejak beberapa jenerasi turun temurun. Mereka juga menuntut agar imej Orang Asli tidak dicemari dengan unsur-unsur yang buruk.

Mereka turut berharap supaya akta 134 dipinda supaya ianya benar-benar dapat memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada masyarakat Orang Asli.

“Permudahkanlah syarat untuk kami, Orang Asli untuk mendapatkan bantuan dan peruntukan membangunkan tanah adat milik kami,” demikian rintihan dan harapan yang dicurakan dihadapan MB Perak Datuk Seri Ir Nizar , yang mendengar penuh minat dan meneliti setiap masalah yang yang di sampaikan dalam majlis tersebut.

Sebelum mengakhiri majlis tersebut, masyarakat Orang Asli telah menyampaikan satu memorandum yang mengandungi 18 tuntutan kepada MB Nizar. Mereka juga turut menyertakan satu memorandum yang pernah diberikan kepada kerajaan yang lepas pada tahun 2003 sebagai rujukan.

baca lagi kisah IR Nizar bertemu orang asli di Perak.

Read More...

Pergerakan Islam antarabangsa kagumi kejayaan PAS

Harakahdaily

Anis Nazri

Wed | Jun 04, 08 | 11:43:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Kemenangan PAS dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu mendapat penghargaan, selain berjaya menyuntik semangat baru kepada pejuang Islam di seluruh dunia daripada wakil-wakil gerakan Islam antarabangsa.

ImagePenghargaan tersebut dinyatakan kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ketika beliau menghadiri Kongres Antarabangsa Gerakan Islam Sedunia, di Istanbul, 29 hingga 30 Mei lalu.

Ustaz Hadi turut diberi penghormatan menjadi tetamu kehormat kongres itu, selain memberikan ucapan di majlis pembukaan kongres yang dianjurkan Parti Saadet, pimpinan bekas Perdana Menteri Turki, Dr Necmettin Erbakan.

Dalam ucapannya, Ustaz Hadi menyeru agar kongres kali ini memastikan ada tindakan susulan untuk melaksanakan resolusi-resolusi yang dicapai, di samping meminta agar keputusan-keputusan yang dibuat haruslah diteliti sepenuhnya dan mestilah praktikal.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Parti Saadet dan kepada Profesor Erbakan atas usaha gigih menganjurkan kongres tersebut setiap tahun yang membolehkan para pemimpin gerakan Islam bertemu dan berbincang dengan mendalam mengenai masa depan umat Islam secara global.

ImageKongres kali ke-17 yang dipengerusikan pimpinan tertinggi Parti Saadet, Recai Kutan, itu bertujuan membincangkan bagaimana untuk membentuk satu 'world order' yang berteraskan kesejahteraan.

Kongres kali ini diadakan di Istanbul sempena dengan sambutan 555 tahun penaklukan Istanbul oleh Sultan Al-Fatih, yang turut dihadiri ustaz Hadi pada majlis sambutan ulangtahun tersebut yang diadakan di Sakarya, sebuah bandar berhampiran Istanbul, pada 31 Mei lalu.

Kongres tersebut turut dihadiri pemimpin tertinggi daripada gerakan Islam pelbagai negara termasuk Mesir, Arab Saudi, Bangladesh, Pakistan, Palestin, German, Finland, Kosova dan Montenegro.

Dalam lawatan kerja ini, Ustaz Hadi diiringi oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, dan Ketua Pengarah Malaysia Think Tank London, Wan Saiful Wan Jan. - mks.

Read More...

Harga resin plastik naik mendadak - Pengeluar

Utusan Online

KUALA LUMPUR 3 Jun - Resin plastik, sama ada keluaran tempatan atau diimport mengalami pelbagai tekanan sehingga menyebabkan kenaikan harga yang ketara, demikian menurut Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA) hari ini.

Sejak 12 bulan lepas, harga resin plastik jenis utama mencatatkan kenaikan kira-kira 40 peratus, kata persatuan itu.

Presiden MPMA Lim Kok Boon berkata, operasi pengeluar plastik terjejas teruk memandangkan resin menjadi sebahagian besar kos pengeluaran, antara 50 hingga 80 peratus, bergantung kepada jenis produk plastik.

"Kesan kenaikan yang ketara dalam tempoh berpanjangan ini menjadi kebimbangan kepada anggota kami. Tambahan pula apabila harga resin dijangka terus mencatatkan kenaikan pada suku ketiga 2008, di mana permintaan biasanya pada kemuncaknya pada suku ini," katanya.

Harga purata gred resin tertentu naik dengan banyak pada bulan ini, iaitu kira-kira 20 peratus berbanding harga purata pada Januari 2008, demikian menurut MPMA.

Kenaikan berkenaan disebabkan kenaikan yang banyak dalam harga minyak mentah dan gas asli yang membawa kepada harga bahan utama dalam pengeluaran resin menjadi lebih tinggi.

Kok Boon berkata, margin operasi terjejas dengan teruk dan akan mempengaruhi dengan ketara dalam daya maju operasi sekiranya isu itu tidak ditangani dengan segera.

Beliau berkata, dengan pengeluar mengamalkan pelbagai kaedah untuk menjimatkan kos bagi menyerap kesan kenaikan kos, kenaikan yang semakin banyak itu memaksa mereka menyalurkan sebahagian daripada peningkatan kos itu kepada pengguna perantara dan peruncit.

"MPMA meminta kerjasama dan pemahaman pengguna perantara dan peruncit produk plastik akhir semasa meminta mereka menanggung sebahagian daripada kos, yang kini ditanggung oleh anggota kami bagi meminimumkan kesan pelarasan harga terhadap pengguna," katanya.

Persatuan itu yang ditubuhkan pada 1967, kini mempunyai kira-kira 900 anggota, mewakili kira-kira 60 peratus daripada pengeluar plastik negara dan menguasai 80 peratus jumlah pengeluaran.

Read More...

Petisyen cabar kerusi Rembau ditolak

Mstar Online

04-06-2008 11:11:52 AM

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini pagi ini menolak petisyen mencabar keputusan pilihan raya umum kerusi Parlimen Rembau, yang telah dimenangi oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (gambar).

Petisyen telah difailkan pada 25 April lalu oleh anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin yang turut dikenali “Chegu Bard” dalam ruangan blog.

Khairy yang bertanding buat kali pertama menang kerusi itu dengan majoriti 5,746 undi.

Petisyen tersebut merupakan antara kes yang difailkan di mahkamah di seluruh negara berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki menolak petisyen dengan kos sambil mengatakan bahawa terdapat banyak kecacatan dalam petisyen dikemukakan.

Antaranya kata beliau, pemetisyen gagal untuk membuktikan wujudnya sebarang penyimpangan yang berkemungkinan telah mengubah keputusan pilihan raya umum kerusi tersebut.

Petisyen yang dikemukakan mendakwa wujudnya beberapa penyimpangan ketika proses penjumlahan undi termasuk percanggahan dalam jumlah kertas undi yang dikeluarkan.

Malah, Badrul juga mendakwa bahawa beliau tidak menerima Borang 14, yang menyenaraikan jumlah pengundi bagi setiap pusat pengundian.

Read More...

Golongan berkemampuan bayar lebih

Malaysiakini

Jun 4, 08 12:49pm

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, golongan berkemampuan mungkin perlu membayar lebih dalam sistem subsidi yang distruktur semula untuk menangani kenaikan harga komoditi.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata keluhan hanya akan berlaku sekiranya golongan berpendapatan rendah perlu membayar lebih "RM200-RM300" untuk harga minyak tanpa diberi bantuan.

"Tetapi, kalau kerajaan dapat mempastikan golongan ini tidak perlu bayar lebih kerana harga minyak naik dan mencari satu kaedah terbaik untuk mereka, saya pasti tidak akan berlaku keluhan”," katanya dalam siaran langsung bersemuka dengan media malam tadi.

Tetamu medianya ialah Ketua Pengarang Bernama Yong Soo Heong dan blogger Ahiruddin Atan.

Menurut laporan Bernama, Nor Mohamed berkata penstrukturan semula subsidi juga penting bagi memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan subsidi terutama bagi tujuan penyeludupan.

Beliau juga menjelaskan bahawa ada cadangan untuk menggunakan pendapatan Petronas sebagai subsidi.

“Kita ambil keuntungan Petronas, kita bagilah, apa susah, kita ada minyak. Tetapi itu bukan tindakan bertanggungjawab kerana Petronas bukan akan dapat
keuntungan selama-lamanya kerana pada tahun 2014, kita tidak akan menjadi negara pengeksport minyak lagi.

'Pegang amanah'


“Kerajaan berpendapat bahawa keuntungan Petronas digunakan untuk masa depan negara dan generasi akan datang,” katanya.

Nor Mohamed menegaskan bahawa kerajaan akan tetap menjalankan tanggungjawab dalam pemberian subsidi terutamanya bagi sektor pendidikan dan kesihatan.

“Kerajaan memegang satu amanah untuk menguruskan ekonomi dan orang selalu tanya amanah itu untuk siapa, amanah kepada rakyat 27 juta. Tetapi, itu jawapan yang salah. Kita pegang amanah bukan sahaja untuk penduduk pada masa ini tetapi juga untuk generasi akan datang,” katanya.

“Tujuan subsidi adalah untuk pastikan peruntukan tersebut dapat diberi kepada rakyat yang lebih memerlukan. Mereka yang perlu diberi bantuan akan terus diberi bantuan,” katanya lagi.

Katanya, kerajaan akan memberi penjelasan menyeluruh kepada rakyat tentang konsep subsidi tersebut menerusi media massa.

Kerajaan memberikan subsidi minyak sebanyak RM28 billion pada tahun ini berbanding RM8 bilion pada tahun 2007.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |