+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, June 30, 2008

Kenyataan Media DSAI dari Kedutaan Turki


JUN 29, 2008, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Saya mengeluarkan kenyataan ini dari Kedutaan Republik Turki di Kuala Lumpur. Saya dihantar ke kedutaan tersebut awal pagi ini kerana menyedari nyawa saya di dalam bahaya. Saya berterima kasih kepada mereka yang menawarkan bantuan di saat yang memerlukan dan saya terhutang budi kepada Duta Turki di sini atas kesediaan beliau untuk menerima saya.

Semenjak dari pilihanraya 8hb Mac, ada beberapa sumber yang boleh dipercayai dari dalam kerajaan dan juga perisikan tentera yang menasihati saya bahawa terdapat agen-agen kepimpinan Barisan Nasional telah pun memulakan plot untuk mencederakan saya, keluarga saya serta penyokong saya. Saya diberitahu kemungkinan adanya usaha untuk membunuh saya sebagai salah satu cara untuk menidakkan kehendak rakyat dan untuk mengakhiri proses perubahan yang sudah pun bermula di Malaysia.

Meskipun berhadapan dengan ancaman yang bertujuan untuk menutup mulut saya, keterangan baru mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan jenayah di dalam memalsukan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998 akan tetap didedahkan kepada umum.

Tuduhan yang dibuat pada hari Sabtu tersebut tidak lebih dari satu ulangan peristiwa yang berlaku pada tahun 1998 apabila saya dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, lalu dikurung dan dipukul, kemudiannya didakwa serta disabitkan bersalah di atas perbuatan yang tidak saya lakukan oleh sebuah mahkamah kangaroo.

Penipuan ini jelas dirancang oleh kepimpinan korup Barisan Nasional yang menggunakan seluruh aparat kekuasaan kerajaan termasuklah dengan mengawal badan kehakiman, pihak polis dan juga cengkaman ke atas media perdana. Perancangan jahat ini diulangi oleh kerajaan Barisan Nasional, bertujuan untuk melemahkan arus perubahan dan pembaharuan yang meletus semenjak pilihanraya Mac 2008.

Saya ingin menyatakan kepada keluarga saya, rakan-rakan dan juga penyokong di Malaysia bahawa saya berada di dalam keadaan selamat dan tetap teguh seperti sebelumnya untuk terus berjuang demi Malaysia yang bebas dan adil.

ANWAR IBRAHIM

*

I am issuing this statement from within the embassy of the Republic of Turkey in Kuala Lumpur. I was transported to the embassy earlier this morning fearing that my personal safety was in danger. I thank all those who offered to assist me in this time of need and am grateful to the Turkish Ambassador for extending an invitation to seek refuge within the Embassy.

Since the March 8th elections, numerous credible sources from within the government and military intelligence have advised me that certain agents from within Barisan Nasional leadership have initiated plots to cause harm to me or my family or my supporters. I have been told that my assassination has not been ruled out as means to subvert the people’s will and bring an end to the transformational changes taking place in Malaysia.

Notwithstanding the threats which are intended to silence my voice, I intend make public new evidence implicating that the Inspector General of the Police Musa Hassan and the Attorney General Gani Patail engaged in criminal acts of fabricating evidence in cases launched against me in 1998.

The allegations that have been made against me on Saturday are nothing more than a replay of the events which transpired in 1998 when I was sacked from the office of the Deputy Prime Minister, jailed and beaten, and then charged and convicted by a kangaroo court for crimes which I never committed. This charade was orchestrated by a corrupt Barisan Nasional leadership which made use of the entire apparatus of the state power including its control of the judiciary, the police force, and its grip on the mainstream media. These actions are being repeated today to undermine the forces of reform and renewal which were unleashed in the March 2008 elections.

I would like to assure my family, friends and supporters in Malaysia that I am safe and remain committed as ever before to continuing the struggle for a free and just Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Read More...

Tokoh PKR saman Saiful

Malaysiakini

Jun 30, 08 2:40pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhubung dengan dakwaan liwat.

Dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta, Anwar juga mendakwa, laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, adalah satu penyalahgunaan proses undang-undang.

Sabtu lalu, Saiful, 23, membuat laporan polis, mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium mewah di Damansara.

anwar defamation  sodomy suit 300608 02Saman tersebut difailkan hari ini oleh peguam Anwar. Mantan timbalan perdana menteri itu kini berlindung di Kedutaan Turki selepas mendakwa nyawanya dalam bahaya.

Barisan peguamnya, yang diketuai oleh Ranjit Singh (kiri), berkata saman tersebut difail untuk membersihkan nama Anwar di mahkamah.

Naib presiden PKR dan peguam S Sivarasa, yang bercakap bagi pihak Anwar, memberitahu pemberita bahawa pihaknya telah meminta saman itu didengar secepat mungkin.

"Seperti yang diarahkan oleh Anwar, kami telah memfailkan saman tersebut dan memohon supaya ianya didengar secepat mungkin, kalau boleh dalam tahun ini juga," kata Sivarasa.

Ranjit kemudiannya menambah, permohonan supaya saman tersebut didengar tahun ini juga, dibuat atas alasan ianya merupakan perkara yang membabitkan kepentingan awam.

Menjelas lanjut mengenai saman tersebut, Sivarasa berkata, laporan polis yang dibuat oleh Saiful jelas merupakan satu penyalahgunaan proses undang-undang kerana dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.

Beliau juga berkata, dakwaan yang dibuat oleh Saiful itu bermotifkan politik dan mempunyai niat buruk untuk mencemarkan reputasi Anwar.

Anwar katanya, sedia mencabar laporan yang dibuat oleh Saiful bagi mempertahankan reputasi politiknya.

Foto Saiful dengan pembantu Najib

anwar defamation  sodomy suit 300608 01Sivarasa juga mendakwa, isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mempunyai bukti dalam bentuk sekeping foto yang menunjukkan Saiful bergambar dengan seorang pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Najib di Putrajaya.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, Najib menafikan terbabit dalam sebarang konspirasi politik untuk mencemarkan karier politik Anwar.

Katanya, foto mereka berdua itu dirakamkan ketika Saiful datang ke pejabat pegawai khasnya itu untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajarannya.

Ditanya apakah tindakan PKR selanjutnya, Sivarasa berkata, Anwar sedang menimbang untuk membuat laporan polis terhadap Saiful.

Beliau berkata, pihaknya sedang menimbang untuk membuat laporan polis itu berasaskan kepada bukti yang ada dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya.

Sementara itu, Sivarasa juga membuat dakwaan terhadap Peguam Negara Tan (AG) Sri Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.

Beliau mendakwa, pihaknya menerima maklumat bahawa AG, yang mengetuai pihak pendakwaan, dan KPN, yang merupakan pegawai penyiasat, dalam kes perbicaraan kes liwat terhadap Anwar, telah memainkan peranan dalam mereka bukti.

Bendahari PKR, William Leong berkata, mereka telah menerima maklumat itu dari "saksi-saksi yang kini berani tampil ke hadapan selepas tsunami politik 8 Mac lalu".

Sementara itu, dalam samannya itu, Anwar berkata, Saiful telah bertindak dengan niat jahat dan membuat laporan polis dengan niat untuk memusnahkan karier politiknya.

"Defenden (Saiful) tahu bahawa tidak ada kejadian liwat berlaku antara dirinya dengan plantif (Anwar) dan dakwaannya mengenai liwat itu adalah palsu, tetapi dia masih membuat laporan polis," kata Anwar.

Tambahnya, Saiful juga tahu bahawa dakwaannya dalam laporan polis itu akan mendapatkan laporan media yang luas di dalam dan luar negara.

Anwar berkata, reputasinya telah tercemar dengan teruknya dan beliau juga tertekan dan malu akibat laporan polis tersebut.

Anwar juga berkata, beliau tidak pernah terbabit dengan sebarang perbuatan liwat dengan Saiful.


Read More...

LAGI GAMBAR ISU TERBARU ANWAR

Mstar Online

30-06-2008 10:20:43 AM

Read More...

Anwar tidak dikhianat - PM

Utusan Online

PUTRAJAYA 29 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang terkejut dengan dakwaan penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat berkata, pihak polis wajar menyiasat laporan yang dibuat oleh pembantu khas pemimpin politik itu.

Tegas Perdana Menteri, siasatan perlu dilakukan bagi memastikan kebenaran dakwaan tersebut.

Menurut Abdullah, beliau tidak mengetahui langsung tuduhan ke atas Anwar tetapi ada mendengarnya daripada seseorang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

''Sebab itu saya nak pastikan, saya kena tanya reporter (wartawan) apa halnya sebab reporter ni tahu macam-macam.

''Kalau dah begitu, pihak polis kena ambil tindakan ke atas laporan yang diberikan kepada mereka.

''Soal apa yang Datuk Seri Anwar kata (nafikan), itu bukan sesuatu yang boleh kita tentukan... dia tentulah buat penafian kerana lazimnya begitulah, orang yang dituduh akan buat penafian," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan program Bumi Hijau Warga Putrajaya Bersama Perdana Menteri di Presint 9 di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas tindakan Anwar menafikan laporan polis mengenai dakwaan meliwat seorang pembantunya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyifatkan dakwaan itu 'hanya rekaan semata-mata'.

Petang kelmarin, satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 23 tahun di Balai Polis Traves di ibu negara, yang mendakwa dia telah diliwat oleh seorang pemimpin politik.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, siasatan terperinci akan dilakukan ke atas laporan lelaki berkenaan yang mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.

Ditanya mengenai kenyataan Anwar yang menyifatkan dakwaan liwat itu bertujuan menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu, Abdullah berkata:

''UMNO tidak fikir nak kacau dia macam itu... BN (Barisan Nasional) tidak fikir nak susahkan, nak kacau dan nak timbulkan perkara-perkara macam ini... nak buat perkara yang dia tak buat, kita tidak ada niat seumpama ini."

Tegas Perdana Menteri: ''Tidak terlintas di hati saya langsung untuk buat dan khianati dia dan saya percaya kawan-kawan saya dan Datuk Seri Najib (Tun Razak) tidak fikirkan perkara ini."

Menurut Abdullah, orang yang terlibat dalam dakwaan itu berhak membuat laporan dan mana-mana pihak termasuk kerajaan tidak boleh menegahnya daripada berbuat demikian.

''Benda sudah berlaku, orang yang terlibat sudah pun buat laporan...kita nak buat apa.

''Kita (juga) tidak ada rancangan untuk buat sesuatu ke atas dia (Anwar) kerana dia kata sudah pulih dalam politik," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah enggan mengulas identiti lelaki yang membuat laporan tersebut tetapi PKR menamakan lelaki itu sebagai pembantu khas Anwar.

Menurut Chin Ah, pihaknya tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menahan Anwar dalam masa terdekat walaupun satu mesej dihantar oleh PKR memberi amaran pemimpin itu akan ditahan minggu ini.

Read More...

Liwat: Usaha terancang sekat kemaraan Pakatan kuasai Putrajaya

Harakahdaily

Salmah Mat Husain

Sun | Jun 29, 08 | 6:41:08 pm MYT

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Isu dakwaan liwat kononnya dilakukan Dato' Seri Anwar Ibrahim dianggap usaha terancang pihak tertentu bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam masa terdekat ini.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, tuduhan liwat kali kedua terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu disifatnya sebagai usaha menyekat kemaraan kerajaan baru yang semakin mara ke Putrajaya.

"Akibat keutuhan kerjasama dan pengaruh Pakatan, pihak lawan menghidupkan semula pertuduhan lapuk dengan harapan sekali lagi Anwar cuba dibuktikan melakukan kesalahan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh Ketua Umum KeADILan terbabit. Bagaimanapun Anwar menafikan segala tuduhan itu.

Husam berkata, pertuduhan pertama pada 1998 yang masih segar di ingatan rakyat sehingga meninggalkan kesan yang besar kepada senario politik negara.

"Betapa ia bukan sekadar hampir meranapkan karier politik Datuk Seri Anwar, bahkan keaiban yang sudah pasti mencemar nama baik dan maruah beliau serta keluarga.

"Secara sedar atau tidak, kezaliman yang terhasil dan implikasi pertuduhan yang melibatkan banyak pihak tentunya memberi kesan yang negatif kepada semua individu yang terbabit," ujarnya.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkeyakinan penuh konspirasi terbaru yang terdesak itu tidak akan berjaya memandangkan rakyat dapat menilai sendiri.

Oleh itu kata beliau jaminan terbaik untuk memastikan keadilan ditegakkan dalam dakwaan itu Islam menetapkan empat saksi perlu dibawa bagi menyokong tuduhan dibuat.

"Penekanan terhadap soal keadilan dan soal memperhalusi setiap pertuduhan boleh membawa mereka yang menuduh diambil tindakan sekiranya tuduhan itu ternyata palsu.

"Peristiwa di mana lima Adun PAS Kelantan diculik pada 1964 seharusnya dijadikan peringatan dan saya pasti sikap rasional semua pihak dapat mengelakkan peristiwa seumpama itu berulang kembali," ujarnya.

Sementara itu, penganalisis politik berhujah isu itu kemungkinan besar dicetus bagi menenggelamkan banyak konflik membabitkan pemimpin kanan Umno termasuk akuan bersumpah blogers, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa pembabitan isteri Timbalan Perdana Menteri dalam kes Altantuya.

Selain itu, perpecahan dalaman Barisan Nasional (BN) di mana Parti Maju Sabah (SAPP) secara jelas menyatakan sudah tidak yakin lagi dengan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sepatutnya konspirator yang mencetus isu tersebut belajar sejarah kegagalan BN pada pilihan raya umum lalu dan 1999 kerana isu yang hampir sama dicetus hari ini.

"Kesilapan strategi ini akan menyebabkan kerajaan BN semakin cepat tumbang apabila rakyat tidak mampu lagi membendung kebencian mereka,". - mj _

Read More...

Saiful Bukhari Azlan: the mole in Anwar Ibrahim's office


Malaysia today

Image

The following photographs were sent to us on 12th March 2008, soon after the 12th General Election. After it became known that he is a mole planted in Anwar Ibrahim's office, the trap was laid to turn the hunter into the hunted. And, true to form, the hunter laid his trap only to walk into it himself, with devastating results.

Image

Bergambar dengan Shahrir Samad (Ahli Parlimen BN Johor Bahru)

Image

Bergambar dengan Mustapha Mohamad (Menteri Pengajian Tinggi)

Image

Bergambar dengan Azalina Othman (Menteri Belia dan Sukan)

Image

Bergambar dengan Khairil Annas Jusoh (Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak)

Read More...

Report polis dibuat Saiful ke atas DSAI

Rockybru

The following police report was made on 28 June 2008 at 5.45 PM by Mohd Saiful Bukhari bin Azlan, who turns 23 next week (i/c no 850706-01-5687):

"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR."
Logically, people who pooh-poohed RPK's statutory declaration and saw it as a political ploy will pooh-pooh this police report and see unseen hands, too. And vice versa, right?

I never believed Anwar was a sodomite, just as I don't believe Rosmah was there at the scene of Altantuya's murder. My belief, however, makes no difference to the people who believe that Anwar is indeed a sodomite and to the people who have already made up their minds that Najib must be linked to the Mongolian's murder.

There are fanatics among us today and we live in difficult times.

My advice (to those who aren't yet fanatics) is still the same: let the police investigate the claim. If it goes beyond that, let the courts hear the case.

After all, don't we have a more credible judiciary now? A more credible police force? A more courageous civil society movement? A freer and more democratic Press under Prime Minister Badawi.

Badawi says his Government has nothing to do with the sodomy police report against DSAI. He says he was shocked. Click here to read his shock. And Anwar says the police report by his private assistant was total fabrication, here.

Read More...

Kelantan Cadang Buka Stesen NGV, Terengganu Ketinggalan Lagi ?

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Sunday, 29 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita7/ngv.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Dinyatakan dengan jelas dalam Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2005 – 2020, Petronas telah membina sistem bekalan gas melalui paip PGU yang disalurkan terus dari Kerteh, malangnya, sistem tersebut adalah untuk diagihkan kepada negeri-negeri lain di Selatan negara ini

Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS telah menawarkan hak ekslusif kepada mana-mana syarikat petroliam yang berhasrat untuk melabur dalam membekalkan kemudahan gas untuk kenderaan (Natural Gas Vehicle)

Exco kerajaan, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan Kelantan akan memberikan subsidi kepada rakyat bagi membuat pertukaran peralatan kereta, dari menggunakan petrol kepada gas serta kenderaan berat akan diberikan kemudahan penyimpanan gas.

Beliau berkata tindakan tersebut akan dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk menghadapi masalah kenaikan harga minyak.

“Cita-cita kami adalah untuk menjadikan Kelantan Hub bagi penggunaan kenderaan menggunakan gas dalam negara ini” beliau memberitahu wartawan selepas ceramah di Stadium Sultan Muhammad kelmarin.

Husam juga berkata penggunaan gas untuk kenderaan telah terbukti lebih murah dalam jangka masa panjang berbanding minyak, namun penggunaannya juga mesti berhemah.

Beliau berkata Petronas adalah syarikat tunggal yang membekalkan gas untuk kenderaan dinegara ini, telah dihadkan untuk memasuki negeri Kelantan, justeru itu, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan syarikat bagi membolehkan sector gas untuk kenderaan dibangunkan.

Tindakan kerajaan Kelantan dilihat lebih praktikal dalam membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga minyak dan mendahului negeri Terengganu.

Secara perbandingannya, Terengganu lebih berkemampuan untuk melaksanakan perkara tersebut, sekiranya benar-benar kerajaan Terengganu mempunyai kesungguhan untuk membantu rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham A. Aziz pada di Parlimen pada 13 Mei lalu, sebanyak 748.2 bilion kaki padu gas dikeluarkan di Terengganu pada tahun 2007.

Pengeluaran yang begitu banyak dari bumi Terengganu, lebih dari mencukupi untuk menampung bekalan bagi rakyat Terengganu.

Dengan mudah sahaja perbincangan boleh dilakukan diantara kerajaan Terengganu dan Petronas bagi menyediakan infrastruktur kemudahan membekalkan gas untuk kenderaan kepada rakyat Terengganu.

Sebenarnya rakyat Terengganu telah mengalami banyak kerugian akibat keputusan pemimpin yang tidak mengetahui apakah yang patut menjadi keutamaan kepada rakyat.

Dinyatakan dengan jelas dalam Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2005 – 2020, Petronas telah membina sistem bekalan gas melalui paip PGU yang disalurkan terus dari Kerteh, malangnya, sistem tersebut adalah untuk diagihkan kepada negeri-negeri lain di Selatan negara ini

Sumber pendapatan dari hasil royalti minyak sepatutnya dapat dinikmati oleh rakyat Terengganu dan bukan digunakan untuk melaksanakan pembangunan yang tidak memberikan manfaat, sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu sejak empat tahun yang lalu.

Bayangkanlah, RM 500 juta yang dibelanjakan untuk Pulau Duyong dan Pulau Wan !

Katakanlah untuk membina sebuah stesen yang membekalkan gas untuk kenderaan sebanyak RM10 juta, bermakna sebanyak 500 stesen sedemikian dapat dibangunkan.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mengatakan kelmarin, kerajaan negeri akan menyimpan dalam deposit

sebanyak RM 1 bilion untuk kegunaan kerajaan akan datang, sekiranya mendapat bayaran tunai royalti minyak pada bulan September yang akan datang.

Apa salahnya sekiranya kerajaan mengagihkan sedikit dari bayaran royalti yang bak diterima untuk menyediakan kemudahan bekalan gas untuk kenderaan.

Namun langkah tersebut hanyalah dapat diambil sekiranya pemimpin UMNO Terengganu benar-benar bertanggungjawab bagi membantu rakyat

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |