+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 2, 2009

Najib iringi Abdullah menghadap Agong hari ini, angkat sumpah esok

mstar online

MESYUARAT KABINET TERAKHIR...Perdana Metneri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempengerusikan mesyuarat Kabinetnya yang terakhir hari ini.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.

"Esok Perdana Menteri jemput saya untuk mengiringi beliau menghadap Agong.

"Jika mendapat perkenan Tuanku, Jumaat ialah harinya (beliau mengambil alih jawatan perdana menteri)," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Tamil di sini semalam.

Abdullah akan menghadap Tuanku Mizan bagi memohon perkenan berhubung isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri seperti mana yang telah dipersetujui dalam pelan peralihan kuasa antara beliau dan Najib sebelum ini.

Upacara angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri keenam dijangka berlangsung esok di Balai Rong Seri, Istana Negara.

Difahamkan istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah menyimpan rahsia Najib akan diadakan pada pukul 10 pagi.

Ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya nanti sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah, Najib berkata pelantikan tersebut merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul dengan sebaik mungkin.

"Saya amat isnaf bahawa ini satu tanggungjawab yang amat berat yang akan saya pikul.

"Saya rasa satu penghormatan yang amat besar, tapi lebih penting dari itu saya membawa perasaan keinsafan yang mendalam dan tawaduk bahawasannya ini bukan status atau pangkat tapi soal tanggungjawab...harapan rakyat kepada saya dan kerajaan amat besar," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan membawa senarai anggota Kabinet yang baru ketika menghadap Agong esok, Najib berkata: "Tidak...tidak...bukan esok."

Dalam pada itu Najib turut enggan mengulas mengenai laporan dan ramalan beberapa penganalisis politik yang mengatakan bahawa barisan Kabinet baru akan dikecilkan.

"Boleh kita tunggu masa yang lebih sesuai? Saya tidak mahu bercakap mengenainya sekarang...saya tidak buat apa-apa keputusan lagi mengenainya," katanya.

Najib turut ditanya sama ada beliau akan membariskan barisan anggota Kabinet di kalangan pemimpin Umno yang sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin berhubung politik wang, beliau berkata perkara tersebut masih terlalu awal untuk diputuskan.

"Ini peringkat siasatan, kita tak tahu lagi apa hasil siasatan dan ia bergantung kepada dapatan Lembaga Disiplin.

"Saya tak dapat andaikan apa-apa, tentu ada banyak khabar angin...tapi kita tidak boleh buat kesimpulan berdasarkan khabar angin.

"Saya serah kepada Lembaga Disiplin, mereka akan buat tindakan yang difikirkan wajar," katanya.

Read More...

Pak Lah - 5 tahun 5 bulan penuh cabaran.

Kosmo Online

Berakhirnya bulan Mac 2009 menyaksikan detik peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sepanjang tempoh pemerintahan Abdullah dari 31 Oktober 2003 sehingga 2 April 2009, apakah kenangan manis dan pahit yang dilalui oleh beliau yang lebih popular dipanggil Pak Lah? Ikuti laporan ini.




SEBAGAI Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakar jejak sejarah tersendiri sepanjang tempoh lima tahun, lima bulan dan tiga hari memimpin negara. Meniti kehidupan berpolitik beliau yang penuh ranjau, onak dan duri termasuk meratapi detik kehilangan isteri kesayangan, Datin Seri Endon Mahmood pada 20 Oktober 2005, era kegemilangan dan kegoyahan Abdullah telah tertulis dalam takdir hidupnya sebagai Perdana Menteri.

Sejak menyandang jawatan No. 1 negara pada 31 Oktober 2003, Abdullah atau Pak Lah telah menyaksikan dan melaksanakan pelbagai misi dan polisi yang mencorakkan sebuah negara yang berdaya saing. Beliau yang sering kali disifatkan sebagai seorang yang berwatak sederhana dan berjiwa rakyat pernah menegaskan dalam ucapan sulungnya pada 3 November 2003. Katanya dalam ucapan itu: "Segala dasar yang dipelopori oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia keempat akan diteruskan. Tidak satu pun akan dibuang atau diubah."

Katanya, Wawasan 2020 akan terus menjadi inspirasi memacu pembangunan secara komprehensif bagi mencapai tahap negara maju.

Biarpun visi Wawasan 2020 masih lagi jauh di kaki langit, beberapa tindakan dan keputusan yang diambil Pak Lah didapati tidak selari dengan komitmennya kepada dasar Dr. Mahathir.

Namun begitu, tidak adil sekiranya Abdullah dipersalahkan sepenuhnya terhadap segala rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh pemerintahannya. Perubahan dasar ekonomi negara, kekalutan politik dan keperluan untuk membawa perubahan semasa bagi manfaat penduduk sedikit sebanyak mempengaruhi era pemerintahannya.

Ia tidak dapat dielakkan kerana politik dan pemerintahan adalah dinamik sifatnya dan Pak Lah ialah seorang yang pragmatik.

Kenangan manis


ABDULLAH ditemani timbalannya, Najib dikelilingi wartawan yang menunggu pengumuman tarikh pembubaran Parlimen pada Februari tahun lalu.


Bagaimanapun, Abdullah mempunyai kenangan yang paling manis dalam tempoh lima tahun lalu. Kenangan itu ialah kemenangan terbesar Barisan Nasional yang dipimpinnya dalam pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004. Dilabelkan sebagai kemenangan 'durian runtuh', komponen parti pimpinannya, Barisan Nasional (BN), berjaya memperoleh 198 kerusi Parlimen daripada 220 kerusi yang dipertandingkan.

Malah, di bawah kuasa politik Abdullah juga, negeri Terengganu yang jatuh ke tangan kerajaan pimpinan parti pembangkang Pas pada pilihan raya ke-10 pada tahun 1999, berjaya dikembalikan semula kepada kerajaan negeri pimpinan UMNO. Begitu juga di Kelantan. Walaupun gagal membentuk kerajaan negeri, namun kejayaan tipis parti pembangkang dalam pilihan raya itu memberi tamparan hebat kepada Pas Kelantan.

Di bawah pimpinan Abdullah, sektor pertanian yang sekian lama dilupakan mula diberi perhatian serius. Sebagai seorang anak kampung, Abdullah menyedari sektor itu perlu menerima suntikan baru memandangkan Malaysia mempunyai keluasan tanah yang mencukupi untuk menggerakkan pertanian moden yang bernilai komersial.

Justeru, pada tahun 2005, Abdullah meluluskan rangka pelan tindakan tahun 2006 untuk industri kecil dan sederhana (IKS). Pelan itu mengandungi peruntukan sebanyak RM3.2 bilion bagi melaksanakan program-program meningkatkan keupayaan pengusaha IKS. Mengikut statistik, sebanyak 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada pengusaha IKS yang menyumbang 38 peratus kepada pembangunan ekonomi negara. Pastinya ini juga akan menjadi kenangan berharga buat Abdullah kerana di bawah pimpinannya, sektor pertanian mula bangkit menjana ekonomi negara.

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun di dunia, masalah rasuah tetap wujud dan lebih menakutkan apabila Malaysia disenaraikan di tangga ke-37 daripada 133 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah Ketelusan Antarabangsa pada tahun 2003. Sebaik sahaja memegang tampuk kuasa, Abdullah berusaha membanteras rasuah dan hasilnya, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM17 juta untuk menubuhkan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia. Akademi yang pertama di rantau ini beroperasi selama kira-kira tiga tahun sebelum dilancarkan secara rasmi pada 12 April 2007. Buah tangan Abdullah ini diharap dapat meningkatkan kepakaran dan kemahiran rakyat Malaysia dalam bidang penyiasatan rasuah.


ABDULLAH menjulang tangan Najib yang penjadi penyambung perjuangannya memimpin UMNO dan negara.


Azam Perdana Menteri untuk memerangi rasuah secara lebih efektif dan penuh komitmen yang jitu dibuktikan lagi melalui penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Januari lalu. SPRM beroperasi bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang berusia 41 tahun. Selain itu, Abdullah turut memperkasa pasukan polis dengan menubuhkan suruhanjaya membaik pulih imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Isu transparensi dan kebebasan badan kehakiman negara menerima sesuatu yang tidak disangka di bawah pemerintahan Abdullah. Beliau menambah baik sistem pelantikan hakim-hakim. Salah satu pendekatan terbesar yang diambilnya adalah membayar ex-gratia kepada enam bekas hakim yang dipecat daripada jawatan kira-kira 20 tahun lalu kerana terlibat dalam krisis badan kehakiman. Mungkin bagi sesetengah orang, pendekatan itu tidak perlu tetapi ia hakikatnya membuktikan bahawa Pak Lah berusaha memulihkan imej badan kehakiman negara yang terjejas ekoran daripada beberapa peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut.

Apa yang pasti, pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara sedikit sebanyak mengukuhkan kedudukan Abdullah yang dipuji kerana tidak mengawal dan mengongkong badan kehakiman. Anwar dibebaskan pada 2 September 2004 setelah Mahkamah Persekutuan yang menimbang rayuannya, membatalkan sabitan dan hukuman berhubung kes liwat. Anwar bagaimanapun kemudian menjadi seteru politik Abdullah sebelum kembali ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008.

Kenangan pahit

Tentu sahaja kekalahan teruk kerajaan pimpinan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 sehingga kehilangan empat negeri (Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor) menjadi kenangan paling pahit dalam sejarah pimpinan Abdullah.

Natijah daripada kekalahan itu, kredibiliti Abdullah sebagai pemimpin No 1. negara mula dipersoalkan. Antara tamparan hebat yang terpaksa ditelannya adalah munculnya suara-suara yang tidak berpuas hati dengan gaya kepimpinannya yang dikatakan tidak tegas dan mengikut telunjuk pihak tertentu.

Tuduhan yang diterima itu merupakan cabaran terhebat dalam kerjaya politik Abdullah. Pelbagai tuduhan tidak berasas terpaksa dihadapinya.

Abdullah merupakan seorang yang percaya kepada tradisi politik. Seperti juga Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau daripada Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan Dr. Mahathir, Pak Lah akhirnya mencontohi bekas pemimpin sebelumnya itu untuk menyediakan negara suatu peralihan kuasa yang licin.

Beliau memilih untuk melepaskan kuasa sebagai Perdana Menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan anak sulung kepada mentornya dalam politik, iaitu Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri kedua.

Read More...

Teruknya umno di Bukit Gantang

tulahan

Salam,


Baru sampai dari Parit Buntar, terus duduk depan komputer nak cerita pasai kempen umno kat kampung. Sebab apa nak cerita? sebab nak tunjuk betapa teruknya pemimpin umno ajar pengikutnya halang orang berkempen.

Dah la depa gantung harakah dan suara keadilan, nak ceramah pun depa kacau. Baru ni, di kampung penulis ada anjur ceramah Tok Guru Presiden dengan YB Mujahid. Ramai yang datang, orang umno pun ramai dok dalam gelap. Tapi umno suruh orang karaoke supaya orang tak boleh dengar ceramah, punya la teruk.

Pemimpin umno dalam tv dan paper pengampu dok sebar cerita depa kempen cara elok. Pi la masuk kampung tengok rupa sebenar pemimpin umno penipu ni. Silap la depa sebab kita pakai hon speaker, boleh dengar satu kampung.

Tak cukup dengan tu, pemimpin umno suruh halang jalan masuk kampung supaya orang luar kampung jangan mai dengar ceramah. Depa kata ceramah tak jadi, balik la orang luar yang nak dengar ceramah Tok Guru, punya la tak cerdiknya umno.

Bila dah habis ceramah mai la budak muda umno jumpa penulis. Depa kata bukan depa yang nak buat karaoke tu, tapi orang tua umno yang suruh pasang karaoke. Depa pun tak setuju, sebab tak elok la macam tu.

Malam tu, anak-anak orang umno ramai yang dengar ceramah, mai kat depan pulak tu. Mak bapak mereka pun nak dengar juga, tapi malu orang tengok dok la dalam gelap.

Orang kampung nak tahu maklumat, umno tak mau mereka tahu maklumat sebenar. Jadi pemimpin umno ajar umno kampung halang orang kampung dapat maklumat.

Sebenarnya umno tak sedar tindakan mereka yang tak berakhlak ini, bukan sahaja menyebabkan orang bulan marah. Orang umno dan atas pagar pun tak setuju. Sebab mereka masih berfikiran waras, tindakan umno ini tak betul.

Sebelum ni, penulis tak dengar bendera bulan kena buang di kampung. Balik kali ni budak muda bulan cerita ada bendera kena buang. Rupanya pemimpin umno dah ajar umno kampung buang bendera bulan pula. Nampak sangat umno terdesak.

Penulis kata kat budak muda bulan, tak payah balas. Pasang lain banyak-banyak, depa pun bukan berani buang semua. Lagi pun, sekecil kampung penulis pun ada ramai polis jaga. Tak kan mereka jaga keselamatan bendera kati ja, bendera bulan depa biar.

Tapi boleh jadi juga sebab, malam ceramah tu polis ramai tapi tak dak sorang pun polis berani suruh umno hentikan karaoke. Sedangkan itu dah menimbulkan provokasi, kalau orang bulan tak sabar boleh gaduh.

Malah polis ini, masuk ramai2 ke depan tempat ceramah kerana YB Mujahid masih belum berhenti ceramah walaupun masa dah lebih pukul 11.00 malam. Nak suruh berhenti la, nampak sangat double standart. umno lagi la berlagak, sebab ada pelindung mereka.

Sekarang umno dah keluar banyak duit untuk tarik orang kampung sokong umno. umno akan kumpul orang kampung buat lawatan ke Langkawi, Pangkor, Genting. Kemudian bagi RM 200 seorang. Bukan di kampung penulis sahaja malah seluruh kampung dalam Bukit Gantang.

Setakat ini, dah ada tiga kali lawatan umno buat lawatan sambil berkursus kepada orang kampung. Dah berapa banyak duit mereka habis. Satu2 rombongan 40 orang satu bas, kalau campur duit sorang dapat RM 200 X 40, duit bas, duit makan free, duit penginapan. Boleh makan belanja RM 15 ribu untuk satu rombongan.

Bayangkan berapa banyak rombongan mereka buat untuk satu parlimen Bukit Gantang. Berjuta umno keluarkan hanya untuk bawa orang kampung rombongan sahaja.

Taktik ini merisaukan penulis kerana ramai yang di atas pagar yang dulu condong bulan bila dapat duit RM 200, dapat pula melancong makan free. Mereka ini mungkin goyang, kerana duit apa sahaja boleh jadi.

Sebelum balik, penulis suruh kawan2 Parit Buntar terus buat ceramah. Pedulikan halangan umno. Sekarang orang bulan Negeri Sembilan pun dah turun bantu. Kita akan jumpa pengundi rumah ke rumah. Ini negara demokrasi bukan kuku besi.

Wasalam.


Read More...

Awat tak bagi sebut Altantuya? Adakah takut kerana salah?

Detik Daily

Posted on Wednesday, April 01 @ 09:55:54 MYT by Paktam
Oleh Penarik Beca

Dalam berita bertajuk "Opposition banned from raising Altantuya" Malaysiakini semalam menyiarkan surat yang m enyiarkan syarat-syarat polis sebelum mengeluarkan permit kempen di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Antara syarat tersebut ialah:

1. Penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh institusi raja.
2. Tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan.
3. Kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak pengtanjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan


Yang pertama sekali, tak pa la kalau tak boleh nak kata apa pun tentang isu Altantuya, keputusan yang dibuat oleh institusi raja dan isu keagamaan dalam ceramah. Boleh sebut di tempat lain.

Tak ada pula larangan menyebut isu-isu tersebut di kedai kopi, di kedai mee udang, di warung cendoi, sambil makan kue tiau, atas bas, atas teksi, atas van, atas jalan dan tepi jalan. Maknanya boleh sebutlah. Lagi pun bukan berceramah, sebut sahaja.

Nak buat apa sebut nama Altantuya? Yang kita nak sebut sangat nama Datuk Seri Najib Tun Razak. Tanya dia mengapa dia diam meloko bila Gobind Sing Deo tuduh dia pembunuh dalam Dewan Rakyat? Mengapa dia malukan ahli-ahli Umno dengan tindakannya itu? Kalau kita la, kita tak akan duduk diam dan lawan berjabu kalau orang tuduh kita pembunuh jika kita tidak pernah terlibat melakukan pembunuh, sama ada bersyubhat atau mengarahkannya.

Task payah sebut nama Altantuya. Tanya Najib kenapa dia takut sangat nak saman akhbar Liberation yang membuat pelbagai tuduhan terhadapnya. Bukan sahaja akhbar Liberation, banyak lagi akhbar seperti yang disiarkan di sini, di sini, di sini dan di sini.

Kenapa Najib meloko bila Gobind tuduh macam tu? Kenapa tak saman media-media yang tulis memburukkan dirinya? Orang tua-tua kata, berani kerana benar, takut kerana salah.

Kenapa hanya berani haramkan orang sebut itu ini? Kenapa hanya berani peralatkan polis untuk bertindak menggunakan kekerasan? Apa pasal berdebat dengan Gobind tak berani? Apa pasal tak berani saman media-media tersebut? Apa pasal tak berani izinkan perdebatan semasa nak gantung Gobind dari menghadiri Dewan Rakyat? Apa pasal tak berani?

Tak payah persoal keputusan yang dibuat oleh raja. Cukuplah bercerita tentang peruntukan perlembagaan sahaja. Cukup bercerita tentang perbuatan melanggar undang sahaja.

Sebut sahaja apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata: "Anda tidak boleh menjatuhkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain" (video di sini).

Beliau juga berkata, Barisan Nasional (BN) sepatutnya melakukannya dengan cara yang wajar dan bukan bertindak bertentangan dengan undang-undang atau melanggar undang-undang.

Ia dengan sendirinya bermakna tindakan menggulingkan Haji Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak dilakukan dengan cara yang wajar dan bertentangan dengan undang-undang. Kalau tindakan menggulingkan Nizar tidak dibuat dengan cara yang tidak wajar dan bertentangan dengan undang-undang, sudah tentulah orang yang mengambilalih jawatan Nizar sebagai Menteri Besar melakukannya dengan cara yang tidak wajar dan bertentangan dengan undang-undang. Tak payah sebut nama raja. Nak buat apa. Tak perlu pun.

Tak boleh sentuh isu keagamaan? Adakah termasuk larangan kepada usaha untuk menerangkan firman Allah yang bermaksud "berpeganglah kamu kepada tali Allah"? Kalau itu pun tak boleh, tak tau nak kata la. Saya tak nak la kata lebih jahat dari syaitan.

Amaran juga diberi bahawa polis akan mengambil tindakan jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon. Tindakan apa? Guna kekerasan? Keganasan? "Allahumal'anil jibta wat-taghut!"

Read More...

Wednesday, April 1, 2009

Chua: BN sukar hadapi jentera Nizar

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Apr 1, 09 6:12pm

Calon BN Ismail Saffian kelihatan berada dalam keadaan sukar berdepan lawannya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - jika maklum balas jentera Umno dan MCA ini tepat.

Pada hari keempat berkempen di parlimen Bukit Gantang, seorang pemimpin kanan MCA kecewa calon itu bersama pekerja kempen BN tidak setanding petugas Pakatan Rakyat.

Dalam lawatannya ke kampung baru Cina di Simpang dekat Taiping semalam, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata BN tidak membawa banyak bahan kempen ketika bertemu pengundi.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209BN juga tidak menjawab serangan pembangkang secara bertulis terhadap kerajaan BN Perak dan kerajaan persekutuan.

"Dalam hubungan ini, kumpulan Pakatan Rakyat buat kerja dengan lebih baik, setidak-tidaknya bahan kempen mereka, yang ditujukan untuk mengkritik kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan," kata Dr Chua di blognya petang ini.

"Namun begitu, BN tidak berbuat secukupnya untuk menangkis banyak tohmahan (Pakatan) ini dalam bentuk tulisan. Lama-kelamaan, sebahagian tuduhan ini akan kelihatan benar."

Beliau mencadangkan BN meningkatkan mutu bahan kempennya.

"Kita jangan lupa Pakatan selepas kemenangannya (tahun lalu) berada dalam keadaan penuh bersemangat. Ia mempunyai anggota yang lebih beriltizam dan banyak sumber bagi menggerakan perang kempen ini," coret Dr Chua lagi.

"Daripada kain rentang, bendera parti, baju T dan lencana, jelas sekali hari ini Pakatan telah memiliki sumber-sumber setanding BN.

"Di Bukit Gantang, BN sedang bergelut dengan tugas berat (untuk menang)."

Sementara ADUN Umno Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi pula menyifatkan calon BN itu menghadapi cabaran besar meyakinkan pengundi Melayu di Trong, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang.

"Sudah tentu kita (BN) ada kawasan hitam kita, macam di kawasan Trong, yang pengundi Melayunya yang kelabu-hitam," katanya ketika ditemui Malaysiakini sewaktu berkempen hari ini di Taman Paloh bawah DUN Changkat Jering.

"Juga kawasan Kuala Sepetang apabila pengundi bukan Melayu tidak begitu bersama-sama kami. Tetapi kita lihat gerakan daripada MCA, Gerakan sendiri cukup memberi kita harapan untuk mendapat sokongan pengundi bukan Melayu."

bukit gantang adun tualang sekah nolee ashilin mohd radzi 010409 02[Penandaan warna ini dibuat oleh parti-parti politik untuk menentukan aras sokongan yang diterima berdasarkan culaan undi semasa. "Putih" bermakna menyokong kepada sesebuah parti, "hitam" (pihak lawan) dan "kelabu" (tidak pasti atau 50-50).]

DUN Trong dikuasai wakil rakyat BN, Datuk Rosli Husin, yang juga ketua bahagian Bukit Gantang.

Nolee Ashilin waktu itu bersama kira-kira 20 ahli Puteri Umno mengambil pendekatan berbasikal dari rumah ke rumah untuk membawa imej lebih mesra pengundi.

Katanya, petugas BN itu menyebarkan risalah perkembangan politik Perak supaya para pengundi memahami krisis antara BN dengan Pakatan yang berlarutan sejak Februari.

Read More...

Poster Hari Ini - AMARAN KERAS! Jangan sebut Altantuya!!

bagindareformasi


ntah
ape2 ntah.. kalau takde kene mengena ngan bijaN biarkan PR dan labu2
nya... goyang ape tak... tapi ini namenye kecut teloq kerana hantu
altantuya sudah merayau-rayau mencari pembunuhnye...


Read More...

Korea Times pula menyindir DS Najib

Tranungkite

Oleh
blalang

"Dulu akhbar France, sekarang akhbar Korea pula menyindir bakal PM, Tok Jib di bayangi oleh hantu Altantuya Dalam kartun yang diterbitkan di ruangan opinion dengan tajuk: Najib Razak and the Ghost of Altantuya

skandal Najib Althantuya

http://isuhangat.blogspot.com

Link : http://www.koreatimes.co.kr/www/news/opinon/2009/03/137_41954.html

skandal Najib Althantuya

OK - satu dunia sudah tau.....nilah bakal PM Malaysia ....rosak...rosak!!!

Read More...

Slogan BN ‘Mohon Restu Rakyat’ bukti Zambry akui dia MB Haram Perak

dppwp

mbperaksmall_lama_baru1_100_681mStar melaporkan bahawa kini Bukit Gantang dibanjiri Poster-poster kempen BN yang tertera wajah calonnya dan Zambry yang turut membawa slogan “Mohon Restu Rakyat”.

Lucu banget slogan itu. Beliau nafikan Undian Bukit Gantang sebagai ‘Referendum Rakyat’ tapi mohon restu pulak. Apa hal Zambry nie. Dah habis ayat nak bodek rakyat untuk terima beliau.

“Mohon Restu Rakyat”, slogan ini sekaligus membuktikan bahawa beliau akui rakyat Perak belum menerimanya sebagai Menteri Besar. Maka dengan sendirinya kita boleh tafsirkan bahawa beliau sedar bahawa beliau adalah Menteri Besar haram dinegeri Darul Ridzuan kerana belum diiktiraf rakyat.

Pastinya PRK Bukit Gantang bukanlah laluan mudah untuk Zambry mendapatkan mandat rakyat. Dan Pakatan Rakyat Perak juga sedar bahawa Zambry akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan ‘restu’ melalui pilihanraya itu.

headerbkt

Namun bagi Pakatan, bubarkan sahaja DUN Perak kalau mahu tahu siapa sebenarnya yang mendapat ‘restu’ dan mandat rakyat. Sememangnya BN tidak puashati dengan piliha rakyat dalam Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 yang lalu.

Maka dengan biadapnya mereka mengoyakkan mandat rakyat dan menendang pintu DUN untuk merampas kuasa setelah berjaya menculik 3 ADUN Pakatan dan seorang ADUN BN yang dipaksa melompat semula menjadi ahli Umno tidak sampai seminggu.

Nizar yang merupakan Menteri Besar yang sah adalah dipilih oleh rakyat secara sah dan Pas letakan beliau di Bukit Gantang sebagai mewakili kehendak rakyat yang mahukan Kerajaan Perak di kembalikan pada rakyat bagi menghalang kumpulan perompak ini terus berkuasa.

Jika calon Umno-BN kalah di Bukit Gantang adakah Zambry sanggup letak jawatan sebagai MB yang haram itu dan membubarkan DUN? kita lihatlah nanti restu rakyat pergi kepada siapa?

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |