| Malaysiakini |
| Jun 20, 08 11:59am |
| Mesyuarat majlis tertinggi Parti Progresif Sabah (SAPP) hari ini memutuskan untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri seperti dikemukakan oleh presidennya Datuk Yong Teck Lee. Bagaimanapun, mesyuarat tersebut tidak membuat sebarang keputusan sama ada akan keluar dari Barisan Nasional. Sebaliknya, Yong meminta pemberita bertanya kepada setiausaha agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai kedudukan SAPP dalam BN.
Majlis tertinggi SAPP juga menggariskan lapan "perisytiharan penduduk Sabah" ke arah mewujudkan sebuah kerajaan beramanah dan masyarakat adil, harmoni dan progresif. Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan hala tuju parti itu ekoran kenyataan Yong pada Rabu lalu bahawa SAPP telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah. |
Friday, June 20, 2008
MT SAPP sokong usul tidak percaya
0 comments Labels: malaysiakini, Pak Lah undur, Sabah
Mahathir: Tindakan SAPP tidak boleh gugat Abdullah
Mstar Online
20-06-2008 07:34:10 AM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) yang menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mungkin berjaya menggugat kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, suara SAPP sahaja tidak cukup untuk menjatuhkan Abdullah.
“Mereka (SAPP) tak mungkin berjaya, jumlah mereka kecil sangat. Buat undi tak percaya pun tak akan bagi apa-apa kesan kepada beliau (Abdullah),” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Kolej Sultan Abdul Hamid di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata, Abdullah hanya boleh digulingkan jika lebih 35 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian tidak percaya terhadap kepimpinan beliau.
Katanya lagi, dalam situasi sekarang barisan pembangkang juga tidak mahu Abdullah digantikan dengan mana-mana pemimpin Umno yang lain.
“Macam Karpal Singh, beliau tak mahu Abdullah letak jawatan kalau hendak digantikan dengan orang Umno juga. Tapi kalau bagi pada dia, dia setujulah,” katanya lagi.
Ditanya mengenai imej Abdullah yang tercalar dengan tindakan SAPP kerana perkara seumpama ini pertama kali terjadi terhadap seorang Perdana Menteri, beliau berkata, imej Abdullah memang sudah tercalar.
“Tak jadi apa-apa, beliau tak akan peduli semua itu. Selama ini pun memang imej beliau dan tercalar,” katanya.
Dr. Mahathir menambah, sebenarnya terdapat ramai lagi anggota BN lain yang sudah tidak yakin dengan Abdullah.
“Buktinya sudah dua orang ahli Gerakan yang tinggalkan parti itu kerana menyertai pembangkang.
“Saya percara parti komponen lain dalam BN termasuk Umno juga mempunyai pendapat yang sama (tidak percaya), cuma mereka tidak berani suarakannya,” katanya.0 comments Labels: dr det, mstar online, Sabah
Ahmad Said tolak untuk berbincang dengan PAS
| | | | |
| Ditulis oleh SM Noor & WanKay | |
| Friday, 20 June 2008 | |
| Kuala Terengganu - Tawaran PAS Terengganu untuk ‘duduk semeja’ bersama-sama berbincang dengan kerajaan negeri Terengganu berkaitan perkembangan semasa yang berlaku sekarang, tidak diterima dan ditolak oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said. “tunggu Yahaya memberitahu, dalam situasi sekarang semua pihak yang mempunyai kepakaran, pandangan dan idea diyakini berkesan harus duduk semeja dan berbincang bagi mencapai satu jalan penyelesaian terbaik. Lebih teruk lagi, Ahmad Said seolah-olah memperkecil-kecilkan saranan yang dikemukakan oleh PAS bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak dan tekanan yang sedang dialami oleh rakyat sekarang. “jangan cakap sahaja, mari sini dan tidak semestinya mari jumpa kita, buat mari Ahmad Said juga ‘mencemuh’ usaha PAS mengadakan demonstrasi membantah kenaikkan harga minyak “Ini hendak tunjuk perasaanlah. Adakah tunjuk perasaan harga minyak boleh turun, “Harga minyak dunia akan terus naik lagi. Adakah jika PAS menang harga minyak boleh turun sampai 50 sen seliter? “Jadi, saya mintalah kalau PAS ada idea hantarlah memorandum kepada kita dan tidak semestinya kita panggil jumpa dan berbincang, boleh tak? Kalau dia (PAS) ikhlaslah dan ada satu formula,” tambah Ahmad Said. Mengulas jawapan Ahmad Said, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustaffa Ali berkata tujuan PAS mengajak kerajaan negeri Terengganu ‘duduk semeja’ dan berbincang adalah kerana PAS menganggap pimpinan kerajaan negeri khususnya Mnteri Besar, setaraf dengan pimpinan PAS. “Sebab itu kita (PAS) ajak duduk, berbincang, kalau kita (PAS) hantar memorandum, seolah-olah kita mengajar dia, “Kita tidak anggap dia ‘bodoh’ sebab kalau kita hantar |
0 comments Labels: buletin online, mat said, PAS, terengganu
Bekas hakim: Dr M mahu kuasai badan kehakiman
| Malaysiakini |
| Syed Jaymal Zahiid | Jun 20, 08 8:03pm |
| Seorang daripada enam bekas hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman pada 1988 hari ini mendedahkan bagaimana integriti badan kehakiman telah dicerobohi dengan campurtangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Saya rasa beliau mahu memerintah seperti seorang diktator. Beliau (Dr Mahathir) sudah pun mengetuai badan perundangan (dan) beliau mahu badan kehakiman juga diletak di bawah kuasanya. Itulah niatnya," kata Azmi. Beliau berkata, Dr Mahathir sebenarnya sangat bijak "membunuh dua ekor burung dengan satu batu". "Saya kata begitu kerana apa yang beliau lakukan sangat bijak kerana beliau mahu meminta perlembagaan dan meletakkan badan kehakiman di bawahnya," tambah Azmi. Azmi memberitahu pemberita demikian selepas menerima bayaran ex-gratia yang disampaikan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Zaid menyerahkannya kepada Azmi di rumah bekas hakim tersebut, dekat Jalan Ampang di Kuala Lumpur hari ini. Mereka berdua bagaimanapun enggan menyatakan jumlah yang diterima itu. Berbalik kepada Dr Mahathir, bekas hakim itu juga berkata, ketika waktu kritikal pada 1988, Dr Mahathir sedang menghadapi satu kes di mana 11 penyokong Tengku Razaleigh Hamzah, yang mencabarnya bagi jawatan presiden, telah membawa perkara itu ke mahkamah. "Itulah sebabnya beliau mahu badan kehakiman diletakkan di bawahnya. Saya pasti beliau tidak akan menafikannya," tambah Azmi. Pertelingkahan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh kemudiannya membawa kepada pengharaman Umno. Umno baru ditubuhkan kemudiannya. Azmi juga mendedahkan bagaimana penggantungan perkhidmatannya telah membunuh kariernya sebagai seorang hakim kanan. Azmi: Dr M bunuh karier saya "Saya hilang kenaikan pangkat dan kekananan saya bila semua ini berlaku. Ketika itu, dalam hirarki hakim-hakim, saya di tempat keenam bila perkhidmatan saya digantung. "Dan bila saya didapati tidak bersalah (oleh tribunal), saya kekal di tempat keenam dan dinaikkan pangkat ke tempat kelima hanya selama 10 tahun, manakala mereka yang di bawah saya, telah melompat melepasi saya," kata Azmi. Azmi dan lima lagi hakim kanan, termasuk Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas (kini) telah dihadapkan ke tribunal pada 1988 yang berakhir dengan pemecatan tiga hakim mahkamah agung, termasuk Salleh manakala yang lainnya digantung perkhidmatan. Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memulihkan integriti badan kehakiman ekoran tekanan daripada masyarakat perundangan, yang mencapai kemuncaknya selepas pendedahan klip video Lingam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - pada 17 April lalu - berkata kerajaan akan membayar ex-gratia kepada mereka. Salleh menyambut baik bayaran tersebut sebagai satu usaha ikhlas oleh pihak kerajaan untuk "menamatkan peristiwa krisis kehakiman 1988 yang memalukan itu". "Walaupun sukar bagi sukar kreajaan untuk memohon maaf sepenuhnya dalam keadaan politik sekarang, bayaran ex-gratia itu merupakan satu kompromi dan mencerminkan keberanian kerajaan untuk berbuat demikian," kata bekas hakim negara itu. Sementara itu, Zaid berkata kerajaan mesti belajar daripada apa yang telah berlaku. "Satu daripadanya ialah prinsip pemisahan kuasa di mana tiada campurtangan dalam badan kehakiman oleh pihak eksekutif, mesti dihormati dan kerana itulah saya mencadangkan kabinet mengembalikan semula Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan. Katanya, perkara kedua yang perlu dipelajari ialah mempunyai hakim-hakim perlunya berani dan berhemah tinggi yang integriti mereka tidak dapat dipersoalkan. |
0 comments Labels: badan kehakiman, dr det, malaysiakini
Jika adakan pilihan raya semula Dun Sanglang: PAS akan saman SPR
Siasah daily
Thursday, June 19, 2008
ARAU, 20 Jun: PAS mempertimbangkan untuk menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan tuntutan gantirugi jika badan pengendali pilihan raya itu mengisytiharkan diadakan pilihan raya semula untuk Dun Sanglang.Ini bermakna, mahkamah telah mengesahkan rakyat telah membuat keputusan memenangkan calon PAS dalam pilihan raya itu.
"Mahkamah hanya berhak mengisytiharkan pilihan raya itu sah atau tidak sah sahaja dan terserah kepada SPR untuk mengumumkan samada perlu diadakan pilihan raya kecil atau mengisytiharkan pemenangnya," jelas Hanipa yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS.

"Pertama, rayu ke Mahkamah Persekutuan. Kedua memfailkan agar dibuat penilaian perundangan agar menggantikan nama calon BN yang telah digezetkan dengan nama calon PAS yang sebenarnya menang dan ketiga menyaman SPR jika pengendali pilihan raya itu mengisytiharkan pilihan raya semula untuk Dun Sanglang."
Menurut Hanipa, pada 28 Mei, ketika perbicaraan itu berjalan, peguam yang mewakili SPR telah mengaku berlaku kesilapan pengumuman dalam pilihan raya itu oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.
Yang sepatut diumumkan menang adalah Hashim Jasin tetapi pegawai pengurus itu mengisytiharkan calon BN yang menang.
Ketika ditanya kes Pasir Puteh dimana Mahkamah mengisytiharkan calon BN yang menang sedangkan ketika keputusan pilihan raya calon PAS yang diisytiharkan menang, Hanipa menjelaskan;
"Dalam kes itu, kedua-dua pihak secara baik berunding dan bersetuju untuk mengaku calon Umno yang sepatutnya menang tetapi calon PAS tersalah diisytihar. Mahkamah hanya mengumumkan keputusan itu tanpa perbicaraan," katanya.
Tetapi dalam kes Sanglang ini, calon BN menafikan SPR tersalah umum pada peringkat awalnya bahkan memfailkan permohonan untuk membatalkan petition PAS itu.
0 comments Labels: PAS, siasahdaily, SPR
Etika pakaian: ADUN DAP dilarang sertai sidang dewan
Utusan Online
JOHOR BAHRU 19 Jun – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor daripada DAP dilarang menyertai istiadat perasmian persidangan Dewan itu hari ini kerana tidak mematuhi etika pakaian.
Gwee Tong Hiang, wakil Bentayan yang hanya memakai kot, telah diarah meninggalkan Dewan oleh Speaker Datuk Mohd. Ali Hassan kerana dianggap tidak menghormati majlis perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar.
Tong Hiang yang ditemui pemberita di luar Dewan berkata, beliau tidak memakai pakaian lengkap suit berwarna putih seperti yang dipakai barisan ADUN lain kerana berpegang pada prinsipnya.
“Saya diarahkan keluar Dewan sebelum ketibaan Sultan. Bagi saya pakai uniform atau tidak, yang penting saya berkhidmat kepada rakyat. Saya tidak tahu tidak boleh hanya memakai kot sahaja. Lagipun peraturan pemakaian uniform itu tidak termaktub dalam arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri,” katanya.
Tong Hiang merupakan antara empat wakil DAP yang memenangi pilihan raya umum Mac lalu, selain Dr. Boo Cheng Hau (Skudai), Ng Lam Hua (Mengkibol) dan Ong Kow Meng (Senai). Bagaimanapun, tiga wakil lain masing-masing berpakaian lengkap termasuk bersongkok hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Tong Hiang berkata, beliau menempah pakaian menerusi pemberian elaun uniform oleh kerajaan negeri, namun tidak mengambil pakaian yang ditempah itu.
Ditanya mengenai tindakannya itu yang kemungkinan bertentangan dengan prinsip DAP, katanya, beliau menganggap pakaian bukan merupakan isu besar.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang ditemui selepas istiadat itu berkata, tindakan Tong Hiang adalah perbuatan melampau kerana berpakaian lengkap menjadi amalan DUN Johor sejak 50 tahun lalu bagi menghormati institusi raja.
“Tiga bulan lepas, semasa upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, memang kita lihat empat ADUN dari DAP tidak hadir ke Istana Besar dengan alasan tidak mahu bersongkok. Tetapi, kalau tiga ADUN dari Senai, Mengkibol dan Skudai boleh berpakaian lengkap hari ini, kenapa ADUN Bentayan tidak boleh melakukannya,” katanya.
Mohd. Ali pula berkata, beliau mengarahkan Tong Hiang keluar Dewan sebelum ketibaan Sultan kerana ADUN itu tidak mengikut arahan rasmi dan protokol.
0 comments Labels: DAP, Johor, utusan
Palanivel: Dr M harus ingat asal usulnya
| Malaysiakini |
| Jun 20, 08 2:43pm |
| Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel hari ini menegur mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menuduh presiden parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu sebagai seorang yang rasis dan berkata kenyataan seumpama itu boleh meningkatkan lagi sentimen perkauman. Dalam satu kenyataan hari ini, Palanivel juga berkata, komen mantan perdana menteri itu mengenai Hindraf adalah tidak tepat dan tidak sensitif terhadap sentimen kaum India di negara ini. "Dr Mahathir tersilap apabila berkata pemimpin Hindraf hanya mewakili kaum Tamil sahaja," kata Palanivel mempertahankan Samy Vellu yang menyokong gesaan supaya dibebaskan lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA . Palanivel juga berkata, Dr Mahathir harus ingat kepada "asal usulnya" sebelum membuat kenyataan seumpama itu. Nenek moyang Dr Mahathir berasal dari selatan India. Katanya, kesedaran politik rakyat sudah semakin meningkat dan Dr Mahathir seharusnya tahu bagaimana mereka melihatnya. Oleh itu, katanya, Dr Mahathir tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak berasas. Katanya, masyarakat sivil bersama-sama memperjuangkan lebih kebebasan dan rakyat pelbagai bangsa juga percaya bahawa ISA adalah undang-undang yang menyekat proses demokrasi. Dr Mahathir membuat teguran terhadap Samy Vellu itu dalam blognya semalam, kerana mendesak kerajaan supaya membebaskan pemimpin Hindraf yang menurutnya mewakili rasis Tamil yang bermotif seperti Tamil Tigers di Sri Lanka. Dengan bersimpati dengan Hindraf, Dr Mahathir berkata, Samy Vellu telah mendedahkan sentimen rasisnya. |
0 comments Labels: dr det, malaysiakini
Saya kini hanya debu - Samy Vellu
Mstar Online
20-06-2008 07:59:16 PM
KOTA BAHARU: Tidak mahu kemelut dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad berpanjangan, Presiden MIC. Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berkata, beliau tidak akan membalas sebarang kenyataan berkaitan dirinya yang dibuat bekas Perdana Menteri itu.
Bekas Menteri Kerja Raya itu berkata, beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan balas yang boleh menjejaskan nama baik bekas ketuanya itu.
"Siapalah saya, hanya debu. Saya tidak mahu bawa apa-apa yang boleh rosakkan nama dia.
"Beliau adalah bos saya dulu, beliau jadi pucuk pimpinan yang kuat dan beri banyak pembangunan pada negara, jadi saya tak mahu komen berkenaan beliau," katanya kepada pemberita pada perasmian Persidangan Agung Tahunan MIC Kelantan di sini hari ini.
Samy Vellu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa beliau seorang yang bersikap perkauman kerana memberi kenyataan simpati terhadap pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf).
Kenyataan bekas perdana menteri itu yang dipetik dari blognya turut disiar beberapa media tempatan hari ini.
Tanpa menafikan atau membenarkan dakwaan Dr Mahathir itu, beliau berkata, isu pokok yang disuarakannya sebelum ini ialah usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini yang masih perlu dilakukan walaupun negara sudah lama mencapai kemerdekaan.
"Bila saya baca kenyataan Tun itu, saya hanya ketawa. Apa lagi saya boleh buat?.
"Dalam kenyataan saya dulu, saya minta Tun jadi pemimpin kepada semua masyarakat dalam negara ini. Sebagai pemimpin kepada semua masyarakat, beliau mesti bincang masalah semua masyarakat.
"Walaupun sudah 50 tahun merdeka, kita mesti menyatukan semua rakyat. Dalam masa yang sama, kita juga ada masalah sosial, masalah ekonomi dan lainlain, apabila satu kaum ada masalah mereka akan suarakan masalah itu.
"Bila mereka suarakan masalah, ini bukan bererti ia isu perkauman," katanya. BERNAMA
Palanivel selar Tun Mahathir kerana komen Hindraf0 comments Labels: mstar online, pemimpin haprak