Saturday, June 28, 2008
Kuwait minat bina hospital Islam di Kedah
0 comments Labels: kedah, projek rakyat, Utara Online
Ali Rustam Bantah Jika RTM Siar Debat Ahmad Shabery Dan Anwar
MELAKA, 28 Jun (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersetuju jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan kenaikan harga minyak.
Beliau berkata adalah tidak wajar bagi RTM yang dimiliki kerajaan, jika mahu menyiarkan debat itu yang melibatkan Anwar yang sering menghentam kerajaan Barisan Nasional.
"Usaha ini langsung tidak relevan dan perlu dibatalkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Melaka di sini, hari ini.
Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka mengulas penganjuran debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily yang dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu mungkin disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.
Anwar sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan termasuk semasa kempen pilihan raya umum lepas bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak jika memerintah.
Mohd Ali berkata ramai lagi pemimpin yang mempunyai kreadibiliti dan bekerja keras membantu kerajaan boleh diundang untuk berdialog dan disiarkan melalui televisyen.
"Pertubuhan bukan kerajaan banyak membantu kerajaan menerangkan kepada rakyat supaya faham, kenapa tidak panggil mereka ini berdialog di televisyen daripada memberi tempat kepada orang yang hari-hari mengata kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, debat, DSAI
Media Diharap Mendidik Masyarakat Dengan Membuat Laporan Yang Tepat
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh SM Noor | |
| Saturday, 28 June 2008 | |
| Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kerana pihak wartawan dan pengamal media sudi hadir ke Majlis Media Bersama Pimpinan PAS Terengganu yang diadakan dekat sini kelmarin. Beliau berharap hubungan baik antara pihak PAS dan wartawan berterusan dan menegaskan beliau tidak pernah menghadapi apa-apa masalah dengan pihak media. “Saya tidak pernah nak berperang dengan wartawan, tak pernah nak berperang, tegur sekali sekala ada, memang adalah, “memang saya boleh boleh sebut sungguh, hok saya kata tu betul sungguh, tak betulnya dia (wartawan) buat (tulis) begitu,” kata Mustafa Sebelum itu, Dato’ Mustaffa menyarankan, wartawan perlu melaporkan sebagaimana yang dinyatakan dan adalah lebih baik bagi para wartawan tidak menyiarkan sesuatu berita itu daripada membuat laporan yang negatif. Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa pendapat dan pandangan yang berupa persepsi masyarakat terhadap PAS yang telah diutarakan oleh beberapa wartawan yang hadir. Beliau berkata persepsi yang dinyatakan tersebut, mungkin benar dan mungkin tidak benar, namun sekiranya ia dianggap benar oleh masyarakat, ia akan memberi kesan samada positif atau negatif. Menurut Dato’ Mustafa persepsi masyarakat yang sedmikian itu terhadap PAS berpunca dari laporan yang disiarkan oleh media terutamanya yang yang menganggap PAS adalah ganas. “oleh kerana mungkin pelaporan (reporting) yang tidak tepat maka menimbulkan persepsi yang demikian,” jelas beliau. Menurutnya wartawan yang hadir disitu bukanlah orang yang menentukan samada sesuatu berita itu disiarkan atau tidak dalam sesebuah akhbar. Namun begitu, beliau berkata pada masa-masa yang lalu, sedikit sebanyak ada juga wartawan diperingkat bawah yang melaporkan berita yang tidak tepat dan ia memang disengajakan. Majlis Ramah Mesra Bersama Media yang diadakan kelmarin adalah julung-julung kalinya diadakan oleh PAS Terengganu memandangkan adanya perubahan pelaporan yang lebih baik dibuat oleh pihak media arus perdana selepas daripada pilihanraya umum kali ke 12 yang lalu. Majlis tersebut telah mendapat sambutan dikalangan para wartawan yang bertugas di negeri Terengganu. Seramai 32 wartawan dan pengamal media hadir dalam majlis tersebut. |
0 comments Labels: buletin online, media bebas
Bukti akan didedah di mahkamah, kata Raja Petra
Siasah daily
Friday, June 27, 2008
KUALA LUMPUR, 28 Jun: Pengendali laman web Malaysia-today.net berkata, beliau akan mendedahkan segala bukti yang dinyatakan dalam akuan berumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya Shariibuu semasa perbicaraan berlangsung kelak.Dalam perkembangan berkaitan, polis mengesahkan telah mengambil keterangan daripada Khairy Jamaluddin, Rosmah dan dua individu lagi yang dikaitkan dengan kes ini, seperti yang dinyatakan dalam akuan Raja Petra, iaitu seorang yang didakwa berpangkat kolonel dan isterinya, pengawal peribadi Rosmah.
Namun akuan bersumpah itu segera dinafikan oleh mereka. Abdullah dengan tegas menyatakan tidak menerima apa-apa laporan bertulis dari pihak perisikan tentera, bahkan menantu beliau, Khairy Jamaluddin turut menafikan ada menyimpan laporan tersebut. Pada masa yang sama Khairy turut menyifatkan akuan berkanun tersebut berniat jahat dan mencemarkan kredibiliti beliau.
Dalam perkembangan lain, suatu usul tergempar dikemukakan oleh ahli parlimen DAP, bagi membincangkan dakwaan Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu. Lim berkata akuan bersumpah penulis tersebut sesuatu yang serius.
Namun usul tergempar yang diserahkan oleh wakil Ipoh Timur, bagi membincangkan dakwaan yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu ditolak.
Timbalan yang dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul Lim Kit Siang itu dengan alasan subjudis terhadap perbicaraan kes itu yang sedang berlangsung.
0 comments Labels: Altantuya, RPK, siasahdaily
Catatan Pemimpin: 100 Hari Pakatan Rakyat: Kepedulian Terbukti
OLEH: Zuraida Kamaruddin
SETELAH genap 100 hari pemerintahan baru Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat, penduduk negeri ini mula merasakan nikmatnya ditadbir oleh kepimpinan yang menjadikan ketuanan rakyat sebagai fokus utama.
Pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor ternyata dinamik dan mempunyai kepedulian yang tinggi kepada rakyatnya.
Komitmen ini terserlah dengan pelbagai pembaharuan dan pendekatan yang diambil bagi meyakinkan rakyat secara keseluruhan bahawa mereka telah membuat keputusan yang tepat dan bijak pada pilihanraya umum yang lepas.
Ianya jelas dibuktikan dengan 7 pengumuman awal yang dibuat oleh Y.A.B Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor pada perhimpunan khas sempena Sambutan 100 Hari Pemerintahan Kerajaan Baharu Selangor yang berlangsung di Stadium Shah Alam, 20 Jun lepas.
Antara yang paling hangat dibincang dan diperkatakan ialah pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu kepada seluruh isi rumah di Selangor.
Walaupun isu ini banyak dipolitikkan dan dipolemikkan oleh pelbagai pihak yang cemburu serta pelbagai usaha dirancang bagi menggagalkannya namun jaminan telah diberikan oleh kerajaan bahawa pemberian air percuma tetap akan dilakukan di negeri ini demi meringankan beban rakyat yang makin terhimpit akibat kenaikan pelbagai barang keperluan rumah setelah kerajaan pusat menaikkan harga petrol dan diesel baru-baru ini.
Yang kedua, kerajaan negeri juga telah mewujudkan TAWAS atau Tabung Warisan Anak Selangor. Melaluinya, kerajaan negeri memberi tabungan sebanyak rm100 bagi setiap anak Selangor yang dilahirkan pada tarikh 1 Januari 2008. Ianya juga terbuka kepada ibu bapa warga Selangor yang melahirkan anak di luar negeri Selangor.
Dengan bayaran pendaftaran rm10, pelaburan ini dapat dicairkan setelah 1 tahun dan setiap anak tadi akan menerima tunai rm110. Namun, mereka boleh memilih untuk mengekalkan wang yang ada dan akhirnya pada usia 18 tahun mereka akan menerima tunai sebanyak rm1500.
Seterusnya,kerajaan negeri telah mengumumkan untuk memberi hadiah tunai sebanyak rm1000 kepada setiap anak selangor yang mendapat tempat di IPTA atau IPTS dalam peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Ini sekurang-kurangnya dapat menyuntik semangat dan meringankan sedikit tanggungan untuk membeli keperluan asas semasa mendaftar di IPT masing-masing.
Keempat, keprihatinan kerajaan ini turut meliputi kebajikan warga emasnya. Oleh itu, Skim Takaful dan Perubatan Percuma untuk semua Warga Emas telah dikemaskini dengan insentif yang lebih menarik. Sebanyak RM3500 diperuntukkan untuk setiap wasi yang berdaftar dengan kerajaan negeri.
RM500 akan diberi secara tunai dalam tempoh 24jam setelah kematian dilaporkan dan bakinya akan menyusul. Program ini layak dinikmati oleh warga emas yang bermastautin sekurang-kurangnya 1 tahun di negeri bertuah ini.
Seterusnya, pihak kerajaan negeri juga telah mengumumkan progran OSCC atau pusat sehenti krisis yang ditubuhkan di hospital kerajaan khas untuk menangani masalah ataupun krisis domestik yang dialami oleh pasangan berkelamin secara keseluruhan.
Selain itu, memandangkan selama ini anak-anak pekerja ladang di seluruh Selangor sering ketinggalan dan diabaikan pelajarannnya, maka Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang turut diwujudkan. Asrama penempatan untuk anak-anak ini akan dibina dan pendidikan mereka akan dijaga selengkapnya.
Bagi melaksanakan perkara-perkara di atas, pihak kerajaan negeri akan mempergiat usaha dan program memaksimakan peningkatan hasil mineral dan batuan yang selama ini diberikan secara kontrak kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Hasil yang dikutip pula hanya dalam bentuk royalti yang sangat minima.
Namun dengan usaha yang dijalankan secara bersepadu oleh agensi kerajaan negeri sendiri maka hasil dalam bentuk kewangan dan pendapatan negeri Selangor ini akan meningkat tinggi sebagaimana sepatutnya.
Oleh itu, kini terbukti walaupun kerajaan Negeri Selangor diasak dan dihimpit dari segenap penjuru oleh golongan tertentu namun fokus utama dan kepedulian kepada rakyat masih menjadi keutamaan pemerintah negeri ini. Melalui pencapaian di atas maka 100 hari pertama ini boleh dianggap sebagai ujian yang telah dilepasi dengan sangat cemerlang. Tahniah Kerajaan Negeri Selangor!
**Penulis ialah Ketua Wanita KeADILan dan juga merupakan Ahli Parlimen Ampang.
0 comments Labels: Pakatan Rakyat, suara keadilan
Sumpah Si Ezam
Edeyesdotcom
“Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun,”
Sumpah Ezam si penyelamat bangsa+t.
edyes wrote:
Dengan nama ALLAH, saya cabar Ezam untuk tidak berselindung, tidak main sembunyi-sembunyi, dan tidak main kotak kotak melainkan fakta dan kenyataan.
Mengapa perlu berselindung wahai Ezam, mengapa perlu tunggu? Jika benar DSAI tidak layak menjadi PM atas sebab-sebab yang kau tahu, adalah menjadi kewajipan untuk menyampaikan kepada semua rakyat biarpun ianya penuh keaiban. Jika aib yang dilakukan, maka layaklah seseorang itu diaibkan kerana rakyat tidak wajar menerima si aib sebagai pemimpin.
Jika benar DSAI tidak boleh dibiarkan menjadi PM, sila buktikan dengan bukti, bukan bukti dengan kata-kata, bukan bukti dengan sumpahan, tetapi bukti yang membuatkan seluruh rakyat menolak kepimpinan Anwar. Jika itulah musibat engkau Ezam, ingin melihat kejatuhan seorang pemimpin pembela bangsa.
Kalaupun betul engkau bersumpah, mengapa dulu ketika setia bersama DSAI tidak kau dedahkan segalanya? Kenapa sesudah masuk UMNO baru nak bersumpah macam ni. Adakah ini bermakna selama ini kau bersubahat dengan orang yang kau tuduh? Fasik sungguh.
"Jika datang kepada kamu seorang yang FASIK membawa sesuatu berita, hendaklah kamu selidik terlebih dahulu, semoga kamu tidak menghukum sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu (atas perkara yang disampaikan itu)"
Engkau juga jangan lupa Ezam, jika politik Dato Seri Anwar Ibrahim berkubur sekalipun, Semangat Reformis dalam setiap diri kami tetap berkobar. Kami akan pastikan engkau bersama UMNO hancur lebur ditelan arus tsunami rakyat !
Tiada yang aku nampak selain kepentingan peribadi disebalik akuan sumpah ini.
0 comments Labels: bloggers united
Ahmad Shabery and Anwar for ‘fuel duel’ on July 15
KUALA LUMPUR: A “fuel duel” has been set up.
Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek and PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim will face off over the recent fuel price increase.
And it may be shown live on television.
Debate organiser Agenda Daily has received confirmation from both men that they will participate in the debate at 9pm at the Dewan Bahasa dan Pustaka on July 15. The topic is “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak.” (Form a Government today and reduce the price of oil tomorrow).
Ahmad Shabery said that he agreed to the debate as he felt that it was his responsibility to explain government policies to the people.
“This is an opportunity to inform the people of the many misleading and irresponsible statements being made against government decisions. I am ready for the debate,” he said.
Asked if RTM would telecast the debate, Ahmad Shabery said he would not abuse his power to direct the station to do so.
“However, I do not mind if other channels want to take up the offer,” he said.
Agenda Daily editor Hanafiah Man said negotiations were going on with a number of TV stations to air the debate live.
“We have received confirmation from the minister two days ago while Anwar’s side has given a positive verbal reply.
“This is an opportunity for each side to explain and defend their arguments – one side to justify the Government’s decision to raise fuel prices and the other claiming the prices will go down if the Opposition gets into power,” Hanafiah said yesterday.
Anwar had recently said that if the Pakatan Rakyat (PR) coalition took over the government, it would reduce fuel prices the very next day, adding that PR would announce the mechanism at the appropriate time and that he would resign if he failed to do so.
Using the US presidential elections debate format, Hanafiah said that a moderator would be appointed soon while Ahmad Shabery and Anwar would each select a journalist to join in the panel to ask questions.
“Only 200 people will be invited while our two debaters will be allowed to bring along 50 guests each,” he added.
0 comments Labels: DSAI, the star
Polis mula tahan peserta himpunan di Sogo
| Harakahdaily Anis Nazri | Foto Wan Zahari Wan Salleh Sat | Jun 28, 08 | 4:55:14 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pihak berkuasa polis bertindak menahan enam peserta himpunan aman membantah kenaikan harga minyak anjuran Geram yang berarak dari pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur ke pusat membeli belah Sogo. Mereka yang ditahan adalah kelompok himpunan yang berarak dari berbagai lokasi yang mula berarak sejak jam 3.00 petang tadi. Mereka yang ditahan ialah Presiden Ikrar, Mustafa Mansor; Setiausa AMK Pusat, Zulfiqar Ali Arifin; Setiausaha Ikrar, Muhammad Hidhir Khalid; Setiausaha AMK Batu, Norsharizal Abd Razak; ahli Anwar Ibrahim Club (AIC), Mohd Herman Muhammad; dan 'Bob' juga ahli AIC. Mereka kini dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk disoalsiasat. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin turut berada di hadapan balai polis berkenaan. Polis kini sedang sibuk menghalang pergerakan himpunan tersebut dimana lima trak FRU dengan kekuatan 50 orang polis ditugaskan bagi mengawal sekitar tempat himpunan aman tersebut. Jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh turut disoal siasat oleh seorang Pegawai Cawangan Khas (SB) berhubung gambar-gambar yang dirakamkan Wan Zahari. Peserta himpunan kini mula mengarahkan pergerakan ke Balai Polis berhampiran bagi memberi sokongan kepada mereka yang ditahan. Geram mengadakan himpunan hari ini dalam siri kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti. Program ini adalah permulaan bagi himpunan 6 Julai ini dengan kali ini ia dilakukan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk). Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP. Perarakan tersebut bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo. Hampir semua peserta memakai baju berwarna merah. Kempat-empat tempat pertemuan ini disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm yang mengepalai himpunan ini. Mengulas tindakan kasar pihak polis terhadap peserta himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, polis tiada berbincang langsung dengan peserta. Beliau juga kesal kerana himpunan baru sahaja bermula, namun polis menyekat dengan cara yang tidak bertamadun. Begitupun beliau menyeru rakyat agar turun beramai-ramai pada 6 Julai ini bagi menunjukkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tersebut./wann _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, harga minyak, perhimpunan rakyat