+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, September 10, 2008

Kes Anwar, campurtangan Gani Patail dipertikai

Harakahdaily

Irwan Muhammad Zain | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Wed | Sep 10, 08 | 12:12:46 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Pasukan peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim membantah perintah yang ditandatangani Peguam Negara untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Pihak pendakwa telah mengemukakan perintah untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun perintah yang ditandatangani Tan Sri Abdul Gani Patail dipertikaikan kerana Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini memberi jaminan, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

Selain itu Abdul Gani dan Tan Sri Musa Hassan sedang menghadapi siasatan terhadap laporan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung membuat bukti palsu dalam kes-kes terhadap beliau 10 tahun yang lalu.

Pasukan Peguam Anwar turut mempertikaikan perintah tersebut yang didakwa ditandatangani oleh Abdul Gani bertarikh hari ini.

ImageHakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, SM Komathy Suppiah kemudiannya menangguhkan kes kepada 24 September depan.

Anwar dihadapkan di mahkamah yang sama pada 7 Ogos lalu atas tuduhan tersebut.

Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada hari ini.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pihak polis telah meningkatkan kawalan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Sekurang-kurangnya lima trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempat di situ.

Para wartawan pula diminta mendaftarkan di tiga tempat sebelum dibenarkan masuk ke kamar mahkamah untuk mengikuti kes Anwar. - mks.

Read More...

Krisis UMNO Terengganu Kronik - Tengku Putera Pecat Setiausaha, dua AJK Hulu Terengganu

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin
Wednesday, 10 September 2008

http://buletinonline.net/images/berita11/umno%20kronik.jpg

Krisis UMNO Terengganu
sebenarnya tidak sama dengan apa yang dibayangkan dan diberitahu oleh kepimpinan UMNO yang sentiasa menyatakan UMNO Terengganu tiada masalah dan menafikan parti itu menghadapi krisis yang amat kronik.

Hari ini, dua ahli jawatankuasa Umno Bahagian Hulu Terengganu, Mohd Pauzi Yusof dan Jalaluddin Ismail mendakwa mereka dipecat oleh ketua bahagian itu Dato’ Tengku Putera Tengku Awang tanpa alasan kukuh.

Agensi Bernama melaporkan selain Mohd Fauzi dan Jaluluddin, Setiausaha UMNO bahagian itu, Baharudin Bilaldiah, turut dipercayai dipecat daripada jawatannya.

Mereka yang dipecat itu berkata, mereka menerima surat pemecatan bertarikh 4 September beberapa hari lepas yang ditandatangani oleh Tengku Putera.

Mohd Pauzi, yang memegang jawatan tersebut sejak 2000, berkata walaupun beliau dan Jalaluddin telah dilantik untuk menyandang jawatan tersebut dan ketua bahagian berkuasa untuk mengambil tindakan itu tetapi alasan pemecatan masih perlu diberikan.

Beliau mendakwa pemecatan itu berkemungkinan disebabkan oleh tindakan mereka mencadangkan calon lain untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian dalam mesyuarat UMNO cawangan baru-baru ini.

Katanya tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan dalam keadaan politik pada masa kini kerana ia boleh memecah perpaduan ahli parti.

Selain Mohd Fauzi dan Jaluluddin, setiausaha UMNO bahagian itu, Baharudin Bilaldiah, turut dipercayai dipecat daripada jawatannya itu.

Read More...

Muhyiddin: PM patut fikir semula tempoh masa pelan peralihan kuasa

Mstar Online

10-09-2008 09:02:17 PM

SINGAPURA: Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi patut fikirkan semula mengenai pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama.

Pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah dua bulan lepas, dakwanya, telah "tenggelam" dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

"Tahun 2010 adalah terlalu lama," katanya pada sidang akhbar pada acara tidak rasmi sempena Persidangan CEO Forbes Global di sini.

Di bawah pelan peralihan kuasa itu, Abdullah akan menyerahkan jawatannya sebagai perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010.

Muhyiddin berkata, beliau turut bertanya kepada Najib sama ada dirinya mahu menunggu selama itu kerana beliau akan hanya mempunyai masa yang singkat untuk menguruskan dan mengembalikan semula kenyakinan rakyat kepada Umno dan BN.

Sambil menyatakan yang beliau memang berfikiran kritis mengenai perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Malaysia, beliau meminta Abdullah memikirkan semula mengenainya.

Abdullah berkata, pelan peralihan kuasa itu demi untuk memperkukuhkan perpaduan Umno dan memudahkan anggota parti berikutan terlalu banyak permainan politik selepas pilihan raya umum lepas yang BN menang dengan majoriti mudah di Parlimen.

Ditanya mengenai spekulasi yang beliau akan bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah, masing-masing untuk mencabar bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin menjawab: "Seperti anda katakan, ia hanya spekulasi."

Spekulasi itu timbul ekoran pertemuan antara Muhyiddin dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman bekas perdana menteri itu di Cyberjaya Sabtu lepas, di mana Tengku Razaleigh juga hadir.

Pada pertemuan itu, Dr Mahathir juga menyuarakan hasratnya untuk menyertai semula Umno selepas keluar parti pada Mei lepas.

Muhyiddin berkata, walaupun Dr Mahathir telah keluar Umno, beliau masih banyak bercakap mengenai parti itu, terutamanya mengenai cara untuk memperkukuhkannya dan mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti.

Beliau berkata, ia merupakan satu langkah baik oleh Dr Mahathir dan percaya ia akan turut dialu-alukan oleh anggota Umno kerana ia akan membuatkan parti kembali bersemangat tinggi.

Bagaimanapun, setakat ini beliau tidak tahu reaksi Abdullah terhadap hasrat Dr Mahathir untuk menyertai semula Umno.

Muhyiddin berkata: "Kita perlu bersikap terbuka mengenainya dan pandangan Dr. Mahathir masih diperlukan, dan beliau boleh menyumbang ke arah memperkukuhkan parti."

Mengenai kenyataan Penasihat Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi yang sasaran beliau untuk membentuk kerajaan pada 16 September mungkin tidak tercapai dan kenyataan beliau hari ini bahawa pelan itu kembali berjalan mengikut perancangan, Muhyiddin berkata: "Beliau memang sentiasa (berbuat demikian) "berdolak-dalik" dalam tindakannya yang hanya bertujuan untuk menarik perhatian rakyat."

Malahan dari awal lagi, Muhyiddin berkata, beliau tidak percaya dengan perancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan.

Dan, sebagai ahli politik yang telah lama berkecimpung dalam politik, katanya, beliau tahu bukan menjadi trend di kalangan ahli politik di Malaysia untuk melompat parti secara beramai-ramai.

Muhyiddin berkata, Anwar memang terkenal pandai "mengubah keadaan" untuk disesuaikan dengan objektifnya. BERNAMA

Read More...

Negeri Sembilan akan bubar DUN

Utusan Online

SEREMBAN 9 Sept. - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti hingga membolehkan pembangkang menguasai negeri berkenaan.

Menurut Mohamad, tindakan itu diambil kerana beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu memperoleh lebih banyak kerusi jika pilihan raya diadakan.

"Jika ini berlaku, saya akan bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri dan saya yakin lebih banyak kerusi yang akan kita dapat kerana saya rasa rakyat sudah mula bosan dengan permainan pembangkang.

"Kita percaya tiga kerusi UMNO yang tewas kepada pembangkang di Paroi, Sikamat dan Ampangan akan dirampas semula," kata beliau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Dividen Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) serta program khas RISDA negeri di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi dan Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pengurusan dan Korporat), Wan Mohamad Zuki Mohamad.

Mohamad bagaimanapun yakin ADUN BN tidak mudah untuk dibeli oleh pembangkang.

Mohamad berkata, beliau optimis kerajaan BN yang ada pada hari ini cukup kukuh untuk mentadbir negeri dan negara serta tidak akan termakan sebarang hasutan walaupun dijanjikan imbuhan yang tinggi.

"Saya tidak fikir ada ADUN di negeri ini yang akan melompat dalam parti pembangkang atau dibeli. Berdasarkan maklumat, saya dengar ada yang ditawar dengan 'harga' yang begitu mahal," katanya.

Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri menjelaskan, kerangka kerja BN peringkat akar umbi telah kembali digerakkan dan diperkemaskan melalui kewujudan Pusat Khidmat BN di semua kawasan termasuk yang dikuasai pembangkang.

Pada majlis itu, seramai 1,702 orang peserta RTBB menerima dividen berjumlah RM4.6 juta manakala 2,162 orang peserta TSK menerima dividen berjumlah RM4.1 juta. Purata setiap peserta menerima RM2,954.57.

Pada majlis yang sama, Risda turut memberi zakat kepada 50 orang fakir miskin yang telah ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Pembayaran zakat sejumlah RM10,000 ini adalah sumbangan anak-anak syarikat Risda iaitu pada kadar RM200 seorang.

Read More...

Saiful Insaf, Anwar Maafkan….Najib Kepanasan!!!!

matsamankati

Selain sibuk dengan perjumpaan dengan wakil2 MP BN yg akan menyertai PR, Anwar bakal mendapat kemenangan moral sekali lagi apabila Saiful dlm waktu terdekat akan juga membuat pengakuan bahawa beliau dipaksa oleh “pihak-pihak tertentu” untuk membuat tuduhan liwat terhadap Anwar.

Masa dan lokasi sedang di atur demi memastikan segalanya berjalan lancar dan menjamin keselamatan Saiful.

Beberapa MP BN sudah diberi ‘hint’ tentang perkara ini. Ini menambahkan lagi sokongan mereka kpd Anwar untuk dinobatkan sebagai PM dan keyakinan mereka kpd “pihak-pihak tertentu” terus menjunam.

Najib akan dihantar oleh PAkLAh ke luar negeri bagi menyelesaikan tuntutan lanun yang menawan 2 buah kapal dr Malaysia. Dan kemungkinan Najib ‘dinasihatkan’ agar terus berada di luar negeri sehingga kes Saiful selesai. Sebelum ini PakLah telah menasihati Najib agar tidak membawa Rosmah dalam kempen PRK Pmtg PAuh. Untuk rekod, Rosmah tidak kembali ke Malaysia walaupun ayahnya meninggal dunia atas alasan mendaftar anak2 bersekolah di luar negeri.

Jalan ke Putrajaya semakin jelas….marilah kita semua pejuang keadilan berdoa agar semua berjalan lancar.

Read More...

Tentera jangan terjebak dengan politik perkauman Umno - Pemuda PAS

Harakahdaily

Nyza Ayob
Wed | Sep 10, 08 | 2:59:46 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat menolak sebarang campur tangan tentera dalam isu perkauman yang dibangkitkan sekarang ini

Ketuanya Salahuddin Ayub menafikan kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal yang mengatakan isu tersebut boleh mencetuskan huru-hara.

Katanya, kenyataan Jeneral Abdul Aziz jelas menunjukkan bahawa pihak tentera sedang memantau keadaan yang ada, namun ia tidak bermakna tentera patut terlibat sama secara terbuka.

Jelas Salahuddin, pergolakan politik perkauman yang sedang berlaku sekarang ini bukan melibatkan pemimpin atau penyokong Pakatan Rakyat memandangkan seluruh penyokong Pakatan Rakyat telah mengambil sikap untuk merobohkan semua tembok perkauman.

Katanya, sikap yang ditunjukkan Pakatan Rakyat itu menyebabkan kaum Cina dan India tidak lagi kekok menyokong PAS yang selama ini dilabelkan sebagai ekstrimis Islam.

"Begitu juga orang-orang Melayu yang bersedia menerima DAP walaupun mereka sering dimomokan sebagai chauvenis Cina. Inilah satu pendekatan politik baru yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat yang lebih mengutamakan persoalan perpaduan, keadilan dan kesamarataan daripada perbezaan warna kulit, bahasa dan kepercayaan. Inilah asas perpaduan yang dibina oleh Pakatan Rakyat.

"Keadaan ini amat berbeza dengan parti-parti perkauman yang bergabung secara rapuh dalam BN. Mereka bersatu kerana kuasa tetapi masing-masing bersikap chauvenis terhadap kaum masing-masing. Umno cuba menjuarai isu Melayu termasuk dan meminggirkan kepentingan bangsa lain," katanya dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun katanya, orang-orang Cina dalam MCA, Gerakan dan parti-parti Cina yang lain pula mendesak untuk kepentingan bangsa mereka. Manakala India dalam MIC dan PPP pula bercakap soal hak kaum mereka.

Katanya, anasir yang sama kini menular ke Sabah dan Sarawak yang mengakibatkan mereka bercakaran semasa sendiri untuk menjadi jaguh kepada kaum masing-masing.

Situasi yang berlaku ini katanya menunjukkan realiti politik perkauman BN yang kononnya membentuk kerjasama antara kaum, tetapi hakikatnya mereka tidak memperjuangkan kepentingan bersama, melainkan kaum sendiri.

"Hari ini apabila Umno terdesak mereka membangkitkan semula isu perkauman sehingga mendesak parti komponen BN yang lain keluar pakatan itu. Parti-parti lain pula mengambil kesempatan menyalahkan Umno kerana perkauman mereka.

"Keadaan ini yang menyebabkan krisis perkauman di negara kita. Ketika rusuhan kaum berlaku pada 1960-an juga, Umnolah yang membakar api perkauman ini. Begitu juga pada 1987 dan isu Kampung Medan," katanya.

Katanya, Pakatan Rakyat telah menyedari keadaan ini dan PAS juga menganggap setiap kaum adalah bersaudara kerana semuanya berasal dari bapa yang satu, Adam.

Atas asas ini katanya, Dewan Pemuda melihat bahawa tentera tidak perlu mencampuri pergolakan perkauman kerana Umno dijangka akan memperalatkan pasukan pertahanan untuk mempertahankan survival politik sempit mereka.

Tambahnya, desas-desus bahawa tentera akan campur tangan sekiranya berlaku peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Rakyat yang sudah tersebar seolah-olah sengaja mewujudkan suasana perkauman yang keras seperti 1987 untuk dijadikan alasan bagi penahanan pemimpin pembangkang.

Sehubungan itu katanya, dalam keadaan perkauman yang tegang seperti ini, tentera sepatutnya berkecuali dan bukannya bersuara seolah-olah membenarkan rumusan yang mengatakan tentera akan mengambil negara ini jika BN tersungkur.

Salahuddin juga mengharapkan demokrasi dapat dipertahankan agar peristiwa yang berlaku di Thailand tidak berulang di sini. - mns

Read More...

Gambar berkaitan Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen hari ini

Mstar Online

10-09-2008 01:17:52 PM
oleh ABDUL RAHMAN SENIN dan AZHAR MAHFOF


Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tumpuan para wartawan yang bertugas sebaik beliau tiba di Mahkamah Sesyen pagi tadi.


Anwar hadir bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya termasuk Nurul Izzah.


Pihak polis menyediakan kaunter pendaftaran di hadapan mahkamah.


Pihak polis mengawal keadaan di mahkamah.


Anwar melambaikan tangan kepada penyokong-penyokongnya yang menunggu di luar mahkamah.

Read More...

Terkini : Ghani Patail Cuba Sabotaj Kes Anwar!

Tranungkite

Dilulus terbit pada Wednesday, September 10 @ 16:46:42 MYT oleh reformis
Artikel
Oleh melayunett

"

Barisan Peguam Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah hari ini mempertikaikan campurtangan Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang cuba memindahkan kes pendakwaan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. .



Artikel ini menganalisa rancangan keji Ghani Patail untuk mensabotaj perjalanan kes Anwar
Kes ini sebelum ini dibicarakan di Mahkamah Sesyen iaitu mahkamah yang lebih rendah dari Mahkamah Tinggi. Abdul Ghani Patail sebelum ini berulangkali mendakwa tidak akan campur tangan atau melibatkan diri dengan kes Anwar kerana dirinya sedang di siasat atas dakwaan salahguna kuasa berhubung kes Anwar sebelum ini.

Ghani Patail sebelum ini menaikkan kemarahan rakyat apabila turun ke mahkamah untuk mendakwa sendiri penyokong Pas yang telah ditembak polis sewaktu di Batu Burok.

Ghani juga tidak turun padang sewaktu kes Batu Putih dengan Singapura dan dilihat sebagai tidak kisah dengan kedaulatan Malaysia.
Menurut para peguam Anwar, tidak sepatutnya Abdul Ghani terlibat didalam kes tersebut kerana sebelum ini, Perdana Menteri Abdullah Badawi telah mengatakan Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

Ianya kerana, dua individu berkenaan terlibat secara langsung untuk mereka-reka bukti diatas dakwaan liwat keatas Anwar sepertimana laporan polis yang dibuat oleh Anwar Ibrahim 10 tahun lalu.


Hakim SM Komathy Suppiah menetapkan 24 September untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujah terhadap kesahihan perintah pemindahan kes yang ditandatangani oleh Abdul Gani itu. UMNO sebelum ini dipercayai marah dengan Hakim SM Komathy kerana membenarkan ikat jamin terhadap Anwar.

Helah terkini UMNO dan Peguam Negara ini ada 3 tujuan:

1. Melengah-lengahkan perbicaraan: Kalau memang nak dakwa di mahkamah tinggi, dakwalah sejak awal di situ. Nampak sangat nak lengah-lengahkan.

2. Menukar hakim: UMNO berharap agar hakim yang pro-UMNO seperti yang didedahkan dalam Skandal Lingam akan mengendalikan kes ini

3. Membatalkan ikatjamin – bila kes dibawa ke mahkamah tinggi, mungkin hakim yang pro-UMNO nanti bolehlah membatalkan ikatjamin Anwar.

(selingan: penulis melayunett BUKAN melayunet)

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |