Harakahdaily Intan Abdullah Fri | May 30, 08 | 4:15:40 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Peningkatan indeks ekonomi tidak memberikan apa-apa makna sekiranya rakyat terus terbelenggu dengan masalah kesempitan hidup akibat kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan. Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub berkata ketika kerajaan berbangga dengan kenaikan kadar ekonomi negara sebanyak 7.1 peratus, rakyat pula menangis kerana terpaksa menanggung kos kehidupan yang semakin tinggi. "Kerajaan boleh mendabik dada mengumumkan kenaikan indeks ekonomi negara tatkala rakyat menangis kerana kesempitan hidup yang terpaksa ditanggung selepas kenaikan harga minyak serta barang-barang keperluan," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam. Justeru, beliau menyimpulkan bahawa apa jua kemajuan dan peningkatan ekonomi negara ianya tidak mendatangkan apa-apa kesan dan kebaikan jika sekiranya rakyat terus menderita dengan fenomena kenaikan harga barang saban hari. "Apa maknanya kemajuan dan kekayaan negara jika sekiranya rakyat tidak dapat menikmati hasilnya?" tegasnya. Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian mencadangkan agar kerajaan memikirkan mekanisme terbaik bagi mengawal harga barang keperluan rakyat. "Pada masa yang sama, kerajaan juga harus menyelesaikan isu kenaikan harga minyak degan menggunakan konsep progresif subsidi," ujarnya. Ditanya mengenai tindakan yang sama jika Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Malaysia, beliau menegaskan bahawa ianya akan dilaksanakan sepertimana yang tertulis di dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu. Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Samsul Iskandar Mat Akin pula menyifatkan masalah kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran negara melambangkan sikap kerajaan yang tidak sensitif terhadap keperluan rakyat. "Walau bagaimana meningkat pun ekonomi negara, ia seharusnya memberikan manafaat kepada rakyat, ia adalah penting untuk memberikan imej yang baik kepada pelabur," demikian ujarnya. - mr |
Friday, May 30, 2008
BN bangga peningkatan indeks ekonomi sedangkan rakyat kesempitan
Posted by
Sang Pemantau
at
5:35 PM
Labels: bela rakyat, Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment