+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 30, 2008

Kabinet arah jalan BMC dibuka

Malaysiakini

May 30, 08 3:19pm

Kabinet hari ini mengarahkan supaya jalan akses yang digunakan oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) bagi mengelak membayar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang dibuka kepada lalulintas.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini dan berkuatkuasa serta-merta.

bandar mahkota cheras road opened 300108 02Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa berkata, beliau telah dimaklumkan oleh menteri pengangkutan Datuk Ong Tee Keat mengenainya tengah hari tadi.

Menteri kerja raya Datuk Mohd Zin Mohamed kemudiannya membuat pengumuman rasmi mengenainya apabila mengadakan pertemuan dengan kira-kira 300 penduduk taman perumahan tersebut.

Katanya, jalan akses itu akan dibuka serta-merta dan syarikat konsesi tol Grand Saga akan diarahkan memperbaiki jalan tersebut.

Mohd Zin bagaimanapun tidak pasti sama ada jalan akses akan dibuka untuk sementara atau secara kekal.

Katanya, ia akan bergantung kepada keputusan kes mahkamah antara pemaju perumahan itu Narajaya Sdn Bhd dan Grand Saga.

Hadir sama ialah pengarah eksekutif Grand Saga, Zainal Abidin Ali.

bandar mahkota cheras road opened 300108 10Pertikaian berhubung tindakan syarikat itu membina benteng menutup jalan akses berlarutan sejak tiga tahun lalu tetapi ia sampai ke kemuncaknya pada 21 April lalu apabila penduduk di situ, dengan sokongan beberapa ahli exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bertindak memusnahkan benteng yang dibina pada 2005.

Grand Saga kemudiannya membina semula benteng di situ, tetapi penduduk bertindak memusnahkannya semula.

Bagaimanapun, percubaan Grand Saga untuk membina benteng konkrit setinggi tiga kaki - bagi kali ketiga - pada malam 8 Mei lalu terganggu, apabila polis melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penduduk yang berhimpun di situ.

Empat hari kemudiannya, penduduk gagal mendapatkan perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk menghalang syarikat konsesi lebuhraya itu mendirikan semula benteng konkrit tersebut.

cheras mahkota road grand saga barricade 270508 new barricadeSelepas mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Grand Saga, Zainal Abidin mengeluarkan notis tiga hari lalu bahawa benteng konkrit akan dibina semula di situ dan berharap orang ramai tidak
mengengkari penghakiman mahkamah.

Bagaimanapun, kelmarin, penduduk BMC sekali lagi bertindak membuang semula benteng tersebut yang menutup jalan akses tersebut.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |