Harakahdaily Azamin Amin Fri | May 30, 08 | 9:33:07 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Walaupun Ezam Mohd Noor sudah dilihat mula 'mencerca' KeADILan dan rakan-rakan politik yang lain, namun secara ratanya pimpinan dan aktivis politik bersikap sebaliknya malah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak melafazkan sebarang kritikan terhadap beliau. "Sebelum ini banyak tekaan mengenai kemungkinan Ezam menyertai Umno. Dan ada kalangan pengunjung yang memohon reaksi saya. "Kini setelah sah penyertaan beliau bersama Umno maka ingin saya tegaskan bahawa beliau telah lama meninggalkan perjuangan KeADILan iaitu sebelum Kongres dan jelas sebelum PRU12 lalu. "Justeru, keputusan tersebut adalah hasrat peribadi beliau," kata Anwar dalam blognya secara ringkas. Selain itu aktivis politik wanita yang giat aktif Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai Nora turut menyatakan pendiriannya untuk tidak menyertai Umno. "Sungguhpun banyak spekulasi tentang Nora menyertai Ezam untuk pergi kepada Umno, itu sama sekali tidak benar. "Sungguhpun begitu Nora hormat keputusan Ezam untuk menyertai Umno. Itu hak beliau," katanya. Selain itu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shaharin turut menjelaskan 'hubungannya' dengan Ezam yang menimbulkan tanda tanya banyak pihak. "Memang diakui saya ada bertemu beliau dan kerap berhubung dengan beliau mutakhir ini, sebagai seorang teman. Tiada pertemuan sulit," katanya. Katanya mereka berdua membincangkan secara serius mengenai masa depan Gerak sebuah gerakan muda yang memfokuskan usaha pembenterasan rasuah dan pemerkasaan demokrasi di mana beliau terlibat membantu Ezam menubuhkanya. Katanya Gerak telah diserahkan kepada sekumpulan anak muda untuk mengekalkan sikap non-partisan demi matlamat kelahiranya yang lebih besar. "Sebelum ini saya mengelak memberikan komen kerana melihat perkembangan Ezam yang sememangnya sudah setahun lebih keluar parti, lalu tidak perlu diperbesarkan," katanya. |
Friday, May 30, 2008
'Keputusan itu hasrat peribadi Ezam' - Anwar
Posted by
Sang Pemantau
at
10:08 PM
Labels: DSAI, Ezam, Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment