+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 30, 2008

Kelam Kabut SUKMA - ‘Pekerja Kontrek’ Dan Atlet Jalan Beriringan


Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Bullet On Time
Friday, 30 May 2008

The image “http://buletinonline.net/images/pas/logosukmatrg.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Selamat Datang para atlet ke Sukma XII Terengganu !

Biarpun secara tidak rasmi Sukma telah bermula sejak 29 Mei lalu dengan acara bola sepak pusingan awal, kerancakan sebenar sukan dwi tahunan itu semakin ‘menyerlah’ dengan gandingan pekerja dan ahli sukan yang berjalan beriringan di sekitar Kompleks Sukan Gong Badak !?

Buletin Online sempat meninjau sekitar kompleks tersebut dan mendapati tanggapan orang ramai bahawa penganjuran Sukma kali ini ‘bermasalah’ adalah benar.

Senario yang dapat dilihat disekitar kompleks adalah kesibukan para atlet yang sedang melakukan ‘dry run’ (memanaskan badan) di setiap ‘venue’.

The image “http://buletinonline.net/images/pas/sukma08_2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Namun, dalam masa yang sama para ‘pekerja kontrek’ pula turut sibuk dan melakukan kerja-kerja akhir yang entah bila akan siap sepenuhnya.

Senario paling lucu (janggal), terdapat sekumpulan pekerja dan sebuah ‘tren’ yang sibuk membaiki atap di Stadium Utama.

Masa yang terlalu hampir dengan pembukaan Sukma sepatutnya tidal lagi kelihatan senario pekerja kontrek yang masih sibuk dengan kerja-kerja pembinaan.


Seorang Ahli Jawatan Kuasa Sukma, Watie Abd. Rahman ketika ditemui berkata sepatutnya semua kerja-kerja sudah dibereskan sebulan atau dua bulan sebelum bermulanya Sukma.

Kenyataannya bagi Sukma ke XII Edisi Trengganu 2008 kali ini, walaupun dua hari menjelang Sukma dibuka secara rasmi (31 Mei 2008), masih terlalu banyak kerja yang tidak disempurnakan.

“Saya tak tau nak kata apa dalam soal ini, sepatutnya Terengganu akan menjadi penganjur Sukma terbaik sebagaimana diumumkan Menteri Besar, Ahmad Said,
”tetapi dengan situasi sekarang, ianya mungkin menjadi igauan buruk kepada negeri ini,” katanya sambil menuding jari ke arah sekumpulan pekerja di atas bumbung stadium utama.

The image “http://buletinonline.net/images/pas/atapstad6.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Buletin Online telah mengulas permasalahan atap stadium utama seawal keesokan hari selepas perasmian Stadium Sultan Mizan tersebut pada 11 Mei lalu.

Walaupun pada malam 10 Mei, stadium tersebut dirasmikan oleh DYMM Agong Tuanku Mizan, pada pagi keesokkannya, atap stadium yang tidak selesai terus di perbaiki.

Pada 25 Mei lalu juga Lensa Buletin Online merakamkan scenario dua buah kren dan berpuluh pekerja sedang sibuk membaiki atap stadium tersebut.

Buletin Online juga difahamkan, masalah bekalan air untuk disalurkan ke padang hoki juga masih belum selesai.

Pegawai Pengurusan Acara Hoki, Cik Jawahir dikatakan mnemui jalan buntu bagi menguruskan masalah air di situ justeru keengganan pihak SATU menyediakan tangki untuk mengatasi masalah takungan air berhampiran padang tersebut.


Siasatan Buletin Online mendapati sesuatu yang pelik berlaku dalam pembinaan paip air bagi kemudahan menyembur padang hoki di kompleks itu.

The image “http://buletinonline.net/images/pas/sukma08_3.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Saiz paip (keluar) yang digunakan untuk menyalurkan air bagi menyembur padang hoki, berukuran 5 hingga 6 inci, manakala saiz paip saluran masuk pula hanya berukuran 3 inci.


Ini menyebabkan pihak pengurusan padang terpaksa menunggu sehingga 20 minit pula setiap kali untuk melakukan semburan seterusnya ekoran terpaksa menunggu air penuh semula di dalam tangki.

Selain stadium utama dan padang hoki, masalah juga dikatakan timbul di kawasan letak kereta utama kompleks sukan yang berharga setengah billion ringgit itu.
Kawasan tersebut difahamkan telah didirikan khemah untuk dijadikan kawasan jualan bagi Karnival Sukma, sedangkan ianya adalah kawasan kemudahan letak kereta yang penting kerana paling hampir dengan stadium utama.

The image “http://buletinonline.net/images/pas/sukma08_4.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Permasalahan yang lebih besar akan timbul apabila majlis pembukaan dan penutup Sukma diadakan nanti. Para pengunjung mungkin terpaksa meletakkan kereta di merata tempat dan berhadapan dengan saman penguatkuasa atau polis.

Fakta yang lebih menarik dari kelam kabut penganjuran Sukma edisi Terengganu adalah; kawasan letak kereta itu dijadikan tapak ‘Karnival Sukma’ kerana campur tangan individu yang berpengaruh dalam penganjuran Sukma XII.

Mereka yang tidak bertanggungjawab itu, mengambil kesempatan menjalankan perniagaan ‘atas angin’ dan mengaut keuntungan dengan mengenakan sewa ke atas setiap khemah yang didirikan.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |