+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 30, 2008

"Terima kasih Abang Zin"

Agenda daily



SELESAI… Kontroversi laluan di persimpangan Bandar Mahkota Cheras dan lebuhraya Grand Saga akhirnya selesai apabila Menteri Kerjaraya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed datang sendiri ke tempat tersebut menyampaikan keputusan kerajaan untuk membuka laluan berkenaan bagi kegunaan penduduk kawasan perumahan berkenaan.

Beliau yang tiba jam 3.30 petang disambut oleh kira-kira 1,000 penduduk dan terus mengambil pembesar suara mengumumkan keputusan kerajaan itu.

Pengumuman beliau itu disambut sorak dan tepukaan gemuruh para penduduk yang hadir sambil ada yang melaungkan hidup ‘Abang Zin’.

Kontroversi tersebut berlarutan sejak sebulan lalu apabila penduduk BMC mengambil tindakan memecah halangan konkrit yang dibina oleh Grand Saga di persimapangan tersebut.



Walaupun pihak Grand Saga beberapa kali cuba membina semula halangan berkenaan, penduduk terus mengambil tindakan memecahkan halangan berkenaan. Akibatnya beberapa insiden termasuk pertembungan antara penduduk dan pihak polis berlaku hingga menyebabkan ada yang tercedera ekoran pergaduhan yang berlaku.

Menurut Zin, kerajaan prihatin dengan masalah yang di terhadap hadapi oleh penduduk BMC dan dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu beliau berharap tidak ada lagi pihak-pihak yang cuba mencetruskan lagi kekecohan dan melanggar undang-undang.

Menurutnya, pihak kerajaan tidak berdiam diri dalam isu berkenaan sebaliknya telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Grand Saga dan pemaju BMC, Narajaya Sdn Bhd untuk mencari jalan penyelesaian.

“Rakyat sepatutnya bersabar dan tidak bertindak di luar batas undang-undang kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan setiap rungutan dan keluhan rakyat,” katanya.



Dengan keputusan berkenaan, pihak Grand Saga bersetuju untuk tidak membuat tuntutan ganti rugi terhadap kerajaan sehingga kes mahkamah yang melibatkan pemaju dan Grand Saga diputuskan.

Serentak dengan keputusan berkenaan, sebuah jentolak terus memulakan kerja-kerja merobohkan halangan yang ada dan para pekerja Grand Saga melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan.– 30/5/2008

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |