Malaysiakini |
May 29, 08 2:24pm |
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap ahl-ahli Gerakan akan kekal dalam parti selepas dua pemimpin kanan parti anggota komponen Barisan Nasional (BN) itu telah menyertai kerajaan Pakatan Rakyat. Lee kemudiannya mengumumkan keluar dari Gerakan. Sehubungan itu, Najib berkata, pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan itu tidak boleh mengekalkan kedudukannya dalam komponen BN setelah menyertai kerajaan pembangkang. Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Gerakan telah memberi surat tunjuk sebab kepada Tan mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya kerana menyertai kerajaan Selangor. Setiausaha agungnya, Datuk Chia Kwang Chye berkata, surat tersebut, yang ditandatanganinya, telah dihantar kepada Tan hari ini. Katanya, tindakan selanjutnya akan diputuskan selepas ini. Ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang meminta BN mengambil tindakan terhadap wakil rakyatnya, Datuk Mukriz Tun Dr Mahathir (Jerlun) dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) kerana kritikan menghina kerajaan atau Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Najib berkata ia akan dikaji.
Ketika ditanya bila beliau akan bertemu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib berkata: "bila-bila masa". Sebelum ini, Najib pernah berkata beliau akan menemui Dr Mahathir setelah bekas presiden Umno itu mengisytiharkan keluar bersyarat dari Umno. |
Friday, May 30, 2008
Najib harap ahli Gerakan terus setia
Posted by
Sang Pemantau
at
12:11 AM
Labels: keluar BN, malaysiakini, najib razak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment