+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, June 9, 2008

Pemerintahan 100 hari: Beza PR dan BN terlalu jauh

Harakahdaily

Mohd Sabri Said

Mon | Jun 09, 08 | 12:50:34 pm MYT

BUTTERWORTH, 9 Jun (Hrkh) - Perbezaan 100 hari pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) di lima buah negeri selepas pilihan raya umum ke-12 lalu jelas ketara sekali kata, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani.

BN ujarnya, terus memperkenalkan sikap penindasan manakala PR lebih cenderung membantu meringankan masalah yang dihadapi rakyat.

Beliau ketika berceramah di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Butterowrth semalam menegaskan, walaupun rakyat memberi isyarat kepada BN agar lebih berhati-hati memimpin negara namun kemenangan yang dikecapi tidak langsung mengambarkan mereka akan berubah.

Sebaliknya, terus menghukum rakyat yang memberi ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk ke parlimen sekaligus menghalang usaha BN memperolehi kemenangan dua pertiga.

"Jurang antara pemerintahan BN dan PR jelas sekali berbeza. BN mengekalkan dasar penindasan manakala PR cuba memberikan perkhidmatan terbaik dengan menengahkan konsep kesederhanaan kepada rakyat, " jelasnya.

Tambahnya, sejak bulan pertama kemenangan BN mereka asyik bercakaran sesama sendiri tanpa memikirkan penyelesaian berbagai gejala kemungkaran.

Bulan kedua isu beras melanda negara sehingga kepimpinan BN menyeru rakyat makan ubi kayu atau kentang bagi mengantikan beras yang semakin kurang.

Bulan ketiga pula berlaku kenaikan harga barang dan terbaru minyak yang mana menerima kenaikan sehingga 78 sen bagi petrol dan RM1.00 bagi diesel iaitu kenaikan paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

"Kerajaan BN serba salah untuk berhadapan dengan rakyat. Lain yang tertera dalam manifesto lain pula yang menjadi amalan, " tegas beliau.

Bagi PR pula sejak bulan pertama hingga sekarang semua kerja ditumpukan untuk membaiki urus tadbir hasil peninggalan kerajaan terdahulu.

Bulan kedua mula merancang berbagai agenda seperti menambah elaun guru-guru Kelas Fardhu Ain (KAFA), menurunkan hasil tanah, memberikan geran tanah, menambah keluasan tanah sawah dan sebagainya.

Bulan ketiga rata-rata lima negeri sedang berusaha menarik pelabur negara asing supaya yakin dengan kebolehan pembangkang memerintah. Hasilnya kini sudah ada yang berani tampil bekerjasama dalam banyak perkara.

"PR pula kena bermula daripada asal kerana banyak dokumen penting kerajaan terdahulu dihilangkan. Tetapi kini, semuanya dalam proses perkenalan kepada pelaburan asing untuk membuka ruang kepada mereka untuk memajukan negeri masing-masing. Lain pula di Kelantan mereka teruskan usaha meningkatkan prestasi pembangunan rakyat setelah mendapat mandat baru memerintah, " kata Azman seterusnya.

Kemungkinan berlaku sekali lagi kenaikan harga minyak sebanyak RM4.10 berbanding RM2.70 sekarang ini menjelang bulan Ogos depan.

Oleh itu, rakyat harus menilai di mana kecemerlangan BN selama ini yang mengamalkan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang walhal kepimpinan negara acapkali bertindak sebaliknya.

Turut berceramah sama pada majlis Nakba Palestin anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan itu ialah Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Haji Azmi Abdul Hamid dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Noordin. - mks. _

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |