+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, June 9, 2008

Pakatan Rakyat akan bela rakyat, turunkan harga minyak selepas menjadi kerajaan - Anwar

Suara Keadilan



Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim berkata tidak membawa sebarang makna menjadi seorang pemimpin dan kerajaan sekiranya tidak membela nasib dan hak rakyat .

Katanya, Pakatan rakyat akan memberi jaminan membela nasib rakyat, serta beliau sekali lagi mengulangi bersedia untuk menurunkan harga minyak sekiranya berjaya membentuk kejayaan.

Beliau menyelar keutamaan kerajaan dalam menyediakan insentif kepada syarikat-syarikat besar yang mencatatkan keuntungan berbilion ringgit sedangkan pemberian subsidi untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah telah ditarik balik.

“Subsidi kepada rakyat miskin ini dipandang rendah” katanya di hadapan lebih 10, 000 yang hadir dalam program himpunan rakyat, Menuju Harapan Baru di Keramat malam tadi

Anwar, secara rasional tidak bersetuju pemberian subsidi yang berlebihan sehingga membebankan ekonomi negara namun merasa kesal dengan pengurusan ekonomi yang membebankan rakyat.

“Subsidi gas diberi kepada syarikat-syarikat kaya. Subsidi kepada TNB diberi sebanyak 5.6 bilion ringgit, subsidi kepada IPP yang dipunyai oleh syarikat2 besar yang kaya sebanyak yang untung berbilion ringgit setahun 6.7 billion.

Selain Anwar, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib turut menyampaikan ucapan.

Laporan lanjut mengenai ucapan dan program boleh didapati dalam akhbar Suara Keadilan bilangan 137 yang akan terbit pada 18 Jun depan

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |