+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, June 9, 2008

Tol turun Ogos ini?

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Berita Minggu
Isnin, 09 Jun 2008

KERAJAAN akan memutuskan penurunan semua kadar tol pada Ogos ini, selepas jawatankuasa khas yang ditubuhkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) selesai melakukan kajian terperinci mengenainya, lapor akhbar Berita Minggu Malaysia semalam.

Langkah untuk menurunkan kadar tol itu diambil selepas kerajaan menaikkan harga minyak antara 41 dengan 63 peratus minggu lepas, sehingga mencetus rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata kerajaan sudah memulakan rundingan dengan kesemua 22 syarikat konsesi lebuh raya untuk menilai semula kadar tol, termasuk menurunkan kadarnya.

'Kita tidak boleh buat keputusan sekarang kerana jawatankuasa khas masih melakukan kajian dan meneruskan rundingan dengan syarikat pemegang konsesi tol lebuh raya negara ini,' kata beliau.

Datuk Mohd Zin berkata kajian itu akan mengambil masa tiga bulan.

Antara perkara yang akan diambil kira dalam kajian itu ialah kepadatan trafik, klausa perjanjian, kadar tol, tempoh konsesi serta jumlah pembiayaan yang diperlukan bagi sesebuah syarikat membayar balik pinjaman, menyelenggara dan menjalankan operasi.

Beliau berkata begitu semasa mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin, yang menyarankan kerajaan menurunkan atau memansuhkan kadar tol lebuh raya bagi membantu rakyat berikutan pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel, bermula Khamis lalu.

Ketua Pengarah LLM, Datuk Razali Osman, berkata jawatankuasa khas itu turut akan membuat penelitian terhadap kadar penurunan tol dan kesannya ke atas semua pihak.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |