+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, June 9, 2008

Anwar: MP BN lompat seperti dirancang

Malaysiakini

Rahmah Ghazali | Jun 8, 08 2:45pm

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tarikh ahli Parliman (MP) Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat kekal sepertimana yang dirancangkan pada pada 16 September depan.

anwar ibrahim pc 120508 03Pakatan Rakyat memerlukan sokongan 30 ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butir-butir lanjut mengenai jumlah ahli Parlimen BN terbabit "atas sebab-sebab keselamatan mereka".

Katanya sesetengah daripada mereka terpaksa terbang senyap-senyap ke negara jiran untuk mengadakan perbincangan (dengannya).

Oleh itu, kata Anwar, adalah merbahaya jika beliau mendedahkan sebarang nama sekarang.

Beliau juga mengakui telah menemui sesetengah daripada mereka di Sabah, ketika dalam perjalanan ke Filipina semalam.

Menurut Anwar lagi, pengumuman mengenai ahli Parlimen BN menyertai Pakatan akan hanya didedahkan ketika Parlimen sidang.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan mengenainya perlu dibincangkan secara terperinci dengan barisan pemimpin Pakatan.

Beliau bercakap dalam satu sidang akhbar selepas mengumumkan senarai anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MP) PKR di ibu pejabat baru parti itu di Tropicana, Damansara.

Antara ahli MPT yang dilantik ialah Presiden KOngres Kesatuan sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud; bekas Presiden Abim, Dr Mohd Noor Manuti dan bekas ahli exco MCA, Felicia Lim. Parti itu menerima 50,000 ahli baru hari ini.

Ulas kenyataan Karpal

Anwar juga menjawab soalan mengenai kemungkinan wujud perbezaan pendapat dalam Pakatan berhubung isu MP BN menyertai Pakatan.

Beliau ditanya secara khusus mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berkata beliau tidak yakin ada MP BN yang akan melompat parti dan secara peribadi beliau tidak menyokong sebarang tindakan melompat parti.

Anwar berkata, laporan media telah memetik Karpal "luar dari kontek" dan menambah beliau (Anwar) sering berkongsi keprihatiannya mengenai MP melompat parti dengan pemimpin Pakatan yang lain.

"Mereka menerima hakikat itu dan akan menimbang permohonan sesiapa sahaja yang menerima agenda Pakatan," kata Anwar.

"Jika mereka menerima agenda dan dasar (kita), Karpal tidak ada masalah dengan (tindakan melompat parti itu)," katanya.

Sedia bertanding


Anwar seterusnya menjelaskan bahawa beliau tidak memerlukan kebenaran dari Peguam Negara, Tan sri Abdul Gani Patail untuk bertanding dalam pilihanraya kecil.

Larangan terhadap Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya dan memegang jawatan dalam parti, berakhir pada 14 April tahun ini.

Katanya, beliau belum bertanding dalam pilihanraya kecil kerana masih berbincang dengan pemimpin lain parti tersebut dan juga dengan beberapa ahli Parlimen yang bersedia meletak jawatan untuk membolehkan beliau bertanding.

Anwar juga berkata, beliau telah menerima surat dari Pendaftar Pertubuhan yang membenarkan beliau untuk aktif semula dalam politik.

Beliau turut mengulangi pendirian Pakatan untuk menurunkan harga minyak jika mereka memerintah, dan menambah beliau lebih rela kehilangan jawatan daripada membiarkan rakyat merana.

Anwar merupakan calon pilihan Pakatan untuk menjadi perdana menteri jika gabungan itu berkuasa.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen bagi Petrol dan RM1 bagi minyak diesel.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |