+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, September 2, 2008

Debaran Menjelang 16 September – Anggota Parlimen Sabah Tak Mahu ‘sign’ Taat Setia Kepada PM

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Sunday, 31 August 2008


http://buletinonline.net/images/Berita10/pakatan%20rakyat.gifWalaupun Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata hasrat Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini sukar, namun riak kebenaran janji Bekas Timbalan Perdana Menteri,

Dato’ Seri Anwar Ibrahim ada tandanya dan semakin jelas kelihatan.


Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen (AP) Gua Musang berkata Pakatan Rakyat sukar membentuk kerajaan kerana menurutnya persefahaman dalam parti yang berada di bawah pakatan itu -- PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) -- dilihat masih belum jitu.

Walhal, pada 28 Ogos jam 11 pagi lalu, Majli Pemimpin Pakatan Rakyat telah pun mengadakan mesyuarat mereka di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen.


Mesyuarat tersebut mengambil pendirian bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat buat mengulangi pendirian untuk memperkukuhkan semangat kerjasama di dalam Pakatan Rakyat.

Selain itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan Perhimpunan Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan di Permatang Pauh pada 31 Ogos 2008 pada pukul 9:00 malam.

Tengku Razaleigh sebenarnya cuba menteteramkan dirinya sendiri kerana dimaklumkan beliau sedang berusaha keras mengumpul jumlah pencalonan bagi membolehkan beliau bertanding melawan Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pemilihan UMNO yang akan datang.


Sumber dalaman UMNO memberitahu, Tengku Razaleigh yakin beliau akan mendapat cukup pencalonan dan akan berjaya mengalahkan Abdullah seterusnya menjadi Presiden dan Perdana Menteri Malaysia.

Menurut sumber itu, Tengku Razaleigh berkata beliau sekurang-kurangnya akan mendapat tiga pencalonan dari negeri Terengganu.


Suatu ledakan dan kejutan juga berlaku, Bahagian Besut yang di kuasai oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Idiris Jusoh adalah salah satu bahagian yang akan mencalonkan Tengku Razaleigh.

Idris akan mencalonkan Tengku Razaleigh kerana beliau dikatakan sudah hilang kepercayaan kepada Abdullah kerana tidak membantu beliau dalam menghadapi menghadapi serangan dan tuduhan berkaitan projek-projek mega Terengganu.


Walhal, mereka (Idris dan Abdullah) bersama-sama merancang dan melaksanakan projek tersebut termasuk perlumbaan perahu layer Monsoon Cup dan juga Taman Tamadun islam di Pulau Wan Man.

Justeru itu, Tengku Razaleigh perlu membuat kenyataan ‘kontra’ kepada usaha Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya kerana beliau sendiri bercita-cita ke arah yang sama.

Dalam pada itu, Anwar, pada hari pertama kembali ke Parlimen (28 Ogos) telah pun mengadakan pertemuan dengan sekumpulan AP dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat.


mStar Online melaporkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang hari tersebut.

Dimaklumkan bahawa dalam pertemuan tersebut, memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Ada sekumpulan wakil rakyat (BN) telah menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang... beberapa perkara dibincangkan," kata sumber yang dipercayai.


Sumber itu tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.


Pertemuan itu diadakan walau baru beberapa jam shaja selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.


Dalam perkembangan yang sama, Dato’ Seri Najib Razak berkata hari ini, beliau telah menerima penjelasan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah yang enggan menandatangani surat jaminan taat setia kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Utusan Online memetik Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Ahli Parlimen terbabit telah menghubungi beliau secara peribadi dan menjelaskan sebab tidak menandatangani surat jaminan berkenaan.


Walaupun AP terbabit memberi jaminan tetap menyokong BN tetapi mereka tidak mahu terikat dengan menandatangani surat jaminan tersebut.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |