| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Sep 2, 08 12:50pm |
| Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang didakwa berkempen untuk PKR di Permatang Pauh, masih bimbangkan keselamatan dirinya jika kembali bertugas. Sehubungan itu, peguamnya Ahmad Nizam Hamid berkata, Ramlang mungkin memohon cuti tambahan sehingga tempoh yang sesuai kembali bertugas di masjid itu di Jalan Duta. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Nizam berkata, Ramlang sepatutnya kembali bertugas semula esok. Menurut Ahmad Nizam lagi, Ramlang juga ada menerima panggilan daripada "pihak atasan" berhubung dakwaan imam tersebut berkempen atas pentas calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil tersebut. Katanya, mereka mahu mendapatkan penjelasan daripada Ramlang berhubung perkara itu. Sedia beri kerjasama Ramlang muncul di Permatang sewaktu pilihanraya kecil baru-baru ini untuk memberi penjelasan apa yang berlaku di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa diliwat Anwar. Ramlang termasuk empat orang imam yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Saiful itu. Ketika muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat 24 Ogos lepas, dua hari sebelum hari pengundian, imam itu meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan. Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful it tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian. Ahmad Nizam berkata, Ramlang bersedia memberi kerjasama dalam siasatan dalaman yang akan diadakan kelak. Ulas kenyataan Zahid "Kita yakin Ramlang tidak bersalah, dan beliau sedia beri kerjasama dalam siasatan tersebut," tambahnya. Ditanya reaksinya terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi mengenai siasatan dalaman tersebut, Ahmad berkata: "Jangan bising ikut arahan kerajaan, sepatutnya ustaz ini (Ramlang) diberi penghormatan". Sebaliknya, kata Ahmad Nizam, beliau amat menghormati Ramlang kerana beliau adalah seorang yang baik. Ketika dihubungi hari ini, Ramlang berkata, beliau tidak dapat memberi sebarang kenyataan pada masa ini. "Apa-apa, boleh berhubung dengan peguam saya," katanya. |
Tuesday, September 2, 2008
Ramlang bimbang kembali bertugas
4 comments Labels: malaysiakini, penjelasan isu, sepol bodo, sumpah
Koleksi Video - Ramlang Porigi Dipaksa Saksi
0 comments Labels: koleksi video, sepol bodo, sumpah
Kedah larang penyanyi wanita...
| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Sep 2, 08 5:29pm |
| Seperti di Kelantan yang dikuasai PAS, kini tiada lagi persembahan penyanyi perempuan dibenarkan di Kedah, kata exco kerajaan negeri Dr Ismail Salleh hari ini. "(Penyanyi) perempuan memang kita tidak terima 100 peratus (untuk kelulusan permit hiburan). "Tetapi kalau persembahan itu khas untuk orang perempuan sahaja tidak mengapa," kata Dr Ismail, pengerusi jawatankuasa tetap kesihatan, penerangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembangunan insan Kedah. Beliau yang juga wakil rakyat Alor Mengkudu berkata, suara perempuan sebahagian daripada aurat. "Kalau bersyarah lainlah," katanya kepada Malaysiakini, apabila diminta mengulas larangan sepenuhnya konsert di negeri itu yang kini bawah pentadbiran PAS. Keputusan itu, tambahnya, antaranya berdasarkan garis panduan hiburan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang disifatkannnya "cukup cantik" dan bersetuju sepenuhnya dengan isi kandungannya. Sebelum ini, tambahnya, keputusan politik sudah jelas cuma di peringkat pentadbiran "agak berat dan perlahan" untuk dilaksanakan. Dr Ismail berkata polis dan pegawai di pejabat daerah "tidak sebulu" dengan larangan itu kerana telah 50 tahun bekerja dengan bawah kerajaan BN negeri. Kedua-dua badan kerajaan ini bertanggungjawab terhadap permit hiburan, katanya. Dr Ismail turut menjelaskan, pengharaman turut melibatkan persembahan lain yang memberikan kesan negatif golongan remaja bukan sahaja empat jenis muzik yang dilaporkan Jumaat lepas – reggae, pop, rock dan dangdut. "(Empat jenis muzik) itu hanya contoh," katanya. Bagaimanapun, menurut Dr Ismail lagi, pengharaman tersebut buat masa ini hanya diguna pakai untuk tempat terbuka. Acara persembahan pentas lain seperti tarian pula digalakkan untuk kanak-kanak sekolah bagi menggantikan penari dewasa kerana belum akil baligh, kata Adun PAS itu. Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) akan menulis surat kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Razak berhubung pengharaman itu, esok. "Kita ingin berbincang dengan kerajaan negeri tentang keputusan itu," kata pengurusnya Ahmad Abdullah. Karyawan juga menggesa kerajaan Kedah memperhalusi lagi larangan tersebut. Ia juga mencadangkan sebarang keputusan berhubung isu-isu seni dan hiburan mestilah melibatkan kumpulan seniman. |
0 comments Labels: malaysiakini, PR Kedah
Cina 'menumpang': Najib mohon maaf
| Malaysiakini |
| Sep 2, 08 5:41pm |
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memohon maaf atas kenyataan yang dibuat oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang telah menimbulkan kemarahan di kalangan kaum Cina.Najib berkata, Umno akan bermesyuarat untuk menentukan tindakan yang akan diambil terhadap Ahmad. Beliau yang juga timbalan presiden Umno memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini. Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan mengarahkan Ahmad supaya tidak mengulangi kenyataannya pada masa depan. Bagaimanapun, jaminan beliau yang juga presiden Umno itu gagal menyelesaikan isu tersebut. Ekoran itu beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Ahmad berhubung kenyataannya itu. Ahmad didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan itu sewaktu berceramah di Kampung Belah Dua pada 25 Ogos lalu ketika pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Dalam ceramah tersebut, Ahmad didakwa berkata, orang Cina adalah pendatang yang menumpang di Malaysia dan oleh itu mereka boleh mengharap mendapat layanan sama rata. Ahmad tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya sejak tercetusnya kontroversi tersebut Isnin lalu. Pemuda DAP (Dapsy) telah membuat laporan polis di Perak, Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan terhadap Parti-parti komponen BN - MCA dan Gerakan - juga telah membuat laporan polis berhubung isu yang sama beberapa hari yang lalu. |
0 comments Labels: malaysiakini, najib razak, perkauman
Nik Abdul Aziz Nik Mat Tolak Anugerah Gusi.
msomelayu
SEMASA muktamar Pas ke 54 di Ipoh Perak baru-baru ini Pengerusi Tetap Muktamar, Ustaz Abu Kassim mengumumkan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan versi Asia oleh Yayasan Gusi yang berpusat di Manila.
Anugerah itu dianggap suatu pengikhtirafan terhadap Nik Aziz sebagai tokoh politik Islam di rantau ini dan sangat dibanggakan oleh Pas. Secara tidak langsung juga pengikhtirafan itu adalah untuk Pas sebagai parti siasah Islam di negara ini.

0 comments Labels: anugerah, msomelayu, TGNA
Lagi laporan polis terhadap Ahmad
| Malaysiakini |
| Athi Veeranggan | Sep 2, 08 3:49pm |
| Kecaman terhadap Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berterusan kerana didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap kaum Cina sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini, dan semalam, satu lagi laporan polis dibuat terhadapnya. Laporan itu dibuat oleh Pemuda DAP (Dapsy) di balai polis Jalan Patani di Pulau Pinang semalam, yang menuntut polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap Ahmad yang didakwanya membuat kenyataan berunsur hasutan itu sewaktu berceramah di Kampung Belah Dua pada 25 Ogos lalu. |
3 comments Labels: malaysiakini, MCA, perkauman, UMNO
16 September tarikh perpaduan Pakatan Rakyat
| Harakahdaily Mohd Nor Yahya Tue | Sep 02, 08 | 5:39:45 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 2 Sept (Hrkh) - Ramai menyifatkan cadangan cuti umum pada 16 September ini sebagai tepat pada masanya sempena memperingati penubuhan Malaysia dan kemasukkan Sabah dan Sarawak. Malah ramai berhujah cuti itu sepatutnya sudah lama dilaksanakan sebagai menghormati kesediaan kedua-dua negeri terbabit menyertai persekutuan Malaysia. Anggota Parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pengisytiharan cuti itu tepat pada masanya dan cadangan Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenainya amat dialu-alukan. "16 September merupakan tarikh keramat kerana sebelum itu Tanah Melayu hanya terdiri daripada negeri-negeri ada di semenanjung sahaja. "Kesediaan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia merupakan satu tarikh yang cukup penting, lebih kurang sama dengan 31 Ogos. Sepatutnya kerajaan Malaysia lebih prihatin terhadap tarikh tersebut," katanya di sini. Semalam, Anwar yang juga Ketua Umum KeADILan mencadangkan supaya cuti umum diisytiharkan di lima negeri Pakatan Rakyat pada 16 September setiap tahun. Wan Abdul Rahim yang juga Yang Dipertua PAS Kota Bharu berkata, malangnya kepentingan tarikh tersebut kurang diberi perhatian kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga sekarang. "Apa yang berlaku hari ini menggambarkan Pakatan Rakyat mendahului BN dalam banyak perkara termasuk kebajikan rakyat di Sabah dan Sarawak," kata beliau. Pengerusi Perhubungan KeADILan Kelantan, Haji Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, tarikh kemasukkan Sabah dan Sarawak dalam persekutuan Malaysia merupakan perisitiwa penting bagi rakyat negara ini. Ini kerana katanya tanggal 31 Ogos 1957 sebenarnya tidak memberi banyak makna kepada penduduk di Sabah dan Sarawak kerana mereka ketika itu masih berada di bawah belenggu penjajah. Menurutnya hanya pada 16 September 1963 barulah rakyat di kedua-dua negeri terbabit merasai nikmat kemerdekaan sebenar. "Dengan menjadikan tarikh tersebut sebagai cuti umum bagi rakyat Malaysia barulah rakyat di Sabah dan Sarawak merasai kemerdekaan sebenar. Ia juga adalah lambang perpaduan kaum," ujar beliau yang juga anggota Parlimen Ketereh. Ditanya dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan cuti tersebut boleh menjejaskan produktiviti dan daya saing pekerja, Abdul Aziz berkata, kenyataan itu kurang berasas. Menurutnya tiada sebab ekonomi boleh terjejas dengan cuti sehari sahaja dalam setahun bagi merayakan pembentukan Malaysia. "Kenyataan itu tidak lebih sebagai pandangan politik, samalah dengan cuti mingguan dua hari di Kelantan mulai 1 Januari 1996 pada awalnya dipertikaikan banyak pihak terutamanya pemimpin Umno dan BN. "Namun selepas lebih 10 tahun cuti itu diamalkan di Kelantan akhirnya kerajaan persekutuan menirunya. Begitu juga dengan cuti 16 September yang memberi makna besar bagi rakyat di Sabah dan Sarawak lambat laun akan ditiru juga," katanya. Pengurus Media dan Komunikasi Pusat Kajian dan Penyelidikan Strategik Kelantan, Ibrahim Mamat berkata, rakyat berharap tarikh tersebut benar-benar dijadikan cuti umum di negeri Pakatan Rakyat sebelum diikuti negeri-negeri lain. "Ini menggambarkan Pakatan Rakyat amat menghargai tarikh tersebut yang menyatukan seluruh negeri di semenanjung dengan Sabah dan Sarawak," ujar beliau. Menurutnya juga kesepakatan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat untuk menjadikan tarikh tersebut sebagai cuti umum boleh menjadi lambang perpaduan. Kata beliau negeri-negeri lain juga sepatutnya menerima cadangan itu kerana tarikh terbabit milik semua rakyat Malaysia. Ibrahim yang juga bekas anggota jawatankuasa Umno Kubang Kerian berkata, tanggal 16 September sepatutnya dijadikan sebagai lambang perpaduan rakyat Malaysia yang dimulakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. - mj_
|
2 comments Labels: Harakahdaily, Malaysia baru, Pakatan Rakyat
Pahang kekurangan tepung
KUANTAN - Bekalan tepung gandum masih tidak mencukupi.
Demikian luahan rata-rata peniaga kedai runcit di sini apabila diajukan soalan berkenaan isu masalah tepung tidak mencukupi menjelang musim perayaan yang bakal tiba.
Seorang peniaga kedai runcit, Khatijah Muda berkata, masalah kekurangan bekalan tepung tersebut sudah berlarutan hampir sebulan.
"Orang ramai memilih tepung murah (cap kunci) yang harganya RM1.35 sekilogram, tepung mahal orang tak nak.
"Kalau setakat kegunaan sendiri, mungkin mereka tak kisah, tetapi kebanyakannya digunakan untuk berniaga, beli yang mahal mana nak untung. Jika mereka naikkan harga kuih, nanti pelanggan bising," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Jaya berkata, bekalan tepung memang tidak pernah cukup, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.
"Pemborong pula suka ambil kesempatan terutamanya ke atas peniaga kedai runcit atau kecil-kecilan seperti kami.
"Bayangkanlah sekampit tepung yang harganya cuma RM33, tetapi apabila dijual kepada kami, dikenakan caj sebanyak RM5.
"Bila ditanya kenapa dicaj, mereka kata bekalan susah dapat dan harganya pula dah mahal, mahu tak mahu kena belilah juga," katanya lagi.
Hamidah Harun, 44, peniaga kuih di bazar Ramadan pula berkata, memang menjadi masalah besar kepadanya lebih-lebih lagi di bulan puasa.
"Kebanyakan kuih dibuat dengan tepung gandum, tepung murah sukar didapati, ada yang mahal sahaja.
"Berapa pula saya hendak caj kepada pembeli, letak harga mahal nanti orang ramai bising. Harap kerajaan dapat berbuat sesuatu bagi menangani masalah kekurangan tepung ini, sekurang-kurangnya ringanlah sedikit beban kami," ujarnya lagi.
0 comments Labels: barang naik, kosmo, MB Pahang

