+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, September 2, 2008

Ramlang bimbang kembali bertugas

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Sep 2, 08 12:50pm

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang didakwa berkempen untuk PKR di Permatang Pauh, masih bimbangkan keselamatan dirinya jika kembali bertugas.

Sehubungan itu, peguamnya Ahmad Nizam Hamid berkata, Ramlang mungkin memohon cuti tambahan sehingga tempoh yang sesuai kembali bertugas di masjid itu di Jalan Duta.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Nizam berkata, Ramlang sepatutnya kembali bertugas semula esok.

ramlang porigi"Ramlang sedang menimbang untuk memohon cuti tambahan kerana bimbangkan keselamatan dirinya," tambahnya.

Menurut Ahmad Nizam lagi, Ramlang juga ada menerima panggilan daripada "pihak atasan" berhubung dakwaan imam tersebut berkempen atas pentas calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil tersebut.

Katanya, mereka mahu mendapatkan penjelasan daripada Ramlang berhubung perkara itu.

Sedia beri kerjasama


Ramlang muncul di Permatang sewaktu pilihanraya kecil baru-baru ini untuk memberi penjelasan apa yang berlaku di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa diliwat Anwar.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 01Pada 15 Ogos lepas, Saiful mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR pada 26 Jun.

Ramlang termasuk empat orang imam yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Saiful itu.

Ketika muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat 24 Ogos lepas, dua hari sebelum hari pengundian, imam itu meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful it tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Ahmad Nizam berkata, Ramlang bersedia memberi kerjasama dalam siasatan dalaman yang akan diadakan kelak.

Ulas kenyataan Zahid

"Kita yakin Ramlang tidak bersalah, dan beliau sedia beri kerjasama dalam siasatan tersebut," tambahnya.

Ditanya reaksinya terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi mengenai siasatan dalaman tersebut, Ahmad berkata:

"Jangan bising ikut arahan kerajaan, sepatutnya ustaz ini (Ramlang) diberi penghormatan".

Sebaliknya, kata Ahmad Nizam, beliau amat menghormati Ramlang kerana beliau adalah seorang yang baik.

Ketika dihubungi hari ini, Ramlang berkata, beliau tidak dapat memberi sebarang kenyataan pada masa ini.

"Apa-apa, boleh berhubung dengan peguam saya," katanya.

4 comments:

Unknown said...

Saya rasa Imam Ramlang bukannya takut untuk kembali bertugas tapi isu ini sengaja dimainkan oleh pembangkang...

Unknown said...

Tak kan benda ni pun nak diperbesar-besarkan.
Kebimbangan itu memang ada, kan isu ni isu hangat. Yang terlibat pun orang-orang yang berprofil tinggi. Tak mustahil la kalau dia bimbang.
Tapi isunya di sini, tak perlu lah nak perbesarkan sangat benda ni.
Sedangkan kita sendiri tak tau lagi mana hujung pangkal cerita ni.

Unknown said...

Sebenarnya isu ini sengaja dibesarkan oleh pembangkang...

Sang Pemantau said...

Biasa ke isu macam ni??Tengok dulu kes PI Bala yang membuat akuan sumpah kes Altantuya. Tetiba je hilang disorok. Biasalah, BN akan bertindak bila tidak menyebelahi dia.Dalam kes Imam Ramlang pun, mmg dia bimbang, sebab kenyataannya tidak menyebelahi BN. Takut jugak dia kalau kena bom macam Altantuya...hehehe....

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |