+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 9, 2008

Isu 'Melayu Marah' hanya mainan media dan Umno

Harakahdaily

Mohd Sabri Said

Fri | May 09, 08 | 4:47:04 pm MYT

GEORGETOWN, 9 Mei (Hrkh) - Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairuz Khairudin tidak mahu mana-mana pihak mempolitikan isu 'Melayu marah' ekoran kenyataan Ahli Parlimen Bukit Glugor, Karpal Singh terhadap pihak Istana Perak.

Apapun katanya, sebagai rakyat yang menghormati institusi raja tentu Karpal bukan bertindak melulu sebaliknya ia adalah mainan media dan disambut oleh kepimpinan Umno kononya terlalu menjagai kedaulatan Melayu.

"Lihat perkembangan antara Kerajaan Negeri Perak dan Istana dengan lebih teliti, jangan melulu mengeluarkan kenyataan kononnya Melayu begitu marah ekoran kenyataan Karpal Singh yang dikatakan cuba mengatasi suara Sultan dalam sesuatu perkara membabitkan istana," jelasnya dalam sidang media selepas mesyuarat exco petang tadi.

Menurutnya, hanya sebilangan Melayu sahaja yang marah sedangkan sebahagian besar bangsa Melayu tidak bertindak apa-apa kerana tahu lazimnya isu membabitkan pembangkang sengaja disalah tafsirkan untuk kepentingan kerajaan.

Menyentuh mengenai saranan supaya menasihati kepimpinan DAP agar jangan terlalu menimbulkan isu berkaitan institusi raja Mohamad Fairuz berkata, semuanya akan dibincangkan oleh Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) dengan sebaik mungkin untuk menghindarkan prasangka bahawa ada antara parti dalam Pakatan Rakyat tidak menghormati institusi raja.

Apapun katanya, perbincangan mendalam harus disepakati kerana institusi itu wajar dijagai dengan baik memandangkan Sultan ataupun raja adalah payung kedaulatan di Malaysia.

"Tentang rakan DAP mereka juga wajar meneliti terlebih dahulu sebarang kenyataan agar tidak menimbulkan prasangka sehingga mewujudkan konflik dengan pihak istana.

"Institusi raja harus disanjung kerana mereka merupakan payung kedaulatan di Malaysia," tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti, Permatang Pauh. - mns

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |