KOTA BHARU - Seorang remaja dibelasah hingga lembik di hadapan ibunya setelah ditahan kerana meragut sebelum diserahkan kepada pihak polis petang semalam.
Kejadian pukul 3.30 petang di Jalan Dusun Raja itu berlaku sejurus selepas seorang wanita menjerit apabila beg tangan dan barangan yang dibeli cuba dilarikan oleh remaja tersebut.
Mangsa, Ros Sabariah Mat Rashid, 20, yang menunggang motosikal baru saja keluar dari sebuah kedai syarikat jualan langsung selepas membeli barangan di situ.
Ros Sabariah yang berasal dari Kedai Lalat di sini berkata, ketika hendak melintas jalan, dia menyedari seorang lelaki sedang menghampirinya dari arah belakang.
"Saya terkejut apabila suspek tiba-tiba mengambil beg tangan dan barangan yang baru saya beli di dalam raga motosikal saya.
"Saya terus menjerit sekuat hati dan sempat tepis tangannya sehingga barang saya bertaburan di atas jalan," katanya kepada Kosmo! semalam.
0 comments:
Post a Comment