+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 9, 2008

Dr M: PM halang Najib jumpa saya

Malaysiakini

Andrew Ong | May 7, 08 1:50pm

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pendedahan yang mengejutkan bahawa penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menghalang perjumpaannya dengan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

dr m national sovereignity talk 070508 01"Ini bukan lagi Umno demokratik [...] saya mahu bertemu Najib. Beliau kata beliau akan datang dan berjumpa dengan saya," katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

"Beliau (Najib) kata beliau perlu mendapatkan kebenaran perdana menteri terlebih dahulu. Nampaknya beliau tidak mendapat kebenaran tersebut. Jadi, hingga sekarang, beliau tidak bertemu dengan saya.

"Adalah sesuatu yang teruk jika perdana menteri tidak percayakan timbalannya. Pada masa saya (menjadi perdana menteri), saya percayakan timbalan saya sehinggalah dia melakukan sesuatu yang pelik. Jika tidak, saya percayakan timbalan saya," kata mantan perdana menteri itu.

Mahathir berkata, beliau telah cuba untuk mengadakan perjumpaan dengan Najib "sejurus selepas pilihanraya umum" untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan hal ehwal semasa.
"Saya memandang berat terhadap apa yang berlaku dalam Umno," katanya.

Menang tak bertanding

mahathir pak lah and najibDr Mahathir berkata, beliau tidak bercakap mengenainya sebelum ini kerana ia satu perkara peribadi, tetapi memutuskan untuk mendedahkannya kerana semakin meningkat percubaan untuk menutup mulut mereka yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti.

Tetapi keadaan menjadi semakin serius sekarang. Rakyat tidak dibenarkan bercakap. Saya difahamkan bila Tengku Razaleigh (Hamzah) pergi ke peringkat cawangan, ahli Umno diberitahu jangan hadir (majlisnya).

Parti apakah ini? Anda dibenar mendengar dari satu sumber sahaja. Saya fikir ia adalah punca kekalahan (BN) dalam pilihanraya lalu. Rakyat tidak dibenar bercakap dan pucuk pimpinan tidak tahu apa yang difikirkan oleh rakyat," katanya.

Mengenai gesaan Abdullah supaya bahagian-bahagian Umno tidak mengadakan mesyuarat khas perwakilan (EGM), Dr Mahathir berkata, langkah itu bertujuan untuk menjamin Abdullah dipilih semula sebagai presidenUmno dan perdana menteri dalam pemilihan parti Disember depan.

"Tanpa EGM, anda tidak boleh mengubah sistem kuota pencalonan 30 peratus. Jika anda tidak boleh ubah kuota...maka tidak ada bahagian yang akan mencalonkan orang lain selain daripada Abdullah...beliau akan menang tanpa bertanding," katanya.

Pada masa ini, untuk layak bertanding jawatan presiden, calonnya mesti mendapatkan pencalonan daripada 30 daripada 191 bahagian Umno, atau 58 pencalonan.

dr m national sovereignity talk 070508 03Kuota tersebut diperkenal sewaktu pentadbiaran Dr Mahathir. Bagaimanapun, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, beliau turut mengkritik sistem kuota tersebut.

Sebelum ini, Abdullah telah meminta bahagian-bahagian Umno supaya jangan mengadakan EGM memandangkan pemilihan parti akan diadakanpada Disember ini.

Pujuk ketua bahagian

"Saya tidak tahu mengapa. Mereka begitu takut sekali. Malah, yang telah adakan EGM pun tidak (mendesak) tuntutan mereka - iaitu sistem kuota disemak semula dan presiden harus meletak jawatan - tidak ada lagi! Anda tidak dengar apa-apa lagi pun," katanya.

Menjawab soalan, Dr Mahathir berkata, beliau percaya wujud usaha memujuk ketua-ketua bahagian supaya berhenti menyerang pucuk pimpinan.

Ramai pemimpin veteran Umno, termasuk Dr Mahathir, telah menyalahkan Abdullah ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Mereka juga mendesak perdana menteri supaya menyatakan pelan peralihan kuasa untuk membolehkan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih secepat mungkin.

Pada masa yang sama, bekas presiden Umno, Tengku Razaleigh secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk mencabar Abdullah bagi jawatan presiden Disember ini.


0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |