+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 9, 2008

Hasil keuntungan Petronas mesti diumumkan di Parlimen

Harakahdaily

Azamin Amin

Thu | May 08, 08 | 9:27:16 am MYT

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Kerajaan dan Petronas mestilah untuk mengemukakan Laporan Kewangan Tahunan merangkumi keuntungan kasar dan bersih,perbelanjaan supaya rakyat mengetahui kedudukan pengurusan syarikat milik kerajaan itu.

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata dengan cara itu sahaja rakyat tahu bagaimanahasil bumi Malaysia ini dibelanjakan sama ada secara berhemah atau sebaliknya.

"Kita menggesa agar perincian menyeluruh keuntungan Petronas, termasuklah punca-punca keuntungan dan ke mana ia dibelanjakan juga didedahkan kepada umum melalui Parlimen.

"Secara tidak langsung rakyat boleh menilai keupayaan kerajaan mentadbir urus keuntungan Petronas dengan kredibel," katanya dalam satu kenyataannya baru-baru ini.

AMK katanya berkeyakinan penuh bahawa Malaysia sangat berkemampuan untuk mengawal harga minyak domestik sekiranya pengurusan sumber minyak dan keuntungannya diselenggara dengan baik tanpa sebarang bentuk perbelanjaan boros dan tidak menguntungkan majoriti rakyat.

Sekiranya kerajaan BN masih terus berdolak dalih, penurunan harga minyak ini boleh direalisasikan dengan menyerahkan pengurusan ini kepada yang pakar dan berkebolehan, konotasi jelas merujuk kepada peralihan kuasa daripada BN kepada Parti Pakatan Rakyat, katanya.

Sebelum ini beliau menyanggah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato' Shahrir Samad yang memandang sinis tekad Pakatan Rakyat (PR) untuk menurunkan harga minyak jika memerintah Malaysia.

"Komitmen KeADILan dan rakan-rakan Pakatan Rakyat lainnya untuk menurunkan harga minyak adalah bersesuaian dengan keuntungan yang diperoleh oleh negara melalui hasil eksport minyak yang turut memberi kesan positif kepada perolehan keuntungan Petronas setiap tahun," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |