+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 9, 2008

Abdullah Harap Peguam Negara Bertindak Segera Kes Karpal Singh Hina Sultan

Bernama

09 Mei, 2008 21:35 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berharap supaya Peguam Negara dapat membuat keputusan dan bertindak segera berhubung isu Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempertikaikan bidang kuasa Sultan Perak dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury.

Perdana Menteri berkata sekiranya Peguam Negara berpandangan bahawa kes itu boleh dibawa ke mahkamah maka ia perlu dibuat secepat mungkin.

"Harapan saya ialah beliau bertindak dengan cepat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini hari Jumaat.

Abdullah, yang juga Presiden Umno, berkata langkah segera itu perlu kerana isu itu sedang diikuti dengan penuh minat oleh ramai rakyat Malaysia.

"Kerana isu ini banyak orang minati...(mereka nak mengetahui) apakah hukuman berkaitan perkara ini," katanya.

Ketika ditanya tentang kemungkinan Akta Keselamatan Dalam Negeri digunakan terhadap Karpal, Abdullah berkata: "Kalau guna ISA lama dah masuk dalam. Kita tak guna pun."

Semalam, Perdana Menteri mengarahkan Umno membuat laporan polis terhadap Karpal ekoran kenyataannya itu yang dikatakan mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Polis setakat ini telah menerima sembilan laporan terhadap Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berhubung kenyataannya itu.

Antara laporan itu dibuat oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor semalam dan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Tajudin Ahmad hari ini.

Minggu lepas, Sultan Perak menitahkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya melantik semula Jamry memandangkan beliau ditukarkan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Perak selaku ketua agama Islam negeri.

Karpal telah mempertikaikan kuasa Sultan Perak untuk menitahkan arahan itu.

-- BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |