+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 9, 2008

Kutipan Tabung Raja Petra hampir RM40 ribu

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Wartawan KLpos.com
Rabu, 07 Mei 2008

KUTIPAN tabung kempen yang dilancarkan untuk membebaskan blogger Raja Petra Kamaruddin kini mencecah RM24,500.00 untuk akuan di CIMB Bank manakala untuk akuan Paypal mencecah USD 4,330.10 atau RM 13,670,00.

Jumlah tersebut diumumkan oleh pemegang amanah tabung tersebut Vineeth Menon, yang memberitahu kutipan tersebut sudah mencukupi dan meminta orang ramai tidak lagi memberikan sumbangan.

Dalam kenyataannya beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma dan berkata pihaknya sudah membuat pengumuman bahawa tabung berkenaan sudah ditutup dengan menarik keluar nombor akuan yang dipamerkan di laman web Malaysia-today.

"Tetapi sumbangan terus masuk, terima kasih kepada semua," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini.com melaporkan, Raja Petra yang kini ditahan kerana enggan membayar ikatjamin - enggan untuk berjumpa dengan sesiapa pun, termasuk isterinya, Marina Lee Abdullah.

Ketika dihubungi pagi ini, Marina berkata, beliau pergi ke penjara Sungai Buloh untuk menemui Raja Petra dan untuk bertanya sama ada beliau mahu ikatjamin dibayar hari ini.

"Pegawai di kaunter pendaftaran memberitahu saya bahawa suami saya enggan menemui sesiapapun termasuk saya," katanya kepada Malaysiakini.

Marina berkata, beliau berkeras mahu menemui timbalan warden untuk mendapatkan maklumat lanjut dan kini masih menunggu di sana.

Semalam, Raja Petra dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya berhubung satu artikel yang ditulis dalam lamanwebnya itu.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel yang berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kesnya ditetapkan didengar pada 6 hingga 10 Oktober dan dibenarkan ikatjamin RM5,000,

Beliau bagaimanapun enggan membayar ikatjamin itu dan ditahan di pusat remah Kuala Lumpur.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |