| Malaysiakini |
| Jun 25, 08 3:53pm |
| Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak akan mengemukakan permohonan semakan penghakiman terhadap hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video Lingam. Secara sinis, Dr Mahathir berkata: "Saya sudah pun bersalah. Kerana asas yang digunakan Suruhanjaya Diraja adalah jika sesuatu itu boleh berlaku, maka ia sudah berlaku jika ia boleh berlaku. "Kerana ada kemungkinan saya telah dipengaruhi oleh Lingam dan dengan itu saya telah dipengaruhi oleh Lingam. Ini merupakan kriteria baru bagi bukti di mahkamah. Jadi saya sudah pun bersalah. Jadi apa gunanya saya mengemukakan rayuan." Dr Mahathir berkata beliau terpaksa akur dengan standard baru itu yang sudah menjadi kelaziman di negara ini, demikian menurut laporan Bernama. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau akan memohon semakan kehakiman sepertimana yang dilakukan oleh bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, hartawan Tan Sri Vincent Tan dan peguam Datuk V.K Lingam baru-baru ini. Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku "Smart Growth", nukilan Prof Salleh Buang, oleh isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya. Ditanya sama ada beliau bersalah seperti didakwa, Dr Mahathir secara sinis menjawab: "Bersalah seperti dihakimi. Suruhanjaya itu dianggotai mereka yang bijak pandai. Ada hakim-hakim, hakim-hakim yang berpengalaman yang berkata boleh jadi saya telah dipengaruhi dan dengan itu saya perlu disiasat. "Saya tidak akan mengemukakan rayuan. Saya akan pergi ke mahkamah," katanya. Lingam didakwa terbabit dalam klip video kontroversi selama 14 minit yang menurut suruhanjaya itu memaparkan beliau berbual di telefon berhubung urusan pelantikan hakim dengan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Berdasarkan hasil inkuiri suruhanjaya itu, Tengku Adnan dan Tan dikatakan mempunyai pengaruh secara langsung dalam pelantikan dan kenaikan pangkat para hakim. Panel juga mencadangkan agar Lingam, Dr Mahathir, Tengku Adnan, Tan, Ahmad Fairuz dan Ketua Hakim Negara yang telah bersara Tun Mohd Eusoff Chin disiasat mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Hasutan 1961, Akta Profesion Undang-undang 1976, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Kanun Keseksaan. |
Wednesday, June 25, 2008
Video Lingam: Dr M sedia ke mahkamah
0 comments Labels: dr det, malaysiakini, Pita Lingam
Kos Selenggara Lanskap Bulanan Putrajaya RM1.5 Juta
Bernama
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja RM1.5 juta atau RM18 juta setahun, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan.
Zon penyelenggaraan lanskap di Putrajaya dibahagikan kepada taman-taman, Jalan-jalan Protokol, Persiaran Perdana, Sisiran Putrajaya dan Presint-presint Kejiranan, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) di sini, hari ini.
Dalam isu lain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata bilangan anggota polis yang mati semasa menjalankan tugas bagi tempoh 2003 hingga 2007 adalah seramai 52 orang iaitu lima orang pegawai polis dan 47 orang anggota panggat rendah.
"Bilangan anggota polis yang cedera semasa menjalani tugas bagi tempoh yang sama adalah seramai 153 orang iaitu 16 orang pegawai polis dan 137 orang anggota berpangkat rendah," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).
Menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) pula Syed Hamid berkata, berdasarkan statistik PDRM, semenjak 2000 hingga 2007, sejumlah 123 kes kematian telah berlaku ketika suspek atau Orang Kena Tahan (OKT) berada dalam tahanan polis.
Dari jumlah itu, seramai 59 orang terdiri daripada kaum Melayu, Cina (23), India (22) dan lain-lain bumiputera dan warga asing (19), katanya.
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, pembaziran
Anwar hadapi isu panas PKR S'gor
| Malaysiakini |
| Abdul Rahim Sabri | Jun 25, 08 4:48pm |
| Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir di mesyuarat perhubungan PKR Selangor bagi membincangkan pelbagai isu panas yang melanda negeri dan parti itu, antaranya pergolakan dalaman selepas penggantungan tugas pegawai kanan menteri besar kelmarin. "Insya Allah, saya akan turut hadir dalam mesyuarat PKR Selangor malam nanti," kata penasihat PKR dalam blognya hari ini. Mesyuarat jam 9 malam ini akan diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya. Wang derma sempena sambutan 100 hari kerajaan negeri Pakatan Rakyat dilaporkan dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin PAS, khususnya exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang mengetuai jawatankuasa sambutan tersebut. Selain isu keanggotaan PBT, ketua-ketua bahagian itu juga membangkitkan isu kebajikan dan pembelaan terhadap aktivis-aktivis Gerakan Reformasi yang didakwa diabaikan oleh PKR Selangor. Mesyuarat badan perhubungan itu, yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijadual akan turut dihadiri bekas pegawainya Mohd Yahya Mat Sahri. Yahya, yang digantung tugasnya sebagai pegawai tugas-tugas khas Abdul Khalid susulan siasatan dakwaan salah guna kuasa, meletakkan dua jawatan pentingnya, termasuk setiausaha badan perhubungan PKR negeri. Beliau memaklumkan kehadirannya di mesyuarat malam ini selepas bertemu Anwar semalam untuk membincangkan masalah penggantungan jawatannya dan juga rasa tidak puas hati 17 bahagian parti itu. Anwar, di blognya itu, cepat-cepat mendakwa desas-desus kemelut dalaman itu angkara "permainan media Umno-BN." "Isu yang digembar-gemburkan dalam media Umno-BN tidak menggugat seperti yang dipaparkan. Penyelesaian baik dicapai," katanya. "Alhamdulillah, saya dapat segera menghubungi Tan Sri Khalid sebaik kembali dari Madinah. "Kemudian saya turut ngobrol (berbual) panjang dengan Yahya Sahri (semalam) sambil menikmati mee mamak tanpa teh tarik." Sementara itu, Angkatan Muda PKR Selangor enggan mengulas lanjut isu pemindahan wang kerajaan negeri ke dalam akaun parti tersebut. Mengulas dakwaan kerajaan negeri membelakangkan ahli PKR dalam pentadbirannya, beliau yang turut hadir di mesyuarat malam ini berkata perkembangan itu "bagus" untuk partinya. "PKR tidak pernah ada pengalaman memegang kuasa. Kes yang berlaku bagus (kepada kerajaan negeri) kerana ia adalah proses pembelajaran sama ada yang mempunyai kuasa, jawatan ataupun tidak," katanya. Katanya lagi, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat masih dalam proses membuat penyesuaian, maka tidak hairan timbul perkara- perkara yang tidak diingini. Mengulas dakwaan Yahya bahawa beliau mempunyai 70 hingga 80 peratus pengaruh di peringkat bahagian dan ketegangan Yahya dengan Abdul Khalid sebagai simbol keretakan PKR negeri, Khairul Anuar berkata: "Masalah dalaman parti, media bukan tempat berbincang untuk menyelesaikan masalah parti. Parti ada salurannya." Dalam perkembangan berkaitan, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) mencadangkan majlis hisbah (ombudsman) dibentuk bagi memastikan kerajaan negeri ditadbir secara bersih dan telus. Pengerusinya Mohd Nazree Mohd Yunus juga berkata kerajaan Pakatan harus mencerminkan sikap berbeza dengan pentadbiran BN sebelumnya yang didakwa tidak menjalankan tadbir urus yang baik dan tidak telus. Mengulas siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Yahya, beliau berkata: "Kedudukan sebagai pegawai kanan bukan lesen untuk dikecualikan daripada tindakan dan hukuman sekiranya didapati bersalah." Gerak juga menggesa BPR menjalankan siasatan terhadap pemindahan wang kerajaan ke dalam akaun PKR. |
0 comments Labels: DSAI, malaysiakini, PKR, selangor
More poor families in the Valley
Malay mail
Gabey Goh
| HAVING a household income of RM1,000 is definitely bad, RM2,000 is not much better and even RM3,000 means that families in the city are barely making it in these hard times — and they need help. |
This was the worrying assessment of Federation of Malaysian Consumers Association (Fomca) president Datuk N. Marimuthu and Professor Datuk Dr Mohamed Ariff, executive director of the Malaysian Institue of Economic Research (MIER).
Given that, urban poverty takes on a new definition and it means that even more city families are among the urban poor no thanks to the recent fuel hike and the rising food prices.
Their contention is that the urban poverty marker should be well above the current RM1,500.
Marimuthu went even further and said city families earning RM3,000 and below should receive government aid.
“It’s very tough, especially for a family living in the Klang Valley. Even those who make RM3,000 a month barely break even - it is the rental and petrol prices that remain the biggest expenses.
If you live close to your workplace in the city, the rent will kill you. If you live further away where the rent is cheaper, the petrol will kill you,” he said.
Selangor recently redefined urban poor by raising the bar to include families earning RM1,500 and below.
But, according to Marimuthu, Fomca has always pushed for aid to be provided to urban families who make RM3,000 a month (with two children) and RM5,000 a month (with four children) and below.
Ariff agreed that Malaysians in the lower income bracket are in a dire situation.
“It is difficult for a family that makes RM2,000 to cope and the harsh reality of the situation is that there are many who don’t even earn RM1,000 a month.
To be at the poverty line means that you are only able to afford the basic necessities such as food and shelter. And these necessities will cost more for those who live in urban areas,” Ariff said.
Both were adamant that a redefinition of the poverty line was needed as well as differentiating between the rural and urban poor as there is a significant difference in the costs of living.
“Despite all the talk about eradicating poverty in the country, the fact of the matter is that we haven’t been all that successful in achieving that goal,” said Marimuthu.
“The government must accept the reality of rising poverty and step in to assist. It’s getting too expensive to live in the Klang Valley and the lower income families are definitely feeling the pinch.
Lifestyles can be changed and budgets can be planned but at the end of the day, more needs to be done.” Among the solutions he suggested was to establish shops selling subsidised goods to cater specifically to the poor and access to free education where incidentals such as bus fees can be waived.
Said Ariff, “There will be adverse effects on families who have to forgo many things. They can forget about entertainment and even tuition for their children, putting them at a disadvantage.
In addition, substitutions and compromises will be made with food items, impacting their nutrition.” Marimuthu also touched on the social reactions that would most likely occur without government aid.
“It could reach that point where families split up due to the inability to cope, and more young people will drop out of school and join the workforce to help their families make ends meet. Not to mention the higher rates of petty thefts as people struggle to survive,” he said.
0 comments Labels: media bebas, penindasan
Seramai 351 Orang Termasuk Anggota MCA, MIC, Gerakan Sertai PKR
Bernama
PULAU PINANG, 25 Jun (Bernama) -- Seramai 351 orang termasuk anggota MCA, MIC dan Gerakan hari ini mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat Lim Boo Chang yang mewakili kumpulan itu berkata tindakan itu dibuat selepas mengambilkira keadaan politik negara dan memahami objektif politik PKR.
"Permohonan kami untuk menyertai PKR telah diterima oleh parti itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari Rabu.
Beliau berkata mereka memilih PKR kerana parti itu mengamalkan politik sederhana dan telus serta berminat dengan objektif parti menentang rasuah, kronisme dan nepotisme.
"Tindakan kami menyertai PKR adalah demi kepentingan awam," katanya yang sebelum ini menganggotai MCA.
-- BERNAMA
Anwar tidak perlu tergesa-gesa, Abdullah yang tertekan sebenarnya
Utara Online Oleh:Mohd Rashidi Hassan Apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dua bulan lepas, beliau akan menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan menjelang 16 September 2008, bermakna beliau mempunyai 'time frame' yang secukupnya. Sejak perisytiharan SAPP untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas, media cuba memperlihatkan seolah-olahnya akan berlaku 'havoc' dalam politik negara. Anwar dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, cuba 'dilabel burukkan' media, untuk menumbangkan kerajaan BN secara tidak bermoral dan melanggar prinsip demokrasi. Hakikatnya, penubuhan sebuah kerajaan di peringkat Pusat adalah sesuatu yang amat serius. Anwar tidak perlu tergesa-gesa, 'no rushing, no hurry.' Anwar mempunyai 'time frame' yang cukup. Dalam tempoh sekarang hingga 16 September, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Masa secukupnya diperlukan untuk memantapkan kerjasama PAS-KeADILan-DAP sebelum mengundang lain-lain parti atau individu untuk menyertai Pakatan Rakyat. Tidak timbul soal beli membeli, tidak berbangkit soal rasuah. Juga tidak timbul soal pelanggaran undang-undang atau prinsip demokrasi. Lompat parti secara tidak bermoral tidak akan berlaku. Apa yang akan berlaku, ialah 'hijrah'. Penghijrahan akan berlaku dengan kesedaran bahawa Barisan Nasional sudah tidak mampu bertahan dan tidak lagi dipercayai rakyat sebagai sebuah kerajaan. Semuanya, akan berjalan mengikut lunas undang-undang. Kerangka besar dan agenda penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat sudah tersedia. Cuma penulis belum berhasrat untuk menghuraikannya sekarang. Insya Allah dalam rencana yang akan datang. Cabaran yang dihadapi Abdullah Fokus penulis kali ini ialah fenomena berbentuk tekanan berat yang dialami oleh Abdullah, selaku PM, Pengerusi BN dan Presiden Umno. Sejak malam 8 Mac lepas hingga minggu lepas, Abdullah terus menerima tekanan, dari dalam Umno khususnya, untuk meletakkan jawatan sebagai PM dan Presiden Umno. Tekanan terbaru ditimpakan oleh perwakilan cawangan-cawangan Umno dengan PM dalam program tertutup anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan baru-baru ini. JASA dikatakan berhubung terus dengan cawangan tanpa melalui Umno Bahagian sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin di peringkat Bahagian dan Negeri. Dalam program itu pun, secara terbuka, tanpa segan silu pemimpin Umno peringkat cawangan, tetap mendesak Abdullah meletakkan jawatan, di sebalik pelbagai alasan kononnya peralihan kuasa kepada Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak akan dibuat. Ada sumber Umno mendakwa, pada malam pengiraan undi Pilihan Raya Umum ke 12, Abdullah yang berada di PWTC ketika itu, sudah hampir mengaku kalah dan bersedia meletakkan jawatan sebagai memikul tanggungjawab terhadap prestasi buruk BN. Khabarnya ketika itu, sudah ada arahan kepada Tengku Adnan Mansor untuk membuat draf surat perletakan jawatan beliau. Namun menurut sumber, sebaik ketibaan Kamaludin Abdullah dan Khairy Jamaluddin, keputusan Abdullah sudah berubah. Daripada draf surat perletakan jawatan, diubah kepada surat sokongan Najib terhadap kepimpinannya. Jika maklumat ini betul, kemungkinan keputusan Abdullah mengekalkan jawatannya sebagai PM dan Presiden Umno, lebih didorong oleh kepentingan masa depan politik dan perniagaan anak beranak lebih utama daripada kepentingan Umno serta BN keseluruhannya. Malah Abdullah juga terpaksa berhadapan dengan bantahan, kritikan dan komen-komen negatif terhadap kepimpinannya dari kalangan komponen BN sendiri. Kemelut dalaman Umno yang tiada kesudahan Sejak selepas PRU ke 12, seolah-olah ada 'echo' atau nada serentak Umno di seluruh negara, mendesak Abdullah berundur dan digantikan dengan Najib serta Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor dua. Dalam banyak pertemuan yang diadakan, bagi membedah siasat prestasi buruk Umno/BN, seluruh perwakilan Umno menyalahkan kelemahan Abdullah menjadi punca utamanya. Ada yang meminta beliau segera meletakkan jawatan, ada yang memberi tempoh sehingga Disember ini. Tetapi semuanya ditolak Abdullah. Beliau hanya berkata, bersedia membuat peralihan kuasa, tapi tidak terikat dalam jangka masa yang tertentu. Kata Abdullah, serahkan proses peralihan kuasa kepada beliau dan Najib menentukannya. Persoalan sama ada benarkah Najib menjadi pilihan utama sebagai pengganti PM dan Presiden Umno masih diragui ramai orang-orang Umno. Najib yang seolah-olahnya terikat dengan janji tidak akan menentang Abdullah juga tersepit. Tersepit kerana, pertama, tiada tarikh khusus peralihan kuasa akan dibuat. Kedua, kerana banyak rumours mengatakan, menjelang pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian, sudah dilontarkan kepada akar umbi untuk tidak mencalonkan Najib sebagai calon Timbalan Presiden Umno. Orang yang disebut-sebut menjadi 'running-mate' Abdullah ialah sama ada Tan Sri Isa Samad dan Dato' Seri Syed Hamid Albar. Manakala, Muhyiddin yang disebut perwakilan Umno menjadi 'running-mate' Najib, semakin tersisih dari kumpulan Abdullah. Najib secara peribadi mungkin boleh menerima Muhyiddin, tetapi orang-orang Najib belum tentu sedia menerima beliau. Suatu ketika, Abdullah lebih menyukai Muhyiddin daripada Najib. Buktinya Abdullah mengambil masa berbulan-bulan untuk melantik TPM. Keputusannya memilih Najib hanya dibuat selepas pelbagai desakan dibuat pihak tertentu. Masalah Muhyiddin ialah, walaupun selepas PRU ke 12, dilantik ke posisi utama sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau terus menerus membuat kenyataan yang mengkritik Abdullah. Kritikannya yang ditafsirkan sebagai permintaan supaya Abdullah melepaskan jawatan, tiada salahnya. Ia selaras dengan kehendak ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi. Muhyiddin secara terbuka tidak setuju dengan penerimaan kemasukan Mohamad Ezam Mohd Nor ke dalam Umno sebagaimana kehendak Abdullah. Muhyiddin juga secara terbuka menggesa sistem kuota yang diamalkan dalam Umno dihapuskan, atas alasan ianya mendorong kepada rasuah. Sehingga ada sumber mengatakan Abdullah secara terus terang menegur Muhyiddin dan memintanya meletak jawatan sebagai Menteri jika benar-benar hendak melawan beliau. Menjelang pemilihan Umno Disember depan, sudah wujud banyak 'faction' dan 'grouping'. 'Faction' dan 'group' ini tidak akan berdiam diri, mereka akan terus bertembung, pencalonan yang dibuat untuk jawatan-jawatan utama Umno akan menambahkan perpecahan dalaman mereka. Anwar menanti waktu yang sesuai Hakikatnya Umno terus menerus akan dilanda kemelut kepimpinan sejak selepas PRU Mac lepas hingga Disember depan. Malah dijangka selepas Disember depan, jika Abdullah terus kekal, protes terhadapnya tidak akan berhenti. Usaha media cuba mengembar gemburkan persoalan Pakatan Rakyat dan cuba menutup kelemahan besar BN akan menemui kegagalan. Abdullah tertekan untuk mengekalkan jawatan disebalik tekanan meletakkan jawatan dan puak-puaknya mungkin cuba mencari jalan untuk mengetepikan Najib. Najib tertekan kerana jika tidak naik pangkat sekarang, Anwar akan menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat, peluangnya jadi PM akan terkubur. Di sebalik janji peralihan kuasa oleh Abdullah, Najib juga khabar terpaksa membuat 'silent instruction' kepada penyokong-penyokongnya di peringkat bahagian untuk mencalonkannya ke jawatan nombor satu. Sementara Tengku Razaleigh Hamzah juga tertekan. Usahanya untuk mendapatkan pencalonan dari 58 bahagian masih samar-samar. Bukan sahaja mereka bertiga yang 'eyeing' untuk jawatan PM dan Presiden Umno tertekan, seluruh kepimpinan Umno turut tertekan dengan prestasi buruk parti mereka serta, kemungkinan krisis kepimpinan yang bakal berlaku akibat perebutan jawatan dalam Umno. Masalah Umno tidak ada kena mengena dengan Anwar. Anwar dan Pakatan Rakyat cuma memerhati dan monitor sahaja apa yang berlaku dalam Umno. Anwar tidak perlu tergesa-gesa untuk menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Apa sahaja perbalahan yang berlaku dalam Umno bakal memberikan 'advantage' kepada Anwar. Masanya pasti akan tiba._
0 comments Labels: DSAI, Pak Lah undur, Utara Online
Altantuya: Khairy turut disiasat polis
| Malaysiakini |
| Beh Lih Yi | Jun 25, 08 7:23pm |
| Polis telah merakamkan kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin malam tadi berhubung dakwaan terbaru Raja Petra Kamaruddin berhubung pembunuhan ltantuya Shaariibuu. |
0 comments Labels: Altantuya, KJ beruk, malaysiakini
Janji makmur manifesto BN rupanya bawa celaka
| Harakahdaily Adnan Ibrahim Wed | Jun 25, 08 | 6:07:45 pm MYT | |
| Pengundi terutama yang memangkah Barisan Nasional (BN) akhirnya tertipu dengan janji makmur sebagaimana yang ditawarkan dalam manifesto BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada 4 Jun lalu, bertentangan dengan janji BN ketika pilihan raya umum lalu untuk memberi kemakmuran kepada rakyat. Sebelum ini Umno menuduh kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya umum lalu, terutama di Selangor. Kemampuan kerajaan PKR Selangor sering dipertikai. Umno mengambil peluang menyerang negeri itu melalui media massa kononnya PKR gagal tunai janji manifesto walaupun berkali diterangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa kerajaannya memerintah hanya beberapa bulan. Bagaimanapun katanya kerajaannya telah berjaya menunaikan banyak perkara sementara selebihnya akan dilakukan secara berperingkat. Persoalannya, siapa pada hakikat sebenarnya telah memungkiri janji secara terang dan nyata? Bagi kerajaan Pakatan Rakyat, mereka sedang berusaha menunaikan janji manifesto walaupun mungkin sebahagiannya mengambil masa kerana melibatkan undang-undang, kewangan dan pentadbiran serta kajian semula tentang data sosial ekonomi rakyat. Tetapi Umno secara nyata dan terangan telah melanggar janji dan memungkiri apa yang telah ditaburkan kepada rakyat sebelum pilihan raya umum 8 Mac iaitu 'Selamat, Aman dan Makmur'. BN begitu manis serta lunak mengajak rakyat supaya terus menyokong mereka dengan kempen 'Selamat, Aman dan Makmur' sehingga rakyat termakan hasutan dan bersedia memberi peluang BN memerintah negara lagi walapun ketika itu pembangkang turut menawarkan janji manifesto yang terbaik. Rupanya kemanisan BN seperti gula bukannya madu dan akhirnya membawa penyakit kencing manis. Siapa yang termakan dakyah manis kempen BN akhirnya terasa sakit hati kerana minyak naik sedangkan sebelum itu dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bahawa minyak tidak naik. Bagi yang sudah tahu rupa paras dan tipu helah BN sudah lama 'sakit hati' tetapi mereka yang baru 'sakit hati' makin bertambah lebih 'sakit' kerana boleh dimaki hamun orang yang bertanggung jawab menaikkan harga minyak. Makmur sebagaimana dijanjikan BN sudah terasa tidak makmur lagi. Dalam kerajaan BN yang dikatakan makmur tetapi makmur untuk kroni atau kekayaan berpusing dan beredar di kalangan tertentu sahaja. Sebagaimana maksud Firman Allah dalam Suratul Haj: "Apa-apa hasil negara yang dihasilkan dalam sesebuah negeri, maka hasil itu bagi Allah dan Rasul yakni bagi kepentingan umum. Bagi mereka yang memerlukan pertolongan di kalangan keluarga orang-orang miskin, anak yatim dan orang musafir yang memerlukan bantuan supaya harta negara tidak berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu sahaja." Apa erti makmur? Mengikut Kamus Dewan makmur membawa maksud mempunyai hasil yang banyak sama ada daerah, negeri atau negara dan lain-lain. Ia juga bermakna mempunyai banyak penduduk yang cukup kehidupannya. Makmur juga bererti hidup mewah, serba cukup dan tidak berkurangan apa pun. Bagaimanapun semua itu belum mampu dikecapi oleh sebahagian rakyat dalam pemerintahan Umno sebaliknya ditambah lagi oleh kenaikan harga petrol sehingga 40.6 peratus dan diesel sebanyak 63.3 peratus menyebabkan ramai rakyat makin miskin. Kajian Presiden Yayasan Strategik Sosial, Dr Denison Jayasooria mendakwa kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya lebih 30 peratus dan bukannya 5.7 peratus seperti yang diumumkan oleh kerajaan. Purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat Malaysia ialah sebanyak RM3,686 mengikut yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, bermakna garis kemiskinan ialah separuh daripadanya iaitu RM1,843. Kadar kemiskinan 5.7 peratus adalah mengikut dasar pengiraan 2005, garis kemiskinan untuk seluruh negara adalah RM691 bagi pendapatan bulanan, manakala bagi Semenanjung pula jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765). Menurut Denison yang juga pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) mengikut kiraan 2005 hanya digunakan oleh negara miskin dan tidak layak diamalkan oleh Malaysia kerana ia perlu mengambil kira taraf hidup isi rumah bukan semata-mata keperluan asas sahaja. Sementara itu, di Dewan Rakyat, Isnin lalu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng daripada DAP mencadangkan kepada kerajaan memberikan RM6,000 setahun kepada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah sebulan. Beliau membuat cadangan tersebut tentu sekali mengikut autoritinya berkelulusan akauntan dan Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagaimanapun cadangan tersebut perlu menambah pembaikan kerana keluarga miskin akan tetap miskin jika imbuhan RM500 sebulan dicampurkan dengan pendapatan isi rumah masih tidak mampu mengatasi garis kemiskinan. Kerajaan boleh memberi elaun kepada keluarga miskin yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan RM1,843. Kadar elaun hendaklah mengikut kekurangan yang perlu ditampung bagi membolehkan pendapatan keluarga melepasi garis kemiskinan. Cadangan ini lebih baik daripada memberi RM6,000 setahun kepada mereka berpendapatan bawah RM6,000 sebulan kerana ia boleh mengatasi masalah kemiskinan. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mencadangkan supaya diberi elaun mengikut bilangan anak kepada rakyat yang layak atau miskin. Mengikut kebiasaannya semakin ramai bilangan anak maka makin bertambah perbelanjaan keluarga. Keadaan ini sudah tentu meningkatkan bebanan kepada keluarga miskin. Jadi langkah sebaiknya meningkat keharmonian keluarga memberi elaun mengikut kepala jumlah anak. - mns_ |
0 comments Labels: bohong rakyat, Harakahdaily, kerajaan BN