+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, May 4, 2008

Cabul: Polis tunggu 'lampu hijau' Peguam Negara

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Bernama
Sabtu, 03 Mei 2008

KL: Polis kini hanya menunggu arahan dari pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung kes jenayah seksual yang didakwa melibatkan seorang bekas menteri kabinet di sebuah hotel lima bintang berdekatan Stesen Keretapi KL Sentral bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan ke pejabat Peguam Negara akhir bulan lepas.

"Siasatan polis telah selesai selepas keterangan diambil daripada mangsa dan bekas menteri serta beberapa saksi. Kini terserah kepada AG untuk tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas operasi pencegahan dadah di sini awal pagi Sabtu.

Beliau berkata pejabat Peguam Negara sedang meneliti laporan kertas siasatan tersebut dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh terdekat.

Dalam kejadian 14 April lepas, mangsa yang bekerja di hotel tersebut dikatakan bertemu dengan bekas menteri itu sebelum dicabul.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields pada hari berkenaan, tetapi menarik semula laporannya beberapa hari kemudian.

Mengenai operasi yang dijalankan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Imbi dan Jalan Raja Laut, Muhammad Sabtu berkata seramai 213 warga tempatan dan asing ditahan kerana pelbagai kesalahan.

Katanya Ops Sepadu itu yang bermula dari pukul 11 pagi semalam dan tamat pada pukul dua pagi ini melibatkan 315 anggota polis dan pegawai Jabatan Imigresen.

Beliau berkata daripada jumlah yang ditahan, 129 orang mempunyai rekod bagi pelbagai kesalahan jenayah.

"Antara yang ditahan ialah 10 pendatang tanpa izin, 110 penagih dadah, empat pemilik bahan dadah dan lima wanita yang terlibat dengan pelacuran. Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 25 dan 60 tahun.

"Seramai 16 warga Afrika turut ditahan kerana terlibat dalam kegiatan dadah dan memiliki pasport palsu. Mereka masuk ke negara ini dengan menggunakan pas pelajar," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |