+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, May 4, 2008

"Kami setuju permuafakatan Melayu" Umno, PAS, PKR

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Bernama
Ahad, 04 Mei 2008



KL: Pemimpin Melayu, khususnya generasi muda, perlu meneruskan usaha ke arah permuafakatan bagi mempertahankan hak Melayu dan perbincangan antara Umno, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mencapai hasrat itu perlu diteruskan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata ini adalah antara persetujuan yang dicapai berikutan perbincangannya secara tidak rasmi dengan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR Azmin Ali secara berasingan baru-baru ini.

"Kami bersetuju permuafakatan Melayu itu amat penting dalam menentukan arah bangun bangsa Melayu itu sendiri dan seharusnya melewati sempadan politik," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Sabtu.

Norza berkata mereka juga bersetuju usaha itu perlu dilakukan walaupun sekecil mana langkah yang diambil, dan perlu mengambil iktibar peribahasa Melayu, berakit-rakit dahulu untuk bersenang kemudian.

"Kita bertatih sebelum berjalan dan kemudian berlari. Akhirnya, cita-cita permuafakatan Melayu itu pasti terlaksana," katanya.

Beliau berkata pertemuan berlangsung dalam suasana yang mesra dengan semangat persaudaraan yang tinggi walaupun mereka daripada parti yang berbeza.

Norza berkata menyedari mengenai cabaran dan rintangan yang akan dihadapi, mereka bersetuju satu pertemuan susulan akan diadakan melibatkan ketiga-tiga pemimpin untuk memperincikan lagi terma rujukan gagasan permuafakatan yang akan diwujudkan berasaskan persetujuan secara dasar yang dicapai dalam pertemuan yang telah diadakan.

"Dalam perbincangan yang diadakan secara informal itu, persetujuan turut dicapai bahawa permuafakatan Melayu itu perlu dibincang dan diusahakan pembentukannya dalam kerangka Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum," katanya.

Beliau berkata pertemuan itu jelas menunjukkan keinginan tinggi pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk pembentukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang utuh, mantap, bermaruah serta dihormati.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |