+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, May 4, 2008

Hapuskan undang-undang kawal media

Malaysiakini

Soon Li Tsin | May 3, 08 7:11pm

Media di Malaysia hanya akan bebas selepas undang-undang yang mengawalnya dimansuhkan.

Inilah mesej dari kempen Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) setiap tahun ketika menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada tanggal 3 Mei.

cij press freedom central market 030508 newspapersTahun ini CIJ memilih untuk memberi tumpuan kepada perbincangan dan pameran yang berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Pameran tersebut menampilkan sebuah dinding kosong untuk diisi oleh orang ramai.

Pengarah eksekutif CIJ, V Gayathry berkata dinding itu disediakan untuk membolehkan orang ramai menulis harapan mereka terhadap kebebasan media.

“Lagi pun, tujuan media bebas adalah untuk kepentingan awam dan cara yang terbaik ialah untuk mengetahui apakah yang mereka harapkan dari media," katanya kepada Malaysiakini.

Arahan kementerian

Pameran itu juga memapar akhbar-akhbar arus perdana yang digantung di tali jemuran dengan penyepit baju.

Tertulis di situ ialah inisiatif pemantauan CIJ yang mengira berapa banyak berita yang pro-Barisan Nasional sewaktu kempen pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Di samping pameran tersebut, kelihatan para sukarelawan menjual buku dan penerbitan yang lain.

Turut diadakan ialah pelbagai forum yang diatur sewaktu sambutan dua hari itu, termasuk forum mengenai etika media dan pembaharuan undang-undang maklumat.

Lebih seratus orang memenuhi bilik pameran ketika forum mengenai etika media diadakan.

cij press freedom central market 030508 zainon pak nonEditor perunding politik, akhbar The Sun, Zainon Ahmad berkongsi dengan hadirin mengenai sekatan yang dihadapi pihak akhbar sewaktu perhimpunan awam yang dianjurkan oleh Bersih tahun lalu, untuk mendesak diadakan pilihanraya adil dan bersih.

Katanya, ketika perarakan itu sedang berjalan, pihaknya diminta oleh Kementerian Dalam Negeri supaya jangan memperbesar-besarkan berita tersebut dan hanya menyiarkan satu gambar dan 10 perenggan berita.

Bagaimanapun, katanya, apabila mereka berbuat demikian ketika perhimpunan anjuran Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) yang diadakan sejurus selepas perhimpunan Bersih tersebut, akhbarnya ditegur oleh kementerian tersebut kerana tidak memperbesar-besarkan berita tersebut.

Zainon berkata, ini menunjukkan bahawa kementerian tersebut sendiri tidak faham mengenai perjalanan media.

Menurutnya, adalah sukar untuk mempunyai satu etika media apabila undang-undang dan pemilikan media mereka, sendiri tidak beretika.

“Kami menerima arahan sewaktu pilihanraya bahawa jika pembangkang bercakap mengenai perkara yang baik, jangan dilaporkan, tetapi jika mereka bercakap mengenai perkara kontroversi, maka kita boleh melaporkannya," katanya.

Menurut beliau, sebahagian besar akhbar dimiliki parti-parti yang memerintah dan arahannya ialah akhbar berkenaan perlu melaporkan yang baik-baik tentang BN.

“Anda tidak boleh mengatakan kami tidak beretika kerana arahan-arahan yang diberikan kepada kami juga tidak beretika," tegasnya.

Bagaimanapun, katanya, pihak media perlu menghormati hak rakyat untuk mendengar kebenaran dan ada undang-undang berhubung pemilikan media.

cij press freedom central market 030508 gayathry“Akhbar tidak boleh dimiliki oleh parti-parti politik atau yang rapat dengan mereka. Anti-establishment boleh membantu membentuk media yang lebih beretika," katanya.

Sambutan menggalakkan

Turut hadir ialah bekas wartawan the Sun, Jacqueline Ann Surin yang melancarkan bukunya, ‘Shape of a Pocket’ yang memuatkan kolumnya di bawah namanya sama.

Gayathry yang mempengerusikan forum tersebut gembira dengan sambutan para hadirin dan berharap suatu hari nanti undang-undang yang mengawal media, akhir akan dimansuhkan juga.

Aktiviti dan pameran tersebut bersambung esok di empat yang sama.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |