+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, May 4, 2008

Soalan DAP ditolak gara-gara OSA

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | May 2, 08 4:36pm

Akta Rahsia Rasmi (OSA) penghalang utama memeriksa perbelanjaan selenggara pesawat pejuang apabila soalan seorang ahli parlimen DAP Liew Chin Tong tidak boleh dijawab.

Soalan itu, untuk jawapan bertulis, ditolak oleh Dewan Rakyat atas alasan maklumat tersebut "rahsia rasmi negara", katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Liew berkata, penolakan itu dimaklumkan oleh setiausaha Dewan Rakyat, Roosme Hamzah, dengan merujuk Peraturan Tetap 23(1)(f) iaitu dilarang mengemukakan soalan bagi mendapatkan apa juga maklumat dianggap yang rahsia.

Liew bagaimanapun tidak menyebut tarikh beliau dimaklumkan tentang perkara itu.

najib arms procurement defense 290307 sukhoi submarineSoalannya berbunyi: Minta menteri pertahanan memberitahu kos penyelenggaraan setiap model pesawat utama RMAF seperti MIG-29N, SU-80MKM, Hawk 200, F/A-18 setiap tahun sejak 2004 dan jumlah penerbangan purata setiap tahun setiap model pesawat sejak 2004.

"Saya tidak berpuas hati dengan klasifikasi yang diberikan atas soalan tersebut yang diletakkan bawah rahsia rasmi," katanya, yang juga ahli strategi pilihanraya kepada setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

"Saya melihat bahawa tidak alasan yang sepatutnya diberikan mahupun satu rahsia sekiranya persoalan (saya) itu merujuk kepada maklumat yang berkaitan dengan kewangan."

Dengan larangan ini, tambahnya, Kementerian Pertahanan tidak telus berkaitan barangan dan perkhidmatan bawah kementeriannya.

"Penting untuk dinyatakan di sini bahawa terdapat keperluan dalam kalangan ahli parlimen untuk meneropong perbelanjaan kementerian tersebut."

Sementara itu, Bernama melaporkan, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) mencadangkan agar OSA digantikan dengan Akta Maklumat bagi membuktikan keikhlasan kerajaan dalam memberi kebebasan kepada media dan orang ramai untuk mendapatkan maklumat.

nuj journalist forum 050907 norila daudPresiden kesatuan itu Norila Md Daud dilaporkan berkata Akta Maklumat akan menjadi bukti wujudnya sebuah pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab seperti yang diimpikan selama ini.

"Pemilik media juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi ruang kepada wartawan menunaikan tanggungjawab mereka secara profesional, tanpa rasa takut dan pilih kasih," beliau dipetik sebagai berkata dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga dilaporkan mendakwa kebanyakan media arus perdana dilarang menyiarkan atau mengetengahkan isu tertentu yang ada kaitan dengan kepentingan awam atas arahan "pihak atasan".

"Pada era digital ini, rakyat Malaysia sudah matang dan tidak mudah tertipu oleh laporan berita yang berat sebelah.

"Oleh itu, pemilik media arus perdana perlu memahami kehendak pembaca yang sudah matang atau menghadapi risiko bahan penerbitan mereka diketepikan," kata Norila lagi.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |