Harakahdaily Wan Nordin Wan Yaacob Sun | May 04, 08 | 12:13:22 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - PAS yakin bahawa martabat, keutuhan dan jatidiri bangsa Melayu hanya dapat diselamatkan melalui Islam, kata Presidennya, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang. "Hanya apabila orang-orang Melayu kembali dan berpegang teguh kepada Islam, maka ketika itu barulah bangsa ini dapat memperolehi keselamatan di dunia dan juga di akhirat. "Sebarang usaha samada sengaja ataupun tidak untuk meninggal atau meminggirkan Islam akan mengakibatkan bangsa ini tidak selamat di dunia, apalagi di akhirat," katanya dalam satu kenyataan rasmi parti hari ini. Masalah umat Melayu selama ini berpunca dari tindakan mereka meninggalkan kewajiban meletakkan Islam dilandas yang sebenar, katanya. Malah kedudukkan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun tidak dihargai, ujarnya. PAS merasakan masalah umat Melayu berpunca dari sikap Umno yang telah meneruskan pembelengguan terhadap Islam yang diamalakan oleh penjajah British. "Umno menerima kuasa dengan menambahkan lagi ikatan-ikatan yang sebenarnya telah menyekat taraf dan kedudukan Islam dan mengelirukan bangsa Melayu. "Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan Umno. Malah orang Melayu sehingga beranggapan yang Umno lah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka," tegasnya. Umno lah yang sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini, katanya. "Di antaranya ciri ilmu, dimana Umno lah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan penagajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telah mengakibatkan kefahaman agama orang Meayu semakin longgar dan lemah," katanya. Bagi PAS sekiranya agenda pemuafakatan dan penyatuan umat Melayu mahu dilangsungkan, maka ianya mestilah mengambil kira dan menceduk dari model yang telah dibentuk dengan jayanya oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Ujarnya, Rasulullah s.a.w telah berjaya menyatukan kabilah-kabliah Arab di zamannya dengan Islam dan bukannya melalui nasionalisam atau semangat kebangsaan Arab. PAS percaya orang Melayu akan dapat diangkat martabat mereka kiranya mereka serius menjadikan Islam sebagai pegangan, dasar dan matlamat hidup, katanya. |
Sunday, May 4, 2008
Hanya Islam yang dapat angkat martabat Melayu - Presiden PAS
Posted by
Sang Pemantau
at
2:58 PM
Labels: Harakahdaily, PAS, TGHA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment